Ahad 26 Disember 2010
Episod 21
DISELAMATKAN...
KALAULAH tahu orang yang membantu membuka ikatan penutup mata dan pada pergelangan tangan saya adalah Kuzie bersama Jimmy Low, saya tidak rela mereka berbuat begitu. Biarlah saya mati kering atas jalan tanah merah itu daripada menerima bantuan orang yang amat saya benci.
Bagaimanapun atas sebab kecemasan, mahu tidak mahu saya terpaksa masuk ke kereta mereka. Saya tidak memikirkan lagi sama ada saya masuk perangkap kali kedua ataupun mereka ikhlas membantu. Yang bermain-main dalam minda saya hanya hendak cepat pulang ke rumah.
Sudah lebih kurang 20 minit perjalanan tidak seorang pun bersuara. Saya menunggu juga sama ada Kuzie atau Jimmy bertanya . Namun, mulut kedua-dua mereka seolah-olah terkunci rapat. Timbul juga persoalan kenapa begitu, padahal yang saya tahu antara mereka begitu mesra sekali.
Sudahnya, saya hanya melayan fikiran. Memikirkan musibah yang sering menimpa sejak akhir-akhir ini. Satu demi satu dugaan berlaku pada saya. Kejadian saya dicolek paling menakutkan sehingga saya memikirkan sama ada hendak meneruskan aktiviti penyundalan yang saya ceburi ini atau sebaliknya?
Kalau saya berhenti daripada aktiviti tidak bermaruah ini, tidak ada satu pekerjaan pun yang dapat menjamin masa depan. Maksud saya kalau sekadar bekerja sebagai PR atau lain-lain pekerjaan di pejabat berhawa dingin, terlalu lambat hendak hidup mewah. Berbanding dengan pekerjaan saya sekarang yang hanya bermodalkan air liur, bentuk tubuh seksi dan servis bagus.
Tiga perkara ini yang sentiasa jantan-jantan jalang mencari maknyah macam saya. Kalau tak pandai goda, rupa cantik macam mana pun jantan-jantan jalang tidak suka rapat. Sama juga kalau servis tak pandai, pertama dan terakhirlah jawabnya. Atas sebab itulah saya sentiasa memberi servis terbaik. Kata orang sekali bawa saya ke ranjang, pasti teringat sampai bila-bila.
Inilah kunci kenapa ramai jantan-jantan jalang meminati saya. Bukan saya hendak mengangkat diri, tetapi memang realiti. Bukan seorang dua, tetapi sudah ramai. Ada suami gila bayang sehingga berani hendak jadikan saya isteri kedua.
Mustahil saya hendak mengikut kehendak mereka, yakni suami orang. Kalau saya wanita tulen, bolehlah saya pertimbangkan tawaran itu. Bagaimanapun, saya tidak akan menolak sekiranya saya dijadikan sebagai ‘simpanan’, dengan syarat bayaran tidak kurang empat angka seminggu. Kalau sekadar lafaz ‘ I love U’, minta maaf banyak-banyak. Saya tidak rela dijadikan alat pemuas nafsu tanpa bayaran.
Kadang-kadang pelik juga memikirkan perangai suami @ lelaki jalang belakang bangunan ini. Bukan saya seorang, malah rakan-rakan mak nyah lain. Ada yang sanggup melafaz perkataan ‘cinta’, padahal mereka tahu lelaki sama lelaki tidak boleh kahwin. Saya tidak mahu mengaitkan soal agama mahupun soal nabi tidak mengaku umat. Tanyalah kepada mereka yang arif hukum hakam, pasti akan dapat jawapan jitu.
Cuma saya minta jangan timbul soalan kenapa saya mencebur diri dibidang Islam melarang perbuatan tidak bermoral ini? Itu hak masing-masing. Bukan bermakna saya tidak tahu hukum, tetapi ada rahsia yang tidak perlu saya dedahkan di ruangan ini. Ada baiknya bertanya kepada lelaki jalang yang sentiasa mencari golongan seperti saya. Kenapa mereka gemar merayap dari lorong ke lorong untuk menghibur diri sendiri?
Golongan seperti saya, kadang-kadang macam artis juga mempunyai peminat sendiri. Tidak hairanlah kehilangan saya beberapa hari lalu membuatkan ramai pelanggan tetap saya tercari-cari. Saya juga mendapat tahu, ada menunggu di belakang bangunan kedai setiap malam kerana hendakkan servis saya. Apa boleh buat, saya sendiri tidak sangka akan menjadi mangsa kumpulan samseng di ibu negara ini.
Samalah seperti kejadian terbaru saya ditangkap lelaki yang tidak dikenali. Dilepas saya di satu kawasan dengan tangan terikat dan mata tertutup. Saya sangka tidak akan dapat melihat dunia lagi. Saya akan mati dibunuh secara kejam. Mayat saya akan dibakar atau dibuang ke sungai atau tasik.
Rupa-rupanya Allah Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang. Walaupun saya sudah lama tidak mengerjakan solat, dalam kata lain tidak lagi memijak sejadah, namun DIA masih memberi peluang saya hidup bebas. Ketika saya dalam detik-detik cemas, ada insan datang membantu.
Apakah insiden ini sudah dirancang? Tidak semena-mena persoalan itu bermain-main di minda saya. Ada logiknya kerana hanya Kuzie saja tahu nama gelaran bapa saya iaitu Berahim Biah. Berdasarkan pertanyaan pemuda sebelum menangkap saya, dia telah bertanya nama bapa saya. Tidak mustahil Kuzie berpakat dengan Jimmy dan mengupah lelaki-lelaki berkenaan menangkap saya. Kemudian meletakan saya di satu kawasan yang ditetapkan, lepas itu mereka datang memberi pertolongan?
