Episod 61 - 69 (TAMAT)

Mingguan Perdana Bil 1147
Ahad 11 Disember 2011
Episod 61
KENA SERIK KENA LETER!

PERISTIWA ditangkap anggota Rela memberi pengajaran amat berguna pada saya. Di masa-masa akan datang, tidak akan berdua-duaan lagi dengan jantan jika saya berpakaian perempuan. Nasib baik ketiga-tiga anggota Rela tidak banyak soal sekaligus percaya cakap Rosdin tertidur akibat terlalu letih memandu.

Saya juga bernasib baik kerana mereka tidak mahu memanjangkan kes berkenaan dengan memanggil polis atau jabatan agama. Pakcik yang memakai kopiah putih itupun seolah-olah malas hendak ambil tindakan terhadap saya, walaupun tahu saya lelaki tetapi memakai pakaian perempuan.

“Belajar-belajarlah bertaubat!” Perkataan itu ditujukan kepada saya sewaktu menyerah balik kad pengenalan kami berdua.

Bagaimanapun, perkataan itu tertanam kukuh dalam minda saya sehingga saat ini. Sewaktu kejadian saya diam membisu sehingga tidak berani angkat kepala. Malu teramat sangat. Muka seolah-olah ditampal kulit khinzir. Kalau jantan jalang yang sindir begitu, tahulah hendak mengajarnya. Oleh kerana yang menyindir itu Pak Lebai terpaksalah saya mengunci mulut rapat-rapat.

Walaupun begitu jauh di lubuk hati saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana dia tidak ambil tindakan sewajarnya. Kalau tidak, kemungkinan saya akan tidur dalam lokap semalam dua kerana berpakaian menyerupai wanita. Jika sampai naik mahkamah, ‘sendiri mahu ingat… atau lebih tepat ‘sendiri buat sendiri tanggung’.

Rosdin boleh lepas kerana dia jantan sejati dan tidak memakai pakaian wanita. Lagipun, sewaktu kena cekup dia macam mamai kerana tidak cukup tidur. Sewaktu anggota Rela minta kad pengenalan pun dia terpinga-pinga lalu mengeluarkan kad Mesra Petronas.

Tiba-tiba teksi berek mengejut sehingga saya terdorong ke depan. Spontan saya menahan dengan kedua-dua belah tangan pada seat hadapan. Namun terhantuk juga tetapi tidaklah terlalu kuat.

“Lanc...(maaf tak boleh tulis habis) lu!” Jerit pemandu teksi berbangsa Cina itu. Kemudian dia bercakap sendiri dalam bahasa Hokkien. Saya mengagak, dia memaki seorang wanita India yang menunggang motosikal Honda EX5 di hadapan walaupun suaranya tidak dapat keluar kerana cermin tertutup rapat.

“Cilaka punya olang, kasi signel kili tapi pegi kanan. Satu kali lagi dia bikin itu macam gua ingat dia mesti mampos punya olang hantam belakang,” luah pemandu bertubuh gempal itu lagi setelah teksinya mula bergerak.

“Tak payah marah-marah uncle, tak langgar kira okeylah,” Saya sengaja hendak mematikan perbualan mengenai insiden sebentar tadi. Kalau berpanjangan pun tidak mendatangkan faedah. Yang penting tidak melibatkan kerosakan dan tidak mendatangkan sebarang kecelakaan.

Setelah itu antara kami tidak berbalas cakap lagi. Pemandu teksi itu hanya menumpukan perhatian atas jalan walaupun tidaklah terlalu sesak dari arah Pekan Setapak ke Chow Kit pada petang itu. Kecuali kenderaan arah sebaliknya bertali arus dan bergerak agak perlahan.

Sewaktu bola mata saya memfokus ke cermin hadapan kelihatan seakan-akan Jimmy Low bersama Kuzie berdiri di atas pembahagi jalan. Mereka datang dari arah kanan hendak melintas jalan.

“Betullah! Tak mampus-mampus lagi jantan sial tu rupanya,” saya menyumpah Jimmy Low dalam hati setelah teksi melintasi mereka berdua. “Apa dia buat kat situ dengan Kuzie?” Soalan itu mula menerjah minda saya.

Secara tidak sengaja saya nampak kereta Jimmy Low tersadai tepi jalan. Penutup enjin terbuka seolah-olah ada kerosakan.

“Mampuslah awak, hidup menyusahkan orang je,” saya terus membebel dalam hati. Bagaimanapun, masalah kereta Jimmy Low rosak atau terlibat kemalangan, saya tidak ambil berat sangat. Sebaliknya lebih memikirkan keintiman Kuzie dengan lelaki bertubuh gempal itu.

Saya tidak mahu rakan sekampung yang juga bekas rakan rapat itu dipergunakan oleh tauke perabut itu. Jika dengan saya dia beri cek tendang, tidak mustahil dengan Kuzie pun dia berani menipu. Kata orang, ‘kalau buaya tidak makan bangkai, itu bukan buaya’. Samalah juga dengan Jimmy Low, kalau hidup suka menipu, dia tidak akan senang duduk kalau dalam sehari tidak menipu.

Saya mencari-cari nombor handphone Kuzie, hendak tanya apa yang berlaku. Baru teringat, sewaktu saya berkelahi dengan dia tidak lama dulu, nombor telefonnya telah saya padam. Biasalah kalau marah, bayang musuh pun kalau boleh tidak mahu tengok.

“Lu mau tulun mana, sana belakang mati ke, PWTC?” Terkejut saya bila pemandu teksi melontar soalan begitu. Dia seolah-olah memerhati gerak geri saya, kalau tidak masakan tahu tempat-tempat di mana saya pernah turun.

Saya tidak terus menjawab sebaliknya memikirkan siapa sebenarnya lelaki berkenaan. Setiap hari pergi dan pulang, saya naik teksi tetapi tidak cam wajah setiap pemandu. Saya juga tidak memilih warna kulit mahupun keturunan pemandu, asalkan teksi saya naik.

Dalam pada itu, minda saya ligat memikirkan hendak turun di mana. Kalau Chow Kit, sudah tentu tekaan dia tepat apa pekerjaan saya. Jika di PWTC, berkemungkinan dia menganggap saya jurujual di kompleks belibelah kawasan itu.

“Medan Tunku,” spontan terpacul keluar dari mulut sewaktu teksi bergerak selepas berhenti di lampu isyarat Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pemandu teksi itu memandang saya melalui cermin pandang belakang di hadapannya.

Uncle, mana lu tau gua ada belakang mati sana?” Saya ingin tahu sebelum melangkah turun.

“Aiyaa! Dulu satu kali lu sudah naik gua punya teksi ma, sana PWTC turun.”

Saya tepuk dahi, baru teringat sewaktu hendak pulangkan wang Kak Lina tidak lama dulu.
 
 
 
Mingguan Perdana Bil 1149
Ahad 25 Disember 2011
Episod 62
EMY KENA HALAU!

MASA berlalu begitu pantas. Rutin harian saya, balik sekitar jam 4:00 atau 5:00 pagi. Sampai rumah terus tidur hingga jam 2:00 atau 3:00 petang, kadang-kadang sampai hendak masuk Maghrib baru terjaga dari tidur. Biasanya kalau sudah terjaga, tidak akan terlelap atau tidur semula walaupun berjam-jam berbaring di katil.

