Episod 41 - 60

Mingguan Perdana Bil 1121
Ahad 29 Mei 2011
Episod 41
EMY DIUGUT MAK AYAM

SEWAKTU menunggu teksi sempat saya berkenalan dengan seorang lelaki berperwatakan ‘sotong’ yakni lembut macam saya juga. Setelah berkenalan, dia juga menyundal tetapi operasinya tidak di belakang-belakang bangunan, sebaliknya di hotel-hotel mewah bertaraf lima bintang.

Orangnya tidaklah cantik sangat, dressing pun macam kebanyakan mak nyah tetapi bagaimana boleh servis di hotel-hotel mewah? Persoalan itu menerjah minda saya. Hendak bertanya malu walaupun saya yakin dia sudah tahu port saya setiap malam di kawasan Chow Kit.

“Nampak gaya dah ada orang mencabar kepondanan aku!!!” Saya bercakap sendiri sambil berpaling ke arah lain. Cukup pantang kalau ada orang dapat atasi kebolehan saya. Jauh di lubuk hati berazam suatu hari nanti saya juga akan main di hotel-hotel mewah seperti dia.

Macam mana? Timbul lagi satu soalan. Buat masa ini dalam sebulan hanya seorang dua jantan jalang usung saya ke bilik hotel. Kalau boleh saya mahu tiap-tiap malam kerana sudah jelak jadi penghuni lorong belakang bangunan.

“Nyah tak nak servis kat hotel ke?” Tiba-tiba dia bertanya seolah-olah tahu apa sedang saya fikirkan.

Saya mengangguk beberapakali setelah memandang ke arahnya.

“Bayaran bagus tak payah tunggu pelanggan macam kat port belakang bangunan,” sambungnya seolah-olah mendedah berpengalaman sendiri.

“Bukan tak nak nyah, tak tahu cara,” saya membalas sekaligus baru terfikir jawapan itu menunjukkan kebodohan diri sendiri.

“Saya boleh tunjukkan cara kalau… oh ya dah lama kita berborak, nyah nama apa? Senang nak panggil,” katanya sambil memusing-musing handphone di tangannya.

“Rahim.”

“Kamarol.” Dia memberitahu lalu kami berjabat tangan, berpelukan dan laga pipi beberapakali.

“Panggil abang Im aje boleh, nyah? Rasanya nyah lebih tua dari saya,” katanya setelah kami masing-masing duduk di bangku simen tempat perhentian bas di kawasan perumahan itu.

Saya tidak menjawab sebaliknya hanya merenung tajam ke wajah. Sejak dulu lagi saya tidak berapa suka kalau orang seangkatan saya panggil nama seperti yang tercatat dalam kad pengenalan, kecuali sanak saudara.

“Nak panggil apa ye?” Sekali lagi dia dapat membaca apa yang tersirat dalam kepala saya.

“Panggil Emy lebih sesuai…”

“Okey… “ dia membalas antara senyum dengan tidak sebelum memerhati ke arah lain.

“Saya nak panggil awak apa, tak ada nama-nama glamor ke?” Terpacul pula soalan begitu dari mulut saya.

“Kam pun tak apa. Ramai yang kenal saya semua panggil Kam,” balasnya.

“Kita ni dah lari tajuk, tadi nyah… eh silap pulak.. Kam nak bagi tau cara nak servis kat hotel. Macam mana caranya tu?” Saya dah mula meluat mengenai topik hendak memanggil antara kami sejak tadi.

“Senang je. Emy buka akaun Facebook. Lepas tu add seberapa ramai yang boleh, sebaik-baiknya pilih orang berpangkat atau tauke-tauke yang kaya raya. Mereka ni banyak duit dan suka enjoy di tempat-tempat ada kelas. Maklumlah kalau kena serbu, malu tujuh keturunan… sebab tu mereka tak suka pergi di lorong-lorong belakang bangunan,” terang Kam panjang lebar.

“Saya ni buta IT nyah… komputer pun tak ada,” saya membalas hambar.

“Jangan takut saya boleh ajarkan, tak ada komputer boleh buka akaun Facebook di Kafe Siber. Nanti saya ajarkan,” katanya lagi lalu bangun setelah melihat sebuah teksi memberi isyarat berhenti. Dia menghulur sekeping kad sebelum masuk ke perut teksi itu.

Saya membelek kad nama Kam. “Cayalah nyah sekor ni, siap ngan dua nombor handphone lagi.” Saya bercakap sendiri dan terus ambil keputusan untuk berehat di rumah. Malam nanti kalau ada jantan jalang telefon, saya pilih yang nak usung ke hotel sahaja. Rasa macam dah malas nak main tepi longkang belakang bangunan!

Bagaimanapun, saya amat terkejut sebaik saja buka pintu pagar nampak beberapa keping tuala wanita berdarah berselerak di depan pintu. Siapa yang sanggup simpan benda kotor itu dan baling ke rumah saya? Kurang ajar!

Sambil menyumpah seranah dan tangan beralaskan bekas plastik barang, walaupun geli teramat sangat saya mengutip satu demi satu tuala wanita itu lalu memasukkan ke dalam satu lagi beg plastik sebelum membuang ke dalam tong sampah. Kalau ikutkan hati, hendak saya tenyeh tuala wanita penuh darah haid ke muka orang yang tidak bertanggungjawab itu.

Adakah Mat Bangla sebelah rumah hendak menakut-nakutkan saya kerana telah mensyaki mereka curi seluar dalam saya tempoh hari? Tak mungkin mereka lakukan kerana semua lelaki. Jiran sebelah kiri sudah malu memandang saya kerana kunci keretanya yang tercicir ketika curi seluar dalam saya masih saya simpan.

Bagaimanapun, alangkah terperanjatnya saya sekali lagi bila hendak membuka pintu rumah, terselit satu nota berbunyi: KALAU NAK SELAMAT DTG JUMPA AKAK!

Tersirap darah naik ke kepala. Rupa-rupanya angkara kakak yang menggesa saya bekerja di rumah urutnya tempoh hari. Saya sudah ambil keputusan tidak mahu bekerja di rumah urutnya tetapi lupa hendak beritahu. Aduhhhh… apa yang harus saya buat?

Semalaman fikiran saya bercelaru dan tidak dapat lelapkan mata. Pantang dengar pelik sikit saya memberanikan diri bangun perlahan-lahan mengintai kalau-kalau ada sesiapa datang hendak melakukan perkara tidak baik lagi terhadap saya.



Mingguan Perdana Bil 1122
Ahad 5 Jun 2011
Episod 42
EMY DICABAR

SERONOK pula bila sudah ada akaun Facebook. Rupa-rupanya tidaklah susah sangat main komputer. Terima kasih banyak khas buat Kamarol @ Kam kerana telah mencelikkan saya daripada buta IT. Kerana Kam juga saya terpaksa beli laptop untuk memudahkan saya add ramai rakan sekaligus memilih kalangan yang difikirkan banyak wang.

Timbul masalah kerana saya tidak berani letak foto sebenar pada profil mahupun album. Bimbang kalau-kalau ada di kalangan saudara mara tersesat dan masuk ke laman sosial saya itu. Kalau biasa-biasa saja tak jadi hal, yang jadi masalah dan timbul kebimbangan bila saya mengiklankan diri dengan meletakkan nombor telefon untuk memudahkan pelanggan menghubungi saya.

Untuk mengiklan diri harus letak gambar mengiurkan agar jantan-jantan jalang lihat. Kalau sekadar posing tepi parit, berlatar belakang gunung ganang atau sebagainya dengan memakai baju kurung, apa guna ada akaun Facebook, Twister, Myspace dan sebagainya. Padahal tujuan asal saya untuk memudahkan jantan-jantan kemarok **** mendapatkan servis saya.

Terus terang saya tidak berani jual diri macam Kam, memasukan gambar-gambar yang boleh terkeluar biji mata siapa saja melihatnya. Gambar-gambar Kam posing atas katil kalau pak aji tengok, serban boleh terburai sendiri dari kepala. Kalau jenis jantan mata jalang, tak sabar-sabar hendak try servis Kam.

Patutlah dia banyak terima panggilan untuk beraksi di kamar-kamar hotel lima bintang. Baru saya tahu rahsia dia tidak perlu bercekang mata tunggu pelanggan di lorong-lorong suram lagi hanyir di belakang-belakang bangunan sebagaimana yang saya lakukan setiap malam.

“Nyah! Selagi awak tidak berani menyahut cabaran, selagi itulah awak bergelumang tepi longkang,” Kam membakar semangat saya pada suatu malam ketika menghadap laptop di rumahnya.

“Cabaran yang perlu disahut ini melibatkan maruah keluarga. Kalau aku seorang saja tak jadi masalah. Dalam simpanan aku berlambak-lambak gambar posing maut macam awak masukan dalam FB tu,” balas saya tanpa memandang ke arah Kam kerana asyik memandang skrin laptop.

“Kalau awak fikir macam tu, sampai bila-bila pun tidak akan berjaya nyah. Aku dulu pun berfikiran macam awak juga nyah, hidup nak mewah tapi duit tak pernah cukup. Orang macam kita ni sekali collection boleh kira loaded, tapi tak tahu ke mana duit terbang. Kita juga kena terima hakikat duit yang kita dapat dari sumber tidak berkat,” kata Kam lagi yang kini sudah mempunyai sebuah kondo mewah hasil aktiviti lendirnya lebih setahun lalu.

Saya mengakui kebenaran apa yang Kam tuturkan, tetapi saya tidak sanggup hendak memalukan keluarga di kampung. Tidak siapa menghalang kalau saya ‘muat naik’ gambar-gambar sewaktu saya beraksi di ranjang. Atau gambar-gambar posing maut sebagaimana Kam muat naik di laman FBnya. Kalau adalah rakan-rakan sekampung atau sanak saudara saya melihat, bagaimana? Sudah tentu akan sampai ke pengetahuan keluarga.

Dalam pada itu terfikir juga kalau tidak bertindak drastik sudah tentu pendapatan saya tidak akan meningkat. Hanya sekali dua saja dalam sebulan dapat ikan besar yang sanggup bayar empat angka. Biasanya lingkungan RM300 semalaman, itu pun sudah kira cukup banyak.

Masalah diancam dan diugut juga antara masalah sering saya hadapi sejak terlibat secara langsung menyundal. Kerana ugutan juga saya terpaksa tinggal buat sementara waktu dengan Kam di kondo mewah di pinggir ibu kota ini.

Kalaulah saya tinggal di kondo macam Kam mungkin tidak siapa berani lempar tuala wanita berdarah depan rumah untuk menakut-nakutkan saya. Saya juga tidak perlu keluar malam ke lorong-lorong suram, sebaliknya hanya tawar menawar atas talian. Jika bersetuju tetapkan lokasi untuk saya menghantar tubuh. Pastikan bayaran dimasukan ke akaun saya terlebih dahulu sebelum saya ke destinasi yang ditetapkan.

“Belum dapat jawapan?” Kam yang asyik berchatting dengan pelanggannya di FBnya menyoal sambil berpaling ke arah saya.

“Entahlah nyah.., betul-betul dalam dilema. Nie yang dikatakan ‘telan mati mak, luah mati bapak,“ hanya itu yang terkeluar dari mulut saya.

“Eh… kan belum suap ke mulut lagi.”

“Suap? Suap apa pulak nie nyah? Apa maksud awak?” Saya mengerut dahi kerana tidak dapat tangkap apa yang Kam maksudkan.

“Alamak… slow giler, cuba fikir kalau belum suap lagi ke mulut macam mana nak telan atau pun luah. Tak perlulah risau pada bapa atau emak awak nyah, mereka tak akan mati kerana awak belum lagi suap ke mulut,” terang Kam sambil ketawa terkekeh-kekeh. Saya ikut ketawa tetapi tidaklah kuat macam dia.

“Sial! Ingatkan apa tadi, pandai awak buat lawak. Try-try le masuk rancangan Raja Lawak nyah, mana tau kalau-kalau berjaya, boleh juga aku tumpang glamor,” balas saya pula setelah ketawa mula reda.

“Tak payahlah nyah nak masuk rancangan realiti macam tu, kita buat lawak kat bilik-bilik hotel lagi bagus. Oh ya.. jap lagi aku nak keluar. Mungkin dua hari tak balik rumah. Datuk dah tunggu, lambat nanti dia marah pulak,” beritahu Kam sambil tersenyum lalu bingkas masuk ke biliknya.

Saya hanya memerhati gelagat Kam hingga hilang dari pandangan. Ternyata begitu mudah dia dapat pelanggan hanya berurusan di hujung jari. Kalau dah dua hari tentu bayaran pun cukup lumayan.

“Ke mana agaknya datuk nak usung dia? Takkan berperap dalam bilik hotel je…” saya hanya pandai menyoal diri sendiri.



Mingguan Perdana Bil 1123
Ahad 12 Jun 2011
Episod 43
TERGODA LELAKI MAMAK

SEWAKTU asyik chatting dengan rakan-rakan Facebook, tiba-tiba handphone saya berdering. Saya lihat sekali imbas pada skrin, ternyata bukan pelanggan tegar. Saya letak balik alat kominikasi itu di sisi laptop lalu menyambung perbualan. Maklumlah jantan yang saya chatting merupakan ikan besar. Kalau mengena ada harapan dia usung dua tiga malam ke hotel mewah macam Kam.

Tidak lama baru perasan nombor yang terpapar tadi nombor telefon Kam. Mungkin dia ingin beritahu sesuatu pada saya. Tanpa berlengah saya segera menghubunginya balik. Maklumlah dia telah beri peluang tinggal bersamanya, sekaligus untuk mengelak daripada diekori pihak sengaja menakut-nakutkan saya.

“Ambil paper kat bawah,” kedengaran arahan Kam sebaik saja saya melekapkan telefon ke telinga.

Paper apa?”

“Awak ni… slow memanjang. Paper tak kan tak tahu?” Katanya dengan suara agak kuat sedikit.

“Aku tak faham betul, apa maksuk awak?” Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Surat khabar lah. Aku langgan paper tiap hari. Apek yang hantar paper tu masukkan dalam peti surat kat bawah je, jadi kena pergi ambil. Kalau tidak nanti ada budak-budak nakal ambil buang ke longkang,” terangnya panjang lebar.

“Cakap suratkhabar kan senang. Ni tak paper-paper, aku ingat paper apa. Okeylah, aku pergi ambil sekarang,” tanpa berlengah saya terus menuju lif untuk turun ke ruang peti surat.

Seorang pemuda sedang SMS menanti lif terbuka sambil menyandar belakangnya tepi dinding. Dia tersengeh sendiri. Mungkin coretan SMS yang dihantar rakan mencuit hatinya.

“Boleh tahan.” Hati saya berdetap setelah menekan sekali pada butang arahan lif untuk turun ke tingkat bawah. Padahal butang itu sudah menyala mungkin telah ditekan lelaki berkenaan.

Saya menjeling sekali pada lelaki berketurunan mamak itu. Dia masih asyik bermain dengan handphonenya. Sedangkan saya begitu mengharap dia memandang sekali pun cukuplah, tahulah saya hendak menggodanya. Maklumlah sudah lama tidak bertarung dengan lelaki muda sepertinya.

“Ehem…” saya berdehem supaya dapat perhatiannya.

