EMY Sejuta Peristiwa Episod 01 - 20

Siri DEBU DI MANA-MANA yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Perdana merupakan kesinambungan 'Gelora Nafsu Mea' yang diterbitkan pada 2001.
Mingguan Perdana Bil 1080
Ahad 25 Julai 2010

Episod Pertama
EMY SEJUTA PERISTIWA

NAMA saya mengikut dalam kad pengenalan Rahim tapi ada yang mengenali saya sebagai Emy. Bukankah Emy nama singkatan wanita? Memang wanita, malah nama itu cukup dikenali di kalangan lelaki yang menggemari lorong-lorong belakang. Kenapa begitu? Panjang ceritanya, semalaman belum tentu berakhir dengan noktah.

Apapun rentetan kehidupan saya penuh berliku dan tragis. Terus terang saya membuat pengakuan di sini, saya tidak minta dilahirkan begini. Saya mahu menjadi lelaki seperti orang lain yang mancho dan gagah dengan otot timbul di tempat-tempat tertentu di tubuh. Bukan macam keadaan fizikal saya sekarang, lembut. Malah ada yang memanggil sotong.

Tak kisahlah mereka nak panggil apa pun. Sotong saya terima, belut pun saya terima. Malah ada yang panggil ‘nyah’ pun saya tak marah. Buat apa marah kalau sememangnya fizikal saya begitu. Lainlah kalau saya gagah, kalau ada yang panggil sotong, memang dapat nahas!

Malangnya impian untuk menjadi lelaki tulen hanya tinggal kenangan. Mustahil saya akan menjadi lelaki sebenar kerana ‘senjata’ yakni lambang seorang lelaki telah saya buang. Dalam erti kata lain, saya telah melakukan pembedahan tukar jantina.  Sebab itu saya katakan, tidak mungkin saya akan menjadi lelaki tulen semula.

Pada awalnya, yakni sebelum saya mengambil keputusan drastik begini, bukan saya tidak berusaha untuk menjadi seorang lelaki. Tetapi tidak boleh! Saya ulangi tidak boleh! Saya sendiri masih tercari-cari jawabannya, tetapi hingga ke hari ini tiada jawapan jitu.

Mahu tidak mahu, keluarga terpaksa menerima hakikat yang saya bukan lagi lelaki. Saya juga sedia menerima tindakan dari keluarga terutama ayah yang bersikap panas baran. Dia menentang keras setelah mengetahui saya telah menukar jantina. Kalau ibu tidak menghalang ketika dia ‘naik angin’ berkemungkinan saya tidak lagi dapat melihat dunia.

Apa tidaknya ayah sudah mengasah parang panjang. Dia nekad hendak membunuh saya. Ketika dia asyik mengasah parang, ibu menyuruh saya segera tinggalkan rumah. Secara senyap-senyap ikut pintu dapur dan berlari ke jalan besar. Nasib saya baik sebuah teksi lalu dan saya minta dia hantar ke rumah rakan rapat. Semalaman tidur di rumah rakan dan esoknya saya ke Kuala Lumpur dengan bas ekspres.

Mulai saat itu saya tinggalkan terus kampung halaman nun jauh di utara. Hanya sekali-sekali saya hubungi ibu untuk mengetahui keadaan keluarga. Ayah pula sudah ‘mengharamkan’ saya menjejak kaki ke rumah tempat saya dilahirkan itu.

Walaupun sebelum saya ambil tindakan nekad menukar jantina ini, ayah, ibu dan semua dalam keluarga sememangnya  malu dengan keadaan diri saya. Apa tidaknya, saya lebih gemar memakai pakaian wanita ketika di rumah dan menghias diri seperti seorang gadis bila keluar berjalan.

Keadaan saya yang gemar begitu menyebabkan mereka kerap berleter sehingga memaksa saya menutup telinga dengan kapas. Kadang-kadang saya masuk ke bilik dan memasang ‘earphone’ dan menguatkan volume telefon bimbit sambil mendengar lagu-lagu kegemaran saya. Lantaklah mereka hendak cakap apapun saya sudah tidak dengar lagi.

Boleh dikatakan setiap hari saya disindir oleh kakak-kakak yang seramai tiga orang. Paling saya tidak gemar ketika makan. Sudah menjadi kebiasaan keluarga kami akan berkumpul dan makan bersama-sama. Ayah tidak suka makan sendiri-sendiri, yakni masing-masing ambil makanan dan memilih lokasi sendiri seperti makan sambil menonton TV. Sekiranya semua anak-anak ada di rumah, dia mahu makan semeja anak beranak.

Setiapkali makan ayah akan baca doa. Kadang-kadang ayah suruh saya bacakan kerana saya anak lelaki tunggal dan yang bongsu. Seperkara lagi disiplin yang perlu kami patuhi, selagi ayah tidak menjamah makanan, tidak siapa dibenarkan makan.

Ayah bukanlah seorang ustaz atau imam masjid. Cuma dia berpegang kuat pada agama. Solat tidak tinggal dan gemar membantu masyarakat kampung. Pendek kata, siapa yang tidak kenal dengan Pak Berahim Biah. Biah adalah singkatan ibu saya iaitu Rabiah.

Berbalik mengenai makan, biasanya ketika itu ada yang tidak sayang mulut. Kakak sulung saya Halimaton terutamanya. Saya tidak tahu kenapa dia terlalu benci terhadap saya. Apa saja saya lakukan tidak kena pada pandangannya.

Berbanding kakak kedua Saadiah. Dia juga tidak setuju dengan sikap saya, tetapi tidaklah ketara sangat. Dia selalu juga marah tetapi bersebab. Manakalak Kakak ketiga Jamilah lebih suka membantu. Malah kecenderongan saya terhadap wanita boleh dikatakan kerana dia.

Apa tidaknya, dialah mengajar saya memakai gincu bibir dan membenarkan menggunakan alat mekap lain bila saya memerlukannya. Kadang-kadang dia memberi pinjam saya memakai baju kurung atau pakaian-pakaian lain miliknya.

Biasanya saya akan mengenakan pakaian itu sambil bergaya di hadapan cermin dalam bilik. Kalau kakak Halimaton tahu, seminggu cerita saya memakan pakaian wanita tidak habis dijajanya. Kerana itu saya katakan dia terlalu benci dengan saya.

Saya cukup takut ketika waktu makan. Waktu itulah kakak Halimaton seolah-olah hendak melepas geram terhadap saya, sekaligus hendak memberitahu keluarga terutama ayah mengenai sikap saya.

“Kalau nak jadi betina, jadi betina betul-betul. Duduk di rumah masak, basuh baju dan buat kerja-kerja rumah yang lain. Kalau tak nak tolong, pergi menyundal!” ucap kakak suatu hari ketika kami makan bersama.
Ibu berdehem beberapakali sambil memandang tepat kepada kakak.

Tujuan ibu berdehem supaya kakak tidak meneruskan mengkeji saya. Tapi kakak jenis manusia tidak faham. Bukan dia hendak berhenti, malah tidak habis-habis mengutuk saya. Ayah seperti tidak menyukai sikap kakak yang terus menerus menghambur kata-kata tidak enak ketika makan. Sebab itu ayah hanya membatu diri dan tunduk menyuap makanan. Lagipun, sikap terpuji ayah kerana dia tidak suka bercakap banyak ketika makan.

Kerana hendak menghormati ayah lebih-lebih lagi ketika menjamah rezeki, saya hanya berdiam diri. Kalau melawan cakap kakak, bimbang pula jadi perbalahan. Lagipun, kalau saya bertengkar dengan kakak, sudah tentu saya kalah. Semua akan menyokong kakak. Ayah juga akan menyebelahi kakak. Maklumlah anak kesayanganya. Lebih-lebih lagi kakak sekarang sering menghulur wang setiap bulan kepada ayah untuk membeli ubat kencing manis yang dihidapinya. 

Memikirkan masalah itu, cepat-cepat saya habiskan nasi di pinggan. Patah selera serta-merta walaupun lauk sedap juga ibu masak pada tengah hari itu. Biasanya, kalau ayam kampung goreng masak berlada tiga pinggan boleh habis. Maklumlah lauk kegemaran saya sejak kecil.

Sebenarnya bukan keluarga saja yang mencemuh, sebaliknya jiran tetangga juga tumpang sekaki. Bukan yang sebaya umur dengan saya sahaja, malah peringkat makcik pun perangai sama. Pantang bertemu terutama ketika selisih di jalan, mereka sanggup menerpa ke arah saya dan bertanya bila nak potong ‘anu’ jadi perempuan.

Macam mana tak sakit hati kalau soalan begitu yang tersembur dari mulut mereka. Kalau bermula dengan bertanya khabar mengenai keluarga, tidaklah sakit hati sangat. Ini soalan pertama sudah membuatkan saya sudah hendak mencili mulut mereka. Nasib baik sepotong kata-kata nasihat seorang ustaz yang pernah saya hadiri dalam ceramah agama di sebuah surau, masih tertanam kukuh dalam diri.

“Dalam apa keadaan pun kita harus banyak-banyak bersabar. Walaupun orang memburuk-burukkan kita, tetapi Allah lebih tahu. Kadang-kadang orang yang mencerca itu, bersikap lebih teruk daripada kita. Jadi tidak perlulah kita membalasnya, kita serahkan saja pada Allah dan DIA Maha Mengetahui segala-galanya,” ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga saya.

Kalau ikutkan hati yang kecewa, sudah lama diri ini jadi arwah. Minum racun rumpai atau telan sepapan panadol, sudah pasti terbujur kaku. Boleh juga gantung diri dalam bilik dengan kain selimut. Atau dengan tali buaian di dahan rambutan, tempat anak-anak jiran selalu bermain. Bagaimanapun, sebagai seorang muslim dan masih berakal, saya tidak akan lakukan perkara yang ditegah agama cara begitu. Biarlah saya mati dilanggar lori daripada mati bunuh diri.

Sekarang saya rasa senang dengan kehidupan begini. Walaupun hanyut dibuai nafsu serakah, tetapi saya bahagia. Saya tidak lagi disindir, dicerca atau dimaki oleh keluarga sendiri. Jauh sekali dengan masyarakat kampung yang tidak senang melihat muka saya. Saya kini merupakan salah seorang penghuni bandaraya dan menjadi kupu-kupu malam di lorong-lorong belakang bangunan kedai.

Di mana? Biarkan saya rahsiakan dulu lokasi saya beroperasi. Kalau saya nyatakan tempatnya, bimbang pula ada pihak tertentu menjejaki saya. Kalau pelanggan, saya tidak kisah. Yang paling saya takut pihak berkuasa. Jika saya ditangkap dan disumbat ke dalam lokap, bermakna sumber pendapatan saya akan terkubur.

Lebih membimbangkan jika ada orang media. Sudah tentu berita akan tersebar di kaca TV atau di dada-dada akhbar. Situasi begitu yang paling saya gerun. Walaupun ayah sudah tidak mengaku saya anaknya lagi, tetapi tidak dengan ibu. Ibu masih menyayangi saya, cuma dia tidak berani menentang kehendak ayah.

Ini bererti jika perbuatan tidak bermoral saya tersebar di seluruh negara, sudah tentu ibu akan malu. Orang kampung terutama jiran tetangga yang tidak senang dengan sikap ibu pasti akan mencemuhnya. Masalah itu yang saya amat bimbang. Atas sebab itulah, ada baiknya saya rahsiakan dulu lokasi penyundalan saya.

Terus terang saya nyatakan di sini bahawa buat masa ini belum terlintas untuk kembali ke pangkal jalan. Pendek kata, saya semakin jauh dan jauh hanyut sehingga tidak tahu lagi di mana berada, daratan sudah tidak kelihatan.





Mingguan Perdana Bil 1081
Ahad 01 Ogos 2010

Episod Kedua
SERVIS NO 1

PAGI-PAGI lagi saya sudah menerima panggilan telefon. Panggilan seawal 6:30 pagi itu, menyebabkan tidur saya terganggu. Sebaik saja telefon menjerit saya terus menekan punat sambungan pada telefon bimbit . Sambil menguap saya melihat nombor yang terpamer di skrin, tidak kuasa hendak menjawabnya walaupun pemanggil menghelo beberapa kali.

Sebenarnya saya kurang sihat, sebab itu malas nak bercakap dengan pemanggil. Baru dua malam lepas pemanggil usung saya ke hotel bajet. Dari pukul 2:00 hingga 5:00 pagi saya memberi khidmat terbaik untuknya. Ternyata lelaki berbangsa Cina berusia lingkungan awal 50 an itu begitu seronok dengan layanan paling istimewa yang saya berikan kepadanya.

Tidak hairanlah pagi-pagi lagi telefon tangan saya menjerit tak henti-henti. Saya yakin dia memerlukan khidmat saya lagi. Mungkin dia hendak ‘booking’ awal kerana bimbang ada orang lain sambar saya lebih dahulu.

Kalau saya sihat, sudah pasti akan jawab panggilannya. Berseronok dengan tauke perabut itu, bayarannya cukup lumayan. Layan dia seorang sudah cukup untuk tidak layan jantan jalang lain selama dua atau tiga malam.

Lelaki jalang banyak duit seperti Cina itu amat menyeronokan saya. Kalau sebulan ada dua atau tiga sepertinya, sudah tentu pendapatan bulanan saya berlipat kali ganda. Maklumlah, cakap saja berapa, dia tidak lokek memberi. Kerana itu saya melayan dia lebih istimewa daripada pelanggan lain. Bukan macam lelaki-lelaki jalang keturunan Melayu mahupun India. Khidmat nak baik, tapi kedekut, macam kata P. Ramlee  ‘taik hidung masin’.

Tiba-tiba pintu bilik saya diketuk dari luar bertalu-talu. Berat sungguh rasanya hendak bangun membuka pintu. Apatah lagi terlalu mengantuk kerana pulang sekitar 4:30 pagi. Sebaik saja masuk ke bilik terus lompat ke katil dan tidak sedar bila terlelap. Kalau tidak diganggu panggilan telefon awal pagi tadi, mungkin  matahari tegak atas kepala baru saya terjaga.

Saya menyumpah-nyumpah dalam hati sambil berjalan ke pintu. Orang yang mengetuk pula seperti tidak berhati perut. Apa salahnya ketuk sekali dua cukup! Ini tidak, sudahlah bertalu-talu diketuknya macam hendak pecahkan pintu.

“Kamu nak apa?” Agak keras juga soalan saya sebaik saja daun pintu dikuak.

“Emy, hari ni boleh tak hang ganti tempat aku?”  Ucap Mea. Dia seperti begitu mengharap.

“Ganti! Hang gila ke apa?  Aku rasa tak sedap badan ni, nak ganti tempat hang pulak. Nak bagi aku mampos!” Saya menolak daun pintu hendak menutup. Cepat-cepat Mea menghalang secara menahan dengan kaki kanannya agar pintu bilik tidak tertutup rapat . Dia melangkah masuk setelah menutup pintu.

“La… malam tadi bagus punya servis, alih-alih pagi ni tak sihat,” ujar Mea sebaik menghempas punggung di tilam di sisi saya.

“Dah tak sihat, aku nak buat macam mana!”

“Alasan!

“Weiiii!” Sejak tadi saya berbaring bingkas duduk. “Hang jangan nak tuduh-tuduh Mea!. Aku betul-betul tak larat hari ni. Aku nak rehat sehari!” Sekali lagi saya meninggikan suara. Jari telunjuk diacah-acah ke muka seperti hendak menjolok mata Mea.

“Jangan le marah!” Mea bangun ke sisi tingkap. Wajahnya sedikit mencuka.

“Macam mana aku tak marah, aku tak sihat hang kata alasan!” Saya mengangkat suara lebih kuat dari tadi.

“Hang mengandung kot!”

Tak sedar bila saya mengambil bantal lalu membaling ke arah Mea. Kalau dekat memang nahas saya kerjakan. Tekak rasa perit dan badan mula seram sejuk, dia pula hendak bergurau.

“Sori  Emy!  Gurau aje,” Mea mengambil bantal di lantai lalu dibalingnya ke arah saya semula. Kemudian dia melangkah menghampiri saya lalu duduk sekali lagi di sisi. Dia meletak belakang tangannya ke dahi saya.

“Kenapa?” Soal saya sambil menolak tangannya.

“Nanti aku ambil ubat,” Mea bingkas berjalan ke luar.  Sebentar kemudian dia masuksemula ke bilik dengan sampul kecil berisi ubat di tangan. “Ada air?”

Saya memuncungkan mulut ke arah gelas bertutup di atas meja solek. Mea terus mengambil air yang tinggal hanya separuh gelas itu lalu membawa kepada saya.

“Ubat apa tu?”

“Ubat demam le, takkan aku nak bagi hang racun pulak”

“Aku tak kata racun, aku tanya  ubat apa?”

“Ubat deman le, aku baru beli di farmasi masa aku tak sihat bulan lepas.” Mea menghulur gelas dan dua butir ubat biji. “Lepas ni awak rehat, off telefon, senang tak siapa ganggu hang lagi”.

“OK, tapi hang nak ke mana?”

“Aku nak keluar kejap, ada hal penting,” balas Mea lalu melangkah keluar bilik.

Sebaik pintu ditutup rapat saya terus baring. Badan rasa sekejap panas sekejap sejuk. Perlahan-lahan saya menarik selimut membungkus kaki hingga ke leher. Kipas angin berputar sederhana di siling. Kedua-dua belah kelopak mata dirapatkan. Saya mahu rehat dan tidur hingga ke petang.

Bagaimanapun, tidaklah mudah hendak dibuai mimpi di siang hari. Satu demi satu rentetan hidup saya terputar di ruang wajah. Saya berusaha menutup mata rapat-rapat tetapi bayangan tetap dipertontonkan episod demi episod di depan mata.

Mea antara insan yang banyak menolong sepanjang enam bulan saya menetap di ibu kota. Kalau bukan kerana dia membantu, saya sendiri tidak tahu arah mana hendak tuju.  Kuala Lumpur bukan macam Alor Setar, apatah lagi pertama kali memijak kaki di kota metropolitan ini. Kota yang penuh dengan tipu daya, peras ugut, rompak, bunuh dan sebagainya.

Orang macam saya menganggap Kuala Lumpur kota hanyir. Apa tidaknya, ramai lelaki jalang menyelongkar lorong-lorong hanyir seperti kawasan lorong Haji Taib, Chow Kit. Mereka sanggup meredah embun pagi, semata-mata inginkan khidmat kami.