Sama seperti sekitar jam 3:30 petang tadi saya terjaga, sudah puas paksa mata untuk tidur semula tidak berjaya. Padahal mata masih rasa pedih akibat tidak cukup tidur. Mahu tidak mahu, saya bangun dan duduk di tepi tingkap.

Panorama dari tingkap bilik tidur hanya nampak dapur jiran. Pada ruang yang ada sekangkang anak kera di tepi longkang jiran saya itu, terdapat serumpun serai dan pandan. Di Kuala Lumpur, sebatang serai tiga puluh sen, begitu juga dengan daun pandan, kalau tak silap saya dua helai lima puluh sen.

Biasanya yang pandai manfaat ruang kosong orang Cina. Mereka tidak boleh lihat ada tanah kosong pasti tanam pokok seperti jiran saya itu. Walaupun serumpun serai dan serumpun pandan, yang penting tidak perlu beli bila memerlukan untuk memasak.

Orang Melayu terlebih tidur macam saya sehingga ruang kosong di hadapan dan belakang rumah penuh dengan rumput. Tumbuh meliar sehingga menutup longkang. Bila jiran sebelah tegur longkang tersumbat sehingga air tidak dapat mengalir, terus naik angin. Tapi saya tidak pernah naik angin kalau orang tegur, sebaliknya mengakui tidak ada masa walaupun ular sudah boleh buat sarang.

Setelah lama mengelamun, baru teringat ada temujanji dengan seorang rakan yang juga ‘sotong’. Dia hendak belanja saya makan, selepas itu menemani berjumpa dengan seorang ibu ayam di Petaling Jaya. Sejujurnya agak berat saya hendak berjumpa dengan ibu ayam walaupun bukan urusan saya.

Paling penting hendak berjumpa dengan rakan sotong yang sudah lebih dua bulan tidak berjumpa. Hendak juga tahu perkembangan semasa terutama menjalankan bisnes belakang bangunan. Kalau boleh saya hendak dengar sendiri dari mulutnya berhubung penangkapannya berkaitan dadah dalam sebulan dua lalu.

Tanpa berlengah saya terus ke bilik mandi, satu jam kemudian sudah pun keluar ke jalan menunggu teksi. Masalah teksi mahupun bas tidak sukar jika hendak keluar ke bandar sekitar jam 5:30 petang. Perjalanan lancar kecuali arah sebaliknya kerana kebanyakan warga kota pulang ke rumah masing-masing sehingga menyebabkan jalan sesak.

Belum sempat panas punggung duduk di tempat menunggu, sebuah teksi berhenti. Saya terus masuk ke perut kenderaan awam itu dan duduk di seat belakang. Sebelum pemandu bertanya arah destinasi, saya lebih dahulu beritahu hendak ke KLCC.

Kira-kira separuh perjalanan, saya ingin tahu sama ada rakan itu sudah sampai di KLCC atau sebaliknya. Sekiranya dia sampai dulu, saya minta dia tunggu tidak jauh dari lif di tingkat bawah. Bagaimanapun, puas saya selongkar beg tangan ternyata tidak ada di dalammnya. Saya yakin alat komunikasi itu tertinggal di rumah.

“Aduss! Sial betul time nak pakai je, tak de!” Saya bercakap agak kuat juga sehingga pemandu teksi memandang saya melalui cermin pandang belakang di atas kepalanya.

“Apsal?” Terlompat juga akhirnya soalan itu dari mulutnya.

“Telefon saya tah mana letaknya, puas dah cari tak jumpa,” balas saya.

“Cari betul-betul,” nasihat pemandu itu pula.

“Camnilah bang, pusing balik! Saya ingat tertinggal di rumah, terlupa nak ambil semasa keluar rumah tadi,” saya mengarah lalu pemandu teksi itu membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat di hadapan.

Seperti biasa saya turun di jalan besar sahaja. Lebih rela berjalan pulang yang hanya di belakang deretan rumah hadapan jalan besar itu sahaja. Bagaimanapun dalam keadaan tergesa-gesa, saya tidak dapat membuka mangga yang tergantung pada penyelak pintu.

“Apa masalah pula ni?” Saya bercakap sendiri sambil berusaha memasukan anak kunci tetapi hanya masuk separuh sahaja. Keadaan begitu menyebabkan saya tidak dapat memusing anak kunci sekaligus untuk membuka mangga berkenaan.

Oleh kerana berkali-kali mencuba tetapi masih tidak berhasil menyebabkan saya ambil keputusan menendang saja pintu itu. Malangnya, sedikit pun tidak memberi kesan walaupun bunyi tendangan tumit pada pintu agak kuat.

Saya ulangi sekali lagi menendang sehabis kuat. Tetap sama tidak berhasil, malah kaki saya rasa sakit. Saya mencangkung sambil mengurut-urut pada pergelangan kaki.

“Ada sakit ka?” Saya beralih ke arah suara bertanya itu.

Saya menggeleng sambil tersengeh. Mat Bangla yang juga jiran sebelah rumah saya itu juga tersengeh. Saya yakin dia lihat apa yang saya lakukan tadi. Malu juga rasa pada mamat se negara Salman Khan itu.

“Akak! Tadi ada satu orang mari, dia ada tukar la itu kunci. Itu pasal tarak boleh bukak…” beritahu Mat Bangla itu.

“Ya ka!” Saya membelek-belek mangga pada pintu. Ternyata sudah tukar yang lain, tetapi jenis yang sama. “Patutle tak masuk-masuk kunci ni!”

“Dia ada apa-apa cakap ka?” Saya ingin tahu sambil berjalan ke arah Mat Bangla itu.

“Ada! Dia ada kasi tau, itu sewa sudah tiga bulan tarak bayar,” ujar jiran saya itu lagi.

“Sudah tiga bulan ka?” Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil memikirkan apa yang perlu dibuat pada waktu itu. Hendak call Mea, handphone tertinggal dalam rumah.



 
Mingguan Perdana Bil 1151
Ahad 8 Januari 2012
Episod 63
EMY NAIK ANGIN!

SEPANJANG jalan saya menyumpah-nyumpah rakan serumah Mea kerana tidak bayar sewa rumah. Akibatnya siapa susah sehingga pemilik rumah tidak benarkan masuk. Nak cari rumah lain bukannya senang macam telan goreng pisang panas.

Apa yang dia buat dengan duit yang saya berikan setiap bulan? Persoalan itu bermain-main di minda saya. Hendak tuduh Mea kaki judi, tidak pernah pula nampak kertas nombor sama ada 4D atau Sport Toto. Kalau selimut Toto memang saya pernah nampak dia jemur di ampaian depan rumah.

Walaupun wang itu tidak diserahkan terus pada tangan Mea setiap bulan, tetapi disediakan tempat khas untuk meletakan RM150, yakni separuh daripada jumlah sewa penuh RM300. Setiap bulan Mea menyerah sendiri wang sewa kerana dia lebih kenal pemilik rumah. Lagipun, Mea sudah lama tinggal di rumah itu sebelum saya datang tinggal bersamanya.

Setelah lebih kurang lima minit berjalan baru teringat telefon awam di hujung simpang. Saya terus ke situ untuk menelefon Mea. Saya hendak beritahu mengenai tuan rumah tidak benarkan lagi tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, sebaik saja memasukkan beberapa keping syiling 10 sen untuk menghubungi Mea, saya tidak ingat nombornya. Maklumlah, pada kebiasaannya bila menghubungi Mea saya hanya mencari nombor dalam peti simpanan handphone, kemudian tekan punat panggilan untuk berbual.