Masih tidak ada respon. Memandang pun tidak ke arah saya. Geram sungguh saya dengan sikap pemuda berambut sedikit kerinting itu. Dalam lif nanti tahulah saya hendak goda dia. Pantang sungguh saya kalau lelaki jual mahal macam pemuda itu.

Tiba-tiba pintu lif terbuka. Saya melangkah masuk. Sengaja tekan butang agar pintu lif tidak tertutup. Malangnya lelaki itu masih lagi menyandar di tempat tadi dan langsung tidak menghiraukan pintu lif yang masih terbuka luas.

“Sial punya jantan! Boleh dia buat bodo je…” Saya bercakap sendiri lalu melepaskan butang untuk menutup pintu lif.

Bagaimanapun sebelum pintu lif tertutup, tiba-tiba terbuka balik. Lelaki tadi berlari masuk dan terus merapat ke dinding belakang. Dia menyandar dan kembali memfokus ke skrin handphonenya.

Sewaktu lif bergerak turun saya memerhati saja kelakuannya. Kalau ikutkan gelora nafsu, mahu peluk dan menciumnya. Maklumlah hanya kami berdua saja dalam lif itu. Tiada siapa melihat dan saya juga yakin tidak ada kamera litar tertutup dipasang.

Cuma saya bimbang pemuda itu membuat laporan polis dengan tuduhan saya menggunakan kekerasan dan gangguan seksual dalam lif. Silap haribulan keluar dalam surat khabar, gah satu malaya. Tak mahu saya popularkan diri cara itu.

Secara tidak sengaja, kunci kondo terlepas dari tangan lalu jatuh ke lantai. Bunyi agak kuat sehingga pemuda itu menoleh ke arah saya. Dia lempar senyuman. Aduh! Berdebar rasanya bila terpandang saja wajahnya yang kacak iras Salman Khan itu.

“Belum minun ke? Pegang kunci pun daya!” Tiba-tiba dia bersuara sebelum kembali memandang skrin telefon bimbitnya.

“Belum bang! Nak belanja ke?” Balas saya bernada menggoda setelah lama menunggu dia bersuara.

“Dah dekat pukul sebelas tak minum lagi. Akak nie mesti nak jaga badan, patut le slim je…” puji pemuda itu.

Bangga rasanya dengan pujian itu. Saya sengaja menggoyang-goyangkan punggung agar dia dapat beri perhatian kepada saya. Bagaimanapun, lelaki itu bukanlah sebagaimana yang saya harapkan, dia penakut sedikit.

Tidak hairanlah bila saya berdiri rapat dengannya, dia akan berusaha mengelak. Pemuda itu seolah-olah tidak faham tujuan saya berbuat begitu. Apa guna saya pakai kemeja-T berleher lebar hingga nampak lurah payudara kalau bukan untuk menggoda jantan setiap hari.

Pintu lif terbuka. Pemuda itu bergegas ke arah tempat letak kereta. Sebentar kemudian kedengaran kenderaan berlalu dari situ. Saya hanya menggaru-garu kepala tidak gatal kerana tidak dapat mengoda pemuda itu hingga ke ranjang.

Tanpa berlengah, saya ke peti surat dan mengambil akhbar sebagaimana arahan Kam. Membelek sekali lalu dan terhenti pada gambar seorang wanita. Macam kenal bisik hati saya. Setelah membaca laporan bertajuk: Terbunuh ‘Kereta Langgar Pokok’ rupa-rupanya itulah kakak pemilik rumah urut di Klang yang mengugut dengan melempar tuala wanita di depan rumah saya.



Mingguan Perdana Bil 1125
Ahad 26 Jun 2011
Episod 44
BELAJAR FACEBOOK PIKAT JANTAN

BERITA kematian tauke rumah urut amat menyeronokkan saya. Kematiannya juga bermakna saya tidak akan menerima ugutan lagi, sekaligus tidak ada paksaan bekerja di rumah urutnya. Untuk apa bekerja di tempat yang kita tidak minat. Apapun sekarang saya tidak mahu ingat tentang rumah urut di Kelang itu lagi. Saya lebih seronok bekerja sebagaimana rutin setiap malam di lorong-lorong suram belakang bangunan.

Dalam pada itu saya berusaha bagaimana hendak menyundal mengikut style Kam. Banyak beri khidmat di hotel-hotel bertaraf lima bintang. Setiap hari tawar menawar harga melalui atas talian terutama di laman sosial Facebook.

Saya mengaku kalah kerana Kam lebih bijak dari saya meraih pelanggan. Kam hanya menunggu pelanggan dalam talian, saya pula menunggu pelanggan tepi bangunan. Jauh bezanya antara pendekatan saya dengan pendekatan Kam.

Yang membuatkan saya jelous, dia boleh dapat semalaman empat angka, saya kadang-kadang sahaja dapat sejumlah itu. Terbukti cara saya sudah dianggap lapuk, jika diteruskan bermakna tidak sampai ke mana. Taget untuk memiliki sebuah kereta sudah pasti tidak kesampaian hingga pencen menyundal.

Masalah yang sering menghantui saya, operasi pihak berkuasa. Silap haribulan boleh tidur dalam lokap, berbanding cara Kam sukar dihidu pihak berkuasa. Maklumlah kalau main di hotel-hotel mewah, pihak berkuasa juga sukar hendak kesan. Lagipun, cara dia operasi tidak tentu masa sama ada malam atau siang.

Kalau tidak di hotel dia akan buat servis di kondo-kondo mewah. Tempat servis berubah-ubah, yakni bukan tempat sama seperti saya. Itu sebabnya saya yakin servis cara Kam paling selamat sekaligus pihak berkuasa sukar menghidu di mana dia beroperasi setiap hari.

Lagipun, individu yang usung dia bukan sebarangan orang. Maaf cakaplah, kalau dah ada kedudukan sudah tentu mereka boleh mengaburi pihak berkuasa. Saya tidak berani hendak mengatakan mereka beri rasuah atau tidak kerana tiada bukti. Bagaimanapun, cara tindakan pihak tertentu macam dapat imbuhan lumayan.

Tiba-tiba handphone saya berdering. Terperanjat saya kerana terlalu asyik layan facebook. Dua jantan sedang tawar-menawar harga. Mereka tidak berani bayar tinggi, sebaliknya hanya berani sekitar RM200 ke bawah.

Kalau sebanyak itu buat membazir elektrik saja. Saya mahu cari ikan besar dan berduit macam Kam dapat bila pancing. Bukan sekadar ikan gelama atau ikan kerapu sahaja. Saya mahu sekali pancing biarlah jerung atau paus. Hendak usung ke mana pun saya tidak akan tolak.

“Ada apa-apa perkembangan?” Kedengaran Kam bertanya di hujung talian.

“Perkembangan apa pula?”

“Takkan tak mengena lagi, ilmu dah aku perturunkan, sampai bila awak nak menyundal di belakang bangunan nyah?” Soalan Kam itu betul-betul mencabar kepondanan saya.

“Nak buat macam mana, dah pancing tapi ikan tak nak sambar,” saya balas hambar. Namun tetap yakin satu hari nanti saya juga akan jadi seperti Kam. Setiap malam bertarung dengan jantan jalang di hotel, tidak lagi di tepi-tepi longkang belakang bangunan kedai.

“Masa peringkat awal dulu, aku macam awak juga nyah. Semua jantan jalang jual mahal, sekarang baru berebut-rebut nak bergasak dengan aku,” ujar Kam lagi seolah-olah beri motivasi pula kepada saya.

“Aku faham… bukan senang nak cari jantan yang betul-betul berwang, tapi yang macam beruang memang banyak,” saya membalas membuatkan Kam ketawa terkekeh-kekeh.

“Pandailah awak buat lawak,” ujar Kam lagi setelah ketawa mulai reda. “Oh ya nyah! Awak di mana ni?”

“Kat umah le mana lagi?”

“Kalau macam tu, nak bagi tahu awak, jap lagi ibu saudara aku datang rumah, dengar-dengar sikit dia ketuk pintu,” pesan Kam lagi sebelum memutus talian.

Lupa pula nak bertanya bila dia balik ke rumah. Kalau ikutkan hati sudah mahu pulang ke rumah sendiri. Walaupun tenang tinggal di kondo Kam, tetapi lebih selesa tinggal di rumah sendiri, lebih-lebih lagi kakak yang ugut saya sudah tiada di alam maya ini. Saya juga tidak perlu lagi takut diancam atau ditakut-takutkan dengan meletak tuala wanita berdarah di depan rumah saya.

Saya bernyanyi-nyanyi sambil berjalan ke dapur mengambil air minuman. Haus pula tekak sejak tadi menghadap laptop. Sebaik saja saya selesai minum, kedengaran bunyi ketukan bertalu-talu di luar.

“Baru Kam beritahu dah sampai,” saya bercakap sendiri sambil melangkah ke pintu untuk menyambut kedatangan ibu saudara Kam.

“Emy! Kamu bersembunyi di sini rupanya, puas akak cari…” tersentak saya mendengar suara itu sebaik saja daun pintu terkuak luas.

“Ta… tapi kan akak dah…” pandangan saya mulai gelap kerana tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Kalau ikutkan laporan akhbar semalam wanita itu maut dalam kemalangan jalan raya, alih-alih macam mana dia boleh hidup balik.



Mingguan Perdana Bil 1126
Ahad 3 Julai 2011
Episod 45
EMY PENGSAN NAMPAK HANTU

SAYA tidak dapat mengagak berapa lama pengsan, tetapi saya yakin hanya dalam beberapa minit sahaja. Walaupun saya mula sedar ketika seseorang telah mengangkat dan membaringkan saya di sofa, tetapi saya sengaja buat-buat pengsan macam Haji Bakhil dalam filem P. Ramlee ‘Labu Labi’. Saya juga dengar segala perbualan mereka sehingga ada yang mencadangkan agar saya dihantar ke klinik.

Punca saya buat-buat pengsan setelah terdengar suara Kam ingin kepastian bagaimana saya boleh pengsan daripada ibu saudaranya, yakni wanita yang menurut laporan akhbar telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

“Macam mana Emy boleh pengsan mak ngah?”

“Manalah mak ngah tau, dia nampak je muka mak ngah macam nampak hantu, tiba-tiba je pengsan,” balas wanita itu kepada Kam.

“Pelik juga, lebih kurang setengah jam sebelum mak ngah beritahu Emy pengsan, saya ada telefon dia, tapi tak pula dengar suara dia macam sakit,” rungut Kam pula.

“Mak ngah pun pelik, dia tengok mak ngah macam terkejut. Muka pucat toreh tak berdarah, lepas tu terus tumbang. Mak ngah nak tolong tak boleh dia belum sempat buka grill,” beritahu ibu saudara Kam lagi.

Lama antara mereka tidak bersuara. Saya buka mata sedikit nampak Kam duduk di sofa di hadapan manakala ibu saudaranya itu di hujung kaki saya. Dia kelihatan sedang merendam tuala kecil ‘good morning’ dalam sebuah bekas berisi air. Mungkin hendak lap muka saya agar cepat sedar. Kam pula hanya memerhati segala perbuatan ibu saudaranya itu.

“Dia silap orang agaknya,” tiba-tiba Kam bersuara.

“Silap orang? Apa maksud Kam?”

“Manalah saya tahu. Entah-entah muka mak ngah sebiji dengan muka orang yang dia berhutang, apa lagi bila nampak muka mak ngah dia sangka datang minta hutang, jatuh pengsanlah dia,” terang Kam yang hanya serkap jarang pada ibu saudaranya itu.

“Banyak ke dia berhutang sampai boleh pengsan?” Ingin tahu ibu saudaranya lagi.

“Saya tak tahu dia berhutang dengan seseorang atau tidak, saya agak-agak je. Kalau bukan masalah hutang masalah apa sampai boleh tengok orang pun boleh pengsan,” ujar Kam lagi.

“Huh! Kamu ni main agak-agak je. Ingatkan betul-betul tadi, kalau dia dengar perbualan kita ni, tak pasal-pasal nanti kamu bergaduh,” wanita itu berhenti sebentar. “Mungkin betul juga apa yang kamu cakap Kam, semalam ramai kawan-kawan mak ngah telefon, mereka nak pastikan mak ngah masih hidup atau dah mati,” beritahu wanita itu lagi.

“Apa yang mak ngah ngarut nie, saya tak faham?”

“Macam ni Kam, mereka kata gambar mak ngah ada keluar dalam paper mati dalam kemalangan, itu sebabnya ada yang telefon nak kepastian. Pada mulanya mak ngah ingat mereka bergurau je, langsung tak ambil kisah. Tapi bila lebih dari lima orang telefon, bercakap benda sama, barulah mak ngah percaya,” beritahu ibu saudara Kam dengan panjang lebar.

“Ye betul mak ngah?”

“Ye! Mak ngah tak tipu, cuma mak ngah tak teringat langsung nak beli paper hari semalam,” tambah wanita itu lagi.

“Biar Kam ambil paper tu,” ujar Kam lalu melangkah ke tepi dinding tempat letak akhbar antara ruang tamu dengan ruang dapur. Wanita itu mengekorinya dan mereka sama-sama mencari akhbar yang dimaksudkan.

“Ni ha paper semalam, kat situ mana ada!”

Ibu saudara Kam yang bertinggung dan asyik membelek satu demi satu naskhah akhbar terperanjat sebaik saja terpandang saya. Dia menjerit lalu melompat memeluk belakang Kam sehingga kedua-dua mereka rebah di lantai.

“Astaqfirullahalaziiiimmm! Mak cik ingatkan siapa tadi,” kata wanita itu sambil mengurut-urut dadanya setelah duduk di lantai.

Kam yang ketawa terkekeh-kekeh menyambut naskhah akhbar dari tangan saya. Setelah ketawanya semakin reda, dia mencari gambar ibu saudaranya itu yang dilaporkan mati dalam kemalangan.

“Memang saling tak tumpah macam gambar mak ngah,” ujar Kam setelah merenung dan gambar membaca laporan berita sekali lalu. Ibu saudaranya itu turut membaca berita berkenaan.

“Siapa dia ni?” Soalnya kepada Kam, tetapi memandang ke arah saya.

“Tauke rumah urut di Klang,” spontan jawapan itu terlompat keluar dari mulut saya.

“Awak kenal dia Emy?” Soal Kam pula.

Saya hanya mengangguk.

“Patutlah pengsan,” serentak perkataan itu keluar dari mulut Kam dan ibu saudaranya.



Mingguan Perdana Bil 1127
Ahad 10 Julai 2011
Episod 46
DATUK LANGGAN EMY

SEWAKTU saya masuk ke sebuah kedai telefon, dua lelaki sedang berbual-bual. Seorang dalam lingkungan usia 50 han dan seorang lagi sekitar 30 han. Ketika saya berjalan di sisi mereka, kedua-duanya membisu sebaliknya hanya memandang saya dari atas ke bawah.

Orang tua-tua kata termasuk ayah saya beritahu, kalau orang yang sedang berbual-bual berhenti sewaktu kita lalu tepi mereka dan biji mata macam nak terkeluar tengok, itu tandanya mereka sedang mengumpat kita. Berdasarkan cara tindakan mereka, saya yakin mereka sedang mengumpat diri walaupun buah butir umpatan mereka saya tidak dengar.