Muslihat itu secara tidak langsung Jimmy dapat menebus kesalahannya terhadap saya. Dia tahu saya amat marah ekoran memberi cek tending bernilai RM10,000. Kalau ikutkan hati membara, mahu saya tendang belakang Jimmy yang sedang memandu.
Jangan anggap lelaki lembut macam saya bila-bila masa boleh ambil kesempatan. Di kamar tidur memang saya lembut dan penggoda, tetapi dalam hal-hal tertentu terutama melibatkan ‘penipuan’, saya akan bertegas. Ketika itu saya akan tunjuk ‘kejantanan saya’, walaupun orang yang perlu saya lawan itu bertubuh lebih sasa.
“Hang buat apa sampai depa tangkap dan buang hang dalam hutan kelapa sawit tu?” Tiba-tiba Kuzie bersuara sambil menoleh kebelakang memandang ke arah saya.
Saya tersentak dari lamunan. Sambil mengosok-gosok mata barulah sedar saya sedang berada dalam sebuah kereta yang menuju ke satu destinasi saya sendiri tidak tahu. Saya memandang ke luar tingkap cermin, gelap gelita di kiri kanan jalan.
Mingguan Perdana Bil 1101
Ahad 2 Januari 2011
Episod 22
AJAK KE BILIK
SELEPAS berlaku beberapa kejadian menakutkan, hidup seharian saya kembali normal. Walaupun begitu, saya perlu berhati-hati. Maklumlah musuh kita tidak nampak, walaupun depan kita bila bercakap lebih manis dari gula. Bila di belakang, mereka sentiasa cari jalan hendak memusnahkan kita. Saya pegang betul-betul nasihat seorang rakan yang pernah sama-sama susah sewaktu tinggal di kampung dahulu.
“Hidup kita ni Emy dikelilingi dengan musuh. Cuma kita tidak tahu siapa mereka. Ada yang datang dan berbual-bual dengan kita, tetapi mahu ingat, setapak kita tersilap langkah mereka akan menjahanamkan kita,” nasihat rakan saya itu lagi.
Bagaimanapun sebagai manusia kita tidak dapat kesan siapa musuh yang berada di sekeliling kita. Sama seperti keadaan saya yang sentiasa berhati-hati, namun masih ada ruang untuk musuh menyusup. Maksud saya ada saja jalan mereka hendak menjahanamkan saya.
Seingat saya, sama ada di kampung mahupun setelah tinggal di Kuala Lumpur ini, saya tidak bermusuh dengan sesiapa kecuali Jimmy Low dan Kuzie. Itupun mereka yang buat silap, yakni cari pasal dengan saya. Kalau tidak antara saya dengan kedua-dua mereka tidak akan bermusuh. Malah, Kuzie sendiri merupakan sahabat karib yang sanggup tidur sebantal sewaktu di kampung.
Oleh kerana, kehidupan seharian saya kembali normal, rutin saya sebagaimana biasa iaitu sekitar jam 9:30 malam saya akan keluar ke ‘port’ yakni belakang bangunan kedai. Biasanya seminggu di kawasan Chow Kit kemudian berpindah di kawasan Bangunan KWSP Jalan Raja Laut dan seminggu lagi di beberapa kawasan di Bukit Bintang.
Ada juga beberapa kawasan lain Kuala Lumpur tetapi tidak perlu saya dedahkan melalui ruangan ini. Hanya pelanggan setia saja tahu di mana saya berada sekiranya di tiga-tiga lokasi berkenaan kelibat saya tidak nampak. Nombor handset saya juga hanya pelanggan tetap saja yang menyimpannya. Itupun tidak semua, yakni yang betul-betul percaya dan sanggup menyimpan rahsia saya.
Pengalaman sebelum ini, saya memberi nombor handset kepada semua lelaki jalang, walaupun baru sekali melanggani saya. Sudahnya saya sering diganggu dengan panggilan-panggilan lucah. Bila enggan layan, mereka ugut hendak simbah muka saya dengan asid.
Saya masih ingat pada suatu malam seorang lelaki lingkungan usia 40 han datang hendak melanggani saya. Dia mahu saya menemaninya tidur di sebuah hotel di kawasan Chow Kit. Dia beritahu baru saja tiba dari Sabah atas urusan peribadi.
Pada saya tidak kisah atas urusan apa pun kerana bukan masalah saya. Yang penting jika hendak melanggani saya perlu bayar harga yang dipersetujui. Bayaran biasanya untuk perkhidmatan di hotel tidak sama dengan bayaran di bilik rumah tumpangan atau dalam kereta.
Biasanya paling rendah saya minta RM500 untuk semalaman. Kalau yang datang lagak macam banyak duit, saya tekan lagi tinggi. Maklumlah, kalau di hotel saya terpaksa memberi perkhidmatan semalaman dan bergantung berapa kali pelanggan mahu berseronok . Kadang-kadang ada juga sebelum ‘check-out’ jam 12:00 tengah hari, minta sekali lagi ‘game’. Bermakna sekitar pukul 2:00 atau 3:00 petang baru dapat pulang ke rumah.
“Tiga ratus cukuplah, saya nak ajak awak temankan saya tidur saja,” tawar lelaki bertubuh sasa itu.
“Bang… saya nie mak nyah ada kelas gitu… mana boleh kurang-kurang,” saya membalas sambil memicit-micit lengannya. Kemudian sengaja saya mengesel-gesel dada yang menonjol ke belakang bahunya.
Lelaki itu membiarkan saja tindakan saya yang agak memberahikan itu. Cara itu merupakan senjata untuk memikat lelaki yang suka berfoya-foya di lorong-lorong belakang bangunan. Sebelum ini pun begitulah tindakan saya untuk mencairkan iman seseorang lelaki.
“Kalau servis awak bagus saya akan cari awak lagi,” katanya sambil sebelah tangannya berusaha hendak meraba ke arah seluar dalam saya.