Bila dalam keadaan kecemasan barulah tahu betapa susahnya jika terlalu mengharap nombor yang tersedia dalam peti simpanan. Bukan senang hendak ingat satu persatu nombor telefon yang lebih 100 nombor itu.

Sudahnya saya terpaksa letak gagang untuk dapatkan wang saya semua. Lebih mengecewakan saya, telefon awam itu ‘makan duit’. Panggilan tidak dibuat, tetapi duit tidak dipulangkan balik. Kerana terlalu geram walaupun tidak sampai 50 sen, saya menghentak beberapa kali dengan penumbuk pada telefon berkenaan.

“Sial punya fon!” Saya merungut sebelum tinggalkan telefon awam itu lalu berjalan ke perhentian bas. Saya amat berharap ada teksi melalui jalan itu untuk keluar ke bandar.

Hampir setengah jam menunggu, barulah sebuah teksi kelihatan sebuah teksi datang. Segera saya ke tepi jalan dengan harapan dapat menaiki teksi itu. Bagaimanapun ketika teksi itu lalu di hadapan saya, nampak Mea duduk di seat belakang. Saya terus melambai sambil memberi isyarat hendak berjumpa.

“Apa hal?” Mea bertanya sebaik saja turun dari teksi yang berhenti agak jauh di hadapan.

“Kita ada masalah nyah,” saya melaung.

“Masalah apa pulak?” Dia juga melaung.

“Tuan rumah tak bagi masuk, dia dah tukar kunci baru, macam mana nak ambil barang kita nyah?” Saya menerangkan apa yang berlaku pada Mea.

“Relaks le, pintu belakang kan tak boleh kunci. Dah berapa lama sendal dengan batu bata je. Masuk ajelah ikut pintu dapur tu,” cadang Mea.

“Betullah nyah, aduhhhh ngapalah aku tak ingat tadi!” saya menggaru-garu kepala. Baru teringat pintu dapur memang sudah lama kuncinya rosak. “Eh nyah, aku nak tanya ni, betul ke hang tak bayar sewa dah tiga bulan, tuan rumah dah naik angin tu, tak bagi kita masuk,” akhirnya terpaksa juga aku terangkan sebab-sebab kenapa pemilik rumah berkenaan mengganti kunci baru kerana tidak membenarkan lagi kami tinggal di situ.

“Tuan rumah tu memang gila, tahu tak. Pandai dia buat fitnah, tiap-tiap bulan aku bagi duit ke tangan dia, kata tak bayar. Pergi mampuslah dia, aku tahu nyah apa puncanya, memang dah lama aku nak pindah, cuma tak ada rumah kosong. Kebetulan baru sekejap tadi aku dah bayar deposit untuk rumah sewa baru kita, hari ni juga kita pindah!” tegas Mea.

“Hari ni? Sempat ke?” Sekali lagi saya menggaru-garu kepala tidak gatal.

“Hari ni le, kalau kamu tak nak pindah, awak tinggallah sorang-sorang kat rumah tu. Aku nak belah…” gertak Mea.

“Aku tak nak duduk sorang-sorang kat rumah tu.”

“Kalau tak nak, tak payah nak fikir-fikir lagi nyah, kita balik kemas barang. Lebih kurang satu jam lagi lori sampai, kita berambus dari rumah sial tu!” gesa Mea lagi.

Tanpa buang masa kami terus melangkah ke rumah berkenaan dan masuk ikut pintu belakang. Kami kemas barang secara tergesa-gesa kerana kalau boleh hendak tinggalkan rumah itu tanpa pengetahuan tuan rumah.

Tepat pada waktunya sebuah lori kecil sampai. Pemandu lori dan pembantunya mengangkat katil, tilam, bantal, sebuah TV serta beberapa beg besar berisi pakaian. Kusyen rotan buruk kami tinggalkan kerana milik tuan rumah.

Ketika azan berkumandang dari sebuah masjid berhampiran, kami ucap ‘selamat tinggal’ untuk rumah sewa yang menghimpun pelbagai kenangan itu. Dalam pada itu, jauh di lubuk minda saya, tertanya-tanya pada diri sendiri apa punca menyebabkan pemilik rumah marah sehingga tidak benarkan lagi kami tinggal di situ.

“Ehh, bangun! Awak ni nyah, tengah hari pun nak membuta juga,” Mea menggoncang tubuh saya.

“Dah sampai ke?” Saya menggosok-gosok mata.

“Apa la, perjalanan tak sampai 20 minit pun boleh terlelap. Ambil kunci ni pergi buka rumah tu,” arah Mea sambil menghulur anak kunci.
 
 

Mingguan Perdana Bil 1153
Ahad 22 Januari 2012
Episod 64
TUAN RUMAH KURANG AJAR!

WALAUPUN barang tidak banyak leteh juga hendak menyusun. Itu antara sebab saya tidak berapa suka pindah rumah. Sudah jadi kebiasaan, berminggu-minggu barulah selesai mengatur. Yang penting katil dan almari solek, itu pun main letak saja dulu. Jika rasa tidak sesuai akan dipindahkan di tempat lain.

Sekarang barulah saya tahu betapa susahnya hidup tanpa rumah sendiri. Lewat bayar sewa sahaja pemilik rumah tidak benarkan masuk. Sepatutnya datang jumpa penyewa dan bertanya kenapa lewat bayar atau sebab-sebab lain. Ini tidak, terus ambil tindakan menukar kunci baru!

Apa dia ingat penyewa macam kucing ke boleh tidur di perhentian bas atau di kakilima kedai? Kalau berlaku pada saudara sendiri barulah dia tahu bagaimana susahnya hendak mencari rumah sewa lebih-lebih lagi di bandar besar macam Kuala Lumpur.

“Memang jenis tuan rumah tidak berhati perut!”  Saya lepas geram sambil berbaring di katil.

Bila berbaring rasa malas pula hendak keluar menyundal. Seingat saya, dua tiga bulan lepas langsung tidak berehat. Tiap malam serah tubuh pada jantan jalang untuk digomol. Menyesal sudah tidak berguna kerana sendiri yang memilih cari rezeki di lorong belakang bangunan.

‘Tuan rumah tu memang gila, tahu tak. Pandai dia buat fitnah, tiap-tiap bulan aku bagi duit ke tangan dia, kata tak bayar. Pergi mampuslah dia, aku tahu nyah apa puncanya, memang dah lama aku nak pindah, cuma tak ada rumah kosong!’ Tidak semena-mena terngiang-ngiang di telinga apa yang Mea tutur sebelum kami berpindah.

Mesti ada rahsia antara Mea dengan tuan rumah, saya mula buat telahan sendiri. Apakah antara mereka ada skandal? Persoalan itu mula bermain-main di minda saya.

Saya mengeliat untuk membetulkan urat, kemudian bingkas ke bilik Mea. Saya hendak dengar sendiri dari mulut Mea apa yang berlaku antara dia dengan tuan rumah. Mesti ada  perkara serius, jika tidak bagaimana tuan rumah boleh ambil keputusan tidak membenarkan kami lagi tinggal di rumahnya.