Yang peliknya ada di kalangan jantan-jantan jalang itu sudah beristeri dan mempunyai beberapa anak. Tempat-tempat penyundalan begitu juga  yang menjadi kegemaran mereka. Apakah di rumah tidak menerima khidmat sebagaimana kami golongan mak nyah lakukan?

Tepuk dada tanya selera. Mungkin itu istilah tepat. Isteri pula, kalau dah lama berkongsi hidup mulalah abai tanggungjawab, terutama di tempat tidur. Banyak alasan bila suami ajak berdayung.  Letih, banyak kerja, esok nak out-station dan macam-macam lagi.

Bila laki main kayu tiga baru nak melenting. Salahkan laki kerana yang halal ada di rumah, tapi sanggup memanjat yang haram! Isteri sepatutnya sendiri mahu ingat. Sealim-alim lelaki, kalau dengan betina sanggup buat apa saja. Ekor serban sampai ke punggung pun, kalau kena goda, boleh cair macam air batu.

Maaf jika ada di kalangan suami orang atau pak-pak aji terasa hati. Tidak semua begitu, tapi apa yang saya cakap berdasarkan pengalaman. Ada suami orang yang gilakan mak nyah seperti saya. Tidak kurang juga yang ber’title’ haji.  Jalan tunduk kerana tidak mahu pandang kiri kanan.  

Kalangan isteri pula harus terima hakikat bahawa ‘service’ mak nyah tidak sama dengan service isteri di rumah. Ada formula tertentu dari kami sehingga ada yang tergila-gila jika seminggu sekali tidak datang melanggani mak nyah.

Sebab itu saya katakan, isteri harus pandai layan suami agar mereka tidak bermain kayu tiga. Memang ada yang nampak alim ketika bersama keluarga. Bila keluar rumah, mengalahkan syaitan. Tepi longkang dengan pelbagai bau menusuk hidung mereka sanggup redah. Yang penting kehendak nafsu dipenuhi.

Berbalik mengenai rakan saya Mea, dia juga kupu-kupu malam di lorong-lorong belakang kedai. Cuma pada siang hari dia bekerja di sebuah gerai makan bapa saudaranya di Setiawangsa. Itu sebabnya dia minta saya gantikan tempat dia bekerja. Lagipun bukan pertama kali dia minta saya ganti, tetapi sudah lebih 10 kali.

Kalau sihat tak jadi masalah. Saya sedia berkorban untuk Mea. Dia satu-satunya rakan yang memahami masalah saya. Sama juga dengan Kuzie rakan sekampung saya di utara. Kalau bukan kerana dia aturkan pertemuan dengan Mea di Kuala Lumpur, sudah tentu kehidupan saya akan terumbang ambing.

Kuzie bukan saja membenarkan saya bermalam di biliknya setelah saya melarikan diri dari rumah. Sebaliknya, dia berusaha menghubungi Mea supaya mengambil saya di Puduraya ketika itu. Dari situ dengan teksi ke rumahnya di Datuk Keramat.

Kedua-dua rakan ini tidak akan saya lupakan sampai ke hujung usia. Cuma yang sentiasa bermain-main di minda saya, jika rahsia saya menjual diri di lorong-lorong hanyir sampai kepengetahuan Kuzie. Walaupun Kuzie lembut, tetapi dia tidak suka kalau saya terjerumus kekancah maksiat.

Saya paling takut kalau Mea terlepas cakap sehingga menceritakan keadaan sebenar diri saya kepadanya. Kalau rahsia saya sudah membuat pembedahan menukar jantina sampai ke telinga Kuzie, sudah pasti dia tidak akan berkawan dengan saya lagi sampai bila-bila.





Mingguan Perdana Bil 1082
Ahad 08 Ogos 2010

Episod Ketiga
LELAKI MISTERI

SEHARIAN saya tidur. Hampir Maghrib baru terjaga. Tersedar pun kerana anak-anak jiran buat bising. Entah apa yang mereka main, menjerit memanggil rakan sambil berlari. Apa yang dikejar tidak tahu pulak saya. Yang nyata bukan seorang, tetapi mungkin lebih lima orang.

Bingit telinga bila mereka ramai-ramai melaung memanggil rakan. Rasa macam hendak bangun dan ambil penyapu. Kemudian kejar mereka seorang demi seorang dan halau supaya pergi main jauh-jauh. Luas lagi kawasan perumahan tempat saya tinggal, tetapi di tepi rumah saya juga mereka suka bermain.

Marah sungguh saya kerana hendak tidur sampai pukul 10 malam, alih-alih ada gangguan. Sudah jadi kebiasaan, kalau saya terjaga hendak sambung balik tidur agak susah. Sebab itu kalau saya tidur memerlukan tempat yang tidak bising. Seperkara lagi, saya juga tidak boleh tidur kalau gelap. Hendak mulakan tidur amat susah, tetapi kalau sudah tidur lampu dipadamkan tidak jadi masalah.

Malas sungguh hendak bangun walaupun tidak demam lagi. Pagi tadi saja rasa badan lemah dan tidak sihat. Setelah makan ubat yang Mea berikan, tidak lagi rasa panas sejuk. Mujarab betul ubat yang Mea ambil dari farmasi itu.

Saya pun sepatutnya sentiasa perlu ada ubat ‘spare’. Maklumlah kerja macam saya risikonya amat tinggi. Bila-bila masa boleh terkena penyakit berjangkit. Apatah lagi lelaki jalang yang kerja mereka menyelongkar tempat-tempat penyundalan. Sama ada malam atau siang, lelaki jenis ini main redah sahaja. Mereka lebih memikirkan keseronokan daripada penyakit yang bakal ditanggung.

Kalau difikirkan lebih jauh memang tidak boleh cari makan. Tidak mahu saya bersusah payah berjaga malam hingga lewat pagi cari pelanggan. Tetapi bila memikirkan apa pekerjaan yang boleh saya buat hidup lumayan, membuatkan saya tidak rela hendak meninggalkan profesion ini begitu saja. Impian saya, selagi tidak dapat membeli sekurang-kurangnya sebuah kereta, saya tidak akan berhenti.

Biar apa pun terjadi, saya akan teruskan pekerjaan kotor lagi hanyir ini. Lagipun, ramai tidak tahu kerja saya menjual tubuh. Kalau tidak silap saya tidak sampai 10 orang, selain Mea yang tahu pekerjaan sebenar saya di perut kota ini.

Tiba-tiba handphone saya menjerit mendendangkan lagu ‘Sejati’ nyayian Awie. Saya tersentak kerana volume telefon agak kuat. Setelah memerhati pada skrin, ternyata lelaki Cina yang telah beberapakali menghubungi saya sejak pagi tadi.

Serba salah juga dibuatnya. Hendak atau tidak berseronok dengannya? Soalan itu bermain-main di minda saya. Kalau terima sudah tentu akan dapat bayaran lumayan. Cuma saya tidak berapa suka dengan bau tubuhnya yang begitu kuat. Apa yang dimakannya sehingga bau seperti memerang?

Sudahnya saya buang saja telefon di atas tilam. Kalau boleh memang hendak rehat sehari. Walaupun rasa sudah sihat tetapi biarlah rehat betul-betul. Maklumlah sejak lebih kurang enam bulan saya terlibat secara langsung dalam industri tidak bermoral ini, belum pernah rehat walaupun sehari. Elok sangatlah hari ini saya rehat agar esok kembali menyusuri lorong belakang dalam keadaan segar.

Apa yang hendak saya buat? Kalau berbaring aje, boring juga. Perut dah mula nyanyi lagu keroncong. Mea pula entah ke mana? Kalau ada di rumah boleh juga minta dia tolong belikan. Masak! Minta maaf le, yang saya rajin masak maggi. Itu pun terpaksa. Masa di kampung dulu rajin sikit, sejak menetap di KL ni, banyak perkara malas nak buat.

Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan di luar pintu bilik. Mahu tak mahu, saya memaksa diri bangun untuk membuka. Kalau biarkan mungkin diketuknya bertalu-talu. Saya yakin Mea baru balik dari bandar dan ada sesuatu hendak diberikannya pada saya.

Saya betul-betul mengharap makanan. Lapar sungguh. Dah acap kali perut berkeriut. Masalahnya tak ada langsung makanan. Selalunya ada juga biskut cream craker dalam tin. Pagi tadi saya dah habiskan biskut yang berbaki hanya beberapa keping itu.

Dengan penuh harapan dan yakin Mea beli makanan untuk saya, tombol pintu dipusing. Pintu terkuak. Saya amat terperanjat kerana berdiri di hadapan saya seorang lelaki Melayu bertubuh sasa.

“Awaaaak saaa”, belum habis perkataan, lelaki itu terus menutup mulut saya dengan telapak tangannya.  Setelah dia menolak dengan kaki daun pintu supaya tertutup rapat, dia mengheret saya ke katil. Saya berusaha meronta untuk melepaskan diri, tetapi tidak berjaya. Kederat saya tidak dapat melawan akibat terlalu lapar.

“Awak nak apa ngan saya?” Soalan pertama terpacul dari mulut sebaik dia menolak ke tilam. Saya terbaring dengan kaki terjuntai.

Dia tidak terus menjawab, sebaliknya memandang tepat ke wajah saya sambil berdiri di sisi katil. Tidak berani saya hendak memandang wajah garangnya, lalu saya cepat-cepat memandang ke arah lain. Dalam hati hanya memikirkan bahaya yang bakal mendatang.

Kalau dia mahu telefon bimbit, duit atau cincin belian yang saya pakai, saya sedia serahkan. Malah kalau dia paksa saya ‘bergasak’ semalaman pun tidak jadi masalah. Saya sedia mengikut kehendaknya asalkan tidak mencederakan saya.

Macam mana dia boleh ceroboh masuk ke rumah saya? Adakah Mea yang mengajak dia datang atau orang lain? Di mana dia dapat kunci rumah? Bertunda-tunda soalan menerjah minda saya. Kalau ikutkan hati hendak menjerit meminta tolong. Bagaimanapun bimbang pula lelaki itu bertindak lebih kasar.

“Awak nak apa?” Sekali lagi soalan sama keluar dari mulut saya. Lembut saja dengan harapan dia tidak bertindak agresif. “Cakap apa yang awak mahu, saya sedia beri kerjasama.”

“Entahlah, saya sendiri tidak tahu macam mana boleh masuk ke bilik awak.”

“Apa? Awak tak tahu macam mana boleh masuk ke bilik saya,” Saya meninggikan sedikit suara sambil mengerut dahi.

“Ya, saya tak tahu kenapa saya boleh masuk ke sini?” Dia berjalan ke arah tingkap yang terbuka sedikit.
Alasan tidak logik. Kalau dia mabuk saya boleh terima. Mulut dia langsung tidak berbau arak, bagaimana saya boleh percaya cakapnya. “Kalau macam tu, ada baiknya awak keluar sekarang!”

“Keluar? Untuk apa?” Dia berpaling ke arah saya.

“La, tadi awak juga cakap, awak tak tahu macam mana boleh masuk ke bilik saya. Kalau awak tak tahu jalan keluar sekarang juga boleh saya tunjukan!” Saya sudah mula berani menentang lelaki itu. Dalam pada itu cuak juga kalau dia berdegil keluar dan bertindak sesuatu diluar jangkaan saya.

“Kalau saya tak nak keluar macam mana? Apa yang awak nak buat pada saya?”

Aduh! Terbukti lelaki ini sengaja mempermainkan saya. Sudahlah dia beri alasan tidak tahu macam mana boleh masuk, sekarang tidak mahu keluar pula. Apa nak buat sekarang ni? Saya berdoa dalam hati supaya Mea cepat balik dan datang ke bilik saya.

Sejak tadi saya berjuntai di katil lalu bangun ke arah meja kecil terdapatnya gelas, sudu dan juga garpu. Saya mencapai garpu sebagai persediaan sekiranya lelaki tersebut bertindak kasar. Alat itu saja yang boleh dijadikan senjata untuk mempertahankan diri. Itupun saya tidak yakin boleh mencederakannya. Keadaan lapar dan tubuh masih lemah, sekali tampar boleh membuatkan saya pengsan.

Lelaki itu menghampiri saya. Setapak demi setapak dia melangkah. Wajahnya selamba sahaja. Seperti langsung tidak membuat sebarang kesalahan. Padahal, menceroboh bilik orang boleh diambil tindakan. Tidak kiralah orang itu lelaki atau perempuan palsu macam saya. Masuk tanpa izin dikira menceroboh. Menceroboh dikira melakukan satu kesalahan.

Saya bersiap sedia dengan sebilah garpu erat digenggaman. Saya nekad, jika dia bertindak kasar, akan saya benamkan garpu itu ke tubuhnya. Saya tak kira di mana, asalkan dapat menikam dia. Saya lebih suka kalau mencucuk ke matanya. Biar dia jadi Kasim Selamat macam dalam filem P. Ramlee ‘Ibu Mertuaku’.

Sebaik saja dia menghempas punggung di sisi, terus memegang tangan saya yang menggenggam garpu. Diusapnya tangan saya dengan lembut beberapakali. Akhirnya, tanpa disedari garpu itu terlepas dari tangan lalu jatuh ke lantai.

“Maafkan saya bertindak kasar dengan awak tadi,” dia bersuara sambil menatap wajah saya.

“Sebelum saya maafkan awak, saya nak tahu macam mana boleh masuk ke rumah saya? Di mana awak dapat kunci? Mea mana?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut saya.

“Kunci apa?”

“La, kunci rumah le, takkan kunci bank pula!”

“Tak berkunci le.”

Tak berkunci?  Ini mesti kerja Mea. Dia yang keluar tadi, tapi kenapa pula tidak kunci rumah. Setahu saya dia tidak pernah keluar tanpa mengunci pintu dan grill terlebih dahulu. Apa yang menyebabkan dia begitu tergesa-gesa? Adakah betul-betul terlupa atau masalah lain? Begitu banyak soalan meruntun benak saya.

“Memang betul pintu tak berkunci?” Sengaja saya ajukan soalan sama kerana ingin kepastian.

“Buat apa saya tipu awak.”

“Bukan tipu, tapi apa tujuan awak masuk ke rumah saya. Jangan main-main nanti saya hubungi polis!”  Saya mencari-cari nombor telefon ‘Rakan Kop’ disenarai daftar dalam hanset.

“Tak payahlah panggil polis, saya datang ni pun hendak membantu,” katanya sambil mengusap jejari tangan saya.

“Bantu pulak! Cuba cakap betul-betul, saya tak faham,” saya menyentak tangan yang dibelainya dengan kasar.

“Awak tak akan faham!” Balasnya.

“Memang saya tak faham, buntu saya dibuatnya. Tadi awak cakap masuk ke rumah saya secara tak sedar, lepas tu nak bantu. Yang mana satu betul. Kalau awak tak cakap macam mana saya nak faham. Kepala saya dah pening awak menambahkan pening lagi,” Geram juga rasanya dengan dolak dalik mamat entah dari mana datangnya itu.

“Ginilah apa kata, kita..,” 

“Kita apa?” Sekali lagi saya menyergahnya.

“Ki … kita…”

“Kita apa?”

“Kita kahwin!” Saya tepuk dahi. Kemudian menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Apa dah jadi dengan mamat ni?  Sihat ke tidak dia ni, tiba-tiba aje ajak kahwin. Sudahlah saya tidak tahu asal usul dia, diajaknya pula kahwin. Kalau saya wanita tulen pun belum tentu akan menerima ajakannya dengan begitu mudah.

Saya tunduk memandang lantai. Minda ligat memikirkan bagaimana hendak memaksa lelaki itu keluar. Tiba-tiba tubuh saya dipeluknya, lalu merebahkan di tilam empuk. Saya berusaha melawan, tetapi  tidak berdaya. Tenaga lelakinya lebih kuat dari saya dan akhirnya saya tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Segala-galanya telah berakhir dan saya tewas dalam nafsu serakahnya.





Mingguan Perdana Bil 1083
Ahad 15 Ogos 2010

Episod Keempat
BERMESRA DENGAN TAUKE PERABOT


SEORANG budak lelaki berwajah serigala telah mengejar saya. Akibat terlalu takut, saya terus berlari sekuat-kuat tenaga. Budak itu semakin hampir hendak menangkap saya.  Entah macam mana saya tersepak kaki sendiri lalu tersungkur dan berguling-guling di atas rumput lalu terhenti di tepi longkang besar lagi dalam.  Budak lelaki itu sudah bersiap sedia hendak menangkap saya. Dengan sekuat tenaga, saya berusaha melompat sambil menjerit meminta tolong, tetapi sia-sia.  Tebing longkang seperti bergegar hendak runtuh, saya menjerit sekuat-kuat suara.

“Wey Bangun! Baru pukoi lapan hang dah mimpi, bangun cepat!”

Sayup-sayup terdengar suara Mea. Saya yakin dia datang hendak membantu. Perlahan-lahan saya membuka mata. Kelihatan Mea masih menggoncang-goncang tubuh saya.

“Eh! Hang buat apa nie? Mana jantan tu?” Saya bingkas duduk lalu menggosok-gosok mata.

“Jantan mana pulak? Apa le hang ni, tu la tidoq terlebih sangat, baru pukoi lapan hang dah macam-mcam mimpi. Pi le mandi, ni aku ada bawa makanan, boleh kita makan sama-sama,” beritahu Mea sambil mengangkat bungkusan makanan yang baru dibawa pulang.

Saya mencapai henset atas tilam lalu melihat pada skrin. Jam sudah menunjukkan pukul 8:15 malam. Baru sedar saya bermimpi di awal malam. Tapi ke mana perginya lelaki bertubuh sasa tadi? Saya memandang Mea, beberapakali hendak bertanya mengenai lelaki yang menceroboh tadi, tetapi soalan itu seperti tidak mahu keluar dari kerongkong.

“Wey, pi mandi cepat, kita makan!” Gesa Mea bila melihat saya seperti tidak mengendahkan apa yang dicakapnya tadi.

“Nanti jap.”

“Nanti jap, nanti jap. Hang dah kenyang ke?”

“Kenyang benda, perut aku dah menyanyi macam-macam lagu dari petang tadi,” balas saya seraya bangun untuk mengambil tuala di ampaian kayu di tepi cermin solek.

Dalam pada itu, minda saya masih terbayang-bayang keganasan lelaki misteri yang menceroboh saya tadi. Masih terasa lagi sakit-sakit seluruh tubuh terutama di bahagian sulit. Ternyata dia menggasak tanpa belas kasihan. Rayuan supaya tidak mengapa-apakan saya tidak dihiraukannya.