“Jangan nak lebih-lebih kalau belum bayar!” Saya menepis tangannya.
“Amboi pegang sikit macam tu pun tak boleh?”
“Tak boleh! “
“Ada mas ke?”
“Bang.., ada mas ke, intan ke, ini barang saya, prinsif saya selagi tak bayar saya tidak benarkan abang usik satu barang pun yang ada di badan saya.”
“Wah! Ada prinsif pulak. Hebat betul awak ni,” katanya sambil memandang kepada rakan saya yang juga sedang tawar menawar dengan seorang pelanggan. “Sekarang ni saya bukan nak bercakap pasal prinsif, tetapi nak usung awak bermalam di hotel,” sambung lelaki itu lagi.
“Kalau abang bayar lima ratus, sekarang juga saya ikut abang. Bawalah ke mana pun saya ikut, janji abang bahagia dengan saya,” saya membalas lalu memaut bahunya.
“Kurang sikitlah. Ni muktamad saya bagi 400, jangan banyak soal lagi,” katanya lalu menarik tangan saya supaya mengikutnya.
Memikirkan cuaca pada malam itu seperti hendak hujan, membuatkan saya menerima saja ajakannya. Kalau saya tolak dan dia memilik mak nyah lain saya juga melepas. Bukan senang nak dapat RM400 kalau hujan lebat. Pelanggan tidak akan datang ke lorong-lorong belakang bangunan.
Sebelum masuk ke perut kereta, saya minta dia membuat bayaran terlebih dahulu. Saya tidak mahu saya tertipu lagi. Mahu tidak mahu lelaki itu terpaksa membuat bayaran tunai di sisi keretanya yang hanya disimbah cahaya samar-samar. Setelah wang berada dalam genggaman, barulah saya masuk ke kereta.
Lebih kurang 20 minit memasuki kawasan letak kereta di bawah bangunan hotel. Semalaman saya memberi khidmat terbaik pada lelaki keturunan Kadazan itu sehingga dia tidak terdaya lagi hendak angkat kaki kerana keletihan.
Mingguan Perdana Bil 1102
Ahad 9 Januari 2011
Episod 23
BAYAR TETAP BAYAR!
SUDAH ramai jantan jalang yang saya teman mereka tidur di hotel akan membisik lembut mengatakan ‘aku amat menyayangi kamu dan kalau boleh ingin jadikan kamu sebagai isteri ku’. Saya tidak kisah mereka hendak bisik apa saja ayat cinta kerana sewaktu melafazkan ayat itu biasanya mereka sedang kemaruk seks.
Dalam kata lain, lelaki jalang itu dalam keadaan separuh sedar ekoran terlalu asyik melayan kehendak nafsu serakahnya. Itu sebabnya perkataan sayang atau apa saya perkataan seumpamanya akan terlompat keluar dari mulut. Padahal, bukan mereka tidak tahu antara saya dengan mereka tidak boleh berkahwin, tetapi boleh dijadikan sebagai isteri simpanan. Saya sedia memberi servis terbaik setiap malam sekiranya sanggup ‘booking’ saya lebih dari satu malam.
Pendek kata ayat-ayat cinta yang boleh diistilah ‘lembut gigi dari lidah’ sudah acapkali saya dengar. Asal saja jantan usung saya ke bilik hotel, ayat sama akan terkeluar dari mulut mereka. Pada saya pujuk rayu seumpama itu, mereka tidak akan tetap tidak dapat servis percuma.
Cakaplah apapun, bayar tetap bayar. Setiap inci di tubuh saya hanya boleh disentuh sepuas-puasnya apabila wang sudah bertukar tangan. Biasanya, saya akan memberi servis terbaik dan saya yakin tidak ada seorang mak nyah pun di Kuala Lumpur dapat menandingi servis saya.
Sama seperti lelaki Kadazan yang minta saya menemaninya tidur. Entah berapa kali dia melafaz kata-kata cinta; aku sayang kamu, ingin sehidup semati dengan kamu, kaulah jantung hati ku sayang’ dan bermacam-macam lagi setiapkali bermesra.
Saya sudah muak dengar bisikan-bisikan cinta begitu, tetapi untuk menjaga hati pelanggan, saya terpaksa mendengarnya juga. Malah memberi respon dengan ucapan-ucapan romantik agar mereka menganggap saya juga menyayangi mereka. Padahal, minta maaf dari hujung kuku ibu jari kaki sampai hujung rambut langsung tidak ada perasaan kasih mahupun sayang. Yang saya amat mengharap hanyalah wang mereka berpindah ke kocek saya.
“Daling, I keluar sekejap nanti tengah hari kita lunch bersama. Apapun karang I hello you, okey,” beritahu lelaki Kadazan itu sambil menyarung pakaian.
“Okey, no problem.” Saya membalas lalu dia mencium pipi sekali sebelum melangkah keluar.
Saya tidak kisah dia hendak ke mana pun. Sama ada dia hendak telefon saya atau tidak pun saya tidak ambil kisah. Dalam kepala saya hanya ingat wang dia sahaja. Sama juga malam nanti dia minta saya menemaninya lagi tidur, saya tetap akur dan bersedia memberi servis lebih baik dari malam tadi. Cuma saya terpaksa pulang ambil pakaian kerana pakaian yang ada hanya untuk semalaman sahaja.
Setelah siap mandi saya juga keluar bilik menuju ke arah lif. Bagaimanapun, dari jauh saya nampak kelibat Kuzie keluar dari lif. Saya menyorok di sebalik dinding dan memerhati gerak gerinya. Rupa-rupanya dia masuk ke sebuah bilik sama tingkat dengan bilik saya menginap malam tadi.