Kalau ikut perangai gila saya, nak tanya direct apa yang mereka umpat. Kalau betul, ada yang makan tapak kasut tumit tinggi saya. Itu saja cara nak ajar orang yang suka ambil tahu hal orang. Biar lekat tanda di muka sampai mati, barulah mereka tidak lagi berani nak mengumpat orang tak tentu pasal.

“Jantan ke betina tu?” Kedengaran soalan daripada salah seorang dari mereka sebaik saja saya duduk di kerusi depan almari cermin dalam kedai telefon itu. Jarak lebih kurang dua meter membuatkan dapat mendengar dengan jelas. Saya memandang ke arah mereka dan cepat-cepat pula mereka beralih muka ke arah lain.

“Sahlah mereka mengumpat aku,” saya bercakap sendiri. “Jangan sampai saya tidak dapat mengawal diri, ada yang telan handphone yang saya pegang sudahlah. Nanti ada yang sakit dapat, malu pun dapat,” gerutu hati kecil saya lagi.

Saya betul-betul tidak faham dengan masyarakat kita sekarang ini. Kalau dulu orang perempuan saja tidak boleh bertemu sesama mereka pasti akan bercerita tentang orang lain sehingga benda-benda sulit dalam kain. Sekarang ini tidak lagi pada kaum hawa sahaja, sebaliknya kaum adam pun pantang jumpa sesama mereka. Ada saja cerita untuk mengutuk atau merendah-rendahkan martabat seseorang.

Sama macam dua lelaki yang nampak seperti orang beragama itu. Dua-dua bersongkok putih dan trend songkok sekarang ini terdapat logo pada kedua-dua belah sisi songkok. Pemuda memakai songkok logo syarikat pembuat songkok, manakala yang dah berumur memakai songkok berlambang sebuah parti politik.

Meluat lihat gelagat mereka berdua, tidak jadi saya hendak melihat telefon terkini di kedai berkenaan. Kata orang belum panas punggung saya terus keluar. Saya sengaja mememandang mereka sewaktu berjalan ke kafe siber tidak jauh dari kedai telefon berkenaan.

Kebetulan tidak ramai dan saya memilih agak jauh di belakang di tepi dinding. Saya lebih suka tidak siapa lalu di belakang ketika saya melayari internet. Sejak gila Facebook, satu hari kalau tidak layan rakan-rakan, rasa macam tidak lengkap hidup. Apatah lagi saya merasakan peluang lebih cerah berintraksi melalui laman sosial itu lebih-lebih lagi untuk memancing pelanggan macam saya.

‘Brapa 1 mlm & d mana bleh jmpa’ terpampang persoalan itu sebaik saja saya mengklik individu yang berselindung di sebalik nama Naga Kota dan foto kepala naga. Tanpa berlengah saya menjawab ‘empat angka & bleh jmpa d mana saja’.

Kemudian dia balas balik bertanya cara buat bayaran. Oleh kerana saya tidak ada akaun bank seperti Kam, saya minta dia serahkan wang ketika berjumpa di lokasi tertentu nanti. ‘Jumpa di hotel ….., nnti sy call beritahu nombor bilik, kita jmpa di sana kol 10 mlm’. Saya balas balik dengan satu perkataan rengkas ‘OK’.

Sebenarnya saya acah saja bila jawab ‘empat angka’. Tidak sangka, lelaki itu setuju bayar RM1,000 tanpa banyak soal untuk satu malam menemaninya tidur di hotel. Kalaulah tahu dia jenis lelaki banyak wang, lebih baik saya minta RM2000 ke atas.

Bila fikirkan pertemuan malam nanti sebagai permulaan, yakni pelanggan pertama yang dapat saya pancing melalui laman Facebook, membuatkan saya cukup teruja. Saya yakin ramai lagi jantan jalang akan dapat saya pancing nanti. Lain kali saya akan tekan harga tinggi lebih-lebih lagi kalau dapat pikat jantan jerung.

Oleh kerana terlalu gembira, saya terus tinggalkan kafe siber itu untuk pulang ke rumah. Malam nanti saya akan kenakan pakaian paling mendebarkan bila lelaki jalang itu melihat. Saya yakin kalau kena ‘ayat power’ besar kemungkinan dia akan bayar lebih dari seribu sebagaimana yang telah dipersetujui.

Saya faham sangat perangai jantan jalang terutama yang berjawatan tinggi sama ada sektor kerajaan mahupun swasta. Bila sudah ketagih, wang sudah tidak ada nilai dan sanggup bayar berapa saja. Yang penting kehendak nafsu dapat dipenuhi. Soal halal haram tolak ke tepi bila nafsu sudah mengatasi segala-galanya.

Kira-kira lagi setengah jam pukul 10:00 malam saya sudah berada di kawasan persekitaran hotel yang dimaksudkan. Saya hendak tahu siapa orangnya yang bakal bergasak dengan saya nanti.

Setelah ode minuman ringan saya duduk di satu sudut dalam sebuah café. Di sebalik dinding kaca saya dapat lihat dengan jelas siapa saja keluar masuk melalui pintu utama ke lobi hotel. Bagaimanapun timbul soalan siapa jantan jalang yang berselindung di sebalik foto kepala naga dalam laman Facebook itu?

Tiba-tiba handphone berdering dan saya terus lekapkan ke telinga. Lelaki bersuara garau memperkenalkan diri dan minta datang tidak jauh dari lif. Tanpa berlengah saya terus membayar harga minuman walaupun baru sekali teguk untuk ke lokasi yang diarahkan. Dari jauh sudah nampak seorang lelaki berpakaian kemas seperti sedang menunggu seseorang.

Kebetulan sebaik saja menghampirinya, pintu lif terbuka. Lelaki itu seperti sudah dapat mengagak sayalah orangnya dan dia memberi laluan supaya saya masuk dahulu. Sebaik saja dia melangkah masuk dan lif bergerak, telefon lelaki itu berdering.

Dia seperti takut-takut hendak menjawab lebih-lebih lagi pemanggil bercakap agak kuat. Beberapakali saya dengar pemanggil menyebut Dato’ pada lelaki berkenaan. Cuma saya tidak pasti adakah lelaki yang berdiri di sisi saya itu benar-benar Dato’ atau sekadar lakonan mereka sahaja.



Mingguan Perdana Bil 1129
Ahad 24 Julai 2011
Episod 47
MAT BANGLA MINAT EMY

SEJAK dapat pancing ikan besar, saya rasa cukup teruja untuk terus pancing atas talian. Patutlah Kam langsung tidak mahu pijak lorong-lorong belakang tepi bangunan kerana sekali dapat cukup lumayan. Lagipun, tempat bergasak tidak hapak mahupun hanyir bau longkang.

Berbanding bergasak dalam bilik hotel, bukan saja udara segar lagi nyaman dari alat hawa dingin, tembok batu juga dapat menyelamatkan daripada dilihat orang. Maknanya, bergasaklah berapa lama dan berulang kali tidak siapa ganggu.

Berbeza tepi longkang yang beralaskan kotak tebal atau secara menyandar di tepi dinding bangunan. Sudahlah cahaya suram, keadaan tempat juga tidak berapa selesa. Gangguan nyamuk sering berlaku sehingga tidak dapat beri tumpuan pada pelanggan @ jantan jalang.

“Ah! Persetan semua itu!” Saya bercakap sendiri lalu menahan teksi untuk pulang ke rumah. Oleh kerana saya sudah kemaruk Facebook, sebaik saja masuk ke perut teksi saya terus on laptop.

Saya begitu mengharap ada beberapa lagi ikan besar yang sanggup usung saya ke bilik hotel malam nanti. Saya tidak mengharap ramai, cukuplah seorang untuk satu malam. Yang penting bayaran tinggi. Biar sekali dapat, sama seperti seminggu servis di lorong-lorong belakang bangunan.

Oleh kerana terlalu asyik melayan rakan-rakan dalam laman sosial itu, menyebabkan tidak sedar teksi telah berhenti di kawasan rumah sewa saya. Setelah membayar tambang, saya terus berjalan masuk ke rumah. Letak laptop atas meja di ruang tamu, terus on komputer.

Sementara menunggu proses pembukaan tetingkap, saya masuk ke bilik untuk menukar pakaian. Belum pun sempat menyarung kemeja T, handphone yang diletak di sisi laptop menjerit menandakan Khidmat Pesanan Rengkas (SMS) telah dihantar seseorang.

Minda saya lebih yakin SMS itu datangnya daripada Dato’ yang menggomol saya di hotel semalam. Maklumlah dia berjanji akan menghubungi saya sekiranya memerlukan khidmat saya lagi. Namun, saya lebih yakin dia hendak mengucapkan terima kasih kerana saya memberi layanan cukup istimewa kepadanya pada malam berkenaan.

Sambil bernyanyi dalam hati saya terus menekan punat untuk melihat peti mesej. Nombor yang terpapar ternyata bukan nombor telefon Dato’ yang bergasak dengan saya. Walaupun tidak dikenali tetapi saya yakin datangnya dari salah seorang ratusan pelanggan yang pernah bertarung dengan saya sebelum ini.

‘ada pgkatan nmpak, dah ada fb lagi… apapon tobatlah nanti mati muka brtukar anjing…’ berderau darah naik ke muka sebaik saja saya membaca tulisan yang terpapar pada skrin telefon.

“Kurang asam punya manusia! Siapa awak yang nak ajar aku hal-hal agama ni?” Hati saya mula memberontak. Seorang demi seorang musuh-musuh saya terbayang di ruang mata.

“Adakah Kuzie nyah yang berlagak alim tetapi perangai lebih kotor dari saya? Ataupun Mea rakan serumah yang telah lama tidak saya temui? Ataupun Jimmy Low sendiri yang menulis berupa ugutan begitu?

Tak mungkin Jimmy Low, dia bukan beragama Islam. Ini tentu rakan-rakan seangkatan suka menyundal yang tidak senang bila lihat orang lain sudah jauh ke hadapan. Lebih tepat mereka yang ada juga akaun Facebook, kalau tidak bagaimana mereka boleh tahu apa yang telah aku lakukan!” Hati saya terus berbisik.

Sudah menjadi kebiasaan, saya tidak boleh ditakut-takutkan. Walaupun soal muka bertukar anjing itu masalah antara saya dengan Allah, tetapi tetap rasa kebimbangan jika perkara itu benar-benar terjadi pada saya. Maklumlah dosa yang saya lakukan mungkin lebih berat daripada seekor gajah. Bolehkah saya pikul jika dosa saya seberat itu?

Sewaktu fikiran saya berkecamuk memikirkan SMS itu, kedengaran jiran sebelah rumah yang merupakan pekerja keturunan Bangladesh sedang menjemur pakaian. Kebetulan dapat ilham untuk mengesan siapa penghantar SMS yang bersikap kurang ajar itu.

Disebabkan antara saya dengan Mat Bangla itu sering juga bergurau, dengan mudah saya dapat mempergunakan dia. Saya minta dia tolong dailkan nombor penghantar SMS yang menakut-nakutkan saya itu.

Dengan menggunakan pembesar suara handphone, memudahkan saya mengecam siapa pemilik telefon itu. Setelah berdering beberapakali, kedengaran suara memberi salam. Mat Bangla itu menjawab salam dan bertanya siapa di sana?

“Kamu ni siapa?” Soalan Mat Bangla tidak dijawab, sebaliknya kedengaran soalan dari hujung talian. Bagaimanapun, saya telah ajar lelaki Bangladesh itu beberapa soalan untuk memudahkan dia berkomunikasi.

“Saya Husin, mahu main dengan kamu,” balas Mat Bangla itu tanpa selindung dan mengikut apa yang saya arahkan.

“Mau main ya… berapa berani bayar?”

“Cakap berapa pun saya berani bayar!”

“Dua ribu berani?” Soal suara itu lagi.

“Tak da hal.. tapi saya mau tau kamu nama apa, senang mau jumpa nanti,” balas pula Mat Bangla itu lagi.

“Saya Kam.” Sebaik saja mendengar jawapan itu saya minta lelaki itu putuskan talian.

Kam? Soalan itu membuatkan sekali lagi berderau darah naik ke muka. Ternyata Kam mula rasa tergugat bila mengetahui saya sudah dapat pelanggan secara atas talian.





Mingguan Perdana Bil 1130
Ahad 31 Julai 2011
Episod 48
EMY KENA GASAK


MENERIMA Khidmat Pesanan Rengkas (SMS) berupa ugutan, fitnah, ancaman bagi saya sudah lali. Hampir setiap hari ada saja SMS berunsur tidak senang saya terima. Hendak simbah asid, langgar dengan kereta, kerat lapan belas, bakar hidup-hidup antara ancaman paling menakutkan. Kalau ikutkan hati, memang tidak berani saya keluar menyundal.

Walaupun sedar hidup saya dikelilingi ancaman, tetapi kalau saya tidak menjaja tubuh, siapa yang hendak beri wang? Tambang teksi saja setiap hari lebih RM10, ini tidak termasuk perbelanjaan untuk makan dan minum. Beli pakaian dan beberapa keperluan lain seperti alat mekap, juga memerlukan wang sekurang-kurangnya RM200 hingga RM500 sebulan.

Mahu tidak mahu saya terpaksa cari rezeki songsang. Itu saja kepakaran saya dan berpendapat, menjual tubuh lebih baik daripada minta sedekah. Bermakna saya mencari rezeki tidak meminta-minta. Saya berusaha menggunakan tenaga empat kerat dan kepakaran yang tidak ramai orang memilikinya. Dalam kata lain, bidang yang tidak perlu sijil atau tauliah berjela-jela. Cukup sekadar pandai mengurut, khidmat terbaik dan mulut manis.

Sebagai tambahan, perlulah ada daya penarik yakni potongan tubuh perlu macam gitar. Kalau macam tong deram, susah sikit cari makan. Pakaian juga perlu ambil kira, kena ikut trend. Seelok-eloknya pakaian seksi, belah kiri kanan. Kalau bahagian atas biar nampak ‘lurah dendam @ geram’ baru jantan jalang dua kali jeling.
Itupun kalau sudah buat pembedahan dan makan hormon. Kalau tidak berani ‘potong’ jangan cuba-cuba hendak tiru gaya saya.

Pendek kata, golongan ‘lembut’ macam saya dan rakan-rakan seangkatan faham sangat kalau menyundal. Bukan boleh buat sambil lewa kalau hendak jadikan sebagai sumber cari makan. Lainlah kalau sekadar hendak lepas gian, sekali sekala boleh cari Mat Bangla atau mana-mana duda yang kemaruk (…).

Formula ini tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun di institusi-institusi tertentu, sebaliknya lebih kepada pengalaman diri sendiri. Sesiapa pun boleh jadi macam saya. Pokok pangkal kena berani kerana kalau silap haribulan boleh tidur semalam dua dalam lokap. Maknanya, kalau takut dilambung ombak, jangan sekali-kali berumah di kawasan pantai.

Faktor berani menyebabkan saya tidak gentar dengan SMS berupa ugutan. Saya yakin mereka yang hantar SMS itu terdiri daripada golongan ‘sotong’ macam saya juga, tetapi rasa terancam kerana saya sudah menggunakan pendekatan moden yakni laman sosial Facebook.