“Wah nyah! Rajin sungguh hang… semua dah beres, aku kalau bab kemas mengemas ni malas betoi,” saya sengaja memuji Mea dalam loghat utara kerana lihat biliknya telah tersusun kemas. 

“Hang ni mata buta ke apa, tak nampak yang berlungguk atas lantai tu?” Mea menunjuk ke arah pakaiannya yang bertaburan di sudut bilik.

“Yang tu aku pun nampak, maksud aku katil hang ni pun dah okey, dah beralas. Kalau hang tengok bilik aku lagi bersepah, macam tongkang pecah,” saya membalas lalu duduk di katil.

Time aku rajin aku buatlah, kalau dah sampai time malas, lagi setahunlah jawabnya baru aku sentuh,” balas Mea pula, dia juga ikut duduk di katil.

Lama juga antara kami melayan fikiran masing-masing. Saya memerhati sekeliling bilik Mea. Pandai dia menyusun almari dan katil sehingga nampak luas. Sedangkan bilik saya dengan bilik dia, sama saja besar.
Sewaktu melayan fikiran teringat balik tujuan saya ke bilik Mea. “Hai nyah! Semalam hang cakap tahu sebab-sebab kenapa tuan rumah marah sampai tak bagi kita masuk, apa cerita sebenarnya?” Saya mendesak.

“Biasa le nyah, orang macam kita ni kan ramai peminat,” balas Mea sambil tersenyum.

“Lain macam je senyum, apa yang tuan rumah tu minat?” Terpacul pula soalan macam itu dari mulut saya.

“Macamlah hang tak tau…” balas Mea lagi sambil memandang ke arah lain.

“Manalah aku tahu, hang kan selalu jumpa tuan rumah…” saya membalas sambil menjeling sinis pada Mea.

“Okeylah nyah… kalau aku cerita hang jangan terkejut pula, sebab tu aku kata tuan rumah tu gila,” Mea menarik nafas sekejap. Saya menunggu apa yang akan terkeluar dari mulut Mea seterusnya.

“Cepat le! Aku dah tak sabar nak dengar ni!” Saya menepuk lengan Mea yang sengaja melengah-lengahkan cerita.

“Jeng! Jeng! Jeng!” Mea seolah-olah memulakan dengan muzik suspen.

“Tak payah jeng jeng, cerita terus!” saya mendesak.

“Pada suatu hari..., datang seorang lelaki..,”

“Hoi! Hang ingat cerita Sang Kancil ke… hantu betul la hang ni, aku sekeh kepala baru tau..” geram betul saya dengan gelagat Mea itu.

“Dua minggu lepas tuan rumah datang lebih kurang dalam pukul sepuluh pagi.’ Mea berhenti sekejap. Dia memandang tepat ke wajah saya.  “Tuan rumah beritahu nak betulkan tingkap, aku pun tak faham setahu aku tingkap tak rosak, yang rosak pintu dapur. Tapi aku tak beritahu dia yang pintu tu dah lama sendal dengan batu.

“Aku pula masa tu baru lepas mandi, berkeban je... Dia pula lepas je aku buka pintu terus masuk rumah. Aku suruh dia keluar, dia buat bodoh je dan pergi periksa tingkap depan. Aku tak tahu apa yang periksa sambil mengetuk-ngetuk cermin tingkap. Disebabkan aku berdiri tidak jauh dari dia, tiba-tiba dia peluk aku…”

“Abis hang biarkan je lah,” saya mencelah.

“Nantilah aku nak cerita! Gatal menyampuk buat apa?” Marah Mea kemudian diam sebentar. “Dia macam nak lepas geram je ngan aku, dalam aku cuba meronta, kain di badan aku pula terlondeh. Lagi terbeliak mata dia tengok aku,

“Apa lagi, dia terus terkam nak tolak aku ke lantai, spontan aku sepak benda dia.., kena tepat nyah, melolong dia lari keluar.”

“Kesihannya,”  saya mengerut dahi.

“Tak de faedah kasihan nyah. Dah nak free sangat, baru dia tahu siapa aku…



Mingguan Perdana Bil 1154
Ahad 29 Januari 2012
Episod 65
EMY SEMAKIN LAKU

SEJAK menetap di ibu negara lebih dua tahun, buat pertama kali saya ikut Mea ke rumah kenduri kahwin rakannya di Wangsa Maju Seksyen 2. Pada awalnya saya tolak kerana bimbang ada jantan jalang yang pernah bergasak dengan saya. Bagaimanapun, bila Mea beriya-iya ajak, akhirnya saya akur dengan kehendaknya.

Bukan takut hendak berdepan dengan jantan jalan itu, tetapi rasa segan bertemu di tempat terbuka. Maklumlah mulut orang bukan boleh ditutup macam mulut tempayan. Manalah tahu, kalau-kalau ada yang tak boleh kontrol nafsu, ada yang tawar menawar harga depan orang ramai.

Seperkara lagi saya memang tidak minat tengok orang kahwin. Kalau lihat menyebabkan hati saya mudah tersentuh. Maklumlah saya bukan wanita original, kalau berkenan dengan mana-mana lelaki pun, belum tentu dia suka pada saya. Kalau suka sekalipun, bukan boleh sampai ke jinjang pelamin.

Inilah dilema melanda diri sejak ‘membuang’ senjata paling berharga menjadi kebanggaan lelaki.

Menyesal? Untuk apa menyesal, lagipun senjata itu sudah reput entah di mana? Kalau ada spare part pun tidak boleh di pasang balik macam alat ganti kenderaan. Mahu tidak mahu saya terpaksa melalui jalan berliku yang saya sendiri pilih.

Disebabkan saya memilih untuk menjadi wanita, terpaksalah saya dressing seperti wanita. Selain sebulan sekali ke SPA untuk merawat tubuh, hormon juga terpaksa telan mengikut jadual. Jika tidak, bahagian tertentu di tubuh saya tidak akan menonjol sebagaimana yang diharapkan. Kalau leper macam papan sekeping, sudah tentu tidak siapa hendak pandang.

Apa pun saya bersyukur kerana bentuk tubuh yang saya idam-idamkan terlaksana. Pendek kata, kalau sekali jantan jeling, dia akan jeling sekali lagi. Jeling kali kedua 80 peratus, tersangkut punya kerana dia menyangka saya wanita tulen.

Saya berani cabar mana-mana jantan jalang yang jumpa saya. Harap mengaku dengar jujur, apa perasaan bila pertama kali bertemu saya. Adakah tercuit di hati hendak menggomol atau ingin bawa saya ke hotel?

Jika tidak ada perasaan langsung bila pandang saya, ada baiknya ikut jejak saya ‘potong’ saja dan lempar ke sungai. Kemudian telan hormon banyak-banyak biar jadi ‘sotong’ macam saya. Untuk apa jadi jantan sejati kalau tidak ada perasaan langsung.

Saya berani cakap berdasarkan kaji selidik lebih setahun. Setiap jantan yang bergasak dengan saya beritahu, mereka terpikat buat pertama kali memandang saya. Antaranya pada raut tubuh kerana lebih mengiurkan daripada wanita tulen. Wajah tidaklah cantik macam Ashwarya Rai, tetapi termasuk dalam kategori tidak malu untuk dibawa ke majlis-majlis keramaian.