Apa dia buat dalam bilik tu? Tiba-tiba saya persoalan itu menerjak kotak fikir saya. Melihat pada pakaiannya yang seksi, seolah-olah dia juga cari makan macam saya. Bagaimanapun, saya tidak berani menuduh kerana belum melihat dengan jelas apa yang dilakukannya.
Saya terhendap-hendap dan menapak perlahan-lahan ke bilik Kuzie masuk tadi. Menolak perlahan daun pintu setelah berada di depan pintu bilik. Malangnya pintu itu berkunci dari dalam. Tidaklah dapat saya ketahui apa yang Kuzie buat di dalam. Sudahnya saya ambil keputusan untuk tinggalkan saja bilik itu.
Bagaimanapun, baru beberapa langkah saya ditegur seseorang. Spontan saya mematikan langkah lalu menoleh ke arah suara menegur saya. Disebabkan tidak percaya apa yang dilihat, saya mengosok-gosok mata beberapakali untuk memastikan tidak tersalah pandang. Setelah diamati memang tidak salah lagi Kuzie.
“Ni abang Rahim ker?” Soalan itu membuatkan saya memandang tepat ke wajah Kuzie.
“Apa muslihat hang Kuzie buat-buat tak kenal aku?” Spontan soalan itu keluar dari mulut saya.
“Muslihat apa pulak bang, saya bukan Kuzie, saya Norli.” Dia berhenti sebentar. “Nama sebenar saya Ramli,” akui wanita tetapi lelaki itu.
“Hang jangan nak pusing-pusing. Mengaku ajelah hang tu Kuzie. Aku kenal hang bukan dalam sehari dua, dah lama semasa di kampung lagi,” saya meninggikan sedikit suara dan mula menyampah melihat muka Kuzie.
“Betul bang, orang panggil saya Norli,” dia mempertahan.
“Habis Kuzie tu sapa? “
“Barangkali abang Rahim silap orang agaknya. Mungkin abang saya Romzi, dia kembar saya, tak tahu pula orang panggil dia Kuzie,” katanya lagi.
“Kalau betul apa yang awak cakap, maafkan saya. Setahu saya dia tak ada adik.”
“Ada bang, tapi sejak kecil lagi saya tinggal dengan datuk. Sekali-sekala je saya balik kampung, kita pun pernah jumpa mungkin abang tak perasan,” beritahu Ramli lagi.
“Entahlah, saya tak ingat,” balas saya rengkas dan terus beredar dari situ setelah bersalaman dengannya.
Serba salah saya dibuatnya. Lihat cara dia bercakap memang jelas bukan Kuzie. Lagipun Kuzie orang kuat agama, masakan dia sanggup buat kerja membelakangi agama pula. Mungkin betul dia sedara kembar Kuzie.
Mingguan Perdana Bil 1103
Ahad 16 Januari 2011
Episod 24
KENA SERANG!
SEKITAR jam 10:00 pagi saya tersedar dari tidur. Tangan kanan saya meraba-raba pada lelaki yang mengajak saya menemaninya tidur. Tilam kosong. Lantas saya membuka mata mendapati lelaki itu sudah tiada di sisi. Saya bingkas duduk sambil memerhati sekeliling.
“Ke mana pulak jantan nie?” Hati saya bertanya sendiri.
Saya tidak kisah dia hendak tinggalkan saya pada pagi itu. Yang penting dia sudah bayar untuk menemaninya tidur sepanjang malam. Saya juga telah memberi khidmat terbaik untuknya sebagaimana jantan-jantan jalang yang ingin servis saya.
Harapan saya, kalau dia bertandang lagi di Kuala Lumpur tidak lupa mencari saya. Saya pula akan memberi servis lebih baik dari malam tadi. Saya mahu setiap pelanggan saya puas dan meninggalkan memori paling indah dalam hidup mereka.
Tiba-tiba kedengaran pintu bilik diketuk berkali-kali. Saya sangka lelaki jalang yang tidur bersama saya sengaja hendak bergurau. Tanpa berlengah saya baring semula dan buat-buat tidur. Bagaimanapun, ketukan semakin kuat dan bertalu-talu sehingga memaksa saya bingkas bangun setelah tubuh dibungkus dengan selimut sebelum melangkah membuka pintu.
Bagaimanapun, sebaik saja daun pintu ternganga, seorang wanita berusia lingkungan 30 han bersama seorang kanak-kanak lelaki meluru masuk sehingga saya terdorong ke belakang. Dia memandang keliling kemudian ke arah almari pakaian. Membuka dengan kasar dan menjengok seperti mencari sesuatu dalam almari kosong itu.
Saya hanya tercegat di tepi dinding sambil memerhati gelagatnya. Dengupan jantung saya mula berdegup kencang. Bimbang wanita itu menyerang kerana saya dapat mengagak dia adalah isteri lelaki yang mengajak saya menemani tidur malam tadi.
“Dia pergi mana?” Soal wanita itu sambil melangkah ke arah saya.
“Siapa?” Spontan soalan itu melompat dari mulut. Padahal saya sudah dapat meneka siapa dimaksudkannya.
“Aku tanya mana jantan tu pergi?” Bola mata wanita itu membulat seraya memandang tepat ke wajah saya.
“Jantan? Jantan mana pula?” Saya sengaja menyoal dia balik kerana yakin tidak ada bukti wanita itu hendak mengaitkan saya dengan lelaki yang dicarinya.
“Jantan yang tidur dengan kamu tu! Dia tu laki aku, di mana dia bersembunyi?” Tegas wanita itu lagi.
“Apa yang kakak cakap ni, saya tak tahu apa-apa pun.”
“Awak ingat aku budak-budak ye, boleh nak tipu aku! Tengok ni, siapa punya?” Wanita itu menarik tangan saya lalu menunjukkan pada sehelai seluar dalam di atas katil.
“Ni sa.. sa.. saya punya,” saya mempertahan.