Kenapa dia bertindak kasar begitu? Persoalan itu bermain-main di minda saya.  Sepantas kilat pula persoalan bagaimana dia boleh masuk ke rumah timbul semula. Apakah benar Mea keluar tergesa-gesa sehingga lupa mengunci gril dan pintu?  Ataupun, Mea yang menyuruh lelaki itu datang menceroboh saya? Apakah mereka berdua bersekongkol untuk menjahanamkan saya? Semua soalan itu tunda menunda dalam benak.

Mulai saat itu saya mulai curiga pada Mea. Walaupun selepas mandi kami makan bersama, tetapi dalam hati, macam ada yang tidak kena setiapkali memandang wajah Mea. Saya sudah mulai sangsi terhadap keikhlasan rakan serumah saya itu. Kalau ikutkan hati yang marah, malam itu juga saya mahu berkemas pakaian dan berpindah ke rumah lain.

Tapi di mana? Bukan mudah hendak mencari rumah sewa dalam keadaan tergesa-gesa. Kalau dalam sehari dua lagi tak jadi masalah. Boleh saya bertanya dengan rakan-rakan atau buat iklan kemudian tampal di kedai Seven Eleven.  Ataupun boleh juga tampal di pasar mini tidak jauh dari rumah saya.

“Aku nak tanya hang sikit, pagi tadi hang keluar kunci pintu tak?” Tiba-tiba spontan soalan itu terpacul dari mulut saya.

“Ngapa?”

“Aku nak tahu je, sama ada hang kunci ke tidak pintu rumah?” Soal saya lagi selepas meneguk air di cawan.

Mea seperti mengingat sesuatu. Dia memandang jauh ke hadapan. “Aku tak kunci ke?”

“La, hang tanya aku pulak, mana le aku tau, hang yang keluar rumah pagi tadi,” saya tinggikan sedikit suara.

“Aku i.. i… ingat,” Mea memandang tepat ke muka saya.  “Tah le,  tak kunci kot?”

“Tu le pasai…”

“Pasai apa pulak? Ada orang masuk ke? Hang cakap betoi-betoi Emy, kalau orang masuk ada apa-apa barang dia ambik?” Mea seperti dalam keadaan cuak. Dia mahu keluar memeriksa biliknya.

“Tak ada apa-apa, rileks. Cuma aku nak ingatkan hang, lain kali jangan buat kerja gila macam tu lagi,” saya sengaja merahsiakan pencerobohan lelaki misteri itu daripada pengetahuan Mea. Tujuan saya hanya hendak mengetahui sama ada pencerobohan lelaki misteri itu ada kaitan dengannya sahaja. Sahlah rakan saya itu tidak tahu menahu. Terbukti bukan disengajakan hendak membiarkan pintu dan gril tidak berkunci.

“Aku minta maaf Emy. Tah macam mana boleh terlupa pulak. Aku tak ingat langsung, kalau hang tak tanya aku tadi, memang aku ingat dah berkunci,” Mea mengaku secara jujur kesilapannya.

“Nak buat macam mana perkara dah lepas. Macam aku cakap tadi, hang jangan nak ulang sekali lagi,” saya menasihatinya. Dalam pada itu timbul juga rasa marah pada Mea, tetapi saya berusaha sedaya upaya menyembunyikannya.

“Aku janji dengan hang, lain kali aku tak buat lagi,” Mea berjanji. Dia menghulur belakang tapak tangan tanda hendak bersalam dengan saya.

“Jangan nak mengarut. Cuci tangan dulu!” Saya menolak tangannya juga dengan belakang tapak tangan.

“Malam ni macam mana,  ‘on’ ke tak?”

“Aku ingat nak rehat, malam esok baru nak on balik,” balas saya setelah mengumpul bekas bungkusan makanan untuk dibuang ke dalam tong sampah di dapur.

Mea mengekori ikut sama ke dapur. Selepas mencuci tangan dia masuk ke biliknya. Sekitar jam 11:00, dia akan keluar  rumah. Sudah lebih dua tahun Mea menjual tubuh dan kini sudah dapat memiliki sebuah kereta.

Tidak hairanlah Mea merupakan idola saya.  Kalau Mea boleh beli kereta, saya juga pasti boleh beli. Target saya, raya tahun ini pasti akan memiliki sebuah kereta sendiri. Tidak kiralah, kereta baru atau second-hand.

Ketika saya hendak masuk ke bilik mandi, terdengar bunyi deringan telefon. Saya berlari mendapatkan henfon di atas katil. Tanpa melihat pada skrin, saya terus tekan punat sambungan. Setelah menghelo, rupa-rupanya lelaki Cina yang pernah mengusung saya ke hotel bajet.

Serba salah saya hendak melayan lelaki jalang keturunan Cina itu. Macam saya ceritakan dalam episod ketiga lalu, tubuhnya yang berbau macam memerang itu yang membuatkan saya tidak tahan. Tidak cukup sebotol minyak wangi One Drop terpaksa saya lumur ke badan jika hendak bergasak dengannya.

“Apa lu mau?” Sengaja saya bertanya, padahal sudah dapat membaca apa yang tersirat dalam kepalanya.

“Lagi mau tanya, gua mau lu la Emy.”

“Mau gua mau gua, pegi la masuk dalam gua,” saya sengaja hendak menduga sejauh mana dia amat memerlukan saya.

“Lu jangan cakap itu macam la Emy, gua manyak suka sama lu. Lagi lu tau ka, lu punya servis ini macam,” kedengaran dia memuji di hujung talian. Dalam pada itu saya dapat bayangkan yang dia sedang mengangkat ibu jari tangannya.

“Lu banyak pandai bodek,  gua aa tauke. Malam ni gua cuti, mau titon!” Balas saya. Itu satu-satunya perkataan Cina  yang saya tahu membawa maksud tidur.

“Emy, lu jangan itu macam! Lu cakap berapa, gua berani bayar. Terang-terang cakap lu punya servis banyak baik punya. Gua ingat dalam Malaysia, lu sorang saja boleh bikin macam itu hari,” dia terus memuji. Saya rasa kembang satu macam menerima pujian begitu.

Apa harus saya buat sekarang? Tauke perabot itu begitu mengharap perkhidmatan saya. Kalau tak mahu, bererti terlepas bayaran lumayan. Kalau terima, bau badan dia yang membuatkan saya rasa hendak termuntah.

Sudahnya saya baring semula dengan handphone tergenggam di tangan, padahal tadi hendak mandi. Maklumlah setelah digasak dek lelaki misteri tadi, saya belum lagi bersihkan diri untuk segarkan tubuh. Nasib baik juga Mea beli makanan, kalau tidak terpaksa ke gerai tepi simpang beli nasi bungkus.

“Helo! Helo!” Sayup-sayup terdengar seperti orang memanggil. Barulah saya teringat, tauke perabot itu masih ditalian.  Cepat-cepat saya lekapkan ke telinga kanan.

“Emy, mana lu pegi? Oh ya sekarang lu ada mana?” Dia menyoal sebaik saja saya menghelo balik.

“Ada kat rumah le tauke.”

“Rumah ke, kasi address sikit jam gua pegi lu punya rumah,” pinta lelaki jalang itu lagi.

Baru saya teringat telah tersilap cakap kerana beritahu berada di rumah. Nasib baik minda saya cepat buat keputusan akan hubunginya kemudian. Kalau minta dia datang ambil, saya yakin dia akan datang ke rumah setiap hari. Nanti apa kata jiran sebelah menyebelah jika melihat setiap malam ada orang datang usung.

Akhirnya saya buat keputusan untuk bermesra dengan tauke perabot itu sekali lagi. Jam telah pun merangkah hampir 10 malam. Setelah siap mandi, mengenakan pakaian yang hampir nampak seluruh kaki dan mekap tebal, saya keluar tanpa memberitahu Mea terlebih dahulu. Berjalan perlahan-lahan ke jalan besar. Setelah agak jauh dari rumah baru saya hubungi lelaki itu. Lebih kurang 20 minit, dia tiba dengan  Honda CITY.

Dalam kereta kami tidak banyak cakap. Saya hanya mendengar lagu Manderin melalui CD yang dipasang perlahan. Walaupun tidak faham langsung senikatanya, tetapi saya sengaja menghentak-hentak hujung kasut tumit tinggi ke lantai kereta mengikut rentak lagu.

Saya perhatikan lelaki Cina itu menjeling ke arah saya. Kemudian dia lemparkan senyuman sebelum memandang semula ke hadapan. Barangkali dia sedang memikirkan tempat sesuai hendak bergasak. Saya tak kisah ke mana saja hendak dibawanya, yang penting bayaran. Kali ini, saya mahu dia bayar lebih tinggi dari biasa. Saya mahu ketuk dia cukup-cukup.

Tidak lama kereta memasuki ke sebuah kondominium mewah. Sebaik sahaja kereta diletakan di tempat parking di tingkat lima, tauke perabot itu membawa saya ke sebuah rumah tanpa penghuni. Saya tidak bertanya rumah siapa, tetapi ternyata rumah itu lengkap dengan perabot mewah termasuk TV, set karaoke dan sebagainya. Pemandangan juga begitu menarik sehingga hampir nampak keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur.

Belum pun sampai lima minit berehat di sofa di ruang tamu, lelaki itu mendekati saya lalu membuka baju. Menusuk ke rongga hidung bau seperti memerang. Saya berusaha menahan bau setelah tangan dia mula merayap ke tubuh saya. Yang peliknya, ketika dalam kereta tadi tidak pula berbau sebusuk itu.





Mingguan Perdana Bil 1084
Ahad 22 Ogos 2010

Episod Kelima  
WOW! RM10,000 SEKALI JALAN

SEKITAR 12:00 tengah hari tauke perabot Jimmy Low telah hantar saya pulang.  Untuk merahsia kediaman, saya hanya minta dia turunkan tidak jauh dari pasar mini, taman perumahan tempat saya tinggal. Dia percaya dengan alasan saya hendak membeli barang. Padahal sebaik saja keretanya hilang dari pandangan, saya berjalan perlahan-lahan pulang ke rumah.

Mea masih belum bangun. Biasalah kalau pagi baru pulang, matahari tegak atas kepala masih diulit mimpi.  Mencari rezeki seperti kami yang meniti lorong-lorong hanyir belakang kedai, kalau tidak keluar mencari jantan jalang, kocek akan kosong. Lagipun, ketika ‘saham tengah naik’ perlu mencari wang sebanyak-banyaknya. Kalau dah saham jatuh, satu sen sudah tidak berguna. Lelaki jalang akan mencari mak nyah lain yang lebih mengiurkan dan servis paling bagus.

Sebaik saja masuk ke bilik, seperti biasa saya terus menghempas tubuh ke tilam. Letih sungguh rasanya. Maklumlah, hampir semalaman kami bergasak. Apa jenis ubat kuat yang diambil oleh lelaki Cina itu. Saya betul-betul ‘serender’, rasa hendak menjerit kerana sudah tidak tahan dengan kekuatan tenaganya yang boleh bertahan hingga lebih satu jam setiap game.

Bagaimanapun, mengenangkan imbuhan lumayan yang bakal terima, membuatkan saya bagai dipaksa memberi layanan istimewa kepada lelaki jalang bernama Jimmy Low itu. Saya tahu namanya pun setelah melihat sendiri kad pengenalannya. Walaupun tahu nama sebenarnya, tetapi masih memanggil tauke saja.

Teringat sekeping cek yang diberikan Jimmy Low sewaktu hendak tinggalkan kondominium mewah pagi tadi.
Perlahan-lahan saya keluarkan dari dalam tas tangan. Terperanjat saya ketika melihat angka yang tertera pada cek tersebut. Pada sangkaan saya hanya seribu ringgit sahaja, rupa-rupanya terdapat empat kosong, yakni RM10,000.

Kenapa begitu banyak? Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil membelek-belek cek tersebut. Saya mengeja setiap perkataan dalam bahasa Inggeris itu sekiranya terdapat kesilapan.  RM10,000 merupakan bayaran yang cukup lumayan. Setakat ini lelaki jalang yang sanggup memberi upah servis hanya lingkungan RM500 sahaja semalaman. Ini sudah berlipat ganda dan sekaligus sudah mencukupi untuk membayar pendahuluan sebuah kereta.

Sememangnya tidak terlintas langsung di minda saya akan dibayar sebanyak itu. Banyak betul wang Jimmy Low, hanya servis lebih sedikit dari biasa dia sudah berani bayar begitu banyak. Sebelum ini dia bayar RM300 sahaja, itupun saya sudah tinggi. Inikan pula lima angka, sudah tentu lebih dari lumayan.

Apakah Mea pernah dapat sebanyak ini? Tiba-tiba soalan itu bermain-main di minda saya. Susah saya hendak beri jawapan kerana mengenali Mea belum sampai setahun. Bagaimanapun saya lebih yakin Mea tidak pernah menerima bayaran sebanyak itu.  Bukan senang hendak memancing lelaki jalang kaya raya seperti Jimmy Low. Apapun saya akan pastikan Mea tidak menggoda lelaki Cina itu!

Saya berkira-kira esok akan memasukan ke dalam akaun peribadi dan minggu hadapan akan mengajak Mea meninjau pusat penjualan kereta di ibu kota. Ada kereta lebih mudah bergerak untuk menyelesaikan masalah peribadi. Manakala  di hujung-hujung minggu boleh juga merehatkan badan berkelah sama ada mandi laut atau menikmati kedinginan air gunung.

Sejak tinggal di ibukota baru sekali berkelah pada hari minggu di Bukit Belacan. Sewaktu di Utara dahulu kerap ke kawasan peranginan Gunung Jerai. Sekali sekala mandi laut di Pantai Merdeka atau ke Pulau Langkawi berehat di Pantai Cenang.

Entah kenapa tiba-tiba saya teringat Kuzie.  Walaupun dia lembut, tetapi kuat mengerjakan suruhan Allah, tidak macam saya yang begitu jauh tersasar. Sejak di KL, saya sudah tidak pernah menjejak kaki ke sejadah. Jauh sekali solat di masjid pada hari Jumaat, lebih-lebih lagi setelah perwatakan saya lebih kepada wanita. Kalaulah pada waktu ini, Allah mencabut nyawa saya, terang-terang akan disumbat ke dalam neraka.

Jangan fikirkan saya tidak pernah ingat dosa ataupun pahala. Malah setiapkali bangun tidur masih lagi saya  beristiqfar beberapakali tanda mengagungkan kebesaran Ilahi. Yang menjadi penghalang, pekerjaan saya bertentangan dengan ajaran Islam. Bukan saya tidak sedar, tetapi…

Kalau dikira bapa Kuzie bukannya alim sangat. Malah pernah kena tangkap ekoran berjudi dan makan di siang hari di bulan puasa. Bapa Kuzie juga pernah dibelasah teruk penduduk kampung ekoran mengintai anak dara Pak Seman mandi.

Jika dibandingkan dengan ayah saya, ibarat ‘jauh api dari semanggang’. Ayah saya termasuk dalam kategori orang  alim dan kuat beribadat. Dia tidak suka melihat anak-anaknya tidak solat. Malah dia lebih suka mengerjakan solat secara berjemaah sekeluarga setiap kali masuk waktu.

Saya melihat jam pada skrin henfon. Begitu pantas waktu berlalu. Sekejap saja sudah menghampiri pukul satu petang. Kuzie mungkin masih di pejabat dan sebentar lagi akan keluar makan bersama rakan-rakannya. Rasanya hendak juga menghubungi rakan karib saya itu untuk bertanya khabar. Maklumlah sejak saya tinggalkan kampung, baru tiga kali saya menghubunginya pada sebelah malam.

Malangnya, sewaktu saya berangan-angan hendak telefon Kuzie, entah bila saya terlelap. Hampir jam 10 malam baru terjaga. Nasib baik tidak ada orang ceroboh sebagaimana dilakukan lelaki misteri semalam. Kalau tidak, sekali lagi saya terpaksa bergasak tanpa kerelaan. Cuma kali ini kalau dia datang, sengaja mencari nahas. Tahulah saya apa yang harus dibuat jika dia cuba menceroboh ke bilik saya sekali lagi.






Mingguan Perdana Bil 1085
Ahad 29 Ogos 2010

Episod Keenam  
DEBARAN

BAGAIMANA dengan Mea? Adakah dia masuk ke bilik saya sewaktu saya tidur? Nampak pintu renggang seolah-olah kesan orang masuk. Susah juga hendak tuduh-tuduh kalau tidak nampak dengan mata dan kepala sendiri.  Saya sendiri tidak pasti sewaktu masuk ke bilik tengah hari tadi sama ada terus mengunci atau sebaliknya.

Apakah Mea nampak cek bernilai RM10,000 ini? Saya menggaru-garu sekali lagi kepala tidak gatal. Kalau boleh saya hendak merahsiakan supaya tidak sampai kepengetahuan Mea. Kalau dia sudah nampak apa boleh buat. Apa pun tunggu saja kalau dia buka mulut bertanya mengenai di mana dapat wang sebanyak itu?

Apa yang harus saya jawab? Persoalan ini saya perlu mencari jawapan sekarang. Jangan bila dia bertanya, pada waktu itu baru kelam -kabut hendak cari jawapan. Kalau terus terang pun, saya yakin Mea tidak akan percaya. Sememangnya sukar hendak mendapat bayaran servis sebanyak RM10,000 sekali gus. Bayaran itu terlalu besar bagi seorang pelacur nak nyah seperti saya. Lainlah kalau pelacur kelas pertama, itupun saya yakin tidak ada lelaki jalang  sanggup keluarkan wang begitu banyak.

Terfikir juga kenapa Jimmy Low berani bayar begitu tinggi kepada saya. Apa  istimewa ‘servis’ saya dengan mak nyah lain? Apakah maknyah lain tidak istimewa pada pandangan Jimmy Low? Sedangkan Mea lebih lama menjalankan kegiatan tidak bermoral di lembah hanyir ini.

Entahlah, hanya Jimmy Low saja dapat menilai antara saya dengan mak nyah-mak nyah lain di ibu kota ini. Timbul juga persoalan, sebagai kaki lorong-lorong hanyir seperti Jimmy Low, adalah mustahil dia tidak kenal Mea. Sedangkan Mea, hampir semua lorong belakang di ibu negara telah dijelajahnya.

Setiap satu tempat dia menjaja tubuh sekurangnya dua bulan. Mustahil dalam tempoh itu, dia tidak bertemu dengan Jimmy Low. Ataupun, lelaki Cina itu sudah mencerai Mea talak satu. Jika mereka berdua pernah sebagai pasangan ranjang, pada telahan saya Mea juga mungkin dapat imbuhan lumayan.