Sepatutnya mereka tidak perlu bimbang kerana mereka juga boleh buka akaun pada bila-bila masa tanpa sebarang bayaran. Untuk apa irihati sedangkan platform tersedia untuk mengiklan diri sendiri. Mereka boleh letak gambar-gambar lebih mengancam daripada apa yang saya muatkan dalam laman berkenaan.

Oleh kerana sikap orang kita tidak boleh lihat orang lain lebih menyebabkan mula tidak senang duduk. Mereka akan cari jalan bagaimana hendak menjatuhkan seseorang walaupun rakan sendiri. Paling ditakuti, menggunakan khidmat makhluk halus @ sihir untuk memusnahkan seseorang.

Tiba-tiba handphone saya berbunyi minta dijawab. Setelah dilekapkan ke telinga, suara dalam telefon itu minta saya datang segera ke biliknya. Sememangnya saya sudah berada di hotel berkenaan untuk naik ke tingkat empat sebagaimana telah dipersetujui.

Sewaktu dalam lif, saya begitu yakin jantan jalang kedua yang dapat saya pancing melalui Facebook itu sanggup beri lebih lumayan daripada yang pertama semalam. Saya akan berusaha memberi perkhidmatan sebaik mungkin sebagaimana jantan-jantan jalang yang pernah meniduri saya.

Pintu lif terbuka. Sebaik saja melangkah keluar, terus nampak nombor bilik tempat saya bakal bertarung. Tanpa berlengah saya mengetuk pintu dan kedengaran orang meminta saya masuk kerana pintu tidak berkunci.

Bagaimanapun, sewaktu saya menolak daun pintu tangan saya ditarik seseorang . Dengan pantas seorang lagi menutup muka saya dengan kain sehingga tidak sempat melihat siapa orangnya. Kemudian sekeping plaster ditampal pada mulut untuk mengelak daripada saya menjerit atau meminta tolong.

Kini saya hanya mampu meronta tetapi dengan pantas pula pakaian saya dilucutkan dari tubuh. Kemudian kedua-dua tangan diikat pada kiri dan kanan kaki kerusi. Saya berusaha menendang-nendang angin tetapi terpaksa mengalah setelah salah seorang bertubuh sasa celapak ke atas tubuh saya.

Akhirnya saya terpaksa menyerah kepada kedua-dua lelaki itu. Seorang demi seorang meratah tubuh saya sepuas-puasnya. Lebih kurang satu jam mereka menggasak lalu tinggalkan saya bersendirian dalam bilik hotel itu.

Siapa mereka? Soalan itu bermain-main dalam minda saya sebaik dapat membuka ikatan tangan. Bukan saja saya tidak mengenali mereka, malah sepatah perkataan pun tidak dengar keluar dari kedua-dua lelaki yang menggasak saya itu.



Mingguan Perdana Bil 1131
Ahad 7 Ogos 2011
Episod 49
DIBERI HABUAN RIBUAN RINGGIT


KENAPA saya sering dapat bala? Persoalan ini sentiasa berlegar-legar dalam minda saya lebih-lebih lagi sejak kena rogol bergilir-gilir kali kedua. Kalau sebelum ini saya dirogol lebih lima lelaki tetapi kali ini hanya dua orang, namun kesannya amat mendalam. Ini kerana, kedua-dua perogol yang saya tidak kenali itu menggunakan alat tertentu yang dilekatkan pada alat sulit mereka. Walaupun ketika bergasak lebih seronok dari biasa, tetapi mendatangkan mudarat pada saya.

Tidak perlulah saya terangkan lebih terperinci melalui ruangan ini, cukup kalau saya katakan amat memeritkan hampir seminggu. Duduk salah berdiri pun tak kena. Bagaimanapun, menyundal tetap menyundal kerana perkerjaan itu periuk nasi saya.

Pada saya ada baik buruknya mengiklankan diri melalui laman sosial Facebook. Yang baiknya saya dapat pancing lelaki jalang berkedudukan dalam syarikat-syarikat besar atau yang mempunyai banyak wang.

Golongan ini tidak sayang duit dan sanggup bayar mahal. Empat angka bagi mereka terlalu kecil berbanding buang wang ketika berada di luar negara.

Yang buruk apabila mudah dipermainkan oleh golongan jantan jalang. Mereka janji sanggup bayar tinggi dan meminta datang di lokasi-lokasi tertentu. Setelah sampai, batang hidung mereka langsung tidak nampak. Kalau nasib tidak baik, berlakulah sebagaimana yang telah saya alami dirogol bergilir-gilir.

Ataupun mereka ada di lokasi yang ditetapkan tetapi seronok lihat gerak geri saya yang tercari-cari. Istilah lain, mereka sengaja hendak mempermain-mainkan saya, sedangkan mereka bukan dari golongan ada wang.

Berdasarkan faktor tersebut saya perlu berhati-hati. Jika saya ambil keputusan drastik dan terus ke lokasi , bermakna kebodohan diri saya sendiri. Untuk mengelak daripada ditipu, saya perlu berhati-hati dan fikir banyak kali sebelum buat keputusan muktamad.

Sudah jadi kebiasaan time fikiran ligat memikirkan hala tuju kehidupan, handphone berdering minta dijawab. Nombor yang terpapar di skrin, bukan nombor biasa. Mungkin pelanggan baru, saya bercakap dalam hati sebelum melekapkan alat komunikasi itu ke telinga.

“Emy atau orang lain ni?” Soal wanita dalam talian sebaik saja dia memberi salam.

Saya mengangguk beberapakali. Baru teringat, wanita itu bukannya nampak pengakuan saya. Dalam pada itu saya tertanya-tanya dalam hati bagaimana dia tahu nama saya.

“Ya… ya..  saya Emy!” Terkeluar juga akhirnya dari mulut saya.

“Baguslah, memang saya nak berjumpa dengan awak. Sekejap pun tak apa kerana ada hal penting saya hendak beritahu!” Tegas wanita itu lagi.

Apa masalah pula? Gerutu hati saya sambil menggaru-garu kepala tidak gatal. Dah jadi perkara biasa kalau saya dalam masalah, saya akan menggaru-garu kepala. Dia ni bini  Dato’ yang bergasak dengan aku malam semalam agaknya? Saya menyoal diri sendiri lalu menghempas diri di tilam dalam bilik tidur saya.

“Saya boleh jumpa, tapi… saya nak tahu juga dengan siapa saya bercakap ni?” Saya memberanikan diri bertanya.

“Tak kan tak kenal saya?” Wanita itu bertanya balik pada saya.

“Mana nak ingat, tiap hari ramai saya jumpa orang.”

“Aii! Dua hari lepas kita jumpa, takkan begitu cepat lupa!” Kata suara dalam telefon itu lagi.

Dua hari lepas? Seingat saya dua hari lepas saya tidak berjumpa dengan sesiapa kecuali golongan jantan jalang di lorong belakang. Puas saya memikirkan siapa sebenarnya wanita yang sedang bercakap dengan saya itu. Adakah dia sengaja hendak memerangkap atau sememangnya saya mengenalinya?

“Maafkan saya kerana betul-betul tidak ingat,” saya mengaku dan kalau boleh hendak putuskan talian dengan segera.

“Tak apalah kalau tak ingat, mungkin awak tak perasan dengan saya.” Dia berhenti sekejap. “Macam ni lah, apa kata kita jumpa di Riverside, PWTC dalam pukul lima nanti. Kalau jumpa mungkin baru perasan dengan saya,” sambungnya.

“Okey kita jumpa di sana,” spontan perkataan itu terkeluar dari mulut saya. Padahal, masih dalam dilema sama ada hendak terima atau tolak pelawaannya.

“Okey, saya tunggu,” wanita itu membalas lalu talian diputuskan.

Sekali lagi saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. “Apasal aku jawab nak jumpa…” saya menampar-nampar mulut sendiri beberapakali.

Sudahnya, saya memaksa diri berjumpa wanita berkenaan di tempat yang dijanjikan. Ternyata dia mengenali saya. Sewaktu saya tercari-cari, dia lebih dulu menyapa dan mengajak duduk di satu sudut di Restoran Riverside itu.

“Kenal dengan orang ni?” Lebih kurang sepuluh minit kami berborak, wanita itu mengeluarkan sekeping gambar dari dalam beg tangannya.

Muka saya mula toreh tidak berdarah. Memang saya kenal dengan gambar lelaki itu kerana baru saja kami bergasak di sebuah hotel.

“Jangan bimbang… dia bekas suami saya,” beritahu wanita yang hanya mahu dipanggil sebagai Kak Lina itu.

“Kak Lina suruh saya buat apa dengan orang ni?” Spontan terkeluar soalan itu.

“Relaks… kalau berani Akak bagi habuan ni,” katanya lalu menunjukan sebuah sampul. Dia membuka mulut sampul dan meminta saya melihatnya.

Sekali lagi saya tersentak apabila melihat dua ikat not RM100 yang tebal lebih kurang satu inci setiap satu.



Mingguan Perdana Bil 1132
Ahad 14 Ogos 2011
Episod 50
DIUPAH UNTUK MEMBUNUH

SEMALAMAN saya tidak dapat lelapkan mata kerana rasa bersalah menerima wang daripada Kak Lina. Setelah fikir semasak-masaknya, barulah terfikir saya diperalat oleh bekas isteri Datuk yang pernah bergasak dengan saya beberapa hari lalu.

Sepanjang hidup saya tidak pernah buat kerja sebagaimana yang disuruh oleh Kak Lina. Kerjanya terlalu mudah, iaitu masukan sejenis pil yang diberi oleh wanita itu ke dalam minuman Datuk. Cara dan bagaimana saya hendak suruh Datuk minum, bergantung pada kepakaran saya memujuknya.

Pada saya memang mudah dan senang. Kata orang kacang je. Bagaimanapun, kalau Datuk tergolek tidak bernafas, saya terpaksa tanggung risiko. Bermakna, tali gantung sedang menunggu saya. Kalau datuk tak jadi apa-apa bolehlah saya berseronok dengannya, jika dia padam, saya juga akan ikut padam.

RM30 ribu sudah ada dalam tangan. Kalau ikut Kak Lina, jika saya dapat lakukan sebagaimana yang dia suruh, lagi RM70 ribu sedang menunggu. Bukan senang nak kumpul RM100 ribu walaupun saya boleh dapat dalam seminggu lebih RM5,000.

Masalahnya, sudah beberapakali juga telah saya terangkan dalam ruangan ini, duit dalam tangan saya mengalir macam air terjun. Saya sendiri tidak tahu apa yang saya buat atau beli kerana duit tidak pernah lekat dalam simpanan saya.

Duit haram memang macam tu! Seorang rakan pernah berkata pada saya. Memang saya akui, duit haram tidak berkat. Dapat banyak mana pun, ia akan susut secara tidak sedari. Samalah dengan wang upah untuk menghapuskan Datuk berjumlah RM100 itu. Walaupun perkara mudah, tetapi saya bimbang wang belum sampai ke dalam tangan, saya lebih dulu dicekup polis.

Kesilapan saya kerana terima wang upah berkenaan. Sepatutnya saya fikir dulu baru ambil. Kalau sudah terima wang pendahuluan bermakna sudah bersedia untuk bertindak. Masalahnya saya tidak berani melakukan sebagaimana yang disuruh oleh Kak Lina. Dalam keluarga saya belum lagi ada penjenayah!

Setelah memikir semasak-masaknya, saya ambil keputusan untuk memulangkan semula wang itu. Tidak sanggup saya jadi pembunuh. Walaupun hidup saya bergelumang dosa, tetapi untuk menambah satu lagi dosa besar, saya rasa tidak sanggup melakukannya.

Apatah lagi memikirkan hanya beberapa minggu saja lagi menjelang bulan Ramadan. Tahun lalu, saya telah berjanji sepanjang bulan puasa saya hendak rehat. Maksudnya saya tidak mahu menjaja tubuh pada bulan mulia, yakni hendak hormat bulan. Sebaliknya akan berusaha mendekatkan diri pada Allah dengan mengerjakan solat terawih. Saya juga akan mohon keampunannya sekaligus membuka lorong untuk saya melakukan kerja-kerja yang diredhainya di masa akan datang.

Bolehkan saya lakukan begitu? Tiba-tiba soalan itu menerjah minda saya. Bulan Ramadan tahun lepas pun saya berazam tidak mahu menjaja tubuh, tetapi pada malamnya masih lagi bertenggek di tembok-tembok belakang bangunan untuk pikat jantan jalang.

Akibat minda sarat dengan masalah, tidak sedar bila saya tertidur dan terjaga bila terdengar suara orang bercakap-cakap di belakang rumah. Setelah menelinga, pasangan suami isteri sedang bergaduh. Dalam seminggu kalau tidak dengar pasangan itu bergaduh masalah rumahtangga rasa tidak lengkap bagi penghuni di sekitar kawasan rumah sewa saya.

Kadang-kadang hal di kamar tidur pun terdedah sewaktu bertengkar. Jiran tetangga hanya tersenyum bila masalah dalam kain disebut-sebut pasangan suami isteri itu. Lebih memalukan kadang-kadang mereka bertengkar hingga di luar rumah. Yang menghairankan, walaupun bergaduh hampir setiap hari, perut isteri tetap membusut setiap tahun.

Saya tepuk dahi memikirkan masalah suami isteri itu. Memerhati gelagat mereka tidak ubah seperti lihat drama. Bergaduh kemudian mesra balik dan tambah keluarga. Berbanding dengan saya yang entah bila baru dapat berkeluarga. Kalau lihat pada fizikal, sudah tertutup rapat kerana saya telah membuat pembedahan.

Sekarang baru timbul penyesalan. Hendak kembali kepada jantan sudah tidak boleh kerana ‘anu’ telah tiada. Nasib baik saya tidak mengambil tindakan sama seperti Mohd. Ashraf dari Trengganu yang mahu menukar dengan nama Aleesha Farhana, tetapi ditolak oleh mahkamah negeri itu. Apapun Al-fatehah untuk Mohd Ashraf yang telah pergi buat selama-lamanya.

Jika saya juga bertindak drastik sepertinya, sudah pasti lebih dulu gah satu malaya. Walau apapun, saya amat berharap rakan-rakan senasib perlu ambil ikhtibar dengan kes Mohd. Ashraf bahawa tukar jantina bukanlah penyelesaian dan tidak juga boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Setelah jauh mengelamun, baru teringat Kak Lina. Saya ingin menemuinya seberapa segera untuk memulangkan wang yang diberinya semalam. Bagaimanapun, sewaktu saya hendak menelifon Kak Lina, dia lebih dahulu menghubungi saya lalu bertanya; “Macam mana? Bila dapat jumpa Datuk?”

“Belum lagi, tapi kalau boleh petang ni saya nak jumpa akak, urgent!”

Urgent, kenapa pula?” Ingin tahu Kak Lina.

“Minta akak tunggu di tempat kita jumpa semalam, tunggu tau jangan tak datang!” Saya terus putuskan talian dengan sengaja.