“Bohong! Aku kenal benda ni hak laki aku!” Wanita itu mengetap-ngetap bibir menahan marah pada saya.
Tersirap darah naik ke kepala. Menggeletar seluruh tubuh. Saya bersedia mempertahankan diri sekiranya dia bertindak kasar. Kalah atau menang perkara kedua. Yang pasti kalau dia sentuh sahaja tubuh saya, memang dia cara nahas.
Jangan anggap saya lembut macam sotong. Belum lawan belum tahu siapa memang dan siapa kalah. Dia perlu ingat, bukan dia seorang sahaja pandai naik angin, saya juga boleh naik angin pada bila-bila masa. Saya hanya tunggu dan lihat, kalau dia bertindak kasar barulah saya akan membalas secara kasar juga.
Saya langsung tidak perasan seluar dalam lelaki itu di atas katil. Mungkin tergesa-gesa keluar kerana bimbang bertembung dengan isterinya sehingga terlupa pakaian dalam itu tertinggal. Ataupun, seluar itu tersorok dalam selimut, bila saya bangun dan jadikan selimut untuk menutup tubuh, seluar itu tertinggal atas katil.
“Aku tahu awak tak bersalah. Yang salah laki aku ajak awak tidur di hotel ni. Dia memang jenis jantan tak pernah puas, dah habis betina agaknya sampai jantan dengan jantan pun dia sanggup main,” kata wanita itu lalu mengheret anaknya keluar.
Sebaik saja dia melangkah keluar saya terus mengunci dari dalam. Tanpa berlengah saya masuk ke bilik mandi untuk membersih diri. Kemudian dalam keadaan tergesa-gesa menyarung pakaian untuk tinggalkan bilik. Kalau boleh saya tidak mahu lagi bertemu dengan lelaki Khadazan itu.
Sebelum melangkah keluar saya terpandang pada seluar dalam di atas katil. Pelik, macam mana wanita itu boleh kenal seluar dalam suaminya? Saya menyoal diri sendiri lalu membelek-belek seluar itu untuk mencari jawapannya. Rupa-rupa terdapat tanda tulisan BJK dengan marker pen dakwat biru di pinggang seluar itu.
Apa maksud BJK? Ah! Lantaklah… tidak kuasa saya hendak memikirkannya. Saya juga tidak ada masa hendak tinggal lebih lama dalam bilik itu. Bimbang juga kalau-kalau wanita tadi datang semula mencari suaminya. Memikir beberapa kemungkinan, menyebabkan saya cepat-cepat melangkah ke arah lif tidak jauh dari situ.
Mingguan Perdana Bil 1104
Ahad 23 Januari 2011
Episod 25
HATI BERDEBAR-DEBAR
FIKIRAN saya begitu berserabut walaupun sudah terlepas daripada bala sewaktu di kamar hotel tadi. Kalaulah isteri lelaki yang saya temani tidur itu ‘naik angin’, belum tentu saya boleh mempertahankan diri. Orang sedang marah biasanya boleh bertindak tanpa memikirkan keselamatan diri.
Saya menyumpah-nyumpah kerana tiada nampak sebuah teksi pun masuk ke tempat menunggu di hadapan bangunan hotel. Hendak menunggu bas saya perlu menapak lebih kurang 100 meter dari hotel. Saya memberi masa 10 minit lagi, jika tiada baying teksi mahu tidak mahu terpaksa ke perhentian bas.
Sementara menunggu ketibaab teksi saya membelek-belek telefon bimbit. Terdapat beberapa ‘miss call’ yang perlu saya hubungi balik pemanggil. Semua pemanggil itu menghubungi saya ketika wanita bersama anaknya masuk ke bilik hotel tadi. Telefon pula dalam beg tangan dan deringannya sengaja diperlahannya. Itu antara sebab saya tidak dengar telefon berdering.
Saya lebih yakin semua panggilan itu terdiri daripada pelanggan yang pernah bergasak dengan saya. Ada setengahnya mereka ambil dari ‘apek’ penjaga sebuah hotel murahan di Chow Kit. Kebanyakan dari kami golongan maknyah sengaja tinggalkan nombor telefon kepada apek itu untuk memudahkan jantan-jantan jalang yang memerlukan servis maknyah.
Bagaimanapun sewaktu saya berkira-kira hendak menjawab semua panggilan, sebuah teksi berhenti di perkarangan hotel. Sepasang remaja ‘mat saleh’ keluar dan saya cepat-cepat dapatkan teksi itu. Setelah masuk ke perut teksi, saya minta pemandu hantar saya pulang ke rumah.
Setiapkali berada dalam teksi, pasti teringat Jimmy Low memberi cek tendang bernilai RM10,000. Kalaulah dia tidak menipu sudah pasti saya dapat membeli sebuah kereta. Tunggu teksi di perut bandaraya memang leceh, teksi memang banyak, tetapi ada waktu tertentu susah dapat.
Itu sebabnya saya sudah lama berazam hendak memiliki kenderaan sendiri. Malangnya duit selalu tak cukup. Betullah kata orang kalau duit dari sumber ‘hanyir’ memang tak berkat. Satu malam ada yang sanggup bayar sampai RM500, tetapi wang itu tidak lama berada dalam simpanan. Terlalu cepat mengalir dan banyak dibelanjakan ke arah tidak berfaedah seperti karaoke dan minum-minuman keras untuk hilang stress.
“Rumah cik lorong mana?” Tiba-tiba soal pemandu sebaik saja teksi membelok masuk ke kawasan perumahan tempat saya menginap.
“Tak apa, boleh turunkan saya depan tu aje,” saya mengarah setelah lamunan saya terganggu. Lagipun kalau teksi hendak masuk sehingga depan pagar terpaksa pusing agak jauh. Lebih baik saya turun tidak jauh dari simpang dan boleh ambil ‘short cut’ melalui lorong belakang tidak sampai 10 minit berjalan.