Sekali lagi saya melihat jam di permukaan handphone. Alamak! Sudah pukul 10:30 malam. Segera saya capai tuala di ampaian dan terus ke bilik mandi. Sudah agak lewat, tetapi kalau saya tidak keluar, bimbang pelanggan tetap saya tercari-cari. Walaupun bayaran mereka tidak tinggi, tetapi saya tidak mahu hilang pelanggan.

Ketika saya mengadap cermin solek, tiba-tiba handphone menjerit. Saya mengagak panggilan Jimmy Low . Setahu saya hanya dia seorang sahaja lelaki jalang yang menyimpan nombor telefon bimbit saya. ‘Tak puas lagi ke jantan nie!’

Bagaimanapun sangkaan saya meleset. Bukan lelaki Cina itu, tetapi Kuzie memberitahu dia sudah berada di ibu kota. Baru saja tiba dengan bas dari Alor Setar sekitar 9:00 malam tadi. Sekarang dia berada di rumah ibu saudaranya di Cheras.

“Nyah,hang di mana nie, lama kita tak jumpa, sihat?” Seronok sungguh saya dapat bercakap dengan Kuzie. Patutlah hati saya tergerak tadi hendak menghubunginya. Alih-alih dia yang telefon saya terlebih dahulu.

“Sihat, hang apa habaq?”

“Sihat nyah.”

“Alhamdulillah! Kerja macam mana okey ke tak?”

“O.. okey, x de masalah,” tergagap-gagap saya menjawab.  Rasa macam hendak putuskan talian pada waktu itu juga.

Apa yang perlu saya katakan pada Kuzie? Apa pekerjaan yang harus saya beritahu padanya? Bagaimana pula kalau dia hendak melihat pejabat saya? Aduh! Terlalu sukar saya hendak menjawab satu persatu. Paling saya takut kalau dia hendak datang ke rumah. Mahu tidak mahu saya terpaksa bawa dia ke rumah.

Bagaimana kalau dia hendak bermalam di rumah saya? Maklumlah dia juga sudah lama tidak berjumpa dengan Mea. Sebagai seorang kawan, adalah tidak baik kalau saya menyembunyikan kedatangan Kuzie daripada pengetahuan Mea.

Saya betul-betul dalam dilema. Umpama berada di persimpangan sehingga tidak tahu hendak memilih arah mana. Kalau ikutkan hati, tidak mahu bawa Kuzie bermalam di rumah. Saya lebih rela bawa dia bermalam di hotel tanpa mengajak Mea bersama.

Bukan bermakna saya tidak menyukai Mea, tetapi bimbang dia terlepas cakap terutama mengenai kegiatan tidak bermoral saya di Kuala Lumpur. Kalau Kuzie mendapat tahu, sudah tentu antara kami akan putus hubungan. Dia tidak akan berkawan dengan saya lagi buat selama-lamanya.

“Hello Emy, hello!” Baru saya teringat Kuzie masih di talian.

“Ye nyah, dengar.”

“Hang pi mana?” Saya hanya mendiamkan diri. “Kita jumpa malam esok, ajak Mea sekali. Kita pergi makan-makan, malam aku nak pi tidur rumah hang, amacam?”

Saya tidak menjawab, sebaliknya melempar handphone ke tilam.






Mingguan Perdana Bil 1086
Ahad 5 September 2010

Episod Ketujuh  
TEKA TEKI MEA

TEPAT jam 5:00 petang saya menerima panggilan daripada Kuzie. Dia mengingatkan saya agar tidak lupa dengan janji untuk berjumpa malam nanti. Dia minta saya datang bersama Mea ambil di rumah ibu saudaranya. Saya berjanji akan berusaha datang dan minta dia tunggu sehingga saya sampai bersama Mea.

Itu janji di hujung talian, tetapi dalam hati saya tak ada seorang manusia tahu. Rasa berdebar-debar setiap detik.  Saya tidak tahu apa keputusan yang harus dibuat. Kalau tidak ambil sudah tentu Kuzie marah dan jauh hati, kalau ambil bimbang rahsia saya sebagai penghuni lorong belakang bangunan terbongkar.

Sejak semalam saya belum beritahu Mea mengenai Kuzie kini berada di ibu negara. Entah kenapa, setiapkali menekan punat henfon hendak hubungi Mea, seolah-olah ada suara membisik supaya tidak meneruskan menghubungi dia. Bukan sekali keadaan begitu menghantui saya, yang peliknya banyak kali. Saya sendiri tidak tahu kenapa, tetapi begitulah keadaannya setiap kali hendak mendail nombor henfon Mea.

Sama juga sewaktu di rumah, lebih lima kali saya hendak mengetuk bilik Mea beritahu perkara sama, tetapi dibatalkan. Bimbang sungguh saya hendak membuka mulut untuk memberitahu Kuzie sekarang berada di Kuala Lumpur. Kalau Mea tahu saya sengaja tidak mahu beritahu, pasti antara kami akan bermasam muka.

Paling menghantui saya, jika Kuzie mahu bermalam di rumah kami. Macam saya beritahu sebelum ini, yang paling membimbangkan saya Mea terlepas cakap. Manalah tahu, seronok berborak tidak sedar menceritakan hal peribadi saya mencari rezeki secara menjual maruah di lorong-lorong belakang bangunan.

Sejak saya mengenali Mea, kelemahan dia kerana terlalu mudah mendedahkan bukan saja masalah peribadi diri sendiri tetapi peribadi orang lain. Tidak hairan, jika rahsia saya pun boleh tercerita kepada Kuzie.  Rakan sekampung saya itu pula suka mengorek peribadi  orang. Dia banyak gunakan soalan memerangkap sehingga orang yang bercerita tidak sedar mendedahkan peribadi orang.

Dua faktor inilah membuatkan saya dalam dilema dan sukar membuat keputusan. Pada saya penghalangnya adalah Mea. Sama ada saya bersama Mea berjumpa Kuzie atau Kuzie bermalam di rumah kami, dua-dua membimbangkan saya. Masalah hanya akan selesai jika tanpa Mea.  Bagaimanapun insan bernama Mea tidak boleh dipinggirkan begitu saja antara kami bertiga.

Sudahkah Kuzie hubungi Mea memberitahu dia sudah berada di KL? Soalan ini yang membuatkan saya cukup tertekan. Jika Mea sudah tahu, adalah sukar bagi saya hendak buat-buat tidak tahu kedatangan Kuzie. Apatah lagi jika saya seorang sahaja berjumpa Kuzie, sudah pasti Mea akan memarahi saya. Maklumlah antara mereka sudah lama kenal, saya belum pun setahun mengenali Mea.

Sudah berpuluh kali saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Jawapan yang diharap-harapkan masih entah di mana terbenam. Jika tidak dapat keputusan, mahu tidak mahu saya terpaksa ajak Mea ambil Kuzie. Apa nak jadi pun jadilah. Yang penting saya tidak mahu putus hubungan dengan rakan sekampung saya itu termasuk Mea.

Disebabkan tidak mendapat jawapan jitu, saya ke ruang tamu. Tekan punat pada remote control untuk mencari rancangan TV sesuai. Setelah menukar beberapa channel termasuk siaran Astro, akhirnya kembali ke siaran TV3.

Menarik juga tayangan gambar Inggeris itu, tetapi disebabkan fikiran saya berkecamuk, menyebabkan melihat sahaja. Jalan cerita langsung tidak masuk ke minda. Rasa hendak tutup saja TV bila sampai bahagian terlalu banyak dialog.

Kedengaran pintu bilik Mea terkuak.  Saya menoleh ke arah pintu itu. Tidak pula kelihatan kelibat orang keluar walaupun pintu nampak ternganga sedikit. Sudahnya saya mengambil sebuah buku agama yang terletak di atas meja depan saya. 

“Cayalah! Mea dah mula sedar rupanya!” Gerutu hati saya. Terfikir juga apa yang membuatkan rakan serumah saya itu telah insaf. Selama ini tidak pula pernah dengar dia hendak tinggalkan aktiviti songsang yang dijalankan sekian lama.

Angin tiada ribut pun tiada beli buku agama dan letak atas meja. Apa muslihat Mea buat begitu? Adakah sengaja hendak mengumpan saya supaya bertanya buku siapa? Selepas itu dia akan berkhutbah panjang lebar kepada saya supaya tinggalkan pekerjaan menjijikan itu?

Selama ini saya tak pernah nampak buku-buku berkaitan agama Islam di rumah kami. Malah setahu saya tidak ada sebuah buku agama di bilik Mea.  Berbanding dengan saya ada juga sebuah Quran kecil. Walaupun tidak pernah sentuh sejak sekian lama, sekurang-kurangnya ada.  

Setelah membelek seketika buku agama itu, saya letak balik di tempat saya ambil tadi. Entahlah, tidak berminat langsung dengan buku-buku begitu. Pada masa-masa akan datang tak tahulah saya, kalau Allah beri hidayah dalam sekelip mata boleh berubah. Cuma buat masa ini ternyata  belum ada tanda-tanda ke arah itu.

Dalam pada itu, minda saya ligat memikirkan bagaimana Mea boleh insaf. Siapa yang mendorong dia kembali  ke pangkal jalan? Mungkin juga kedatangan Kuzie ada kaitan dengan Mea. Kalau tidak untuk apa tiba-tiba saja datang ke Kuala Lumpur.

Sudahnya saya menyandar ke kusyen sambil menutup mata rapat-rapat. Sewaktu hendak terlelap terasa ada orang memegang bahu.  Sangkaan saya Mea, kerana dia selalu buat begitu jika hendak memberi tahu sesuatu. Agak lama juga baru saya buka mata perlahan-lahan. Alangkah terperanjatnya saya, sebaik saja terpandang wajah  Kuzie sambil melempar senyuman.




Mingguan Perdana Bil 1087
Edisi Khas 1 Syawal 1431

Episod Kelapan  
GELORA HATI EMY

SEWAKTU kami berpelukan, jantung saya berdegup kencang. Insan yang amat saya bimbang kedatangannya, kini muncul depan mata. Kalau ikutkan hati, rasa hendak menjerit sekuat-kuat dengan melahirkan rasa kurang senang  ‘tidak rela awak datang ke rumah saya!’ atau ‘awak datang bawa banyak masalah, pergilah berambus cepat!’.

Hampir satu minit saya tidak bersuara setelah kami merenggangkan pelukan. Entah kenapa mulut saya kelu hendak melontar sebarang pertanyaan. Hanya senyuman, itu pun begitu hambar yang dapat saya tunjukan kepada Kuzie. Harap-harap Kuzie tidak perasan bahawa hati saya kini sedang berperang dengan masalah sendiri.

“Hang macam ada masalah aku tengok?” Akhirnya satu soalan terlompat keluar dari mulut Kuzie setelah antara kami agak lama terkunci mulut.

“Tak adalah,” saya cuba berselindung.

“Hang ni Emy, dengan orang lain hang boleh tipu, dengan aku hang silap orang,” balas Kuzie seolah-olah dapat membaca apa yang tersirat di hati saya.

“Apa yang aku tipu hang, aku sebenarnya gembira tak terkata dengan kedatangan seorang kawan macam hang,” saya masih berselindung.  “Hang mai dengan sapa, bukan ke hang suruh aku dengan Mea pergi ambik,” saya sengaja menukar perbualan.

“Kebetulan anak menakan aku ajak ronda-ronda, jadi aku minta dia hantar terus ke rumah hangpa ni,” balas Kuzie.

Saya terdiam seketika sebaik mendengar penjelasan Kuzie.  Ternyata malam nanti saya tidak boleh keluar ke lorong-lorong belakang bangunan.  Mahu tidak mahu terpaksa ajak Mea bawa Kuzie bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur.  Maklumlah antara kami bertiga hanya Mea yang ada kereta, kalau guna teksi sudah tentu belanja tinggi. Bas boleh jimat, tapi saya sendiri jarang naik kenderaan awam itu. Banyak destinasi saya tidak tahu jika menggunakan bas.

Malam nanti sudah tentu Kuzie akan bermalam di rumah kami. Ini yang membuatkan jantung saya berdegup semakin kencang. Kalau Mea terlepas cakap dan menceritakan pekerjaan saya di Kuala Lumpur ini, bermakna masa depan saya sudah tidak stabil lagi. Dalam apa keadaan sekalipun, saya tidak mahu Mea terlepas cakap.

Apa yang harus saya buat sekarang? Persoalan ini datang tunda menunda dalam minda saya. Bermakna kalau tidak mahu Mea terlepas cakap saya terpaksa sentiasa bersama Kuzie. Kalau dia bermalam di rumah kami, saya mahu Kuzie tidur sebilik dengan saya. Kalau dia tidur dengan Mea, silap haribulan akan tercetus perang antara kami jika dia mendedahkan aktiviti saya kepada Kuzie.

“Hang tak sihat ke Emy? Aku tengok hang dari tadi lain macam je. Ke hang tak suka aku mai rumah hang ni?” Saya tersentak dari lamunan. Tersedar semula Kuzie berada di hadapan saya sekarang.

Sapa kata tak suka! Tadi lagi aku dah kata aku suka sangat-sangat hang mai rumah aku. Kalau aku tak suka, awal-awal lagi aku dah halau hang, sampai hati hang cakap macam tu kat aku!” Saya tarik muka mencuka seolah-olah tidak gemar dengan apa yang diluahkan Kuzie.

“Aku minta maaf,” kata Kuzie kemudian sambil melempar senyuman.

Saya juga membalas dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat. Begitu sukar hendak memberi senyuman iklas selagi kemelut yang melanda dalam diri belum berakhir.  Malah bila terpandang wajah Kuzie, timbul perasaan marah pada Mea. Kalau boleh saya tidak mahu kedua-dua insan ini bertemu dan berbual-bual.

Terfikir juga kenapa saya begitu cepat buruk sangka kepada Mea? Padahal Kuzie sendiri belum lagi timbulkan masalah pekerjaan saya di Kuala Lumpur? Lagipun untuk apa Kuzie bertanya pada Mea, jika saya ada di antara mereka?  Lebih baik dia bertanya sendiri pada saya daripada bertanyakan kepada Mea?

Ternyata gelodak hati saya bukan mudah hendak diredakan walaupun sudah mengetahui puncanya datang daripada diri saya sendiri. Kalau saya tidak main perasaan dan mencurigai Mea, sudah pasti hati saya kembali tenang. Ini tidak, belum apa-apa lagi sudah memikirkan perkara buruk, sedangkan Mea sendiri tidak pernah buruk sangka terhadap saya!

“Eh! Apasal diam je awak berdua ni macam tak kenal pula?” Tiba-tiba Mea bersuara sambil berjalan ke arah kami di ruang tamu.

“Dah habis cerita, diam sekejap cari ilham,” balas Kuzie sambil menjeling kepada saya.

Saya hanya mengangguk beberapakali tanda setuju dengan kata-kata Kuzie. Dalam pada itu, kebimbangan kembali melanda jiwa saya sebaik saja Mea duduk di sisi Kuzie. Jantung saya kembali berdenyut kencang. Rasa macam hendak halau Mea supaya pergi jauh ketika itu juga.

Bagaimanapun, fikiran saya masih waras dan tidak akan bertindak biadap begitu terhadap Mea, apatah lagi di hadapan Kuzie. Kalau saya bertindak begitu, samalah seperti ‘buka pekung di dada sendiri’. Mea tidak teragak-agak mendedahkan kegiatan tidak bermoral saya kepada Kuzie bermula dari A hingga Z..

Sudahnya saya mengambil sekali lagi buku agama di atas meja.  Buku bertajuk  ‘Siapa Penghuni Neraka?’dibelek sekali lalu. Kemudian saya letak balik di tempat saya ambil tadi. Malas nak baca kerana melihat pada tajuknya sudah terkena batang hidung saya sendiri. Kalau baca, besar kemungkinan keseluruhan buku itu seolah-olah ditujukan pada saya.

“Apa rancangan kita malam ni?” Mea seolah-olah ingin membuka perbualan yang agak lama terhenti antara kami.

“Kenapa tanya aku pula, tanya le Emy,” balas Kuzie sambil memuncungkan bibir ke arah saya.

“Apa aku pula!” Spontan perkataan itu melompat keluar dari mulut saya.

“La, apa hal awak orang nie, pening kepala aku. Kalau tak mahu keluar, kita duduk di rumah je lah tengok TV,”  cadang Mea sambil menarik muka sedikit mencuka.

“Habis hangpa tak mau makan!” Balas Kuzie seolah-olah tidak setuju dengan cadangan Mea

Pada saya ada baiknya tidak keluar rumah. Bimbang juga terserempak dengan lelaki-lelaki  jalang yang pernah bergasak dengan saya .  Jika sekadar bertanya khabar tidak jadi masalah, paling membimbangkan sapaan-sapaan gatal sehingga Kuzie boleh menimbulkan syak wasangka  kegiatan sebenar saya di kota Metropolitan ini.




Mingguan Perdana Bil 1088
Ahad 3 Oktober 2010

Episod Kesembilan  
KONFLIK MEA

SUDAH dua hari Kuzie bermalam di rumah kami. Pada pengamatan saya belum ada tanda-tanda dia akan pulang dalam waktu terdekat. Kalau dia tinggal lebih lama, bermakna masa depan saya di Kuala Lumpur akan gelap gelita. Untuk selesai masalah, biarlah saya beralah dan berhijrah ke bandar lain jauh dari Kuzie.
Saya yakin Mea juga berdepan dengan masalah sama sekiranya Kuzie menetap di Kota Metropolitan ini. 

Walaupun dia tidak bimbang rahsia kegiatannya sampai kepengetahuan Kuzie, namun dia tidak akan selesa tinggal serumah dengan rakan sekampung saya itu. Dia juga mungkin cari rumah lain, atau berhijrah ke bandar lain sebagaimana keputusan yang bakal saya ambil.

Apa yang menyebabkan Kuzie tidak lagi mahu tinggal di kampung? Soalan itu sejak akhir-akhir ini sering bermain-main di minda saya.  Kenapa dia tidak lagi mahu menetap di Alor Star tempat dia mencari rezeki halal sejak sekian lama. Sewaktu dia hubungi saya ingin datang Kuala Lumpur tidak pula menceritakan masalahnya.