Pendek kata, 90% menyerupai wanita kecuali jika teliti betul-betul. Tidak perlulah saya beritahu bahagian mana, tetapi bagi yang pernah bergasak di ranjang dengan saya, mereka tidak ambil kisah pada bahagian tersebut. Yang penting keseronokan berganda yang mereka perolehi bila usung saya ke bilik-bilik hotel.

Cukuplah serba sedikit saya mempromosi diri. Yang penting hanya orang yang tahu saja dapat menilai siapa saya. Tidak hairan kalau saya katakana ada lelaki tergila-gila ekoran tidak dapat jadikan saya teman tidur.

Biarkanlah mereka berangan-angan hendak mendakap saya. Jika terlalu mengharap. Saya syorkan bayangkan raut tubuh saya ketika berbaring di tempat tidur atau di kamar mandi. Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku perkara yang tidak sepatutnya sewaktu membayangkan bentuk tubuh saya.

Sebenarnya, saya lebih suka jantan gentleman cari saya di Lorong Haji Taib selepas jam 9:00 malam. Jika tidak berani berdepan boleh tawar harga di Facebook. Jangan tanya saya gunakan nama apa? Jika jumpa gambar profil ‘seluar dalam’ itu laman FB milik saya.

Bercakap mengenai jumpa pertama kali terus terpikat memang kerap berlaku. Ada yang hantar SMS ajak menonton, berkelah di hujung minggu dan tidak kurang juga yang ajak ke ranjang. Tentulah saya pilih ke ranjang, tapi dengan syarat bayar dulu. Kalau ajak, tetapi wang kemudian, minta maaf banyak-banyak.

Saya bukan jual daging lembu, tapi jual daging segar sekaligus bayarannya juga perlu segar. Jika enggan atau takut keluar wang, jangan sekali-kali berurusan dengan saya. Kalau berangan nak FREE, cari orang lain. Di Lorong Haji Taib dan Bukit Bintang ramai yang boleh bagi free atau harga bawah RM20.

Sejak pindah rumah sewa baru juga hampir setiap pagi saya terima SMS. Saya yakin budak-budak nakal yang suka lepak di sebuah rumah bujang tidak jauh dari lorong ke rumah saya. Saya berani buat tuduhan kerana SMS yang diterima seolah-olah mereka tahu saya pakai baju apa pada hari berkenaan.

Yang peliknya dari mana mereka dapat nombor telefon saya? Soalan ini mulai menghantui minda. Mungkin ada jantan jalang yang pernah bergasak dengan saya tinggal di kawasan perumahan sama. Ataupun datang ke port saya minta nombor telefon dengan uncle penjaga loteng.

Entahlah! Malas nak layan terutama SMS berbaur lucah. Kalau betul-betul nak bergasak, tak payah nak SMS mengarut. Cakap terus terang, senang saya nak letak harga. Di hotel, dalam kereta, tepi longkang atau di mana saja, tak jadi masalah. Yang penting bayar!



Mingguan Perdana Bil 1155
Ahad 5 Februari 2012
Episod 66
TERINGAT DOSA PAHALA

PEJAM celik, pejam celik setahun. Bila saya kata begitu pada kawan-kawan ada yang menjawab; kalau pejam celik pejam celik kira bagus kerana dapat lagi lihat dunia. Yang mereka risau kalau pejam terus tak celik-celik. Orang beriman, pejam terus tak celik-celik tak jadi masalah, tapi bagi golongan mak nyah kerja menyundal, kalau pejam tak celik-celik, sememangnya merana tanggung azab di sana.

Bukan tak terfikir langsung bab azab ni, tapi… susah saya komen. Memang boleh gostan kalau dah terlajak jauh, tapi… bila nak balik ke pangkal jalan ada saja penghalangnya. Ini yang masalah bila seluruh tubuh sudah diselaputi dengan dosa tebal.

Itu sebabnya saya enggan bercakap mengenai dosa pahala. Kalau cakap sudah tentu saya dan rakan-rakan cari makan belakang bangunan akan tergolong manusia dihumban dalam neraka. Yang penting saya rasa senang dengan apa yang saya lakukan sekarang. Kalau fikirkan mengenai dosa pahala, ada baiknya saya duduk di masjid atau di surau sepanjang hari.

Tiba-tiba telefon berdering menyebabkan lamunan saya terhenti. Segera ambil alat komunikasi atas meja solek. Sebaik saja punat sambungan ditekan dan melekapkan ke telinga, suara garau lelaki bertanya; “Tak datang port ke hari ni?”

“Macam kenal suara tu, tapi siapa?” Saya menyoal diri sendiri sebelum bertanya pada suara di hujung talian.

“Awak ni siapa?”

“Tak kan tak kenal pula? Jangan buat-buat tak kenal… kita kan pernah tidur sebilik,” balas suara itu lagi.

Saya cuba mengingati siapa lelaki itu. Maklumlah bukan seorang dua yang pernah tidur dengan saya. Cakaplah hotel mana di Kuala Lumpur saya tidak pernah menginap dengan jantan jalang. Tapi, bukan senang nak ingat setiap pelanggan.

“Boleh tak awak perkenalkan diri, ingat awak seorang saja yang gomol saya,” saya berterus terang, sekaligus ingin menggoda pemanggil itu lagi.

“Tahu tak apa… cuba ingat balik siapa yang pernah beri bunga di hotel,” kata suara itu lagi.

Sekali lagi saya memaksa minda untuk mengingati jantan mana yang beri bunga di hotel. Bukan seorang dua yang berusaha hendak mengambil hati saya dengan memberi sejambak bunga. Ada yang beri bunga ros merah, putih dan kuning. Ada juga yang hanya memberi sekuntum ros plastik.

“Boleh tak cakap terus terang? Maaf saya tak dapat ingat. Kalau tak nak terus terang saya tak nak cakap!” Saya terpaksa berkeras. Malas nak layan jantan yang suka bermain dengan perasaan.

“Marah le pulak!” Kedengaran seperti tidak puas hati dengan amaran saya. “Kalau macam tu, cuba awak tengok siapa di pintu rumah awak,” sambung suara itu lagi.

Tersirap darah naik ke kepala. Menggeletar seluruh tubuh saya.Tidak sedar telefon di tangan jatuh atas tilam. Pengalaman di rumah sewa lalu saya dirogol akibat pintu rumah tidak berkunci membuatkan saya perlu berhati-hati. Kalau boleh tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali.

Untuk memastikan siapa gerangannya, dengan langkah begitu berhati-hati saya keluar dari bilik ke pintu hadapan. Jika ada jantan tidak kenal dan mencurigakan, saya akan telefon polis. Nak harapkan jiran, saya pun belum kenal sangat lagi dan ramai yang sudah keluar bekerja.

Setelah diamati tidak kelihatan seorang pun kelibat manusia. Ternyata lelaki yang menelifon itu sengaja hendak menakut-nakutkan saya sahaja. “Siapa sebenarnya jantan galak itu?” Soalan itu mula menerjah minta saya.

Walaupun yakin tidak ada sesiapa tetapi masih ragu-ragu. Saya tarik daun pintu ke dalam kemudian perlahan-lahan menjenguk ke luar. Manalah tahu kalau-kalau jantan galak itu berselindung sebalik dinding.

Tiba-tiba saya terpijak satu sampul surat yang diletakan celah pintu. Teragak-agak juga saya hendak mengambilnya, tetapi bila memikirkan surat biasa yang ditinggalkan posmen, saya terus membukanya.