Mingguan Perdana Bil 1133
Ahad 21 Ogos 2011
Episod 51
EMY GUNDAH GULANA


SEKITAR pukul 3:00 petang saya telah keluar rumah untuk bertemu dengan Kak Lina di Riverside PWTC. Saya nak beri balik wang pendahuluan sebagai upah untuk membunuh bekas suaminya.  Walaupun kerja mudah tetapi saya tidak mahu bersubahat lebih-lebih lagi membunuh. Kalau untuk melakukan maksiat saya masih boleh terima, tetapi kalau hendak menghapuskan seseorang, saya terpaksa berfikir banyak kali.

Risau juga saya bawa wang tunai RM30,000. Padat saya sumbat dalam beg tangan not seratus-seratus yang diikat dengan getah. Ada dua ketul semuanya bernilai RM15,000 setiap satu. Kalau hilang, alamat nyawa saya juga hilang. Kak Lina sudah pasti kejar saya sampai lubang cacing.

Saya tidak fikir sangat tentang kehilangan wang itu. Yang penting dapat kembalikan segera kepada pemiliknya. Selagi tidak dapat kembalikan wang berkenaan, selagi itulah hidup saya rasa tidak tenteram.Maklumlah sepanjang hidup saya belum pernah pegang duit RM30,000 tunai.

Kadang-kadang pelik juga kehidupan saya. Orang lain kalau duit banyak, seronok sehingga senyum sampai ke telinga. Berbanding dengan saya, wang banyak dalam tangan, tetapi rasa tidak senang duduk. Bimbang disamun penyangak sepanjang perjalanan ke PWTC.

Kebimbangan menyebabkan setiapkali pemandu teksi berbangsa Tionghua memandang cermin pandang belakang atas kepalanya, saya juga memandang ke arah cermin sama. Melalui seat belakang boleh lihat dengan jelas wajahnya melalui cermin itu. Sekiranya dia bertindak sesuatu, besar kemungkinan dia orang pertama merasa tapak kasut bertumit tinggi saya.

Untuk tidak mahu dia berbual, saya sengaja mempamer muka serius. Biar dia tidak bertanya apa-apa daripada saya terlepas cakap sehingga menceritakan padanya bawa wang tunai.  Maklumlah, saya jenis manusia tidak boleh simpan rahsia. Kalau orang bertanya macam-macam, saya juga jawab macam-macam sehingga yang rahsia turut terkeluar.

“Hello! Lu bukan selalu ada sana belakang punya tempat ka?” Soalan itu mematikan angan-angan saya, lalu memandang cermin pandang belakang di hadapan.

“Apa belakang?”

“Sana la, itu Chow Kit, belakang mati punya tempat,” balas pemandu teksi itu lagi.

“Mana lu tau gua ada sana?”

“Lu punya muka hali-hali gua nampak ada sana apa.”

“Macam mana lu nampak gua punya muka?” Saya ingin kepastian.

“Gua pun ada pegi itu belakang mati maa, itu pasal gua tau lu ada sana,” katanya tanpa selindung.

Saya diam seketika. Kalau cakap tidak pernah pergi ke situ, nanti panjang pula ceritanya. Ternyata rahsia saya menyundal di lorong-lorong bangunan sekitar Lorong Haji Taib sudah tidak boleh disembunyikan lagi.

“Hello, mana mau tulun?” Ingin tahu pemandu teksi setelah berhenti tidak jauh dari kawasan belakang mati di Jalan Raja Laut.

“Apek! Sape suruh lu berhenti ini tempat, gua mau pegi sana PWTC la!” Saya membantah.

“Sana ka?” Pemandu itu seolah-olah menyoal diri sendiri sambil menggerakan teksinya ke lokasi yang saya inginkan. Sebaik saja membayar tambang saya terus ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan Kak Lina.

Dari jauh sudah nampak individu yang saya harap-harapkan. Dia menunggu di tempat sama pada hari pertemuan tempoh hari. Sebaik melabuh punggung di kerusi di hadapan Kak Lina, saya terus letak beg tangan berisi wang.

“Kak Lina ambillah balik benda ni, saya tak sanggup lakukan pembunuhan!” Saya memberi penjelasan.

“Bagi wang pun tak nak…” Kak Lima merungut sambil membuka zip beg tangan.

“Wang saya nak, minta buat kerja tu yang saya tak nak,” balas saya.

“Awak nak RM100,000 sekaligus ke?”

“Kalau akak bagi sejuta pun saya tak mahu kalau suruh membunuh. Biarlah saya bergelumang dengan dosa saya lakukan sekarang daripada menambah dosa yang boleh mengancam nyawa saya. Kakak ambillah balik duit ni, saya minta maaf banyak-banyak dan selamat tinggal,” lantas saya bangun hendak tinggalkan tempat itu.

Belum sempat saya melangkah, Kak Lina menyambar lengan saya. Dia memegang kukuh sambil berkata,
“Akak dah tak perlu duit tu, awak simpan ajelah. Kalau awak tak nak, hantar ke masjid, atau beri kepada siapa saja yang memerlukan. Anggaplah wang itu sebagai amal jariah awak sempena bulan puasa yang bakal menjelang.”

Saya tersentak mendengar penjelasan Kak Lina. Tidak faham dengan muslihat wanita itu. Semalam dia beri wang itu dengan alasan wang pendahuluan untuk membunuh bekas suaminya. Hari ini dia minta saya simpan wang itu atau berikan kepada pihak yang memerlukan sebagai amal jariah.

“Apa maksud Kak Lina, saya tak faham?” Terkeluar juga soalan itu dari mulut saya.

“Kalau akak cerita pun awak tak akan faham. Sampai waktunya nanti akak akan cerita lebih terperinci,” balasnya lalu melangkah pergi.




Mingguan Perdana Bil 1135
Ahad 18 September 2011
Episod 52
EMY KENA TIPU LAGI


TIMBUL masalah lagi. Saya menyangka akan selesai setelah wang pendahuluan untuk melenyapkan bekas suami Kak Lina di alam fana ini dikembalikan. Rupa-rupanya semakin membebankan apabila wang tersebut Kak Lina tidak mahu terima. Kalau seratus dua tidak jadi masalah, ini bernilai RM30,000.

Kebimbangan kembali melanda minda saya. Perancangan awal selepas kembalikan wang berkenaan saya terus ke lorong belakang bangunan. Dah hampir seminggu saya tidak memijak kaki ke situ. Maklumlah sejak pandai pikat jantan jalang secara atas talian atau on-line.

Walaupun saya pernah berjanji pada diri sendiri, kalau dah pandai pikat jantan jalang melalui laman sosial Facebook, tidak lagi mahu pijak lorong-lorong belakang bangunan yang hanyir lagi hapak, tetapi rasa ada kekurangan kalau tidak pijak di kawasan berkenaan.

Jauh bezanya pikat jantan secara on-line dengan secara face to face. Melalui on-line pelanggan boleh tipu. Ketika tawar menawar pelanggan tulis yang baik-baik saja. Contohnya, ada yang mengaku masih solo, tetapi sebenarnya bukan sudah ada isteri tetapi sederet anak.

Ada juga yang cakap berdekah-dekah, macam duit berguni-guni, sebenarnya habuk pun tak ada. Minta RM100 pun tak berani bayar, apatah lagi kalau minta ‘bergasak’ di hotel. Kalau beritahu bayar murah boleh tetapi di hotel empat bintang, terus senyap.

Face to face pula sewaktu tawar menawar berlansung,biasanya jantan-jantan kemaruk  b***** pantang duduk rapat-rapat. Tangan mereka tak reti duduk diam. Ada saja tempat di tubuh menjadi perhatian mereka. Lalai sikit, pasti jejari runcing akan meraba terutama kawasan larangan.

Ada waktu fed-up bila mereka buat macam tu, kadang-kadang seronok diperlakukan begitu. Maklumlah, pekerjaan saya jual tubuh. Membiarkan jejari mereka merayap sama seperti mengiklankan produk. Bila mereka rasa terangsang, mudahlah saya hendak meletak harga.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan saya ketika menunggu teksi tidak jauh dari PWTC. Cermin yang agak gelap menyukarkan saya melihat siapa di dalam. Tiba-tiba cermin pintu belakang diturunkan sedikit. Barulah saya kenal Dato’ yang pernah bergasak dengan saya tempoh hari.

“Masuk cepat!” Arah pemandu yang bercermin mata hitam setelah dia juga menurunkan cermin pintu hadapan.

Tanpa berlengah saya terus masuk dan duduk di seat hadapan sebelah pemandu. Kereta pula terus memecut ke arah Jalan Raja Laut.

“Ada orang jumpa awak dalam sehari dua ni?”  Tiba-tiba lelaki yang duduk di seat belakang bertanya.

“Tak ada Dato’,” saya sengaja berbohong sambil menoleh sekejap ke belakang.

“Betul tak ada?”

“Betul Dato’, tak ada,” saya bertegas.

“Awak jangan nak tipu saya, kalau dengan orang lain bolehlah awak kelentong,” ujar lelaki itu lagi. Wajahnya kelihatan serius. Tidak berani saya memandang wajahnya.

“Betul saya tak jumpa dengan sesiapa Dato’.”

“Boleh tak awak bercakap jujur, tujuan awak datang ke PWTC pun saya tahu. Untuk apa awak berpura-pura. Sekali lagi saya tanya awak, ada awak berjumpa dengan seseorang sekejap tadi?” Lelaki itu meninggikan suaranya sambil memandang tepat ke wajah saya.

“Ya… ya saya ada jumpa!”

“Ha! Kalau awak berterus terang macam tu kan senang. Ini berusaha hendak menafikan pulak.” Dia berhenti sebentar sambil memandang ke luar tingkap. “Apa yang dia suruh kamu buat?” Soalnya kemudian.

“Tadi Dato’ kata tahu tujuan saya datang PWTC, jadi tak perlulah saya jawab.”

“Ewah… ewah..., dia kenakan kita pula. Awak ada jumpa dengan Amelina kan?” Agak keras soalannya.

“Amelina mana pula ni Dato’? Kalau Amelina penyanyi tu, kenallah saya, tapi…”

“Tapi apa?” Jerkah lelaki itu.

 “Sa.. sa… saya tak pernah jumpa dia!” Terketar-ketar pula saya menjawabnya.

“Yang awak jumpa jap tadi bukan Amelina?” Jerkah Dato’.

“Ya.., ya… baru saya ingat Kak Lina!”

“Tahu pun takut…” Lelaki itu mengetam-getam bibir. “Awak tahu dia tu siapa?”

“Mana saya tahu.”

“Dia tu bekas isteri aku, tapi dah tak berapa betul, wayer ada yang dah putus!” terang Dato’.

 “Maksud Dato’?”

“Ada waktu dia kurang siuman, ada waktu okey,” jelas Dato’ lagi.

“Maknanya…”

“Maknanya awak dah terkena! Cuba tengok duit yang dia beri untuk bunuh saya, bukannya duit betul, palsu,” terang Dato’ lagi sambil ketawa terkekeh-kekeh.




Mingguan Perdana Bil 1136
Ahad 25 September 2011
Episod 53
EMY KAYA DUIT PALSU


“KENAPA aku bodoh sangat sampai tak dapat bezakan duit ori dengan duit palsu?” Soalan itu menerjah minda saya sepanjang perjalanan pulang dengan teksi ke rumah. Saya sudah tidak ada mood lagi hendak menyundal malam nanti. Lebih baik ambil keputusan tidur daripada menjaja tubuh.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana tidak cepat gelap mata. Walaupun saya engkar perintah ALLAH, namun sebagai hamba-NYA dia masih menyayangi saya. DIA masih memberi peluang untuk saya berfikir sebelum melakukan sesuatu. Hanya saya sahaja lupa daratan sehingga tidak lagi memijak sejadah untuk sujud kepadaNYA.

Kalaulah saya tidak berfikir panjang dan mengikut telunjuk Kak Lina membunuh Dato’, sudah pasti nyawa saya juga akan ikut melayang. Bunuh orang balasannya juga bunuh. Bermakna saya akan digantung sampai mati di tali gantung.

Pada saya hendak pujuk Dato’ tidaklah susah. Kalau saya telefon dia, beritahu hendak berasmara tanpa bayaran, sudah pasti dia setuju. Kalau empat angka dia sanggup bayar, apatah lagi kalau free. Orang buta pun akan celapak tengah malam kalau dengar free.

Bagaimanapun, saya lebih yakin Dato’ termasuk semua pelanggan saya lebih suka servis yang saya berikan setiap kali bergasak. Sekali tidur dengan saya, pasti ingat sampai ke mati. Pendek kata, isteri di rumah pun tidak pernah lakukan sebagaimana saya buat.

Itu sebabnya saya yakin untuk menggoda Dato’ terlalu mudah macam makan kacang putih saja. Bila dia kata okey saja, saya minta dia ‘main’ di hotel. Setelah sebilik dengan saya, tahulah apa yang hendak saya buat. Riwayat hidupnya akan tamat secara perlahan-lahan. Kalau guna senjata, lebih cepat dia ‘jalan’ cepat juga saya kena pasung.

‘Maknanya awak dah terkena! Cuba tengok duit yang dia beri untuk bunuh saya, bukannya duit betul, palsu!’ terngiang-ngiang di telinga bila Dato’ berbaur marah menerangkan kepada saya mengenai wang pendahuluan yang diberikan Kak Lina.

Tanpa berlengah saya membuka beg tangan lalu membelek duit tersebut tanpa mengeluarkan dari dalam beg. Bukan apa, bimbang pemandu teksi mengsyaki sesuatu. Setelah memegang duit itu terbukti bukan wang asli. Kertasnya kasar sahaja seperti kertas surat khabar. Itu sebabnya Kak Lina tidak mahu menerima balik wang berkenaan.

“Mana mau turun?” Tiba-tiba pemandu teksi bertanya setelah masuk di kawasan perumahan rumah sewa saya.

“Sini pun boleh!” Spontan saya beri arahan.  Sebelum keluar saya sengaja tinggalkan satu ikat wang palsu atas lantai teksi.

Dalam keadaan tergesa-gesa saya berjalan pulang ke rumah. Dalam pada itu, minda masih memikirkan tentang kebodohan saya dan apa yang akan berlaku pada pemandu teksi itu nanti bila terjumpa seikat wang bernilai RM15,000 itu.

Apa yang harus saya buat dengan wang baki RM15,000 lagi? Bakar atau buang ke dalam tong sampah? Nak hanyutkan ke sungai di kawasan rumah sewa saya tidak ada sungai. Longkang ada, tetapi airnya terlalu cetek.

Tiba-tiba handphone saya berbunyi. Dah jadi kebiasaan, kalau saya dalam masalah, telefon pun berdering minta dijawab. ‘Telefon ni kalau tak ganggu aku, tak sah!’ Saya membebel pada diri sendiri sebelum melekapkan ke telinga.

“Hang nak apa?” Soal saya sebaik saja dapat mengagak suara siapa di hujung talian.

“Aku nak jumpa hang la, sekejap.”

“Nak jumpa mai rumah. Kebetulan aku on the way balik. Kalau hang sampai dulu, tunggu!” Saya beri arahan kepada Junaidi, lelaki yang senasib seperti saya bekerja sebagai supervisor di sebuah gedung pakaian di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Lebih kurang lima minit saya duduk di sofa ruang tamu, Junaidi sampai dengan keretanya. Dia seperti tergesa-gesa sahaja. Masuk ke rumah terus duduk di sebelah saya.

“Apa hal hang ni macam kena kejar anjing?”