Kalau tahu dia nak menetap di Kuala Lumpur, awal-awal lagi saya tidak benarkan dia tinggal bersama kami. Kalau dia anggap saya tidak kenang budi , sombong,  eksyen atau apa saja makna seumpamanya, saya tidak ambil pusing. Yang penting rumah kami hanya boleh untuk dia bertandang  sahaja. Datang sekali-sekala kami sambut dengan senyuman. Kalau nak menetap minta maaf banyak-banyak walaupun dia sanggup bayar sewa setiap bulan!

Pada saya memang banyak masalah kalau dia tinggal bersama kami. Pertama rahsia kegiatan tidak bermoral kami lambat laun akan sampai kepengetahuannya. Kedua, kami tidak sekepala, yakni dia tidak pernah abai solat, saya dengan Mea dah jauh hanyut .  Pendek kata antara kami terlalu berbeza, jadi macam mana hendak tinggal serumah bersama?

Memang antara saya dengan Kuzie berkawan rapat sewaktu di kampung. Sakit demam saya lebih suka ceritakan pada Kuzie daripada ibu saya sendiri. Pendek kata, Kuzie tahu masalah saya luar mahupun dalam. Malah kami pernah berjanji untuk sehidup semati. Kami sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan bersama.

Bagaimanapun itu dulu sewaktu di kampung. Sekarang saya bukan lagi warga kampung nun jauh di Utara, sebaliknya warga kotaraya. Kota hanyir yang penuh dengan tipu daya, rompakan, rogol dan pelbagai lagi masalah sosial. Tidak hairan kalau saya juga mahu lupakan ikrar antara saya dengan Kuzie. Untuk apa diteruskan kalau masa depan saya terumbang ambing. Ada baiknya menodai perjanjian itu daripada terus bertahan kerana langsung tidak menguntungkan saya.

Sewaktu saya keluar dari bilik, nampak kelibat Kuzie melangkah keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa. Di tangannya sebuah beg pakaian yang dibawanya dua hari lepas. Sebaik dia menutup pintu, saya pula bergegas ke tingkap.

Malangnya saya tidak sempat melihat wajah pemandu kereta, tetapi saya perasan kereta yang membawa Kuzie pergi milik Jimmy Low. Tersirap darah naik ke muka. Menggigil tubuh saya sebentar. Apa kaitan Jimmy Low dengan Kuzie? Tidak semena-mena soalan itu mula menerjah minda saya.

Saya menghempas punggung ke kusyen sambil menyandar. Pandang ke hadapan tetapi bayangan kereta tauke perabot itu juga yang masih bermain-main di ruang mata. Saya yakin kereta Jimmy Low kerana sudah banyak kali naik kereta itu. Kalau sekali dua boleh dianggap keliru kerana warna serta model kereta banyak yang sama. Tetapi bagaimana dengan nombor pendaftaran? Mustahil boleh berlaku dua kereta nombor pendaftaran sama. Kalau ada berlaku, itu pun atas sebab-sebab lain.

“Ada nampak Kuzie?” Mea ingin tahu setelah duduk di kusyen depan saya.

“Dia baru je keluar. Kenapa tanya aku pula, kan dia dari bilik awak?

“Memang la dia baru keluar dari bilik aku, tapi dia ke mana?” Mea tinggikan sedikit suaranya. Matanya liar seperti mencari-cari Kuzie.

“Dia dah belah ngan kereta, ada orang jemput dia,” Saya juga membalas dengan meninggikan sedikit suara.

“Orang jemput dia, siapa?”

“Manalah aku tahu, aku pun nampak kereta je, pemandu tak nampak pulak,” balas saya lagi.

“Macam mana awak boleh tak nampak pemandu kereta tu?”

“Adohhh! Ngapa banyak songeh awak ni. Masa aku intai ikut tingkap, kereta tu dah bergerak. Mana nak nampak pemandunya.” Saya berhenti sebentar sambil menoleh ke arah tingkap yang terbuka. “Kuzie kan tidur sebilik dengan awak, tak kan dia tak beritahu hendak ke mana?” Saya pula menyoal Mea.

“Malam tadi dia tidur awal. Pagi tadi pula, subuh-subuh lagi dia dah mandi, lepas tu dia solat. Aku sedar tapi faham-faham le, terpaksa buat-buat tidur.  Aku pun tak syak dia nak keluar rumah awal. Lagipun dalam pukul tujuh sebelum aku ke bilik air, nampak dia duduk di sini baca buku,” beritahu pula Mea.

“Awak fikir macam mana, dia balik ke sini malam nanti atau bagaimana?”

“Entah,” balas Mea rengkas. Raut wajahnya membayangkan seperti tidak suka Kuzie tinggal lama bersama kami.

Ternyata antara saya dengan Mea masing-masing tidak setuju jika Kuzie hendak tinggal bersama atau bermalam sehari dua lagi. Selagi dia ada aktiviti kami berdua akan tergendala. Kebebasan kami seolah-olah tersekat. Kami tidak lagi bebas sebaliknya rasa terkongkong sepanjang masa.

Cuma kami berdua belum lagi buat keputusan bersama. Walaupun masing-masing belum buka mulut, tetapi boleh memahami apa yang tersirat dalam hati antara kami.  Berbeza kalau dia sekepala dengan kami, maksudnya dia juga menjadi penghuni lorong-lorong belakang kedai. Tinggallah berapa lama pun, kami tak akan ambil kisah

Tiba-tiba saja terbayang-bayang kembali di ruang wajah saya Kuzie naik kereta Jimmy Low. Ke mana mereka pergi?  Apakah Kuzie juga menjalankan aktiviti tidak bermaruah macam kami? Persoalan itu datang tunda menunda dalam benak saya akhirnya terkubur tanpa jawapan apabila saya terlelap di kusyen ruang tamu pada pagi itu.




Mingguan Perdana Bil 1089
Ahad 10 Oktober 2010

Episod Kesepuluh 
BEREBUT JANTAN

SEWAKTU saya bersiap-siap hendak keluar kedengaran orang mengetuk pintu dari luar. Sebelum keluar bilik sempat saya melihat jam handphone  sudah menunjukkan pukul 9:45 malam. Selalunya lingkungan pukul 9:00 saya sudah berada di port belakang bangunan.

Entah kenapa malam ini macam disengajakan melengah-lengak keluar. Padahal saya tidak pula merancang hendak keluar lewat. Namun, begitulah terlalu pantas masa berlalu, sehingga tidak sedar jam sudah menghampiri 10:00 malam.

Saya dapat bayangkan ramai pelanggan menunggu-nunggu kedatangan saya. Maklumlah, dua malam berturut-turut tidak menemui mereka. Sudah tentu ada yang tidak sedap badan atau tidak dapat tidur lena semalaman.

Tok! Tok! Tok!

Baru saya teringat ada orang mengetuk pintu tadi. Cepat-cepat melangkah ke pintu. Perlahan-lahan memusing tombol kunci. Bagaimanapun, belum sempat saya hendak membuka pintu, terasa ada orang menolak pintu itu dari luar. Sebaik saja daun pintu ternganga luas, Kuzie berdiri di hadapan saya sambil menjinjing sebuah beg.

“Hang nak pergi mana malam-malam ni?” Belum sempat saya ingin tahu Kuzie dari mana, dia lebih dulu bertanya.

“Tak pergi mana, aku dah nak tidur,” balas saya rengkas sambil menutup pintu setelah Kuzie masuk. Kemudian melangkah ke kusyen lalu duduk secara menghempas punggung agak kuat.

“Nak tidur?”  Kuzie bertanya sambil mengerut dahi. Beg yang dijinjing diletak tepi kusyen. Dia juga ikut duduk. “Nak tidur pakai macam nie?” Soal Kuzie lagi.

Saya memandang pada pakaian yang tersarung di tubuh. Berkain pelikat tetapi berbaju wanita terbuka dada sehingga  nampak lurah yang sudah  menonjol.  Itu merupakan antara pakaian yang amat saya gemar untuk memancing lelaki jalang. Walaupun belum menyarung skirt hanya sejengkal dari ari-ari, saya yakin Kuzie sudah dapat mengesyaki sesuatu bila melihat saya memakai begitu.

Bederau darah naik ke muka. Seluruh tubuh saya mengeletar. Malu sungguh rasanya berdepan dengan Kuzie pada saat itu. Saya hanya tunduk memandang lantai. Kelu mulut sehingga tidak dapat hendak meluah walau satu perkataan.

Nasib baik juga sewaktu berjalan ke pintu tadi sempat capai tuala, dapatlah saya menutup dada yang terbuka. Jika tidak mungkin Kuzie termuntah melihat perubahan saya, ataupun boleh timbul keghairahan bila melihat payudara saya yang hampir menyerupai wanita tulin. Apapun sekarang saya rasa cukup terhina di depan rakan sendiri. Muka seperti sudah ditampal dengan kulit babi.

Kalau ikutkan perasaan malu yang teramat sangat hendak saya tinggalkan Kuzie bersedirian dan berlari masuk ke bilik pada masa itu juga. Bagaimanapun, saya tidak dapat berbuat begitu kerana terlalu berat rasanya hendak mengangkat ke dua-dua belah kaki. Seluruh tubuh hilang tenaga sehingga kedua-dua belah tangan mengeletar seperti dalam kesejukan.

“Apa yang hangpa buat di KL nie?” Kuzie memecah kesunyian dengan sebuah soalan. Dia memandang tepat ke wajah saya dengan wajah mencuka. Saya hanya berani menjeling sekali lalu. Kepala masih tunduk memandang lantai.

Minda ligat memikirkan apa yang harus dijawab. Kalau buka mulut bimbang pula termasuk perangkap sendiri. Macam tadi, saya beritahu nak masuk tidur, tetapi tidak sedar sudah menyarung  pakaian lorong. Kebetulan belum make-up lagi, kalau tidak sudah tentu Kuzie jatuh pengsan melihat perubahan ketara saya.

“Hang dah pekak ke Emy?” Tinggi sedikit suara Kuzie.

“Sapa kata aku pekak, aku dengar apa!” Spontan perkataan itu melompat keluar dari mulut. Saya bingkas bangun meninggalkan Kuzie bersendirian dan terus masuk ke bilik. Setelah pintu di kunci dari dalam, saya menghempas diri ke tilam.

Saya menangis semahu-mahunya. Kalau boleh tidak lagi mahu melihat wajah Kuzie. Biarlah mulai saat ini persahabatan antara saya dengan Kuzie putus. Jika dia hendak beritahu perbuatan saya kepada ibu di kampung silakan. Ataupun dia hendak sebarkan ke seluruh kampung pun tiada siapa menghalang.

“Pergi mampus lah hang Kuzie, berambus cepat, aku tak mau tengok muka hang lagi di rumah aku!” Saya menjerit sekuat-kuat suara sebagai melepas geram dari dalam bilik sambil membaling bantal ke dinding.






Mingguan Perdana Bil 1090
Ahad 17 Oktober 2010

Episod 11  
EMY BENGANG
SEMALAMAN saya berperap dalam bilik.  Menyampah sungguh dengan Kuzie. Kalau dia masih lagi bermalam di rumah kami, esok atau lusa saya akan tinggalkan rumah sewa yang telah saya huni bersama Mea ini. Biar saya mengalah daripada berdepan masalah sekaligus dengan orang yang amat saya benci.  Apa nak jadi pun jadilah, janji kehidupan seharian saya tidak terancam.

Jam yang terpancar pada pemukaan handphone sudah menunjukan pukul 11:00 pagi. Saya sendiri tidak tahu apa yang harus saya lakukan sekarang. Nak keluar bilik malas hendak bertemu dengan Kuzie.  Saya bimbang kalau bertemu sama ada masing-masing tarik muka atau tercetus pergaduhan.

Untuk mengelak daripada bertembung, ada baiknya saya berperap saja dalam bilik. Sekurang-kurangnya boleh rehat sambil berbaring. Penat berbaring bangun ke tingkap atau duduk depan cermin solek. Bila boring depan cermin baring balik atas katil.

Sampai bila? Tak semena-mena soalan itu menerjak dalam pemikiran saya. Betul juga sampai bila saya harus berkurung dalam bilik, sedangkan rumah saya yakni rumah sewa saya. Kenapa perlu takut dengan Kuzie yang hanya datang menumpang! Dah jadi terbalik pula saya perlu mengalah pada Kuzie, sepatutnya dia yang rasa bersalah dengan saya.

Saya menarik nafas panjang-panjang lalu melompat turun dari katil. Berbekal semangat tidak akan mengalah jika bertembung dengan Kuzie, saya terus keluar bilik. Cepat-cepat melangkah masuk ke bilik air lalu mengunci dari dalam.

Huh! Lega rasanya kerana sejak malam tadi saya menahan hendak buang air kecil. Kalau kerap tahan boleh dapat penyakit batu karang. Apa boleh buat rumah yang saya sewa hanya mempunyai satu bilik mandi dan tandas di dalamnya. Jika bilik mandi salah seorang telah menggunakannya, terpaksalah tunggu sehingga dia keluar.

Bagaimanapun dalam kes saya ini, bukan kerana bilik mandi itu sedang digunakan oleh Mea ataupun Kuzie. Sebaliknya saya sendiri tidak mahu keluar bilik kerana tidak mahu bertembung dengan Kuzie. Benci sungguh saya terhadap rakan sekampung itu. Saya lebih suka dia keluar dari rumah kami sekarang juga. Hanya belum sampai masanya saya menghalau dia macam anjing kurap!

Setelah keluar dari bilik air, saya memberanikan diri memusing tombol kunci bilik Mea. Sebaik saja terbuka sedikit nampak Mea masih lagi dibuai mimpi di atas katil. Saya menolak daun pintu untuk membuka besar  sedikit,  tidak pula kelihatan Kuzie tidur bersama Mea. Ke mana dia menghilang?

Saya memberanikan diri ke ruang tamu, ternyata Kuzie juga tidak ada di situ. Beg yang dibawanya juga sudah tiada. Ini bererti dia sudah tinggalkan rumah kami. Ke mana dia pergi dan bila dia keluar dari rumah? Adakah dia sudahbalik kampung atau masih berada di Kuala Lumpur? Apakah Mea sudah tahu Kuzie sudah berambus! Persoalan itu mula tunda menunda dalam fikiran saya.

Sudahnya saya mandi, tukar pakaian dan keluar ke bandar.  Pertama  hendak ke bank untuk bank-in cek yang diberi Jimmy Low tempuh hari. Kedua hendak window shopping di KLCC sekejap. Kalau berkenaan boleh terus beli. Lagipun dah hampir dua bulan saya tidak membeli pakaian baru.

Sewaktu saya turun dari teksi di Jalan Raja Laut untuk ke sebuah bank di Kompleks  Pertama, saya nampak seperti Kuzie bersama Jimmy Low baru saja turun dari sebuah hotel tidak jauh dari situ. Mereka melintas jalan menuju ke bangunan di hadapan hotel tersebut.

Untuk memastikan apa yang saya nampak itu Kuzie, saya berselindung di sebalik tiang perhentian teksi. Saya memerhati sampai mereka hilang dalam bangunan. Sah Kuzie bersama Jimmy Low.  Serentak itu tersirap darah saya naik ke muka.  Apa mereka buat di hotel ketika matahari masih tegak atas kepala? Masakan Kuzie juga jual maruah seperti saya? Sekali lagi soalan tunda menunda menerjah benak saya.

Agak lama saya terpacak di tepi tiang perhentian teksi. Minda saya terus ligat memikirkan apa yang mereka lakukan setelah keluar bersama dari hotel. Puas saya memujuk hati agar tidak bersangka buruk terhadap Kuzie, namun fikiran saya tetap membayangkan antara dia dengan Jimmy Low telah melakukan sesuatu yang tidak baik.

Apatah lagi Kuzie kini tersenarai sebagai orang yang saya meluat, walaupun baik tingkahlakunya, hati saya tetap bersangka buruk terhadapnya. Hati saya bertambah panas dan meluap-luap bila melihat dia begitu intim dengan Jimmy Low. Patutlah sejak beberapa hari ini lelaki berbangsa Tionghua itu tidak lagi menghubungi saya.

“Sial punya Kuzie!” Spontan ayat itu terkeluar dari mulut saya.

Baru sedar saya sedang berdiri di perhentian teksi dan meluah perasaan marah terhadap Kuzie agak kuat tadi.  Patutlah sepasang remaja sedang berpimpin tangan berjalan di hadapan saya segera menoleh. Kemudian tersenyum sinis memandang ke arah saya. Begitu juga dengan beberapa orang sedang berbaris menunggu teksi di situ menoleh ke arah saya.  Mungkin mereka sangka saya kurang siuman bercakap seorang diri.

Disebabkan malu sendiri, saya terus melintas jalan menghala ke Kompleks Pertama. Saya hendak masukan cek pemberian Jimmy Low tempoh hari.  Dalam pada itu, dalam hati berdoa agar sekali lagi tidak terserempak dengan Kuzie mahupun lelaki Cina jalang lorong-lorong belakang itu.





Mingguan Perdana Bil 1091
Ahad 24 Oktober 2010

Episod 12  
EMY KENA TIPU

SETELAH mengambil nombor giliran, saya duduk di kerusi. Kebetulan kerusi berkenaan kosong setelah orang wanita bangun ke kaunter di hadapan.  Sementara menunggu nombor giliran saya muncul pada skrin nombor giliran digital di sudut atas kaunter, saya hanya memerhati gelagat pelanggan bank yang agak ramai juga pada hari itu.

Walaupun bola mata saya memfokus ke arah beberapa pelanggan dalam bank, namun di ruang wajah saya seolah-olah ditayangkan semula gelagat Kuzie bersama Jimmy Low. Beberapa persoalan juga menerjah fikiran saya setiapkali terbayang mereka berdua yang kelihatan begitu mesra sewaktu sama-sama keluar dari hotel.

Kuzie tidak gemar menyarung pakaian wanita seperti saya ataupun Mea, sebaliknya lebih selesa berseluar panjang dan berkemeja sebagaimana kebanyakan lelaki.  Pada waktu-waktu tertentu dia akan memakai tali leher untuk menyerlah kejantanannya. 

Malangnya dia tidak dapat menyembunyikan rahsia ‘kelembutan’ bila berjalan. Setiap langkahnya tidak membayangkan dia lelaki sebenar kerana begitu berhati-hati . Sesiapa saja jika berbual-bual dengannya pasti akan ditamparnya lembut dan sekali-sekala akan mendapat cubitan manja di paha.

Sebagai rakan sekampung, sikap terpuji boleh diberikan kepada Kuzie kerana dia tidak pernah mengalah. Maksudnya, walaupun perwatakan lembut tetapi tetap berusaha mahu menjadi lelaki sejati. Dalam kata lain, dia sedaya upaya hendak mengubah sikap semulajadinya tetapi tidak berhasil.