Bagaimanapun, sekali lagi minda saya tidak tenteram bila nampak lima keping not seratus di dalamnya. Siapa hantar dan untuk siapa? Soalan itu berlegar-legar di minda saya. Kalau untuk Mea, bermakna saya sudah tersilap kerana membuka surat orang.

Namun setelah membelek sampul surat itu tidak pula tercatat nama saya atau Mea. Bila saya keluarkan wang RM500 dari sampul baru nampak sekeping nota kecil dalam tulisan tangan. ‘EMY JUMPA MALAM NI DI HOTEL XXXXX JAM 10.’

Saya masuk balik wang itu dalam sampul lalu kunci pintu dari dalam sambil berjalan ke bilik tidur. Minda ligat memikirkan jantan mana yang kemaruk sangat hendak bergasak dengan saya sehingga sanggup bayar pendahuluan RM500.

Sambil meniarap di katil saya keluarkan sekali lagi nota dalam sampul. Saya hendak amati betul-betul tulisan tangan nota itu siapa pemiliknya. Setelah membandingkan dengan beberapa nota yang pernah saya terima dan masih disimpan dalam buku catatan, sama seperti tulisan seorang ahli politik yang pernah bergasak dengan saya kira-kira sebulan lalu.

“Tak kisahlah siapa pun, janji duit dah dapat!” Saya bercakap sendiri sebelum terlelap sekaligus sebagai persediaan untuk bergasak di hotel malam nanti.
 


Mingguan Perdana Bil 1156
Ahad 12 Februari 2012
Episod 67
AWANG HITAM RATAH EMY


JAM telefon bimbit menunjukkan tepat pukul dua petang. Kalau ikutkan, pada kebiasaannya mata saya masih belum terbuka yakni masih diulit mimpi siang hari. Bagaimanapun kerana terperanjat bunyi kucing bergaduh di luar rumah, menyebabkan mata saya tidak boleh pejam semula sekaligus sambung mimpi yang terganggu tadi.

Rasa hendak marah juga pada kucing jantan berebut betina sehingga sanggup bergaduh. Barangkali kucing betina terlalu istimewa antara punca kedua-dua kucing jantan itu berkelahi. Ataupun masalah servis sebagaimana jantan jalang yang sering datang menemui kami golongan belakang bangunan untuk puaskan nafsu serakah.

Jika servis tercetusnya punca pergaduhan, bermakna naluri haiwan sama seperti manusia. Mereka juga memerlukan servis luar biasa barulah rasa kepuasan tidak terhingga. Bukan sekadar untuk menghilangkan ketagihan semata-mata yang mana boleh dipuaskan menggunakan tangan sendiri.

Yang jadi masalahnya, sejak akhir-akhir ini manusia bersikap seperti binatang. Ada yang tidak segan silu bercumbu depan khalayak. Nasib baik undang-undang negara kita agak tegas dan tidak membenarkan pasangan melakukan hubungan terlarang di tempat awam. Jika tidak, bangku yang disediakan di perhentian bas akan jadi tempat golongan tidak bermaruah itu melakukan tidak senonoh sesuka hati.

Apapun saya tidak mahu masuk campur urusan manusia cetek pengetahuan ini. Jika saya masuk campur akan jadi perdebatan dan mungkin saya akan teruk kena belasah. Untuk mengelak perdebatan ada baiknya saya mengunci mulut.

Saya lebih suka sentuh mengenai servis kerana berkaitan dengan tugas harian saya sebagai penghuni lorong belakang bangunan. Kalau servis kurang menarik menyebabkan jantan jalang akan menjauhkan diri. Mungkin pertama dan terakhir mereka hendak gomol saya. Itu sebabnya, saya utamakan servis untuk menarik lebih ramai jantan gila songsang mendekati saya.

Tidak kiralah apa keturunan dan warna kulit, yang penting wang mereka beralih tangan menjadi milik saya. Jika berkedudukan tinggi dalam sesebuah syarikat lagi seronok saya ‘mengayat’ untuk dapatkan habuan berlipat ganda.

Untuk menyakinkan jantan kemaruk sudah tentu servis kena betul-betul baik. Dengan mereka bukan boleh servis lebih kurang kerana mereka termasuk golongan profesional. Dalam bidang apapun golongan ini mahu lebih dari orang biasa.

Saya lihat sekali lagi jam di permukaan handphone. Rupa-rupanya dah dekat pukul 3:00 petang. Sambung tidur belum tentu boleh terlelap. Daripada berangan-angan kosong lebih baik ke bilik air bersihkan diri. Keluar awal window shopping ada juga faedahnya daripada berangan-angan di kamar tidur.

Tanpa buang masa saya terus ke bilik air dan selesai kira-kira setengah jam kemudian. Berdandan dan mengenakan pakaian lebih kurang setengah jam lagi. Setelah semuanya selesai barulah saya berjalan ke jalan besar. Jaraknya lebih kurang 200 meter dari rumah sewa saya ke perhentian menunggu kenderaan awam.

Lebih kurang 10 minit saya bersendirian di perhentian berkenaan, seorang demi seorang lelaki Afrika datang sehingga lima orang kesemuanya. Mereka bercakap bukan bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa ibunda mereka kerana tidak sepatah perkataan pun saya faham.

Sekali sekala salah seorang yang bertubuh sasa dari yang lain menjeling ke arah saya. Lain macam saja jelingannya. Macam ada sesuatu istimewa terlekat di tubuh saya.  Kebetulan pula saya pakai skirt pendek sehingga nampak sekerat paha. Manakala bahagian atas boleh nampak lurah mengancam.

Cuaca pada ketika itu sudah ada tanda-tanda hendak hujan. Awan hitam bergerak di langit. Saya berbelah bagi sama ada hendak keluar ke bandar atau pulang saja ke rumah. Perasaan pula semakin cuak bila salah seorang awang hitam duduk rapat sebelah saya. Dia juga makin berani dan sengaja menggesel bahunya ke bahu kanan saya.

Dalam hati saya berdoa agar ada orang datang supaya dapat meredakan gelagat mereka yang sudah mula keterlaluan. Teksi atau bas juga tidak kelihatan datang pada saat itu. Kalau datang saya tidak kira bas atau teksi, yang penting melarikan diri daripada awing-awang hitam yang langsung tidak ada taste pada saya.

Tiba-tiba salah seorang yang menyandar pada tiang telah melastik dan terkena tepat pada lurah dendam saya. Saya terkejut lalu menjerit dan bingkas bangun untuk menjauhkan diri dari situ. Bagaimanapun, salah seorang yang duduk rapat tadi menyambar lengan saya.

Saya berusaha menepis dan sempat menampar mukanya. Tindakan saya itu menyebabkan dia bertindak semakin ganas dan dapat memegang kedua-dua belah tangan saya sehingga tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Kemudian empat rakannya mengelilingi dan masing-masing memainkan peranan. Ada yang mengusap lurah dendam saya, menyelak skirt, merapa punggung dan sebagainya. Minda saya ketika itu hanya memikirkan bahaya yang bakal mengundang.

Sewaktu saya mencari jalan hendak melepaskan diri, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat. Kelima-lima awang hitam itu ketakutan dan masing-masing menutup telinga. Kebetulan salah seorang terlalu takut sehingga berlindung di belakang rakannya. Kesempatan itu saya terus melarikan diri ke arah seorang pak cik sedang berjalan tergesa-gesa mungkin hendak pulang ke rumah.