“Aku nak cakap pun serba salah. Apa terjadi pun aku nak minta pertolongan hang,” terangnya.

“Tolong apa? Nak duit bila-bila pun aku boleh bagi,” balas saya.

“Ya ke ni? Kalau macam tu pinjam aku dalam dua ribu, kereta dah nak masuk tiga bulan tak bayar,” terus saja Junaidi memberitahu masalahnya.

Saya buat-buat tak dengar. Tadi dah terlepas cakap. Sebenarnya nak bergurau saja memikirkan ada RM15,000 wang palsu yang Kak Lina beri dalam beg tangan.

“Mana duitnya, tadi kata kalau nak duit bila-bila boleh bagi. Bila dah minta, buat-buat pekak pula,” gesa Junaidi lagi.

“Nah!” Saya hulur beberapa keping not seratus pada anggaran saya lebih dua ribu. “Kira berapa, kalau tak cukup aku tambah.”

Junaidi tersenyum tanpa mahu menyambut wang itu. Dia memandang tepat ke wajah saya. “Hang jangan buat lawak, kertas apa hang bagi ngan aku ni?”

Baru saya perasan beberapa keping kertas kosong. Tadi secara spontan saya ambil dari dalam beg tangan dan dengan bangga menghubur pada Junaidi. Rupa-rupanya wang itu hanya depan dan belakang sahaja dilihat seperti wang betul, yang lainnya hanya kertas A4 yang dipotong sama saiz dengan not RM100.

Disebabkan telah terlepas cakap, terpaksalah saya memberi wang sebenar. ‘Padan dengan muka aku’ saya membebel dalam hati sambil mengira beberapa kali wang berjumlah RM2,000 sebelum menyerahkan pada Junaidi.



Mingguan Perdana Bil 1137
Ahad 2 Oktober 2011
Episod 54
GIAN JANTAN JALANG


HAMPIR dua jam saya chatting dalam laman Facebook untuk pikat ikan besar, tidak seorang pun menyangkut. Tidak tahulah kenapa sejak beberapa hari ini, pancing saya kurang mengena. Saya sendiri tidak tahu apa umpan yang perlu saya gunakan. Segala pujuk rayu dan harga servis ditawarkan hingga RM500 pun tak ada jantan jalang hendak!

Hendak menghubungi Dato’ (maaf kerana tidak tahu nama sebenar) yang pernah bergasak dengan saya di hotel beberapa hari lalu, tercatat pada dinding Facebooknya berada di selatan tanah air atas urusan kerja. Kalau tidak boleh juga ‘mengayat’, untung-untung dapat bergasak sekali lagi.

Maklumlah dalam sehari kalau saya tidak bergasak rasa tidak lengkap hidup. Dalam apa sekalipun saya akan berusaha untuk menyudal sekurangkurangnya dengan seorang jantan jalang. Tidak kiralah sama ada dia keturunan Melayu atau kaum lain. Yang penting, wang dia berpindah tangan ke kocek saya.

Disebabkan pancing melalui laman sosial tidak mengena, saya ambil keputusan untuk menyundal malam nanti di lokasi biasa. Jam di skrin handphone sudah sekitar 4:00 petang. Biasanya saya keluar lingkungan jam 9:00 malam. Bagaimanapun ambil keputusan keluar awal dari biasa kerana nak window shopping. Bukan apa dah lama tak beli pakaian baru, manalah tahu kalau-kalau ada kasut mahupun baju fesyen baru yang berkenan.

Lebih kurang pukul 6:00 petang saya sudah tercegat di tempat menunggu teksi di kawasan perumahan saya tinggal. Saya kira sama ada bas atau teksi sampai dahulu saya akan naik. Malas hendak tunggu lama-lama di situ kerana turut menjadi tumpuan mat-mat hitam Afrika menunggu kenderaan.

Kalau mereka menunggu saja tidak jadi masalah. Paling saya tidak suka ambil kesempatan. Tangan suka merayap jika duduk berhampiran mereka. Kalau saya punya taste, buatlah apapun saya kisah. Ini sudahlah black macam burung gagak, bau pula rasa kembang tekak macam setahun baru sekali jumpa air.

Tiba-tiba bola mata saya terpandang pada satu notis bertulis tangan yang ditampal pada salah satu tiang di tempat menunggu kenderaan awam berkenaan. “PENGUMUMAN: Sesiapa yang tertinggal wang dalam teksi saya sila hubungi 012 XXXXXXX segera.”

Saya tersenyum sendiri bila membaca notis berkenaan. Saya yakin pemandu teksi yang hantar saya pulang beberapa hari lalu menampal notis berkenaan di situ. Apakah dia juga tidak melihat dulu wang itu asli atau palsu? Kalau begitu, dua kali lima macam saya juga. Tidak dapat bezakan wang asli dengan wang palsu. Soalan itu kini bermain-main di minda saya.

‘Tak ada faedahnya aku ambil balik duit palsu tu, baki RM15,000 pun aku dah bakar, untuk apa cari penyakit ambil balik duit yang sengaja aku tinggalkan dalam teksi tu?’ hati saya bercakap sendiri sekaligus protes notis berkenaan.

Lantaklah pemandu teksi itu nak buat apapun dengan duit tak berguna itu. Jika dia rasa nak simpan buat kenangan pun tak ada masalah. Nak bakar lagilah tak jadi sebarang halangan. Kalau dia hantar ke bank, mungkin bakal masuk lokap. Kalau berani dia boleh cuba, jangan kaitkan dengan orang lain sudahlah.

Tiba-tiba telefon saya berbunyi tanda ada SMS masuk. Nombor yang terpapar pada skrin bukan orang yang selalu hantar SMS atau buat panggilan. Saya terus tekan punat untuk membaca kandungan SMS itu. Harapan saya datangnya dari jantan jalang yang pernah atau baru hendak cuba bergasak dengan saya.

“Awak diminta serah diri pd polis hari ini krana myimpan wang palsu – Bkt Aman.” Saya ketawa sendiri selepas membaca kandungan SMS itu. Melihat pada tulisan saya sudah dapat mengagak tidak ada orang lain yang berani mengugut saya begitu selain Kak Lina.

Betullah kata Dato’, bekas isterinya itu ada waktu jadi macam orang kurang siuman. Pada waktu lain, bertindak lebih bijak dari orang lain. Kalau tidak bagaimana dia boleh menyakinkan saya supaya bunuh bekas suaminya?

Apapun saya terpaksa abaikan saja SMS yang kononnya dari Bukit Aman itu. Saya langsung tidak percaya dan menganggap sengaja hendak menakut-nakutkan saya sahaja. Apatah lagi seratus peratus saya mensyaki SMS itu kerja Kak Lina.

Jika benar pengawai penyiasat Bukit Aman sedang mencari saya ekoran wang palsu sekalipun, saya tetap tidak yakin. Setahu saya pengawai penyiasat polis bertindak lebih professional, bukan secara hantar SMS minta orang serah diri.

Pada saya biarlah Kak Lina dengan dunianya. Dia boleh cari orang lain untuk menipu, mengugut atau sebagainya. Yang penting jangan lagi cari saya untuk kepentingan peribadi. Bagi saya sudah tutup pintu rapat-rapat, panggilan mahupun SMS darinya tidak akan dilayan.

Cuma apa yang bermain-main di minda, selain saya berapa ramai yang telah menjadi mangsa Kak Lina? Adakah mereka turut terpedaya seperti saya atau hanya saya seorang yang nyaris-nyaris terperangkap sandiwaranya?




Mingguan Perdana Bil 1138
Ahad 9 Oktober 2011
Episod 55
DAPAT IKAN BESAR

KADANG-KADANG terfikir juga saya alangkah seronoknya sewaktu zaman kanak-kanak berbanding telah dewasa. Ketika zaman berhingus, hanya ingat main dan makan sahaja. Kalau perut lapar merengek minta ibu siapkan masakan. Sama juga kalau tidak dapat bermain bersama rakan-rakan, taktik paling mudah menangis.

Bagaimanapun, setelah dewasa taktik begitu tidak boleh diguna pakai lagi. Kalau lapar tidak perlu merengek. Jika merengek pun tidak siapa yang boleh siapkan makanan. Orang dewasa merengek tidak siapa simpati, sebaliknya orang akan lebih meluat.

Sebenarnya setelah usia dewasa banyak perkara yang perlu fikirkan walaupun pekerjaan saya tidak terikat dengan mana-mana majikan. Saya boleh tidak keluar menjaja tubuh sama ada sehari, seminggu atau sebulan kerana langsung tidak ada kaitan dengan bos atau majikan.

Yang menjadi masalah jika saya tidak keluar melacur sering diganggu pelanggan tetap. Mereka akan telefon berkali-kali sehingga dapat bercakap dengan saya. Pendek kata selagi tidak dengar penjelasan saya kenapa dan mengapa tidak keluar ke port, mereka tidak akan percaya walaupun penjelasan datangnya dari rakan-rakan rapat.

Itu sebabnya saya terpaksa mendekatkan diri dengan pelanggan seminggu tujuh hari. Istilah lain tiada cuti kecuali saya sakit sehingga tidak boleh bergerak. Selagi boleh bangun, saya akan tetap berusaha menjadi salah seorang penghuni belakang bangunan.

Kalau ikutkan hati, memang sudah boring setiap malam menghirup bau hanyir longkang belakang bangunan. Persoalannya, siapa yang sanggup sponser makan, minum dan pakaian setiap hari? Kalau ada yang sanggup, kata orang ‘kecil tapak tangan, Dataran Merdeka saya tadahkan.’

Disebabkan boring juga saya telah berusaha cari pelanggan secara atas talian yakni menggunakan laman sosial Facebook. Malangnya tidak berapa menjadi sebagaimana Kam yang hampir setiap hari dapat pancing pelanggan. Bayaran pula berganda-ganda daripada ‘servis’ tepi longkang. Lokasi pula pada kebiasaannya hotel lima bintang.

Walaupun tidak berapa menjadi, namun saya tetap berazam suatu hari nanti akan dapat atasi pendapatan Kam. Dia sendiri pernah memberitahu saya, pada peringkat awal terpaksa melakukan pelbagai cara untuk memikat pelanggan. Setelah lebih dua tahun, barulah kalangan jantan-jantan jalang berkedudukan dalam syarikat-syarikat korporat usung ke bilik-bilik hotel.

Terlalu jauh saya mengelamun rupanya. Baru teringat sewaktu ke bilik air sekejap tadi kedengaran telefon saya berbunyi menandakan SMSmasuk. Harap-harap ikan besar. Tidaklah perlu saya bercekang mata di belakang bangunan menunggu jantan-jantan jalang kemaruk.

Tanpa berlengah saya menekan punat untuk mengetahui kandungan SMS yang dihantar itu. ‘bleh urut mlm ni’.

Begitu rengkas soalannya. Sebenarnya penghantar SMS sengaja buat-buat tidak faham. Sebagai maknyah macam saya yang seratus peratus cari makan hasil wang lendir, sudah tentu tidak akan menolak sekiranya mana-mana pelanggan ingin berurut. Jika enggan, bererti tolak rezeki. Kalau acap kali tolak rezeki, boleh papa kedana.

‘Di mana bleh jmpa’ saya membalas rengkas juga.

Tidak lama dia memjawab dengan memberitahu ingin berjumpa di sebuah hotel. Dia minta saya tunggu di lobi sekitar jam 9:00 malam. Saya melihat waktu yang tertera pada skrin handphone baru lingkungan 11:30 pagi.

Sudah menjadi kebiasaan, saya tidak berapa seronok berborak secara SMS. Tapi berlengah saya segera menghubungi jantan yang ingin bergasak dengan saya malam nanti.

Agak lama juga menanti ternyata panggilan saya itu tidak mendapat respon. Pengalaman mengajar saya supaya berhati-hati kerana sudah ramai yang sengaja mempermainkan saya. Hantar SMS agar saya menunggu di lokasi tertentu, tetapi orang yang minta tunggu tidak muncul-muncul.

Saya berusaha membuat panggilan kedua. Setelah beberapa saat deringan, barulah kedengaran suara di hujung talian.

“Emy ke ni?”

“Ye saya.”

“Memang Emy tak ke mana-mana malam nanti?” Soalnya lagi.

“Ha ah, tak ke mana-mana bang…” saya mula menggoda.

“Kalau tak ke mana-mana jangan lupa tau,” dia mengingatkan saya. Boring betul saya melayan jantan jenis tidak pandai bergurau senda dalam perbualan. Bagaimanapun, disebabkan pancing sudah mengena ikan besar, terpaksa juga layan.

“Boleh tak kalau kita jumpa awal sikit?” Secara tidak sengaja terlompat pula soalan begitu dari mulut saya.

“Awal? Kalau macam tu saya kena tanya bos saya dulu,” Tersentak saya sebaik saja mendengar jawapan itu.

“Maksud abang…” Saya ingin kepastian.

“Bos saya yang minta carikan tukang urut. Maklumlah banyak kerja, isteri pula jauh di utara, sebelum pulang kena servis dulu,” terang lelaki itu lagi.

“Bos abang tu sapa?” Begitu lancar soalan keluar dari mulut saya.

“Dato’ Jaafar. Takkan Emy tak kenal muka dia selalu keluar dalam paper?,”

“Ohhhh, Dato’ Jaafar tu… okey bagi tau servis terbaik untuk dia!” Sejujurnya saya kenal siapa Dato’ Jaafar, jantan yang hendak bertarung dengan saya malam nanti.



Mingguan Perdana Bil 1140
Ahad 23 Oktober 2011
Episod 56
GUGUP JUMPA LELAKI SOTONG


SEWAKTU saya makan di sebuah warung di Chow Kit bersama seorang rakan, disapa seorang lelaki yang berperwatakan ‘sotong’ seperti kami juga. Oleh kerana senasib, kami layan dia berbual sambil makan bihun kuning sup utara. Banyak perkara dapat kami berkongsi dengan nyah berasal dari selatan tanah air itu.

Setelah hampir satu jam berbual, rupa-rupanya dia bukan sebarangan nyah. Dia tidak menyundal seperti kami berdua, sebaliknya Pengurus Eksekutif di sebuah  hotel bertaraf lima bintang di selatan tanah air.

Rasa tebal juga kulit muka berbual ‘face to face’ dengan nyah bernama Khuraisya ini. Maklumlah jawatan yang disandangnya membuatkan saya rasa terlalu kerdil dan hina. Saya juga rasa begitu tertekan kalau-kalau dia bertanya tentang kerjaya saya.

Nasib baik sampai licin bihun sup di mangkuk, langsung tidak terlompat pertanyaan yang membimbangkan saya itu dari mulutnya. Jika tidak letih juga hendak reka jawatan apa yang saya sandang. Paling bimbang rakan saya Kaf tersilap cakap, sekaligus boleh mengundang pandangan serong Khuraisya terhadap kami berdua.

Pada saya memang patut Khuraisya memegang jawatan tinggi. Dia tidak menyarung pakaian wanita seperti kami, sebaliknya memakai kemeja-T dan berseluar panjang. Saya yakin kalau waktu pejabat dia memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Dengan berpakaian begitu,terserlah sebagai seorang lelaki, walaupun perwatakannya lembut.