Dari jauh lagi sudah nampak pintu pagar ternganga sedikit. Biasanya jika berkeadan begitu, pasti ada orang di rumah sama ada saya atau Mea. Bagaimanapun, pintu rumah sentiasa dikunci dari dalam untuk mengelak daripada kejadian tidak diingini, lebih-lebih lagi setelah kejadian saya diceroboh lelaki tidak lama dulu.
Sambil menyanyi dalam hati mengikut irama lagu yang berkumandang dari rumah sebelah, saya terus menolak daun pintu setelah menanggalkan kasut. Alangkah terperanjatnya saya melihat seorang lelaki terlentang sedang nyenyak tidur di sofa. Mukanya ditutup helaian akhbar harian. Cepat-cepat saya melangkah ke bilik Mea dan terus masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu sebagaimana yang pernah saya lakukan.
“Sapa di luar tu?”
“Apasal tanya aku pulak?” Mea yang sedang berbaring sambil bermain game dalam telefon bimbitnya bingkas bangun.
“Habis aku nak tanya sapa? Hang di rumah dengan dia, aku tanya hang la!” Saya meninggikan sedikit suara.
“Hang gila ke apa? Bukan ke dia kenal hang, dia bagi tau aku, dia dah booking hang malam nie!” Tersentak saya mendengar penjelasan Mea.
“Booking aku?” Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Yelah booking hang, buat-buat terkejut pulak,” sindir Mea. “Kalau hang tak mau, aku rembat,” sambungnya lalu baring semula. Telefon masih tidak terlepas dari dalam genggamannya.
Saya memikir sejenak. Seingat saya tidak ada mana-mana lelaki jalang yang booking saya malam nanti. Lelaki yang saya temaninya tidur malam tadi juga tidak memberitahu hendak menggunakan lagi khidmat saya. Siapakah lelaki itu? Soalan itu menerjah kotak fikir saya bertalu-talu. Sudahnya saya menarik tangan Mea untuk mengajak melihat siapa yang sedang tidur di sofa.
Tanpa berlengah saya terus mengangkat suratkhabar yang menutup muka lelaki yang sedang berbaring itu. Alangkah terkejutnya saya, rupa-rupanya lelaki sama yang saya temaninya tidur di hotel malam tadi. Lelaki itu tersengih memandang saya sebelum menyandar di sofa.
Serba salah dibuatnya. Kalau boleh saya tidak mahu menemani lelaki itu tidur kerana bimbang dengan isterinya. Walaupun saya dapat memberi keseronokan pada lelaki itu, dalam waktu sama saya tidak mahu menghancurkan rumahtangga orang.
Saya tinggalkan lelaki itu masuk ke bilik dan mengunci dari dalam. Sebentar kemudian kedengaran Mea mengetuk pintu bilik bertalu-talu tetapi saya buat-buat tidak dengar sahaja. Biarlah giliran Mea pula melayan lelaki jalang itu.
Mingguan Perdana Bil 1105
Ahad 30 Januari 2011
Episod 26
TERIMA UGUTAN...
ENTAH kenapa sejak malam tadi perut saya memulas. Yang hairannya saya tidak pula makan makanan pedas atas masam. Sejak malam tadi juga saya sudah buang air besar lebih lima kali. Keadaan begitu membuatkan saya tidak dapat tidur nyenyak sepanjang malam.
Sewaktu berborak dengan Mea di ruang tamu tengah hari tadi dan merancang hendak tukar ‘port’ belakang bangunan kedai di Bukit Bintang, saya beritahu dia mengenai masalah yang dihadapi sepanjang malam. Yang menghairankan saya, Mea buat-buat tak dengar.
Biasanya kalau saya beritahu tubuh saya bermasalah, sama ada sakit kepala atau tidak selera makan, dialah orang pertama yang carikan ubat. Paling tidak panadol untuk melegakan sakit. Berbeza kali ini, dia langsung tidak menunjukkan simpati, sedangkan saya rasa lemah satu badan.
Memikirkan Mea enggan berborak, saya ambil keputusan masuk ke bilik. Seperti biasa saya mengunci dari dalam dan menghempas diri ke tilam. Saya berbaring dengan bola mata memfokus ke arah siling setelah telefon diletakkan di sisi.
Berat saja rasa hendak jumpa pelanggan. Telefon berdering berkali-kali. Saya biarkan saja ia menjerit minta dijawab. Tak kuasa rasanya hendak melayan panggilan jantan-jantan jalang yang tak pernah puas. Semuanya tidak boleh layan lebih sikit, mulalah telefon memanjang. Bila ajak ke ranjang, ada yang beri pelbagai alasan. Jenis suka nak merengeh, ada baiknya ‘bo layan’.
Apa aku nak buat nie? Saya bertanya diri sendiri. Kalau layan tidur bermakna tolak rezeki. Walaupun rezeki yang saya perolehi ‘haram’ tetapi itulah pekerjaan yang mampu saya lakukan. Sebelum ini pun pernah saya lontarkan masalah pekerjaan saya yang dianggap menjijikan. Namun, tidak ada pekerjaan lain yang mampu saya buat.
Kalau sekadar jadi PA atau kerani di pejabat berhawa dingin, ada baiknya lupakan saja. Untuk apa bekerja seperti tak cukup hari, tetapi pendapatan tidak seberapa. Sedangkan pekerjaan yang saya lakukan sekarang hanya dalam beberapa jam sahaja boleh dapat beratus-ratus ringgit.
Buat masa sekarang saya tidak memikirkan lagi masalah malu ekoran jual tubuh. Lantaklah orang hendak cakap apa pun kerana kalau saya tidak mempunyai wang tidak siapa yang sedia hulur bantuan. Rakan-rakan rapat pun kalau minta pinjam RM50 akan beri pelbagai alasan. Kalau lewat bayar pula, dijajanya satu Malaya dan minta mereka jangan beri hutang sekiranya saya ingin meminjam.
ZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Saya tersedar bila telefon berdering. Tangan meraba-raba telefon lalu melekapkan ke telinga setelah menekan punat sambungan.
“Hello… selamat petang.”
“Ya selamat petang.” Saya membuka mata, sambil memandang ke arah tingkap. Saya bertanya diri sendiri betulkah hari masih siang? Setelah nampak cerah barulah saya percaya hari masih belum malam, cuma tidak dapat mengagak pukul berapa.
“Awak kenal saya?” Suara wanita dari corong telefon itu menyoal.
“Suara macam pernah dengar, tapi saya tidak dapat menganggak siapa.”
“Saya tidak kisah awak kenal atau tidak dengan saya, yang penting saya memerlukan wajah awak.”
“Wajah saya? Apa kena mengena wajah saya dengan awak?” Saya bingkas duduk. “Saya tidak faham dengan apa yang awak maksudkan. Tolong beritahu apa yang awak mahu dari saya?” Suara terpaksa saya tinggikan sedikit dari tadi.
“Bagus soalan awak tu. Oleh kerana awak desak saya terus terang saya nyatakan yang saya mahu simbah asid ke muka awak. Ingat! Saya hendak simbah asid ke muka awak!” Tegas suara itu lagi.
“Hello… tapi… sa… saya..” seluruh tubuh saya menggigil. Inilah pertama kali saya menerima ugutan menakutkan. Saya dapat mengagak kulit muka saya ketika itu pucat lesi. Kalau toreh tidak akan berdarah.
“Tak ada tapi-tapinya. Berhati-hati. Kalau saya jumpa awak, nahas!” Amaran suara itu dan kedengaran ada suara lain sedang ketawa berdekah-dekah.
“Hello, siapa ni?” Beberapa kali saya mengulangi pertanyaan itu, tetapi senyap sahaja sedangkan talian belum diputuskan. Saya juga yakin ada orang sengaja hendak menakut-nakutkan saya.
“Akulah,” lembut dan berlainan pula suara wanita tadi.
“Akulah tu siapa?” Geram sunggup saya bila pemanggil tidak mahu memperkenalkan diri.
“Mirza… Mirza Pontian. Takut juga awak rupanya.”
“Awak Mirza? Sial punya nyah… aku ingatkan siapa tadi. Nasib baik aku tak terkencing dalam kain tadi,” kami sama-sama ketawa. “Awak kat mana ni, jauh je bunyi?” Saya menyoal setelah ketawa kembali reda.
“Memang jauh di Ipoh.”
“Jauh menyundal.., dah tak ada pelanggan di Pontian ke nyah?” Terlontar pula soalan agak sensetif walaupun kami sering bergurau begitu.
“Tak sayang mulut le ter! Ada hal lain le, bukan menyundal.”
“Abis, awak nak datang KL ke? Kalau nak datang tak de hal, aku boleh tunggu. Mea pun rindukan awak, maklumlah dah lama tak jumpa,” saya beritahu Mirza sebelum kami memutuskan perbualan.
Mingguan Perdana Bil 1106
Ahad 6 Februari 2011
Episod 27
NYARIS DICULIK
KALAULAH Mirza dekat dengan saya semasa dia telefon semalam pasti dapat nahas. Saya akan cubit dia sampai terkoyak kulit. Geram sunggup bila dia ugut hendak simbah asid ke muka saya. Pada waktu itu, saya bukan saja mengeletar satu badan, nyaris-nyaris hendak terkencing dalam seluar.
Bayangkan betapa takutnya saya jika kejadian begitu benar-benar terjadi. Saya bukan ada ‘body guard’ boleh menjaga keselamatan saya sepanjang masa. Apatah lagi setiap malam menjadi penghuni lorong belakang bangunan yang suram sahaja cahaya neon.
Dah banyak kes yang disiarkan dalam suratkhabar, mangsa kena simbah asid merana sepanjang hayat. Kalau terkena pada tubuh boleh juga sembunyi parut dengan pakaian. Kalau muka, nak tutup dengan apa? Kalau sehari dua boleh pakai topeng, kalau hari-hari sesak nafas jawabnya.
Buat pembedahan. Memang boleh buat pembedahan tapi tak akan hilang seratus peratus. Macam mana pun parut tetap ada sampai ke mati. Perbelanjaannya pula tak guna cakap, paling rendah lima angka. Itu belum masuk rawatan susulan mahupun ubat-ubatan. Kalau persatuan mak nyah nak tolong, dapatlah ringankan beban, kalau tidak pandai-pandailah korek duit.
Ada ke persatuan mak nyah? Terfikir juga kalau ada persatuan sudah tentu kebajikan mak nyah dapat pembelaan. Bagaimanapun, sejak saya mencebur bidang jual tubuh, tak pernah dengar pula wujudnya persatuan mak nyah dari mulut kawan-kawan. Jika sudah wujud bermakna diluar pengetahuan dan saya minta maaf daripada ahli jawatankuasa persatuan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut.
Cuma buat masa ini saya lebih gemar bergerak secara sendiri. Risikonya memang tinggi jika berlaku mala petaka. Kerana wang saya terpaksa melakukan juga aktiviti terlarang ini. Pada saya menjual tubuh lebih baik daripada menagih simpati orang ramai di kakilima-kakilima kedai sambil menghulur tangan.
Alamak! Baru saya ingat Mirza minta tunggu dia di perhentian teksi di luar sana. Saya melihat waktu yang terpancar di permukaan telefon tangan. Sudah hampir 3:30 petang. Dia beritahu akan sampai sekitar jam 3:00 petang. Sudah terlajak setengah jam.