Melihat saya melarikan diri, kelima-lima mereka mengejar saya. Oleh kerana terlalu takut saya berlari sekuat-kuat tenaga setelah menanggalkan kasut. Tanpa fikir panjang saya terus memeluk pak cik dari arah belakang sehingga kami sama-sama jatuh di tepi jalan.

“Gila ke awak ni?” Pak cik itu memarahi saya sambil berusaha bangun dan membetulkan kain sarung yang dipakai nyaris-nyaris terlucut dari tubuh.

Disebabkan terlalu takut menyebabkan lidah saya kelu. Hanya jari saja menunjukkan ke arah kelima-lima lelaki yang tercegat berdiri tidak jauh dari tempat kami jatuh.

Pak cik itu seperti faham situasi yang berlaku. Dia berdiri tegak sambil cekak pinggang seolah-olah hendak melindungi saya daripada diapa-apakan lelaki asing itu.

“Apa kamu nak?” Pak cik itu memberanikan diri menyoal sambil menapak ke arah mereka.
So… sorry,” serentak mereka minta maaf dan kemudian berlalu ke tempat menunggu bas. Hujan pula mula turun dan saya bersama pak cik berlari mengikut haluan masing-masing.




Mingguan Perdana Bil 1157
Ahad 19 Februari 2012
Episod 68
EMY DIROGOL LAGI


ENTAH kenapa kepala saya rasa begitu berat. Bila buka mata pula rasa macam dunia berpusing. Sepanjang hidup saya tidak pernah migrain begitu kuat. Biasanya telan panadol dalam masa 10 minit boleh hilang. Ini tidak, malam tadi saya telan dua biji sebelum tidur, tapi tak jalan. Kepala tetap rasa macam ditindih batu besar.

Apapun saya bersyukur kerana masih lagi bernafas. Kalaulah telan panadol terus hilang nafas, habislah saya kerana terlalu banyak mengabaikan suruhan Tuhan. Pendek kata sudah lama saya tidak pijak sejadah dan tidak bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberikan sebelum ini.

Mea sudah dua hari tidak pulang ke rumah. Entah mana jantan usung saya tidak tahu. Biasanya begitulah antara kami berdua, jarang bertemu kerana masing-masing sibuk layan jantan kemaruk. Dia bawa hal dia, dan saya bawa hal saya. Bagaimanapun, bukan bermakna kami tidak sehaluan tetapi faham-faham sajalah kalau pelanggan dah booking.

Susah juga tidak ada rakan time sakit pening. Kalau ada Mea boleh juga minta dia tolong picitkan kepala. Setidak-tidak dapat juga dia ambil air sekiranya rasa dahaga. Ketiadaannya, terpaksalah saya lakukan sendiri dalam apa keadaan sekali pun.

Saya gagahkan bangun walaupun terasa amat berat untuk mengambil air di dapur. Tidak ada air panas air sejuk pun jadi untuk telan dua biji lagi Panadol. Apa boleh buat tidak ada pilihan! Kalau nak masak air berapa lama perlu kena tunggu?

Setelah layan fikiran, setengah jam kemudian, saya tidak sedar apa-apa lagi. Tersedar pun bila kedengaran sekali lagi kucing berkelahi di luar rumah. Tak habis lagi musim mengawan rupanya. Selagi tempoh musim mengawan belum tamat, selagi itulah tak senang nak berehat.

Saya marah kerana sifat semulajadi saya bila terjaga tidak boleh tidur semula. Pejamlah macam mana pun, tidak akan dapat sambung tidur kecuali terlalu letih. Sudahnya saya terpaksa layan fikiran seolah-olah ditayang semula satu demi satu episod terutama mengenai pernah saya lalui di lorong-lorong belakang bangunan.

“Tak boleh jadi ni!” Saya membebel pada diri sendiri sambil melangkah ke bilik mandi. Hanya mandi saja jalan penyelesaian untuk menghindar daripada angan-angan kosong.

Setelah mandi baru sakit kepala mula berkurangan. Tidak lagi berdenyut-denyut sehingga langsung tidak boleh buka mata. Jika kembali normal saya akan keluar menyundal seperti biasa. Saya tidak mahu pelanggan tercari-cari sekiranya tidak keluar ke Lorong Haji Taib yang merupakan port kami golongan lembut buat pertemuan.

Sewaktu saya asyik menghias diri di hadapan cermin, tiba-tiba kedengaran…

“Tok! Tok! Tok!”  Bertalu-talu macam nak dipecahkan pintu depan. Saya ingatkan Mea baru balik hendak sambung tidur setelah puas kena gomol. Ataupun tidak tahan ada benda yang nak terkeluar.

Saya bingkas ke ruang tamu lalu menarik daun pintu. Rupa-rupanya bukan Mea tetapi dua lelaki berusia lingkungan bawah 40 han. Salah seorang memakai topi dan berkaca mata hitam memberitahu dia diarahkan pemilik rumah untuk memeriksa saluran paip air tersumbat.

“Okey je, mana ada tersumbat!” Saya mempertahan kerana setahu saya tidak ada masalah paip tersumbat sebagaimana didakwa lelaki berkenaan.

“Ada!” Lelaki itu berkeras. “Kalau tak ada macam mana encik Fauzi minta saya datang check,” sambung lelaki itu dengan menyebut nama pemilik rumah untuk meyakinkan saya. Dalam pada itu dia terus melangkah masuk dengan diikuti rakannya di belakang. Kedua-dua mereka terus ke ruang dapur memeriksa sinki.

Saya hanya memerhati gelagat mereka yang mengetuk-ngetuk paip bawah sinki dengan alat pemutar skru.  Melihat gaya mereka saya yakin ada yang tidak kena dengan paip pada sinki berkenaan. Sementara menunggu mereka membaiki kerosakan, saya ambil keputusan sambung bersolek dalam bilik.

Bagaimanapun, baru beberapa minit saya menghadap cermin, pintu diketuk dari luar. Belum sempat saya hendak membuka, terlebih dahulu pintu itu terkuak dan lelaki berkaca mata hitam tadi sudah berdiri depan pintu.

“Dah okey ke?”

Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang ke arah saya. Perasaan saya mula berdebar-debar dan dapat merasakan ada yang tidak kena. Hendak menjerit bimbang pula dia ambil tindakan drastik.

 “Apa yang tersumbat?” Ingin tahu saya lagi, sekaligus ingin menghilangkan darah gemuruh.
“Paip saya yang tersumbat,” balas lelaki itu seraya datang rapat kepada saya.

“Awak nak buat apa ni? Jangan sampai saya menjerit panggil orang sebalah,” saya mengertak bila dia semakin ghairah hendak mencium saya. Padahal manalah saya kenal sangat dengan jiran tetangga.

“Ikut awaklah nak jerit ke apa,” katanya lalu memeluk erat tubuh saya dan merebahkan ke katil. Sewaktu saya meronta-ronta hendak melepaskan diri ditindih tubuhnya, mulut saya  pula disumbat dengan kain. Kemudian datang pula rakannya lalu menekan kedua-dua belah kaki saya.

Setelah tidak dapat bersuara dan bergerak, lelaki yang menindih saya mula memainkan peranan untuk memuaskan nafsu serakahnya. Mahu tidak mahu saya terpaksa merelakan saja kehendaknya kerana bimbang boleh mengancam nyawa.