“Aaa …  nyah apa nama?” Khuraisya ingin tahu sambil memandang tepat ke wajah saya.

“Bukan saya dah bagi tahu tadi?” Saya sengaja menyoal balik sambil dahi berkerut. Sebenarnya saya dengar dia bertanya nama saya sewaktu dia menghulur calling card pada awal-awal perkenalan tadi.

“Ada ke?” Balas Khuraisya sambil menggeleng beberapa kali kemudian beralih pandang pada Kaf di hadapannya yang sedang asyik memandang skrin handphone. Melihat Kaf langsung tidak respon, dia kembali memandang ke arah saya.

“Nama saya Emy, nyah!”

Serta merta saya nampak wajah Khuraisya berubah. Macam ada yang tidak kena pada pandangannya sebaik saja nama Emy disebut.

“Kenapa dengan awak ni nyah?” Kaf melontar soalan setelah baru perasan perubahan pada Khuraisya.

“Nyah! Tolong cakap jujur di mana lokasi operasi awak berdua?” Soalan itu membuatkan saya tersentak. Ingatkan dapat tutup rahsia kerjaya kami sebagai penghuni belakang bangunan kedai, rupa-rupanya Khuraisya lebih bijak memerangkap.

“Operasi apa pulak ni nyah, tak faham le?” Kaf memandang tepat ke wajah Khuraisya.

“Jangan buat-buat tak tahu pula. Kawasan Chow Kit ni kan terkenal di seluruh dunia dengan nikmat dunia belakang bangunan,” terang Khuraisya lagi.

“Lagilah kami tak faham!” Saya sengaja menggaru-garu kepala seolah-olah tidak faham.

“Tak faham atau buat-buat tak faham, semua itu tak penting. Terus terang saya katakan yang saya dah tahu awak berdua buat kerja apa nyah!”  Tegas Khuraisya lalu memanggil salah seorang pembantu gerai untuk membayar harga makanan yang kami telah makan.

“Tak apa biar saya bayar! Kalau awak ada hal penting, awak boleh tinggalkan kami, nyah” ujar Kaf.

“Alah bukan selalu saya belanja awak, terima kasihlah kerana layan saya berbual,” balas pula Khuraisya sambil menghulur not RM50 kepada pembantu gerai.

Khuraisya berdiri di sisi meja menunggu pembantu kedai menghantar wang baki. Manakala saya memandang Kaf sebelum menjeling sekali ke arah khuraisya. Saya perhatikan masih ada tanda tanya di wajahnya. Mungkin dia marah atau tidak puas hati dengan sikap kami yang gemar berahsia.

“Terima kasih kerana sanggup layan saya makan. Jumpa lagi!” ujar Khuraisya setelah kami bersalaman.

Pada kebiasaannya kami akan laga pipi tetapi dengan Khuraisya saya rasa segan pula berkelakuan begitu lebih-lebih lagi di kawasan awam.

“Terima kasih juga dari kami kerana belanja makan bihun sup ni,” balas Kaf sambil melempar senyuman.

“Kalau datang KL jangan lupa call kami tau…” saya pula mengingatkan Khuraisya,  padahal tidak pula memberi nombor handphone saya kepadanya.

Selesai makan kami berjalan sambil berbual ke arah persimpangan Jalan Raja Alang. Kebetulan sebaik saja kami sampai di persimpangan itu, lampu isyarat untuk pejalan kaki bertukar hijau. Tanpa membuang masa kami terus melintas untuk ke kawasan port.

Sewaktu berjalan di kaki lima bangunan, tiba-tiba kedengaran orang ramai menjerit-jerit sambil menyelamatkan diri. Manakala saya tergamam kerana sebutir peluru sesat terkena dinding bangunan telah melantun jatuh kira-kira  lima meter di hadapan saya.

Saya nampak dua lelaki memakai topi kaledar menaiki sebuah motosikal menghala ke arah Jalan Sultan Ismail. Di tangan lelaki yang membonceng motosikal itu memegang pistol. Mereka kemudiannya hilang dicelah-celah kenderaan.

Siapa sasaran mereka? Soalan itu bermain-main dalam minda saya sehingga malam itu tidak ada mood hendak menyundal.



Mingguan Perdana Bil 1141
Ahad 30 Oktober 2011
Episod 57
FOTO BOGEL DALAM FACEBOOK


KALAU ikutkan hati tidak sanggup lagi hendak menjaja tubuh di kawasan belakang bangunan kedai. Macam pernah saya dedahkan sebelum ini, bau hanyir, hapak, hancing dan pelbagai bau menyusuk hidung. Bagaimanapun kerana wang, terpaksa tahan bau yang menusuk hidung sehingga kadangkala boleh meloyakan tekak itu.

Bagi jantan-jantan jalang pula, kerana nafsu serakah mengatasi segala-galanya, membuatkan bau yang menusuk rongga hidung itu sedikit pun tidak akan melentur keghairahan nafsu memuncak ketika itu. Mereka akan tetap bertahan hingga tamat game walaupun ada kalanya memakan masa lebih setengah jam.

Kalau yang mempunyai kenderaan, dapatlah bergasak selesa sikit. Selain seat empuk pasang air-cond lagi. Kaki pun tidaklah berbintat kena gigit nyamuk. Yang loaded pula, lebih gemar di bilik hotel. Biar sewa murah, asalkan selesa dan rasa selamat dari kena cekup pihak penguatkuasa.

Berbalik mengenai jantan jalang yang lebih suka bergasak tepi longkang hapak lagi hanyir, kadang-kadang saya rasa amat bersalah. Maklumlah kerana saya, ada regular pelanggan macam nak putus nyawa dibuatnya. Mereka terpaksa tahan bau semata-mata kerana hendak melayan kehendak nafsu. Ada juga yang sengaja bawa kapas untuk menyumbat lubang hidung untuk mengelak daripada tidak dapat memberi tumpuan ketika bergasak.

Pada saya, jantan-jantan jalang yang boleh tahan bau merupakan manusia istimewa. Tidak semua orang boleh menghirup udara tercemar sehingga ada kalanya rasa seperti hendak terkeluar segala isi perut.

Saya sendiri pun tidak tahan kalau bau terlalu kuat menusuk ke rongga hidung. Namun, terpaksa bertahan semata-mata hendak berkhidmat kepada jantan-jantan jalang yang kehausan. Mahu tidak mahu, terpaksa ikut sama menghirup udara tidak berkualiti di kawasan itu.

Deringan handphone mengejutkan saya dari lamunan. Tanpa berlengah saya terus sambar alat komunikasi di sisi tempat saya berbaring sejak tadi. Rupa-rupanya Kajol, rakan lama bertugas di sebuah institusi kewangan di ibu negara.

Saya mengenali Kajol lebih lima tahun lalu semasa masih belajar di utara tanah air. Sebagai anak Mami Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai DKK, tentulah wajahnya mirip artis Bollywood. Hidung mancung berkulit hitam manis. Rambut ikal mayang dan raut wajah bujur sireh. Kajol juga pandai berintraksi dengan ramai orang. Tidak hairanlah pihak pengurusan melantiknya sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

Siapa saja pertama kali lihat Kajol, pasti menyangka dia wanita tulen. Tidak hairanlah jika ada di kalangan pelanggan institusi tempat dia bekerja menaruh hati padanya. Padahal Kajol dua kali lima seperti saya juga. Maaf cakap, sebelum dapat pekerjaan tetap dia juga terlibat aktiviti songsang tetapi hanya dengan rakan-rakan rapat sahaja.

Jangan paksa saya dedah siapa rakan rapat yang pernah bergasak dengan Kajol. Biarlah jadi rahsia antara kami berdua. Lagipun, Kajol sendiri tidak pernah mendedahkan aktiviti songsang saya sama ada rakan rapatnya mahupun keluarga saya di kampung.

“Apa cerita nyah, lama betul awak tak calling?” Saya ingin tahu sebaik saja gagang dilekapkan ke telinga.

“Sibuk nyah, banyak kerja, ni pun aku curi-curi buka FB jap..,” balas Kajol.

“Jangan! Kalau bos nampak, kantoi awak nyah,” saya ingatkan dia.

“Bos dah tahu perangai aku nyah.., tapi taklah macam staf lain kalau dah buka FB berjam-jam.” Kajol berhenti seketika. “Nie nak bagitau awak nyah, cuba buka FB cari Mak Nyonya, orang ni dah upload gambar awak letak kat wall dia, ramai orang kutuk nyah,” beritahu Kajol lagi.

“Ye ke! Kalau macam tu aku kena buat apa nyah?” Saya mula hilang fokus hendak bercakap dengan Kajol.

“Buka FB dulu, lepas tu call aku, kita bincang apa yang perlu awak buat. Jangan cepat gelabah, biasa le nyah, kalau tidak orang tak panggil laman sosial,” ujar Kajol sebelum menamatkan perbualan.

Beg laptop di sisi katil segera saya angkat lalu diletakan atas tilam. Tidak sabar rasanya hendak baca segala komen ‘lepas geram’ seperti yang didakwa Kajol. Saya tidak marah apa saja komen membina walaupun mengharap saya tidak lagi menyundal sampai bila-bila.

Bagaimanapun, saya mudah tersinggung sekiranya komen-komen berunsur menghina peribadi saya tanpa usul periksa. Apatah lagi jika kaitkan sama ibu dan ayah serta keluarga saya. Orang yang menghantar komen, tidak tahu perjalanan hidup saya setelah menjadi penghuni kota.

Sebaik saja wall Mak Nyonya terbuka, terbukti dia sengaja hendak bergaduh dengan saya secara memalukan di ruang terbuka. Foto saya atas katil dalam keadaan separuh bogel dimuat turun dengan meletak tajuk, ‘bahgianya berehat begini…’

Setelah diamati foto memalukan itu hanya wajah sahaja milik saya, yang lain entah milik siapa. Mereka menggunakan teknik pertindihan gambar atau super inpos. Akibatnya saya jadi mangsa  sehingga beratus-ratus komen diluahkan rakan-rakan Mak Nyonya. Ada yang menggambarkan perbuatan begitu tidak bermoral, memalukan keluarga, bangsa dan agama. Lebih menyedihkan ada yang mendoakan agar di panah petir atau dilanggar lori balak supaya saya tidak lagi berani beraksi sedemikian rupa.

Apa salah saya? Kalau saya sendiri letak gambar itu di wall, bolehlah kecam saya dengan tindakan bodoh itu. Ini saya sendiri tidak tahu menahu, kenapa saya yang harus terima pelbagai kecaman? Walaupun sedar saya terlibat dengan budaya songsang, tetapi tidak pernah terfikir untuk meletak gambar sendiri dalam keadaan memalukan begitu.

Sejujurnya saya tidak kenal siapa pemegang akaun berselindung di sebalik nama Mak Nyonya yang meletak pada profilnya gambar wanita bersanggul dua itu. Ada kemungkinan, dia juga penghuni belakang bangunan kedai seperti saya juga. Atau sudah menjadi rakan dalam FB, tetapi akibat persaingan pelanggan dia mencari jalan untuk menyekat rezeki saya.

Pada saya tindakan begitu tidak profesional. Jika layanan baik, pelanggan tidak akan lari, sebaliknya akan mencari walau di mana kita berada.

Walau apapun terjadi, saya berjanji pada diri sendiri akan selidik siapa Mak Nyonya. Pandailah nanti hendak ajar dia supaya tidak lagi memalukan saya secara terbuka begitu untuk kali kedua.




Mingguan Perdana Bil 1142
Ahad 6 November 2011
Episod 58
EMY LAYAN SENTIMENTAL


SEORANG rakan telefon saya minggu lepas ajak cari makan di luar Kuala Lumpur. Bukan saya tidak mahu tetapi perlu ambil masa untuk memikir baik buruknya. Bukan boleh terima bulat-bulat cadangan rakan saya itu kerana situasi ibu negara tidak sama dengan bandar-bandar lain seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar raya, kota kosmopolitan yang menghimpun pelbagai cerita suka duka penghuninya. Semua orang mengidam hendak pijak kotaraya ini walaupun sekali seumur hidup. Apatah lagi kalau menjadi salah seorang warganya, yakni menetap di Kuala Lumpur sudah tentu rasa seronok berganda.

Setiap kali pulang ke kampung, pantang orang tanya kerja di mana, pasti akan jawab berjela-jela. Terloponglah orang yang tidak pernah pijak Kuala Lumpur mendengarnya. Tengok gambar dalam TV sudah tentu tidak sama dengan melihat sendiri isi perut kota yang tidak pernah sunyi ini.

Saya masih ingat sewaktu berada di kampung bila tengok bangunan Sultan Abdul Samad sama ada di TV atau gambar di media cetak pasti berangan-angan hendak pijak Kuala Lumpur. Namun sejujurnya tidak terlintas langsung di kepala saya hendak menetap di Kuala Lumpur. Apatah lagi menjadi penghuni belakang bangunan melayan jantan-jantan jalang yang kemaruk jantan juga.

Memang pelik! Jantan kemaruk jantan! Tapi begitulah realitinya sejak zaman Nabi Lut lagi. Yang ditegah menjadi keseronokan, yang disuruh tidak minat melakukannya. Apapun saya tidak mahu komen, kalau saya komen bererti saya komen diri sendiri.

Kadang-kadang pelik juga memikirkan perjalanan hidup diri sendiri. Kenapa saya boleh terjerumus ke lembah songsang? Puas juga saya mencari jawapannya tetapi tidak berhasil. Sewaktu remaja tidak pernah terfikir saya akan hanyut begitu jauh di perut kotaraya. Sedangkan antara cita-cita yang saya beritahu pada guru darjah sewaktu di sekolah rendah hendak bekerja dengan pasukan beruniform sama ada polis atau tentera.

Malangnya angan-angan itu tinggal kenangan. Saya tidak berupaya hendak menjadi lelaki sejati. Lelaki bertubuh sasa dan gagah. Sebaliknya, saya lembut dan ramai menggelar saya ‘sotong’, padahal saya tidak minta untuk berperwatakan seperti wanita sehingga hilang pertimbangan dengan menukar jantina.

Kini saya tidak lagi boleh menjadi lelaki sejati. Mana mungkin senjata yang menjadi kebanggaan lelaki yang sudah tidak ada lagi di tubuh saya boleh tumbuh baru. Menyesal menangis air mata darah sekali pun, alat itu tidak akan saya perolehi balik.

Sebenarnya saya tidak mahu rentetan duka dimain balik dalam minda. Biarlah ia menjadi memori hingga ke akhir hayat saya. Bukan salah orang lain tetapi saya perlu terima hakikat kesalahan diri sendiri.

Untuk mengelakkan minda saya terus memutar memori silam, saya paksa diri untuk tidur. Sudah lebih satu jam balik dari menyundal sekitar jam, 3:00 pagi tadi, mata tidak boleh pejam. Biasanya pantang letak kepala, terus terlelap. Kalau ada orang angkat buang ke lombong pun tidak sedar. Bangun sudah pasti sekitar jam 1:00 petang jika tidak ada gangguan.

Setelah guling ke kiri dan guling ke kanan atas tilam, akhirnya saya....    z z z zzzzzz

Saya dibawa seseorang ke sebuah kondo mewah. Kami terus masuk ke lif untuk ke tingkat atas sekali. Bagaimanapun ruang lif hanya muat untuk dua orang sahaja. Manakala perbualan orang di luar lif pula dapat dengar dengan jelas.