Pernah juga Kuzie memohon menjadi askar. Tujuannya mahu mengikis sikap orang kampung terutama rakan sebaya supaya tidak memandang rendah kebolehannya. Berminggu-minggu dia berlatih berjalan depan cermin dalam rumah agar dilihat setiap langkah seperti lelaki.

Sampai waktunya begitu bersemangat dia ke tempat pemilihan di Dewan Orang Ramai. Bagaimanapun, bukan mudah hendak membuktikan kepada pegawai pemilik rekrut baru yang berpengalaman itu.  Bila Kuzie diarah berjalan, hanya beberapa langkah sahaja dilihat seperti lelaki, manakala langkah-langkah seterusnya menjadi bahan tertawa termasuk pengawai pemilihan rekrut itu, sekaligus menghancurkan harapannya untuk menyertai pasukan beruniform.

Walaupun menjadi bahan ketawa, Kuzie tetap tidak mengalah. Semangatnya masih kental dan berazam akan mencuba lagi sekiranya diberi peluang. Kuzie mahu buktikan yang dia bukan lelaki lembut dan menjadi bahan ejekan. Dia mahu dianggap sebagai lelaki perkasa dan berjasa pada negara  sebagaimana dua abangnya sebagai askar dan polis.

Malangnya, nasib tidak menyebelahi Kuzie dan kandas sewaktu pemilihan. Lebih memalukan pengawai yang bertanggungjawab dalam pemilihan itu menyindirnya depan khalayak.  Walaupun begitu, insan yang berselindung sebalik nama Kuzie tidak pernah putus asa.

Tidak seperti saya begitu cepat mengalah. Akibat kerap disindir penduduk kampung mengambil keputusan drastik membuat pembedahan untuk menukar jantina.  Akibatnya, untuk kembali sebagai lelaki normal mustahil sama sekali.  Apa tidaknya  ‘simbol’ lelaki sudah tiada di tubuh.

Saya sendiri sebenarnya tidak tahu sampai bila harus berkeadaan begini. Apakah lima, 10, 20 ataupun sehingga bongkok tiga menjalankan kegiatan jijik ini? Ataupun setelah tercapai impian memiliki sebuah rumah dan kereta sendiri, baru berhenti menyundal?  Saya sedar masa depan saya terumbang ambing walaupun pendapatan agak lumayan setiap malam.

Tiba-tiba nombor giliran saya berkelip-kelip diiringi suara meminta saya ke kaunter 2. Tanpa berlengah saya terus ke kaunter berkenaan lalu menghulur cek pemberian Jimmy Low bersama slip yang siap bertulis berserta buku bank.

Pegawai itu meneliti di komputernya beberapa minit lalu memandang ke arah saya. Pandangan luar biasa lelaki itu dapat saya rasakan ada sesuatu tidak kena. 

“Kenapa encik?” Spontan soalan itu melompat keluar dari mulut saya.

“Sorry Cik, cek tendang!” Balas pegawai itu lalu mengembalikan buku bank bersama slip dan cek yang diselitkan pada helaian buku bank.

“Tendang? Mustahil! Cu… cuba check betul-betul,” saya menggesa pegawai itu.

“Akaun ni dah tak aktif, maafkan saya,” beritahu pegawai bank itu lagi. Dalam waktu sama terdengar panggilan serta nombor giliran berkelip-kelip mengarahkan ke kaunter 2.

Tanpa banyak cakap saya terus melangkah keluar dengan perasaan hampa berbaur marah pada Jimmy Low. Geram sungguh saya terhadap lelaki jalang itu. Kalaulah dia ada depan saya ketika itu, tahulah apa yang hendak saya lakukan. Jangan dia ingat saya lembut, dia boleh buat apa saja….

“Babi punya jantan! Eeeeeee geramnya aku!” Saya melepas kemarahan yang amat sangat sambil menyiat-nyiat cek pemberian Jimmy Low menjadi kepingan sebesar ibu jari lalu membuangnya di kakilima bank.

Kemudian saya terus melangkah ke sebuah bangunan bersebelahan dengan Kompleks Pertama. Saya yakin Jimmy Low ada di situ bersama Kuzie.  Tidak sabar saya hendak membuat perhitungan dengan lelaki jalang itu. Apa nak jadi pun jadilah, asalkan hati saya puas.





Mingguan Perdana Bil 1092
Ahad 31 Oktober 2010

Episod 13  
EMY PENGSAN

SEBAIK saja saya membuka mata sedang berada di katil wad hospital. Saya juga tidak pasti hospital mana kerana tidak dapat mengagak berdasarkan melihat uniform jururawat sahaja. Bagaimanapun saya lebih yakin hospital swasta kerana uniform yang dipakai jururawat yang merawat saya berbeza daripada hospital kerajaan.

Sebenarnya saya tidak memikirkan sangat hospital mana, yang saya nak tahu apa berlaku pada saya dan siapa bawa saya ke hospital? Apa yang saya ingat saya berlegar-legar di bangunan MARA Jalan Tuanku Abdul Rahman mencari Jimmy Low yang telah menipu saya memberi cek tendang.

Fikiran saya bercelaru pada ketika itu kerana sudah berangan-angan hendak membeli kereta. Malah saya juga telah beritahu Mea minta dia menemani saya ke syarikat jualan kereta. Malangnya impian itu tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya saya pula berdepan dengan masalah kesihatan.

“Kenapa dengan saya nurse?”

“Encik Rahim pengsan tadi,” beritahu jururawat sewaktu memeriksa nadi pergelangan tangan kanan saya.

Setelah menulis sesuatu, dia mengambil dua biji ubat sebesar panadol dari dalam botol atas troli di sisinya  lalu menghulur kepada saya. Walaupun dia tidak berkata sesuatu, dengan sendiri saya faham ubat itu untuk ditelan.  Saya berusaha duduk dan mengambil air suam yang tinggal separuh dalam gelas di hujung  katil lalu menelan ubat berkenaan.

Dalam pada itu, saya rasa malu dengan jururawat yang merawat saya kerana identiti sebenar saya sudah terbongkar.  Tersentak sekejap ketika dia menyebut nama sebenar saya tadi . Saya pasti kakitangan hospital telah menyelongkar beg tangan saya untuk mengambil kad pengenalan. Kalau tidak macam mana dia boleh tahu nama sebenar saya Rahim.

Nama itu selain keluarga, hanya Kuzie yang tahu. Walaupun Mea sudah lama tinggal serumah, dia sendiri tidak tahu nama sebenar saya. Yang dia tahu nana glamor Emy dan biasanya bila di rumah, kami hanya membahasakan diri sebagai  ‘nyah’ saja.  Begitu juga saya memanggil Mea ‘nyah’ dan dia juga memanggil saya dengan gelaran sama.

“Pengsan… emmm siapa bawa saya ke sini?” Saya ingin tahu selanjutnya.

 “Entahlah Encik Rahim, kebetulan saya baru saja masuk, baru tukar syif….” balas jururawat itu seraya  melangkah ke pesakit sebelah katil saya.

“Okeylah…  terima kasih banyak...,” saya membetulkan duduk sambil menyandar dengan meletakan bantal di belakang. “ Agaknya bila saya boleh keluar?” Saya ingin kepastian lagi sambil melempar senyuman.

“Tunggu doktor dulu macam mana keputusan. Saya rasa penyakit Encik Rahim tak serius,” jawabnya setelah berhenti seketika melangkah.

Dalam pada itu minda saya ligat memikirkan siapa yang membawa saya ke hospital. Adakah Kuzie, Jimmy Low atau orang awam yang berada di bangunan Mara itu. Saya terlalu ingin tahu siapa yang bersusah payah membawa saya ke hospital. Kenapa tidak biarkan saja saya mati di bangku tempat orang berehat di bangunan berkenaan? Entah kenapa tiba-tiba saja timbul kemarahan pada orang yang membawa saya ke hospital.

Saya tak rela jika yang membawa saya ke hospital sama ada Kuzie atau Jimmy Low. Kedua-dua insan ini jangan cuba-cuba berbudi dengan saya. Minta maaf dari hujung kuku kaki sampai hujung rambut.  Kemarahan saya macam P. Ramlee yang sanggup menikam mata dengan garpu setelah dipulihkan oleh Dr. Rusdi.

Walaupun keadaan saya berbeza dengan watak dalam filem ‘Ibu Mertuaku’ itu, tetapi saya tetap tidak suka jika kedua-dua insan itu hendak berbaik-baik dengan saya. Kalau mereka datang melawat saya pada waktu ini sekalipun, tahulah saya hendak ajar mereka berdua. Biar kecoh satu wad asalkan hati saya puas.

“Encik Rahim…. Encik Rahim!” Saya tersentak dari lamunan. Baru sedar ada orang memanggil. Rupa-rupanya jururawat tetapi bukan yang memeriksa saya sebentar tadi.

“Encik Rahim boleh keluar hospital hari ini, kalau boleh berehat dulu dalam sehari dua sebelum start kerja. Ni surat untuk ambil ubat di farmasi di tingkat bawah. Seperkara lagi encik Rahim tak perlu bayar apa-apa kerana ada orang sudah bayarkan. Encik Rahim hanya perlu ambil ubat sahaja,” beritahu jururawat itu lagi.

Saya tidak banyak soal setelah menyambut surat ubat tersebut. Cuma dalam hati tertanya-tanya, siapa bermurah hati membiayai kos rawatan tersebut?  Dalam pada itu saya juga memikirkan bagaimana hendak menyarung pakaian wanita yang saya pakai sewaktu keluar ke bank semalam. Nurse sudah tahu jantina saya lelaki, kalau saya menyarung pakaian wanita sudah pasti gempar satu wad. Kain pelikat dan kemeja T yang tersarung di tubuh sekarang pun, saya sendiri tidak tahu siapa pemiliknya.

Setelah agak lama memikirkan masalah pakaian, baru teringat Mea. Saya tidak tahu kenapa boleh terlupa Mea yang merupakan rakan serumah. Dia tidak tahu saya dimasukkan ke hospital. Saya yakin hanya Mea saja yang dapat menolong ketika dalam kesusahan.

“Mana handphone?” Puas saya menyelongkar beg tangan dan menuang semua isinya, tetapi alat komunikasi itu tiada. “Siapa pula kebas…, aduh macam mana nak telefon  Mea?”

Saya mencari wang siling dalam kocek beg tangan ada sekeping syiling 50 sen. Tanpa berlengah saya terus keluar dari wad untuk mencari telefon awam. Terdapat dua telefon awam di luar pintu masuk wad.
Satu lagi masalah timbul saya tidak ingat nombor handphone Mea. Biasanya main tekan pada punat handphone saja. Puas saya memikir ternyata hanya ingat nombor pangkal sahaja 019954. Lagi empat digit saya ingat-ingat lupa. 





Mingguan Perdana Bil 1093
Ahad 07 November 2010

Episod 14  
EMY DIPERKOSA

SETELAH beberapakali mencuba nombor telefon Mea tidak berjaya, saya berdiri di sudut laluan masuk ke wad. Minda saya ligat memikirkan macam mana hendak pulang ke rumah. Bukan tidak ada wang tambang tetapi masalah hendak menyarung pakaian wanita. Kalau memakai kemeja-T dan berkain sarung pula, nampak sangat terlalu dhaif.

Sudahnya saya berdiri di tepi tingkap di tingkat dua wad berkenaan sambil memandang ke bawah. Harapan saya, jika ternampak orang yang saya kenal, saya akan meluru ke bawah dan minta dia hantar ke rumah.

Agak lama juga saya memerhati, tiada seorang pun saya kenal walaupun agak ramai juga pelawat keluar masuk ke hospital berkenaan. Saya tidak dapat mengagak jam sudah pukul berapa kerana saya tidak pakai jam. Manakala di luar wad juga tidak diletakan jam dinding. Cuma saya dapat mengagak melalui sinaran cahaya matahari dalam lingkungan pukul 11:00 pagi.

Disebabkan rasa kecewa kerana tidak seorang pun yang saya kenal, mahu tidak mahu saya terpaksa juga pulang ke rumah walaupun terpaksa mengarung pakaian wanita. Lantaklah jururawat hendak ketawa sampai pecah perut bila melihat saya, asalkan dapat pulang ke rumah.

“Emy, buat apa kat sini?” Seorang lelaki bertanya sewaktu saya berpaling sambil melangkah hendak masuk ke wad.

“Sa… saya sakit, tapi dah sihat…  dah boleh balik.”

“ Kalau macam tu boleh saya hantarkan,” ujar lelaki itu lagi. Macam ‘orang mengantuk dibagi bantal’ gerutu hati kecil saya.

Sebenarnya saya tidak cam siapa dia sebenarnya. Cuma saya mengagak dia mungkin pelanggan saya. Maklumlah bukan mudah hendak mengenali setiap lelaki jalang yang sudah melebihi angka ratusan orang telah melanggani saya setiap malam.

“Boleh juga, saya pun tengah mencari siapa yang boleh hantar saya balik,” spontan ayat itu melompat keluar dari mulut.

“Jomlah cepat,” gesa lelaki itu lagi.

“Jap, saya ambil barang di dalam.”

Lelaki berusia lingkungan 40 han itu mengangguk tanda setuju lalu duduk di kusyen pada ruang menunggu di luar wad itu. Tanpa berlengah saya terus ke katil wad lalu memasukkan beg tangan serta pakaian ke dalam sebuah beg plastik barang yang tertulis dengan jelas nama sebuah pasaraya terkenal di ibu negara.

Dalam pada itu saya rasa amat kecewa dengan kehilangan handphone .  Ketiadaan telefon membuatkan saya merasakan dunia ini terlalu kecil. Sudah pasti rakan-rakan mahupun pelanggan tidak lagi dapat menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan.

Disebabkan rasa marah, saya terus melangkah keluar. Malas hendak memberitahu kepada mana-mana jururawat yang bertugas mengenai kehilangan alat komunikasi saya itu. Kalau beritahu pun, mereka tidak akan mengganti telefon saya itu dengan segera. Memikirkan masalah itulah saya enggan membuat aduan.

Bagaimanapun, baru beberapa langkah, seorang jururawat tergesa-gesa mendapatkan saya sambil memanggil nama.  Saya menoleh ke arahnya setelah mematikan langkah. Sepantas kilat saya menyangka ada yang tidak kena telah saya lakukan. Rupa-rupanya dia hendak menyerahkan telefon bimbit saya.

“Maaf encik Rahim, kami terlupa nak bagi balik telefon encik ni.”

“Terima kasih, saya ingatkan apa tadi,” balas saya walaupun sedikit kecewa kerana telah menyusahkan saya.
Sebaik saja telefon itu berpindah tangan, saya terus melangkah keluar . Memberi isyarat ‘keluar’ secara memusing kepala dari kiri ke kanan kepada lelaki yang duduk di ruang menunggu. Setelah mengekorinya hingga ke kereta, setengah jam kemudian sampai di sebuah rumah teres.  Lelaki itu beritahu saya boleh membersih diri sebelum dia ambil hantar saya pulang ke rumah.

Oleh kerana saya belum mandi, terus saja ke bilik air. Kira-kira 20 minit kemudian saya keluar dan ketika saya hendak menyarung pakaian di sebuah bilik, tiba-tiba saya dipeluk erat dari arah belakang. Puas saya meronta tidak berdaya kerana kederat lelaki itu lebih gagah. Kemudian dia menolak ke katil bujang yang tersedia di bilik itu.

“Tak perlulah awak nak melepaskan diri, bukan ada orang lain dalam rumah ini, semua lelaki macam awak juga,” kata lelaki itu sambil berdiri di sisi katil. Matanya memandang tepat ke tubuh saya.

Menyedari keadaan saya tanpa seurat benang,  segera saya menutup dari paras pinggang ke bawah. Dalam pada itu, baru saya teringat dia adalah lelaki sama yang telah menceroboh masuk ke bilik saya ekoran Mea lupa mengunci pintu tidak lama dulu.

Sekali lagi dia tersenyum memandang saya lalu duduk di birai katil, kemudian  pelahan-lahan mengusap tubuh saya. Oleh kerana, agak lama juga tubuh saya tidak disentuh jantan, menyebabkan rasa marah hilang dalam sekelip mata.

Lelaki itu terus memainkan peranannya sehingga saya tidak lagi dapat berbuat apa-apa. Dalam kata lain, merelakan apa saja bakal dilakukannya terhadap tubuh saya. Lebih setengah jam barulah adegan penuh kerelaan itu berakhir. Bagaimanapun, jantung saya berdebar kencang kerana melihat ada empat lagi lelaki sedang menunggu giliran.




Mingguan Perdana Bil 1094
Ahad 14 November 2010

Episod 15  
EMY TERSELAMAT

OLEH kerana tidak ada jalan lain hendak melepas diri, saya memikirkan ada dua cara saja yang harus saya buat. Pertama pura-pura pengsan; kedua merelakan saja tindakan yang bakal dilakukan daripada keempat-empat lelaki yang sedang bersiap sedia hendak meratah tubuh saya. Salah seorang adalah lelaki yang berbudi hendak menghantar pulang sewaktu di hospital tadi.

Sekarang baru saya sedar telah ditipu kerana menilai pada budi manusia. Saya sangka dia ikhlas hendak menolong, rupa-rupanya ada ‘udang di sebalik batu’.  Terbukti kita tidak boleh percaya pada seseorang apatah lagi kalau tidak kenal.  Apapun akan saya jadikan ikhtibar dan sentiasa berhati-hati dengan siapa saja selepas ini jika ada yang hendak membantu.

Kalau saya ambil langkah pertama pura-pura pengsan, ada kemungkinan saya akan digasak teruk oleh keempat-empat lelaki yang sememangnya sedang dalam ketagihan itu. Besar kemungkinan, lelaki pertama yang telah puas meratah tubuh saya, akan mengulangi kali kedua. Ini bermakna, plan pertama tidak boleh dilakukan kerana akan mengundang bahaya lebih besar.

Kalau pura-pura pengsan Haji Bakhil dalam filem ‘Labu Labi’ tidak jadi masalah kerana tidak mengundang bahaya. Berbeza dengan saya kerana keempat-empat lelaki itu hanya menunggu peluang saja hendak menggasak saya sepuas-puasnya. Kalau seorang dua ada kemungkinan saya dapat bertahan, kalau empat sekali gus, gajah pun belum tentu dapat bertahan.