“Dah lama paip saya ni tersumbat, sejak isteri saya meninggal dunia,” dia membisik ke telinga saya setelah dapat membenamkan paipnya sedalam-dalamnya. Disebabkan sudah biasa melayan jantan-jantan jalang kemaruk, langsung tidak bangkit ghairah apatah lagi dia mendayung terlalu kasar.

Sama juga rakannya yang begitu gelojok, sehingga belum apa-apa sudah tewas. Macam mana hendak berdayung kalau lembik macam batang keladi bakar.  Padahal saya biarkan saja dia menggasak saya mengikut keselesaannya.




Mingguan Perdana Bil 1158
Ahad 26 Februari 2012
Episod 69
EMY DISEKSA API NERAKA


PERISTIWA dikejar awang hitam menyebabkan saya berhati-hati setiapkali menunggu teksi. Asal saja warga Afrika lelaki sama ada bersendirian atau berkumpulan datang, pasti saya akan beredar ke tempat lain, kecuali ada warga tempatan. Saya betul-betul fobia dengan awang macam buntut kuali kerana tidak mahu kejadian sama berulang.

Sebenarnya saya tidak takut kalau one-by-one. Kalau saya boleh bergasak semalaman dua atau tiga orang, apa nak dibimbangkan kalau kumpulan buntut kuali membaham saya seorang. Yang menyebabkan saya tidak suka kerana cara mereka hendak percuma.

Kalau bayar, saya sedia mengikut ke mana saja destinasi mereka mahu. Kalau tepi longkang pun tak ada masalahnya kerana saya sudah biasa dengan situasi begitu. Apatah lagi kalau di rumah-rumah tumpangan atau hotel, sudah pasti saya tidak akan menolaknya.

Bagaimanapun, kalau nak free minta maaf banyak-banyak. Saya membentuk tubuh sehingga kelihatan seperti wanita tulen semuanya menggunakan wang. Berpuluh ribu telah dibelanjakan dengan wang sendiri. Dalam kata lain saya sudah banyak melabur. Apa guna melabur jika tidak memperolehi sebarang keuntungan?

Bermakna untuk menggunakan tubuh saya perlu berbayar.  Tidak kira berapa saat pun jika berhajat ingin menggunakannya perlulah ada wang dalam tangan. Hutang tak main. Kalau tunai ketika petir sabung menyabung pun saya sanggup redah. Pendek kata, kalau ada duit@bayar saya sanggup lakukan apa saja. Free sekali lagi saya ulang, tolong pergi jauh-jauh atau carilah mana-mana batang pisang dan pandai-pandailah bangkitkan nafsu sendiri!

Tiba-tiba sebuah teksi berhenti barulah angan-angan saya terhenti. Setelah seorang wanita berusia keluar dari perut teksi saya pula melangkah masuk dan duduk di seat belakang.

“Chow Kit,” saya beritahu sebelum pemandu teksi bertanya ke mana destinasi saya.
Ketika dalam perjalanan, Mea menghubungi ingin berjumpa. Saya enggan bertanya kenapa dan mengapa dia ingin jumpa saya, yang pasti dia sedang menunggu tidak jauh dari Kompleks Pertama.

Sewaktu turun dari teksi minda saya tertanya-tanya apa yang menyebabkan Mea hendak sangat berjumpa. Sebelum ini jika ada masalah dia beritahu melalui telefon saja. Ini tidak, macam ada masalah berat sehingga tidak boleh tangguh esok.
“Apa hal nak jumpa sangat ngan aku?”

“Tak ada apa, saja aku nak belanja hang makan, lama dah kita tak makan bersama,” terang Mea sambil tersenyum lalu mengajak ke sebuah warung di belakang hotel di Jalan Raja Laut.

Ketika kami selesai menjamu selera dan berbual kosong, tiba-tiba datang seorang pemuda berpakaian kemas dan selamba sahaja duduk di sebelah saya. Kemudian dia bersalaman dengan Mea lalu memperkenalkan dirinya sebagai Jefri.

“Emy ni special girlfriend saya,” dia beritahu pada Mea.

Mea tersentak lalu memandang tepat ke wajah saya. Saya juga seperti hilang kata-kata sehingga tidak tahu apa hendak beritahu Mea berhubung dakwaan lelaki bernama Jefri yang duduk di sisi saya. Sejujurnya saya langsung tidak kenal dia bagaimana boleh mendakwa saya adalah teman wanitanya.

“Awak ni siapa?” Akhirnya terlompat juga soalan itu dari mulut saya.

“Eh! Jangan buat-buat tak kenal pula Emy,” dia membalas lalu menarik tangan saya seolah-olah mengajak pergi ke tempat lain.

Saya berusaha menepis tetapi Jefri tetap berusaha hendak memaut tangan saya. Kalau ikutkan hati yang marah mahu saya menjerit biar semua pandang ke arah saya. Bagaimanapun, kerana tidak mahu buat kecoh di situ, membuatkan saya ambil keputusan bergegas ke arah Medan Tuanku.

Bagaimanapun, lelaki itu tetap mengekori seolah-olah tidak puas hati dengan tindakan drastik saya. Dia menjerit-jerit memanggil saya. Saya semakin jauh darinya sambil berlari-lari anak tanpa menghiraukan orang di kiri kanan jalan memandang, kemudian terus melintas walaupun jejantas pejalan kaki tidak jauh dari itu.

Tiba-tiba kedengaran sebuah kereta membrek dengan kuat dan tidak semena-mena terasa dibawa ke satu tempat lapang lalu saya dibaringkan di atas bara api. Disebabkan terlalu panas saya menjerit minta tolong, malangnya tidak siapa dapat membantu kerana saya seorang sahaja di situ.

Setelah seluruh kulit tubuh saya melecur  sehingga nampak isi, disimbah pula dengan air panas tidak henti-henti. Kemudian datang pula beberapa ekor ular berkepala seperti kemaluan lelaki bukan saja mematuk malah menyiat-nyiat kulit tubuh saya dengan ganas.

Saya tersedar bila dengar suara Mea memanggil nama saya. Setelah buka mata perlahan-lahan rupa-rupanya saya berada di katil wad HKL. Menurut Mea dan juga rakan-rakan yang datang melawat, lebih dua minggu saya koma akibat cedera parah di kepala. Kini saya telah sihat sepenuhnya dan berehat di rumah.

Peristiwa saya dipanggang, dibelit ular dan pelbagai seksaan membuatkan saya tidak lagi mahu meneruskan aktiviti penyundalan. Biarlah hidup saya melarat daripada memperolehi wang yang tidak diredai Allah. harapan saya segala pendedahan saya sebelum ini dapat dijadikan iktibar kepada rakan-rakan yang masih lagi menjalankan aktiviti songsang.

Buat masa ini saya sedang dibimbing seorang ustaz, jika panjang umur saya akan ke tanah suci untuk menunaikan umrah dalam beberapa bulan akan datang. Segala perbelanjaan dibiayai oleh ustaz berkenaan.

TAMAT  





Episod 69 merupakan episod akhir siri "EMY SEJUTA PERISTIWA' yang disiarkan setiap minggu dalam akhbar MINGGUAN WARTA PERDANA bermula bilangan 1080, 25 Julai 2010 . Harap maklum