Lelaki bersama saya cuba ambil kesempatan ekoran ruang lif yang agak sempit itu. Dia memeluk erat  dan merapatkan wajahnya ke muka saya. Sewaktu dia hendak mencium tiba-tiba kedengaran orang menjerit memberitahu ada kebakaran. Kedengaran juga orang mengetuk pintu lif berkali-kali meminta saya menyelamatkan diri seberapa segera.

Yang peliknya lelaki bersama saya tadi dalam sekelip mata hilang entah ke mana. Dalam pada itu, telinga saya menyambar bunyi ketukan bertalu-talu, lantas saya terjaga dari tidur. Barulah saya sedar ada orang sedang mengetuk pintu rumah.

Saya mencapai handphone atas tilam untuk melihat waktu. Baru pukul 6:45 pagi. Sambil menggosok-gosok mata saya berjalan ke ruang tamu. Melalui tingkap cermin yang ternganga sedikit saya mengintai dari dalam. Pengalaman kena rogol menyebabkan saya sentiasa berwaspada dan sekali-kali tidak akan terus membuka pintu jika tidak kenal siapa orangnya.

“Macam Mea,” saya bercakap pada diri sendiri.

“Tok! Tok! Tok! Emy buka pintu cepat!” Setelah mendengar suara itu barulah saya berani membuka pintu.

“Awak datang dari mana ni?” Saya ingin tahu sebaik saja dia melangkah masuk.

“Mana lagi, balik kampung le... lama dah aku tak balik kampung jumpa mak aku,” balasnya.

“La! Aku tak tahu pun yang awak balik kampung,” balas saya lalu duduk di sofa. “Awak pun satu kalau nak ke mana-mana bukan nak beritahu,” saya menyambung kata sambil menguap.

“Kan aku dah beritahu, seminggu sebelum aku nak balik,” hujahnya lagi.

“Bila? Last kita pergi minum bersama di gerai tepi simpang pertengahan bulan lepas. Bulan ni aku rasa kita tak berjumpa lagi. Macam mana awak kata beritahu  seminggu sebelum awak balik kampung?” Saya terpaksa menerangkan apa yang saya ingat.

Begitulah antara saya dengan Mea walaupun tinggal sebumbung tetapi jarang dapat berbual-bual. Maklumlah dia juga sibuk layan jantan jalang seperti saya juga. Kadang-kadang time saya ada di rumah dia masih menyundal, ketika saya sibuk layan jantan, dia mungkin ada di rumah atau diusung ke hotel.

“Mungkin aku lupa kot,” Mea mengaku. “Tapi seingat aku dah beritahu,” sambungnya seolah-olah tidak puas hati dengan jawapan sendiri.

“Ikut awaklah Mea, aku nak sambung tidur,” balas saya lalu bangun ke bilik. Mea juga ikut bangun tetapi ke bilik air.

Setelah saya berbaring semula, baru teringat Mea juga ada kunci rumah, tapi kenapa tadi dia tidak gunakan kunci berkenaan.

“Mampuslah aku kalau tiap pagi buka pintu untuk dia,” saya merungut sendiri akhirnya terlelap sekali lagi.






Mingguan Perdana Bil 1143
Ahad 13 November 2011
Episod 59
DATO' MASUK JERAT EMY


SEJAK akhir-akhir ini fikiran saya kurang tenteram. Saya sendiri tidak tahu apa puncanya sehingga apa saja saya lakukan rasa tidak kena. Jantung rasa bergerak pantas dan berdebar-debar setiap saat seolah-olah berdepan dengan situasi menakutkan.

Seorang rakan rapat mensyorkan saya berehat dalam sehari dua di kawasan tanah tinggi atau pulau jauh di tengah laut. Menurutnya, punca fikiran saya tidak tenteram ekoran persaingan mencari pelanggan dalam laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, tidak selari dengan apa yang saya fikirkan. Pada saya, puncanya besar kemungkinan duit haram yang gunakan untuk membeli makanan. Masih terngiang-ngiang di telinga saya ustaz yang mengajar sewaktu saya dalam tingkatan tiga, ‘makanan dari sumber haram akan menjadi darah daging yang haram juga!’

Lebih menakutkan dalam sebuah buku yang pernah saya baca terdapat sebuah hadis berbunyi,’tiap-tiap daging yang tumbuh dari makanan haram layak menjadi bahan api neraka!’

Saya tidak berani ulas bab-bab agama tetapi saya mengaku memang jelas hasil pendapatan harian saya dari sumber haram! Oleh itu sudah tidak dapat elakkan perbelanjaan saya sama ada makanan mahupun pakaian haram juga. Maknanya tidak ada sedikit pun di tubuh saya dari hasil halal sejak hampir dua tahun menjadi penghuni tetap belakang bangunan di ibu kota.

Sudah tentu pendedahan ini akan menimbulkan pelbagai reaksi pembaca tetap ruangan ini. Bagaimanapun, sebagai insan biasa saya langsung tidak ambil kisah sekiranya pembaca hendak labelkan saya manusia jenis apa. Mereka hendak ludah muka saya sewaktu berselisih dijalan pun saya tidak marah. Apa boleh buat, suratan nasib saya sudah bergelumang dengan dosa. Mahu tidak mahu terpaksalah saya berdepan dengan apa juga masalah.

Bagaimanapun, saya yakin pembaca yang mengikuti kisah saya dari awal, tahu punca kenapa dan mengapa saya terjerumus ke lembah hina ini. Mereka pastinya simpati kerana melihat saya semakin hanyut jauh ke samudera dosa. Berbeza jika baru mengikuti dua atau tiga episod pasti menganggap saya perlu bimbingan agama atau kaunseling pihak tertentu untuk kembali ke landasan betul.

Asyik mengelamun tidak sedar bila handphone saya menjerit minta dijawab. Sedar-sedar tercatat di permukaan skrim ‘miss call’. Sudah kebiasaan jika bukan nombor regular saya acuh tak acuh saja untuk panggil balik.

Bagaimanapun, naluri saya seolah-olah mendesak supaya menghubungi pemanggil tadi. Setelah menekan punat sambungan lelaki bersuara garau memberi salam di hujung talian, lalu bertanya:

“Cik Emy ke ni?”

“Ya saya, apa yang boleh saya bantu, bang?” Soalan menggoda setiap kali orang baru ingin berkenalan dengan saya.

“Memang saya memerlukan bantuan Cik Emy, tapi…” lelaki itu berhenti sekejap.

“Tapi apa bang… nak karaoke…, nak urut, nak...,” saya memotong dengan suara lebih menggoda.

“Awak pandai urut ke"

Soalan itu seolah-olah mencabar kepondanan saya. Sudah berapa lama saya terlibat dalam kancah kemaksiatan lorong belakang bangunan, boleh dia mempertikai kebolehan saya mengurut. Semua jantan jalang yang mahu beradu di ranjang akan dimulakan dengan urutan lembut. Kemudian mereka akan minta saya urutkan pada bahagian sensetif di tubuh mereka. Setelah memakan masa lebih kurang setengah jam, barulah episod sebenarnya berlangsung.

“Baaang… nak urut apa bang, cuba cakap terus terang. Abang cakap je nak urut kat mana, saya gerenti abang tak akan kecewa. Kalau tak puas hati abang tak perlu bayar satu sen pun, janji jadi je,” kalaulah pemanggil itu berada di sisi saya, sudah pasti saya akan urut lembut belakang bahunya.

“Betul kalau tak best tak perlu bayar?” Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya cakapkan tadi.

“Tak ada faedahnya kalau saya tipu… jadi ke tak? Kalau tak jadi saya tak nak cakap lama-lama,” Saya mula bercakap bernada keras dan sengaja mendesak kerana sudah faham perangai jantan jalang. Kalau tidak desak, dia akan cakap melalut hingga anu sendiri pun sanggup dedahkan pada orang.

“Relaks le! Kalau jadi kita nak jumpa di mana?”

“Terpulang pada abang suka, tepi longkang pun tak jadi masalah,” saya beritahu sejujurnya kerana yakin umpan pancing sudah disambar ikan.

“Tak kan tepi longkang pula. Mana selesa nak urut satu badan, paling tidak dalam kereta,” cadang lelaki itu lagi.

“I follow… “ Saya sengaja tiru trademark penyampai radio Sinar FM Salleh Yaakob.

“Beginilah nanti saya call you balik setelah dapat lokasi untuk kita jumpa,” katanya.

“Okey…, tapi abang nama apa, dari tadi tak nak bagi tahu nama.”

“Janji jangan bagi tau orang, panggil saya Muin… Dato’ Moin,” terang lelaki itu lalu memutuskan talian.

“Dato’ Moin?” Saya bertanya diri sendiri. “Pernah dengar nama tu tapi di mana ya?” Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal lalu meletak telefon atas meja di hadapan saya.

“Tak kisahlah Dato’ ke, Tan Seri ke? Yang penting duit!"





Mingguan Perdana Bil 1145
Ahad 27 November 2011
Episod 60
KENA TANGKAP KHALWAT?

ENTAH kenapa pada pagi berkenaan tidak ada sebuah teksi pun untuk saya pulang ke rumah selepas menyundal sekitar jam 3:00 pagi. Bas sudah tentu tidak ada, kalau ada pun saya tidak berapa gemar menggunakan kenderaan awam itu kerana terlalu banyak berhenti menyebabkan lewat sampai ke rumah. Sedangkan kalau naik teksi hanya memakan masa lebih kurang 20 minit saja pada awal pagi dari Chow Kit.
Yang penting segera sampai ke ruman. Maklumlah tubuh melekit dan bermacam-macam bau sehingga rasa tidak selesa. Biasanya, sebaik saja buka pintu rumah saya terus baring di sofa dan tersedar sekitar jam 3:00 petang. Setelah bangun barulah saya mandi atau membersih diri setelah semalaman digomol jantan jalang.

Kehidupan seharian saya sememangnya tidak suka membuang masa. Itu sebabnya saya mahu segera sampai ke rumah. Saya tidak suka mundar mandir tanpa tujuan. Kalau saya ke kompleks belibelah pun biasanya terus beli sekiranya berminat dengan satu-satu barang.

Contohnya pakaian fesyen terkini dan kebetulan ada wang, saya tidak fikir panjang untuk membeli. Tidak macam orang lain, belek sana belek sini, belinya tidak juga. Akhirnya buat keputusan datang lain kali. Bila datang sekali lagi, barang yang kita nak sudah tiada atau sudah diganti dengan fesyen baru.

Atas sebab suka memakai pakaian fesyen-fesyen terkini, menyebabkan ada di kalangan rakan-rakan sepenyundalan memberi jolokan sebagai ‘artis longkang atau artis belakang bangunan’.

Cakaplah apa yang nak cakap, saya tak ambil kisah. Lagipun, sememangnya lagak saya macam artis cuma belum ada album. Terdetik juga jauh di lubuk hati nak jadi penyanyi macam beberapa rakan di Kelantan yang popular dengan lagu-lagu Dikir Barat Moden.

Menyundal memang seronok, tapi sampai bila? Persoalan itu yang sering menghantui minda saya. Sewaktu usia masih muda dan bentuk badan mengiurkan, jantan-jantan jalang akan berebut nak merasa walaupun sekali sepanjang hayat. Kalau wajah saya sudah kerepot dan kulit bergelambir, sudah pasti sebelah mata pun mereka tidak mahu pandang.

Oleh itu saya perlu cari jalan dari sekarang. Kumpul duit sebanyak mungkin untuk buka bisnes. Sejak kecil saya berangan-angan hendak buka butik pakaian. Tidak tahu bila angan-angan itu akan jadi kenyataan. Yang nyata, duit banyak dapat setiap hari hasil menyundal, tetapi tidak tahu ke mana mengalir.

“Adoh! Mana pergi teksi ni, sebiji pun tak lalu..., time nak tak de, time tak nak berlambak-lambak pula lalu” saya bercakap sendiri sambil berjalan ke kedai serbanika 24 jam. Haus pula tekak walaupun cuaca pagi itu agak dingin.

“Hoi! Rosdin hang dah tak kenai aku ke?” Saya menyapa lelaki yang baru keluar dari kedai serbanika setelah berselisih dengannya.

“Alamak Rahim, sorrylah aku tak perasan tadi, sorry-sorry aku tak kenal maklumlah…” balas Rosdin setelah berhenti melangkah dan memandang ke arah saya.

“Dah! Jangan nak melalut pagi-pagi ni. Sebut Rahim tu slow sikit, jangan sampai satu Chow Kit dengar,” saya beri amaran.

“Masalahnya rasa termuntah kalau aku panggil hang Emy!” Balas Rosdin sambil tersengih.

Sejujurnya saya mengenali Rosdin sejak di sekolah menengah sewaktu di utara. Saya suka berkawan dengannya walaupun dia tahu latar belakang saya, tetapi tidak suka bawa mulut atau menceritakan mengenai peribadi saya kepada orang lain.

“Aku nak tanya hang mai mana pagi-pagi buta ni?” Rasa pelik juga kerana setahu saya Rosdin bukan jenis lelaki suka berfoya-foya di pusat hiburan.

“Baru sampai hantar mak aku balik kampung, dalam pukul 12 dari sana malam tadi, singgah beli rokok jap,” terang Rosdin.

“Boleh hantar aku balik? Dah berkulat aku tunggu teksi pagi ni,” saya mohon simpati Rosdin.

Oleh kerana taman perumahan Rosdin satu jalan dengan kawasan perumahan saya tinggal, tidak jadi keberatan dia memberi izin tumpang keretanya. Malah dia sanggup hantar hingga ke depan pintu rumah. Namun, saya tetap akan merahsiakan lokasi sebenar penginapan saya walaupun dia seorang rakan yang boleh dipercayai.

Tiba-tiba telefon Rosdin berdering. Dia memperlahankan keretanya lalu berhenti di kawasan perhentian bas tidak jauh dari taman perumahan. Keadaannya di situ agak gelap kerana tidak ada lampu jalan dan sunyi. Melalui cahaya lampu kereta, keadaan cuaca pada pagi itu juga berkabus. Jarak untuk sampai ke rumah saya dalam lingkungan lebih lima kilometer lagi.

“Mak aku fon nak tahu dah sampai KL ke belum,” beritahu Rosdin sebaik saja memutuskan perbualan. “Hang ada lesen tak, aku betul-betul dah ngantuk ni, jalan pun dah nampak kembang satu macam je,” sambung setelah menguap.

“Kalau aku bawa kereta ni lagi cepat masuk longkang,” saya membalas sekaligus bermaksud tiada lesen.

Disebabkan kami sama-sama mengantuk akhirnya terlelap dengan enjin kereta tidak dimatikan. Terjaga setelah cermin tingkap diketuk beberapakali meminta kami segera keluar dari kereta.

“Seronok sampai tertidur ya, keluar cepat!” Gesa salah seorang sambil menyuluh muka saya sebelum beralih ke muka Rosdin. Dari cahaya lampu suluhnya kelihatan dua lelaki lagi, seorang berkopiah putih dan seorang lagi memegang sebatang kayu di belakangnya. Dia menunjukan kad pengenalan diri sebagai anggota Rela.