Jika saya ambil plan kedua yakni merelakan mereka melakukan apa saja pada tubuh saya, dianggap selamat . Timbul persoalan, bolehkah saya melayan keempat-empat mereka sekaligus? Letih melayan lelaki pertama masih belum hilang, ditambah lagi dengan empat lelaki kemaruk serentak.

“Hoi sial! Awak jangan nak mengada-ngada, ni bukan kawasan awak tau. Kalau nak mampus datanglah kalau berani! Kurang Ajar!” Tiba-tiba kedengaran seorang lelaki menjerit dari arah belakang rumah.

Saya begitu terperanjat mendengar laungan berupa cabaran itu. Mungkin dua kumpulan dalam proses hendak bergaduh.  Dalam pada itu kedengaran seperti satu pihak telah membaling objek kaca. Saya yakin botol kerana bunyi berderai pecah berhampiran dinding bilik.

Bunyi kaca pecah itu membuatkan lelaki yang sedang berada di atas tubuh saya mula terganggu. Dia seolah-olah tidak lagi dapat memberi tumpuan terhadap saya yang sudah 100 peratus menyerah dan menerima apa saja tindakannya.

“Thum! Thum! Thum!” Bunyi ketukan pada pintu dari luar bilik. “Cepat-cepat!” Kedengaran pula gesaan seseorang seolah-olah meminta lelaki yang sedang berada di atas tubuh saya segera menamatkan permainannya.

Sebaik saja mendengar arahan, lelaki itu sudah tidak ada mood. Dia mencapai tuala di birai katil lalu membalut  tubuh dan terus keluar bilik. Kedengaran seperti  beberapa orang berlari-lari ke arah pintu dapur dan membukanya. Dalam pada itu telinga saya dapat menyambar bunyi seperti mereka sedang menggunakan batang besi sebagai senjata.

“Ini peluang baik!” Geruti hati saya.  Tanpa berlengah saya mengambil sehelai seluar jeans yang tersangkut di dinding. Setelah menyarung dan memakai kemeja T, saya mencapai pakaian saya dalam beg plastik dan terus bergegas keluar rumah. Dalam keadaan tergesa-gesa saya menyarung selipar yang berselerak di luar rumah.

Saya berlari sekuat-kuat tenaga meninggalkan rumah itu ke arah satu lorong. Dari lorong itu ternampak jalan besar . Saya mempercepatkan langkah sambil berdoa dengan harapan ada teksi untuk memudahkan saya pulang ke rumah.

“Pooon pooon!” Bunyi hon itu membuatkan saya bertambah takut. Saya yakin kereta kumpulan pemuda yang saya tinggalkan rumah mereka tadi. Disebabkan bimbang keselamatan diri saya berlari-lari anak tanpa memperdulikan kereta itu di belakang.

Tiba-tiba kereta itu memotong membuatkan saya berhenti berlari. Rupa-rupanya teksi. “Awak takut apa?” Pemandu bertanya setelah kereta berhenti di sisi saya setelah cermin tingkap diturunkan agak luas. Tanpa menjawab soalannya,  saya terus membuka pintu teksi dan duduk di tempat duduk belakang. Teksi itu terus bergerak ke hadapan menuju jalan besar.

“Awak lari dari rumah ke?” Pemandu teksi berketurunan India Muslim itu bertanya sambil memerhati saya melalui cermin pandang belakang di depannya.

“Boleh cepat sikit tak? Pandu terhegeh-hegeh!” Saya menggesa seraya tarik muka mencuka.

“Adik, saya tanya, apa pasal mahu marah sama saya.”

“Saya bukan lari rumahlah, sekarang hantar saya balik rumah cepat!”

“Alamat tarak kasi, apa macam mahu cepat. Mana saya tahu adik mahu balik mana?” Balas pemandu teksi pula.

“Awak hantar saya sampai Chow Kit, Jalan Raja Bot cukup, saya tahulah nak pergi mana!”

“Okey.. okey.”

Teksi  itu terus melunjur. Saya menyandar sambil memerhati keluar tingkap. Kemudian memerhati ke arah lantai teksi. Alangkah terkejutnya saya melihat selipar tersarung di kaki berlainan. Sebelah kanan selipar jepun manakala sebelah kiri sandal buruk. Saya tersenyum sendiri bila mengingatkan betapa tergesa-gesanya saya hendak menyelamatkan diri dari rumah pemuda-pemuda nakal itu.

Dalam pada itu, terapa seperti satu ketulan pada tempat duduk teksi itu. Saya meraba di bawah punggung, rupa-rupanya di kocek seluar jeans yang saya pakai. Setelah ditarik, sebuah dompet penuh berisi not RM50.  Cepat-cepat saya memasukan balik ke dalam kocek seluar kerana tidak mahu pemandu teksi mensyaki sesuatu.

“Padan muka hang, duit ni kira aku punya,” hati saya berbisik . Sampai di rumah nanti baru saya hendak melihat secara terperinci siapa pemiliknya kerana di dalamnya terdapat juga kad pengenalan dan dokumen lain.




Mingguan Perdana Bil 1095
Ahad 21 November 2010

Episod 16 
EMY KENA PINDAH

SEWAKTU pemandu teksi hendak menuju ke Chow Kit, saya meminta dia hantar terus ke rumah. Pemandu itu merungut dengan mengatakan tidak beritahu awal-awal. Bila saya kata bukan minta dia hantar percuma, barulah dia tutup mulut dan berhenti tidak jauh dari rumah sewa saya. Maaf kerana saya terpaksa merahsiakan taman perumahan tempat saya tinggal atas sebab-sebab tertentu terutama masalah keselamatanan saya.

Setelah teksi itu bergerak dan hilang dari pandangan barulah saya membuka pagar dan terus masuk ke rumah. Saya tidak pasti Mea ada atau tidak dalam biliknya. Kalau melihat pada kasut yang diletak di rak, dia ada di rumah.

Apa pun saya bukan hendak ambil tahu hal dia. Sejak saya tinggal di rumah sewa berkenaan antara kami berdua jarang berbual. Dia dengan urusan dia dan saya dengan urusan saya. Dalam kata lain, kami sibuk dengan urusan masing-masing. Walaupun jarang bercakap, bukan bermakna kami bergaduh.

Sebaik saja mengunci pintu hadapan saya terus masuk ke bilik dan mengunci pula dari dalam. Saya melompat ke katil lalu berbaring sambil memandang siling. Saya menarik nafas dalam-dalam dan mengosongkan fikiran. Saya hendak lupakan seketika peristiwa hampir dirogol bergilir-gilir pemuda kemaruk seks tadi.

Lebih kurang lima minit kemudian barulah saya menanggalkan seluar jeans yang tersarung di tubuh.  Baru teringat ada dompet di kocek belakang seluar yang saya ‘cilok’ tadi.  Setelah menarik keluar dan membuka zip dompet berkenaan, terdapat lima  keping not RM100 dan beberapa keping lagi not 50, 10 dan seringgit.

“Banyak duit setan ni!” Gerutu hati saya sambil mencari lain-lain dokumen termasuk kad pengenalan yang terselit pada bahagian-bahagian tertentu di dompet berkenaan. Semua saya longgok atas tilam.

“Seribu tiga ratus empat puluh dua ringgit, banyak juga ni. Duit ni dah jadi aku punya, jangan harap aku nak hantar balik,” gerutu hati kecil saya lagi setelah mengira jumlah wang tersebut.

Kemudian saya membelek kad pengenalan.  Tertera nama OSMAN BIN JAILANI. Saya tersenyum sendiri bila membaca nama itu. Serupa dengan nama peniup seksefon buta lakonan P. Ramlee dalam filem ‘Ibu Mertuaku’. “Macam tak ada nama lain?” Saya senyum sendiri.

“Apa yang harus saya buat sekarang?” Soalan ini mula bermain-main di minda saya. Memang saya tidak akan hantar kepada pemiliknya. Kalau saya hantar samalah seperti menghantar leher supaya mereka menjeratnya.

Saya juga yakin pemilik wang pasti akan mencari saya. Walaupun dia tidak tahu alamat, tetapi lelaki yang mula-mula menggasak saya , pernah menceroboh ke bilik saya, sekaligus tahu lokasi rumah sewa  saya. Ini bermakna, saya tidak boleh lagi tinggal bersama Mea kerana mereka boleh datang pada bila-bila masa.

Saya amat bimbang kalau-kalau mereka datang.  Sudah tidak ada jalan lain saya perlu berbincang dengan Mea berpindah ke rumah lain. Saya bimbang sekiranya mereka mencari saya tiada, Mea akan menjadi mangsa. Semua lelaki itu sudah pasti akan membalas dendam kerana hajat mereka hendak merogol saya tidak kesampaian. Kehilangan seluar berserta wang dan kad pengenalan menambahkan lagi kemarahan mereka.

“Thumb! Thumb! Thumb!”  Saya mengetuk pintu bilik Mea dengan kasar. Saya menunggu seketika, terbukti tiada sebarang tindak balas dari Mea.

“Thumb! Thumb! Thumb!” Saya ulang mengetuk. Saya rapatkan telinga pada daun pintu untuk mendengar sama ada Mea ada di dalam atau sebaliknya.

“Siapa?” Kedengaran suara Mea. Terbukti tidurnya terganggu.

“Aku le, cepat buka pintu ni!” Saya mengesa. Kemudian kedengaran Mea melangkah ke pintu.

“Apahal ngan hang ni, ketuk macam nak bagi pecah pintu!” Mea ingin tahu sambil menapak semula ke katil.

“Nie aku nak bagitau hang, kita kena pindah dari rumah ni!”

“Pindah? Apasal pulak, aku baru bayar sewa rumah, pasai apa tuan rumah suroh pindah. Gila ke apa tuan rumah nie,” Mea merungut sambil mengosok-gosok mata setelah duduk di birai katil.

“Bukan masalah tuan rumah!”

“Habis, pasai apa?” Agak kuat Mea menyoal. Bola matanya memfokus ke wajah saya.

“Nie masalah aku.” Tak berani saya memandang wajahnya.

“Cuba bagitau pasai apa. Aku pun pelik tak pasai-pasai hang suruh pindah,” Mea menggesa  supaya saya ceritakan apa yang terjadi sehingga perlu berpindah dari rumah sewa yang sudah diduduki lebih dua tahun itu.

Saya menceritakan keadaan sebenar pada Mea berhubung kebimbangan saya sekiranya masih tinggal di situ. Saya tidak mahu dia menjadi mangsa, sedangkan saya yang melakukan kesalahan mencuri seluar jeans. Tidak sangka pula dalam kocek seluar itu ada dompet yang berisi wang lebih seribu ringgit.

Tok! Tok! Tok! Kedengaran ketukan di pintu hadapan.  Kami memandang sesama sendiri . Disebabkan terlalu takut, saya menyembunyikan diri sebalik pakaian baju Mea yang bergantungan di sudut bilik tidur itu.

“Nanti aku pergi tengok, entah-entah orang minta sedekah,” pujuk Mea lalu keluar bilik untuk mengintai siapa yang datang. Saya pula sedang mencari jalan bagaimana hendak bertindak sekiranya pemuda-pemuda gila seks itu masuk ke rumah.




Mingguan Perdana Bil 1096
Ahad 28 November 2010

Episod 17 
DIANCAM BUNUH


LEBIH kurang lima minit Mea masuk semula ke dalam bilik dan terus berbaring. Saya yang bersembunyi di sebalik pakaiannya yang bergantungan di tepi dinding terkulat-kulat menanti siapa yang datang mengetuk pintu. Rupa-rupanya dia buat kering sahaja tanpa memberitahu apa-apa kepada saya. Malah menimbulkan kemarahan saya kerana bukan dia hendak mencari saya, sebaliknya terus berbaring seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Oleh kerana tidak sabar hendak mendengar cerita di sebalik ketukan pintu bertalu-talu tadi, saya keluar pelahan-lahan dan menarik kaki Mea. “Apa cerita?” Soal saya dalam keadaan takut-takut.

“Dah settle,” balas Mea acuh tak acuh sahaja.

Settle apa? Aku tak faham,” saya mendesak lalu duduk di sisinya dibirai katil.

“Ada budak jantan tu, dia nak pukul hang… aku cakap hang mana ada sini, lepas tu dia terus belah…”

“Betui ke hang main-main nie!” Saya terus mendesak kerana tidak berapa percaya melihat cara Mea bercakap. Gerak bibirnya macam ada yang tidak kena.

“Hang cakap betui-betui Mea, aku tengah takut nie. Susah nak cari makan kalau depa tau rumah kita. Kalau betui depa cari kita, kena pindah macam mana pun dari rumah ni!” Saya mencadangkan pada Mea. Serentak itu degupan jantung saya mula berdegup kencang. Kemudian melangkah keluar dari bilik Mea untuk ke bilik saya.

“Hang nak pi mana tu?”

“Aku nak kemas barang, nak cari rumah lain. Duduk di sini lama-lama mati kena kerat,” saya membalas.

“Hoi relaks le…” Mea menarik tangan saya setelah dia bingkas bangun dari katil. Ketika saya sudah hampir hendak melangkah keluar bilik.

“Aku bergurau je lah. Tadi tu mamat bangla nak jual jam dengan talipinggang. Aku dah halau dia dan bagitau lain kali jangan datang lagi,” beritahu Mea sambil tersenyum.

“Hang ni betui-betui nak bunuh aku. Kalau aku lemah jantung dah lama jatuh tergolek. Aku serius hang main-main pulak,” saya membalas sambil menarik muka mencuka.

Sorry la… aku saja nak tengok sejauh mana penakut hang tu!”

“Jangan nak uji-uji, kalau depa betui-betui datang macam mana. Sebab tu aku beritahu kat hang kita kena pindah dari rumah ni, kalau tak pindah bahaya,” saya terus mendesak Mea supaya berpindah.

“Bukan aku tak mau pindah, tapi susah dapat rumah. Aku dah puas tanya kawan-kawan, semua bagitau tak ada, kalau nak juga tunggu tahun depan,” beritahu Mea pula.

Memang betul. Saya juga bertanya kawan-kawan jawapannya sama seperti Mea. Mahu tidak mahu terpaksa bersabar sehingga tahun hadapan. Biasanya awal tahun ada yang bertukar kerja ke tempat lain, barulah ada rumah kosong. Itupun belum tentu dapat sekiranya tidak memberi wang cengkeram terlebih dahulu kepada pemilik rumah sewa.

Tiba-tiba telefon bimbit saya menjerit-jerit.  Saya terus menekan punat sambungan untuk bercakap. Sangkaan saya pelanggan kerana sudah agak lama tidak ke lorong-lorong belakang bangunan. Bagaimanapun, sangkaan saya meleset sama sekali.  Bukan pelanggan sebaliknya suara lelaki yang saya tidak kenali. Dia mengancam hendak membunuh saya dengan alasan telah menipunya.

Bila saya tanya siapa, dia enggan menyatakan identiti sebenar. Keadaan itu menyulitkan saya hendak mengagak siapa lelaki itu. Lagipun seingat saya, belum pernah menipu orang, tetapi orang menipu saya memang ramai, termasuk Jimmy Low.

Sejak panggilan berupa ancaman itu membuatkan saya cukup fobia deringan telefon. Setiapkali telefon menjerit, saya dalam dilema hendak menjawab. Kadang-kadang saya terpaksa mendengar dulu siapa di hujung talian baru berani menjawab. Dalam waktu lain, saya terpaksa menyamar suara orang lain sebelum menggunakan suara sebenar setelah yakin bukan pemanggil hendak mengancam saya.

Bagaimanapun terlalu sukar hendak mengelak daripada panggilan berupa ancaman itu. Walaupun saya berusaha menyamar, pemanggil juga pandai buat helah. Dia minta orang lain menjawab dahulu kemudian baru dia sendiri bercakap. “Jangan cuba-cuba hendak melarikan dari saya, kalau nak selamat. Jika tidak kamu tidak sempat hendak beraya lagi tahun depan!”

Ayat inilah membuatkan saya tidak lena tidur setiap malam. Bukan sekali tetapi sudah banyak kali ayat sama diucapkan kepada saya. Sedangkan saya tidak tahu punca sebenar lelaki itu mengancam hendak membunuh saya. Hendak tuduh angkara Jimmy Low atau Kuzie tidak ada bukti kukuh. Hanya mereka berdua saja musuh saya sekarang ini, tetapi saya tidak yakin perbuatan mereka berdua. Sebaliknya lebih yakin lelaki yang saya ‘cilok’ seluarnya sewaktu saya nyaris dirogol bergilir-gilir tempoh hari.

“Buat report je, bagi polis siasat,” cadang Mea sewaktu saya memberitahunya.

Report perkara senang, masalahnya siapa jantan tu?” Saya menggaru-garu kepala tidak gatal.
“Polis tahulah cari siapa jantan tu, apa motif dia ancam hang macam tu!” Mea bertegas minta saya segera ke balai polis.

“Nantilah aku fikir!” Itu saya perkataan yang saya mampu keluarkan dan berlalu ke bilik. Saya berbaring sambil mengenangkan masa depan yang mula terumbang ambing.




Mingguan Perdana Bil 1097
Ahad 05 Disember 2010

Episod 18 
HILANG ARAH


SETELAH puas memikir apa yang harus saya buat berhubung panggilan berupa ancaman yang hampir setiap hari diterima melalui telefon bimbit, akhirnya saya ambil keputusan tukar kad ‘sim’. Tujuannya untuk mengelak dari panggilan begitu berterusan. Bagaimanapun, tukar kad sim bukan bermakna penyelesaian mutlak. Ada di kalangan pelanggan pula marah kerana panggilan mereka tidak dijawab.

“Timbul masalah lain pula.” Gerutu hati kecil saya sambil menggaru-garu kepala tidak gatal. Sudahnya sekali-sekala saya terpaksa menukar balik kad sim lama untuk menyemak panggilan mahupun SMS.

Nasib saya boleh dianggap ‘sial’ kerana setiapkali tukar kad sim, ketika itulah saya terima panggilan berupa ancaman. Saya sendiri merasa terlalu pelik, pemanggil  boleh tahu waktu mana saya menukar kad sim. Kalau hendak kata kebetulan, adalah mustahil berlaku setiap kali saya tukar kad sim.

Kadang-kadang terfikir juga inilah akibatnya bila ‘buat kerja haram’. Banyak benda Allah tidak restu, sekaligus ada saja halangan. Apa boleh buat, kata orang, ‘alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.’ Apa yang bakal berlaku, akan saya usahakan untuk menangkisnya. Tidak siapa lagi yang boleh saya harapkan, selain Mea. Itupun saya tidak pasti sampai bila kami akan berkawan rapat.

Sejak akhir-akhir ini Mea pun macam tidak sehaluan dengan saya. Ajak berpindah rumah dia macam acuh tak acuh aje. Padahal saya amat bimbang keselamatan dia. Kalau jantan-jantan yang hendak merogol saya datang ke rumah, kebetulanan saya tidak ada,  sudah tentu mereka akan menggasak Mea. Itu sebabnya saya mahu Mea berpindah ke rumah lain. Tidak ada agenda tersembunyi, sebaliknya kerana sayangkan dia. Saya tidak mahu dia menjadi mangsa ekoran perbuatan saya.

Saya sudah ambil keputusan drastik akan tinggalkan rumah sewa ini buat sementara waktu dalam masa seminggu dua. Jika ada rumah lain saya akan pindah terus dan terserah pada Mea sama ada ingin bersama saya atau sebaliknya. Sebagai seorang rakan, saya rasa sudah lepas tanggungjawab memberitahunya sekaligus mengajak pindah. Jika dia tidak mahu, bukan masalah saya lagi. Berlaku perkara tidak diingini jangan libatkan saya lagi.

Oleh kerana tidak mahu membuang masa, saya segera memilih beberapa pakaian untuk dimasukan ke dalam beg.  Saya menunggu dalam masa setengah jam lagi, sekiranya Mea masih tidak pulang ke rumah, saya akan keluar tanpa pengetahuannya. Saya juga tidak menghubunginya melalui telefon, sebaliknya biar dia yang menelefon saya. Untuk apa beritahu berulangkali hendak pindah, kalau dia langsung tidak berminat.

Jam di handphone saya sudah menunjukkan pukul 11:30 pagi. Mea masih belum kelihatan batang hidung. 
Biasanya, dia pulang paling lewat sekitar 10:30 pagi. Maklumlah cari makan macam kami lebih banyak berjaga malam. Jarang sangat lelaki jalang merayau di belakang-belakang bangunan pada sebelah siang. Banyak faktor yang menyebabkan kami beroperasi setelah matahari terbenam. Faktor utama boleh berselindung di sebalik wajah sebenar.

Di sebalik neon samar-samar, lelaki jalang tidak memikir sangat tentang wajah. Mereka lebih mengutamakan keseronokan ataupun layanan mesra. Seperti saya nyatakan sebelum-sebelum ini, layanan golongan mak nyah lebih istimewa daripada isteri di rumah. Ada teknik tertentu yang membuatkan lelaki boleh cair di pangkuan mak nyah.

Setelah menunggu hampir jam 12:00 tengah hari, kelibat Mea masih tidak kelihatan, saya menjinjing beg pakaian untuk tinggalkan rumah buat sementara waktu. Saya memerhati sekeliling sebelum mengunci pintu pagar. Bimbang juga kalau-kalau kumpulan lelaki setan yang hendak merogol saya sedang memerhati saya. Setelah yakin tiada, cepat-cepat saya melangkah ke jalan besar untuk  ke perhentian bas mendapatkan kenderaan awam.

Lebih kurang 10 minit menunggu sebuah teksi berhenti. Sebelum itu ada sebuah dua, tetapi ada penumpang.   
Sebaik saja teksi berhenti, saya terus masuk di tempat duduk belakang. Sewaktu pemandu teksi bertanya mahu ke mana, saya tidak dapat menjawab, sebaliknya seperti hilang arah kerana tidak tahu hendak ke mana.  

“Nak ke mana nie?” Ulang pemandu teksi sambil melihat saya pada cermin pandang belakang atas kepalanya.  

Saya masih mencari-cari aras destinasi. Kalau ke rumah Chelly atau Rusdi sudah tentu banyak soalan yang perlu saya jawab. Mereka sudah tentu menganggap saya bergaduh dengan Mea. Kalau boleh saya tidak mahu mereka mentafsir bukan-bukan. Lebih-lebih lagi rahsia saya mencuri seluar jeans dan wang kumpulan pemuda yang hendak merogol saya tempoh hari.

“Cik nie nak ke mana?” Pemandu itu bertanya sekali lagi dan lebih kuat dari tadi.

“Bukit Bintang!” Spontan perkataan itu terlompat keluar dari mulut saya.

Pemandu tersenyum sinis sambil kereta meluncur ke destinasi. Dalam pada itu, saya masih lagi bertanya pada diri sendiri, untuk apa siang-siang ke Bukit Bintang? Mana ada pelanggan kalau matahari masih tegak atas kepala.

Tiba-tiba teksi berhenti. Baru saya sedar sudah sampai di satu kawasan Bukit Bintang. Sebaik saja memberi wang tambang, saya terus turun dan menghala ke kakilima bangunan. Sementara hendak menunggu malam, saya hanya mundar mandir tanpa tujuan. Lapar masuk ke restoran makanan segera ataupun restoran mamak di sekitar kawasan berkenaan.

Sebelum jam 9:00 malam saya masuk ke tandas awam untuk mandi dan juga menukar pakaian. Lingkungan 10:00 malam sudah menjadi rutin saya melanyan pelanggan sama ada di hotel murahan atau ada yang mengusung saya semalaman ke hotel lima bintang. Begitulah keadaan saya selama lebih kurang dua minggu dan selama itulah juga saya langsung tidak menukar kad sim lama.

Setelah saya menukarnya, bersusun SMS dan miss call termasuk Mea. Sebagai seorang rakan saya tidak sampai hati biarkan dia tercari-cari saya menghilang ke mana. Setelah menghubunginya, dia melahirkan kebimbangan ekoran kehilangan saya. Puas dia bertanya pada rakan-rakan tidak seorang pun tahu saya di mana.

Mea merayu supaya saya segera pulang ke rumah. Kebetulan katanya ada berita gembira yang saya tidak perlu risau lagi terhadap kumpulan pemuda yang nyaris merogol saya tempoh hari.




Mingguan Perdana Bil 1098
Ahad 12 Disember 2010

Episod 19
KINI TIDUR LENA...


DEMI Mea saya kembali ke rumah. Demi saya pulak, Mea sanggup hadiah sebiji kek coklat lebar sejengkal dan tebal tiga inci. Sebaik saja saya masuk ke rumah, dia terus minta saya potong kek. Di permukaan kek tertulis, ‘Selamat pulang sayang…’, saya sungguh terharu dan tidak terasa air mata gugur berderai sebaik saja pisau membenam kek yang diletakan di atas meja di ruang tamu.

Kami berpelukan sebagai tanda tidak mahu berpisah lagi. Walaupun tidak sepatah perkataan keluar dari mulut ketika itu, tetapi ‘bahasa tubuh’ dapat memahami apa yang tersirat di lubuk kalbu masing-masing.  Pelukan semakin erat juga seolah-olah tidak membenarkan antara kami berjauhan lagi.

“Maafkan aku Mea…” suara hati saya melahirkan kekesalan, namun tidak pula terkeluar dari mulut. Sebaliknya, hanya air mata sebagai ganti betapa sukarnya jika salah seorang dari kami berjauhan.

“Hang pi mana Emy? Fon pulak tutup. Merata aku tanya kawan-kawan ramai tak tahu!” Akhirnya Mea meluahkan juga apa yang tersirat di lubuk hatinya setelah pelukan antara kami semakin longgar.

“Aku tak pi mana Mea, saja nak tenangkan fikiran, aku tukar sim kad baru, sebab tu hang fon tak dapat,” saya membalas setelah kami merenggangkan tubuh lalu menghempas punggung ke kerusi. Mea duduk di depan saya.  

“Lain kali jangan buat macam tu. Aku ingat hang dah kena kidnap,” beritahu Mea tentang kegusarannya sepanjang saya tiada di rumah sambil tersenyum.

“Aku janji tak buat lagi,” Saya mengangkat tangan kanan paras telinga seperti sedang berikrar.  “Oh..ya  Mea,  aku baru ingat masa hang fon aku, hang bagitau tentang kumpulan dah kena cekup, kumpulan apa tu, aku tak faham.”

“Oooh yang itu.” Mea mengambil akhbar di bawah meja kecil di hadapannya.  Kemudian dia membelek-belek helaian akhbar berkenaan. “Ni pun dia, hang baca ni. Gambar pun ada!”  Mea menghulur akhbar  harian berbahasa Malaysia itu kepada saya.

Sebaik saja akhbar itu berpindah tangan, saya meneliti wajah-wajah diiringi polis sedang berjalan turun dari sebuah black-maria.  Ternyata dua daripada empat lelaki dalam gambar itu adalah pemuda-pemuda yang hendak merogol saya tempoh hari. Manakala seorang lagi adalah lelaki yang pernah menceroboh sewaktu saya kurang sihat.  Mereka juga merupakan kumpulan yang bergaduh dengan sebuah kumpulan lain sebelum saya tinggalkan rumah mereka.

Setelah saya membaca berita di bawah gambar itu, terbukti lokasinya kawasan perumahan tempat saya dibawa seorang lelaki ke sebuah rumah pada hari berkenaan. Rupa-rupanya mereka sebuah kumpulan samseng di ibu negara. Dengan penangkapan itu, bererti keselamatan saya sudah terjamin.

“Padan dengan muka hangpa, biar kena sumbat dalam penjara. Hidup menyusahkan orang aje…” saya melepas geram sambil telunjuk kanan mencucuk-cucuk pada gambar di muka akhbar berkenaan. Kemudian akhbar itu saya lipat dan letak di bawah meja tempat Mea ambil tadi.

“Maknanya hang dah selamat. Tak perlu lagi takut kalau-kalau depa datang nak ambil balik seluar yang hang kebas hari itu,” Mea berkata sambil menuang air oren dari botol ke dalam gelas. Sebelum dia menuang pada gelas satu lagi, gelas yang sudah berisi air itu dihulurnya kepada saya.

“Rasa-rasanya macam tu lah!” Saya menyambut gelas sambil tersenyum, kemudian meneguk sekali.

“La ni hang boleh lupakan perkara tu. Hang dah boleh tidur lena.” Mea memberi keyakinan.

Sejak itu perjalanan hidup saya kembali normal. Lingkungan 10:00 malam keluar ke belakang bangunan sekitar Chow Kit, Bukit Bintang dan sekali-sekala di sekitar bangunan KWSP di Jalan Raja Laut. Pulang bergantung pada keadaan, jika ada yang usung ke hotel mewah sekitar jam 2:00 atau 3:00 petang baru pulang ke rumah. Saya tidak kisah pukul berapa pelanggan hendak hantar pulang, yang penting duit mereka mengalir ke kocek saya.

Terus terang saya dedahkan di sini, penyesalan belum terlintas dalam hati saya. Bukan bermakna saya tidak fikirkan tentang dosa yang sudah tebal membaluti tubuh, tetapi untuk menoleh ke belakang belum sampai waktunya. Saya tidak berani janji bila, tetapi bila sampai waktunya pasti saya tidak akan melacur lagi. Buat masa sekarang saya amat memerlukan wang dan ingin hidup mewah sebagaimana rakan-rakan seangkatan yang sudah memiliki rumah, kereta dan sebagainya.

Saya perlu berhati-hati dengan setiap pelanggan. Saya juga tidak mahu mereka ambil kesempatan ke atas saya, sebagaimana Jimmy Low.  Lelaki sial yang sanggup bayar sehingga RM10,000 hanya sekali servis, rupa-rupanya penipu besar.  

“Sial punya jantan, tahulah aku nak ajar kau kalau aku jumpa! “ Saya meluahkan perasaan geram. Dalam pada itu masih terbayang-bayang lelaki berbangsa Cina sedang berjalan bersama Kuzie sedang melintas jalan. Kerana merekalah saya pengsan sehingga mendapat rawatan di hospital. Berpunca dari mereka juga saya nyaris dirogol bergilir-gilir kumpulan yang kini sudah disumbat ke dalam lokap.

“Haaaaii!” Tiba-tiba saya ditegur seorang lelaki lingkungan usia 40 han. Baru saya sedar sudah lama mengelamun sambil menunggu pelanggan di tepi pintu belakang lorong sebuah bangunan.

“Haaaai!” Saya membalas sambil memandang ke wajah lelaki Melayu disimbahi cahaya samar-samar.

“Nak tanya sikit, boleh?”

“Tanya lah bang, berapa banyak abang suka. Kalau saya boleh jawab, saya jawab, kalau tak boleh saya diam,”  saya membalas sambil berusaha merapatkan tubuh saya ke tubuh lelaki itu.

“Bukankah awak anak Pak Berahim Biah?”

“Bu…  bu… bukan!” Serta-merta tubuh saya menggigil.  Dalam pada itu saya berusaha hendak melarikan diri masuk ke bangunan kedai tetapi lelaki itu lebih dahulu menyambar lengan saya. Kemudian datang dua lelaki menutup mulut saya lalu mengheret ke sebuah van yang diletakan tidak jauh dari tempat itu.




Mingguan Perdana Bil 1099
Ahad 19 Disember 2010

Episod 20
KENA CULIK...


SAYA tidak tahu ke mana hendak dibawa dan sudah berapa lama berada dalam van. Sepanjang perjalanan mata saya ditutup dengan kain sehingga sedikit cahaya pun tidak kelihatan. Kedua-dua belah tangan diikat kemas dengan pita. Hanya mulut, telinga dan hidung tidak disumbat dengan sebarang alat. Kalaulah ketiga-tiga lelaki itu tersilap dan menutup hidung saya, bermakna saya hanya akan tinggal nama sebelum tiba ke destinasi.

Lebih 10 kali saya bertanya ke mana hendak dibawa, tetapi tidak seorang pun menjawab. Yang kedengaran hanya bunyi kenderaan berselisih. Saya mengagak masih di kawasan bandar kerana van itu tidak bergerak laju. Satu lagi agakan saya dalam bandar kerana terlalu kerap berhenti, mungkin di lampu isyarat.

Oleh kerana soalan saya tidak dijawab, saya tidak lagi berani bertanya. Sebaliknya mendengar sahaja celoteh juruhebah mahupun lagu-lagu yang berkumandang melalui siaran KL. fm yang dipasang pada kenderaan itu.  Terhibur juga walaupun fikiran saya cukup tertekan ketika itu. Maklumlah, diri saya berada dalam situasi membimbangkan sama ada hidup atau mati selepas ini hanya yang Tuhan saja dapat mengatasinya.

Setelah lebih kurang satu jam perjalanan kenderaan berhenti dan engin dimatikan. Saya yakin sudah sampai ke destinasi yang saya tidak ketahui.  Hendak bertanya bimbang pula tidak dijawab. Lebih membimbangkan diapa-apakan oleh lelaki yang membawa saya itu.

Kedengaran pintu pemandu dibuka dan ditutup balik. Saya bayangkan sekejap lagi saya akan dibawa turun. Bagaimanapun setelah menunggu hampir lima minit tidak seorang pun datang menemui saya. Mungkin mereka berehat sekejap, fikir saya. Dalam pada itu terfikir juga berapa orangkah dalam van kerana sejak awal tadi tidak pula dengar mereka bercakap-cakap. Berdasarkan bunyi pintu dibuka tadi, macam seorang sahaja, tidak pula kedengaran pintu lain dibuka.

“Di mana ni?” Spontan soalan itu melompat keluar dari mulut saya. Saya menelinga kalau-kalau ada yang menjawab. Ternyata hampa tiada sebarang jawapan diterima.

Apa yang harus saya lakukan dalam keadaan gelap gelita? Saya tidak tahu sedang berada di mana dan sudah pukul berapa? Yang pasti malam kerana sewaktu saya disumbat ke dalam van sekitar jam 10 malam.  Jika dalam perjalanan lebih kurang satu jam, bermakna waktu hampir tengah malam. Patutlah kurang kedengaran kenderaan lalu lalang.

“Awak turun sini?” Tiba-tiba terdengar arahan seseorang serentak pintu sisi van dibuka.

“Buka mata saya dulu!”

“Banyak cekadak dia nie, turun sini!” Tegas lelaki itu lalu menarik dengan kasar tangan saya supaya turun.
“Kat mana ni?”

“Awak tak perlu ambil tahu. Sekarang tugas saya dah selesai,” balasnya lalu menyuruh saya duduk secara menekan kedua-dua belah bahu saya.

Mahu tidak mahu saya terpaksa mencangkung. Kemudian berusaha meraba-raba tanah dalam keadaan tangan kedua-dua belah masih terikat. Saya yakin tepi jalan di kawasan yang agak sunyi. Mungkin jalan ladang sama ada kelapa sawit atau getah.

Fikiran saya kini hanya memikirkan mati sahaja. Kalau bertemu dengan binatang buas, habislah saya. Hendak melawan tidak boleh, hendak lari mata tidak nampak. Jauh di lubuk hati saya berdoa agar Allah selamatkan saya. Minta-minta ada orang lalu dan menyelamatkan saya.

Saya melangkah secara mengheret kaki perlahan-lahan ke hadapan. Kadang-kadang sebelah kaki meraba-raba apa yang berada di hadapan sebelum kaki sebelah lagi melangkah. Apa yang dapat saya rasakan, jalan itu merupakan jalan tanah merah. Cuma saya tidak pasti, saya menghala ke jalan keluar atau ke jalan masuk.

Di kejauhan kedengaran bunyi salakan anjing. Saya yakin ada perkampungan di hadapan. Saya berusaha melangkah lebih cepat walaupun mengundang bahaya pada bila-bila masa. Jika terlanggar apa saja di hadapan pasti tersungkur. Bagaimanapun, keselamatan diri saya tidak ingat lagi. Yang penting segera sampai ke kampung berkenaan untuk minta bantuan.

“Hoooooooooon, hoooooooooooooon…” Kedengaran seperti kenderaan berhenti.

Saya berhenti melangkah sambil berdiri tegak.  “Tolong saya, tolong!” Saya menjerit sekuat-kuat suara.

Kemudian kedengaran pula orang berlari-lari ke arah saya. Setelah sampai dalam keadaan tergesa-gesa, seorang membuka ikatan pada mata dan seorang lagi menanggalkan pita yang dilekatkan pada pergelangan tangan saya.

Saya mengosok-gosok mata kerana pandangan saya kabur akibat terlalu lama tertutup, ditambah cahaya lampu kereta menghala ke muka saya.  Bagaimanapun sebaik saja dapat melihat dengan jelas, alangkah terperanjatnya saya melihat wajah kedua-dua insan yang membantu saya itu.


DAPATKAN MINGGUAN PERDANA SETIAP MINGGU DI PASARAN