Macam lipas kudung saya bersiap. Sarung seluar panjang dan kemeja T. Tak perlu lagi bersolek macam nak keluar menyundal. Lebih kurang sepuluh minit saya sudah terpacak berdiri di tepi tempat perhentian bas sekaligus tempat teksi berhenti ambil penumpang.
Tunggu punya tunggu lebih 10 minit, masih belum ada teksi mahu pun kereta persendirian berhenti. Bas baru saja berhenti menurunkan penumpang tetapi tidak nampak pun Mirza turun. Lagipun dua orang saja, mustahil saya tidak kenal dia. Nyah bertubuh macam tong deram.
Saya cepat menyampah kalau orang tidak menepati masa. Berganda-ganda menyampah bila call handphone dia, tidak berjawab. Sudahnya saya buat keputusan dalam masa 20 minit lagi kalau Mirza tak datang, saya akan balik ke rumah. Nanti pandai-pandailah dia cari rumah saya…
Disebabkan hello Mirza tidak berjawab, saya hantar SMS bertanya dia sudah berada di kawasan mana dan akan pulang sekiranya dalam masa 20 minit lagi dia tidak sampai. Puas saya menunggu tidak ada tanda-tanda jawapan balas darinya. Ternyata dia telah mempermainkan saya sekali lagi.
“Tak guna punya nyah gemuk ni!” Gerutu hati kecil saya.
“Aduuus!.” Tidak terasa saya menampar tiang besi pondok perhentian bas di situ kerana terlalu marah pada Mirza. Nasib baik saya seorang sahaja di situ, kalau tidak sakit dapat malu pun dapat. Dengan perasaan terlalu marah saya melangkah perlahan-lahan pulang sambil mengurut-urut tangan kanan yang sakit.
Bagaimanapun, baru beberapa tapak sebuah Proton Perdana hitam berhenti betul-betul di sisi saya. Langkah saya mati serta merta sambil terpacak berdiri. Melihat ke dalam tetapi tidak kelihatan dengan jelas kerana cermin gelap. Kemudian turun seorang wanita bersama lelaki masing-masing memakai kaca mata hitam lalu menghampiri saya.
Oleh kerana saya sudah pernah kena culik, menyebabkan amat fobia jika ada orang menghampiri lebih-lebih lagi turun dari kereta. Tanpa berfikir panjang saya terus langkah seribu meninggalkan kedua-dua pasangan tadi.
“Hoi Emy! Awak nak lari ke mana?”
Mendengar laungan saya berhenti berlari kemudian menoleh ke arah suara itu. “Awak tu siapa?” Saya menyoal balik. Kebimbangan masih bersarang dalam minda saya lebih-lebih lagi melihat fizikal Mirza. Dulu bentuk tubuh macam batang balak, kini macam batang kelapa sahaja. Bergaya macam selebriti dengan cermin mata hitam. Macam mana nak perasan dia rakan lama saya.
“Akulah Mirza, mangkuk betul nyah sekor ni!” Mirza membebel. “Awak nak pergi ke mana, lari macam biawak lapar.”
Tercungap-cungap saya berjalan ke arah Mirza semula. Walaupun baru beberapa meter, disebabkan tidak pernah berlari sekuat tenaga membuatkan saya rasa seperti hendak putus nafas.
“Hoi nyah, awak janji pukul berapa, sampai pukul berapa?” Masih ada sedikit kemarahan berbaur seronok berjumpa rakan lama.
“Kira okey apa aku dah sampai, kalau aku tak sampai macam mana?” Soal Mirza sambil menjeling ke arah lelaki sebelahnya. Lelaki itu tumpang tersenyum.
“Kalau tak sampai maknanya awak dah mam…” saya sengaja menyebut separuh sahaja perkataan itu, biar Mirza fikir sendiri.
“Mari naik kereta, kita ke rumah awak,” pelawa Mirza setelah saya diperkenalkan kepada lelaki mancho itu.
Mingguan Perdana Bil 1108
Ahad 20 Februari 2011
Episod 28
TIBA-TIBA INGAT NERAKA
SEWAKTU saya bersiap-siap hendak ke ‘port’ belakang bangunan di kawasan Chow Kit sekitar jam 9:00 malam, Mirza juga sibuk menyarung pakaian. Saya minta dia tidak perlu ikut sama dan berjanji akan pulang awal dari biasa. Bagaimanapun, dia tetap berkeras mahu pergi juga atas alasan hendak melihat kawasan saya menyundal.
Oleh kerana dia berkeras hendak turut sama, saya tidak dapat menghalang. Saya pun tidak akan tinggal bersendirian di rumah orang ketika tuan rumah tidak ada. Pada saya lantaklah dia hendak ikut, bukannya rugi apa-apa pun. Kalau dia hendak menyundal pun saya tidak kisah, itu rezeki dia. Cuma saya boleh nasihat dia berhati-hati dengan lelaki jalang Kuala Lumpur. Pengalaman saya kena tipu, kalau boleh tidak berlaku pada Mirza.
“Kalau ada orang nak try servis aku pun nyah, aku tak nak layan,” kata Mirza macam tahu-tahu kebimbangan yang bersarang dalam minda saya.
“Kalau jantan nak apa salahnya, layan ajelah nyah. Yang penting bayar, kita bukan servis free. Kalau nak free mintak dia beli sabun banyak-banyak, servis serdiri!” Saya menjeling ke arah Mirza sambil ketawa terkekeh-kekeh. Dia ikut ketawa dengan menampakkan giginya yang tersusun putih.
“Hei nyah, aku datang KL nie bukan nak menyundal, saja je nak tengok tempat kamu,” kata Mirza.
“Sama je nyah di mana-mana pun. Kalau ada jantan jalang usung ke hotel ataupun bergasak dalam kereta kira bagus. Kalau tak, terpaksa le tepi longkang bertilam kotak, tak pun lapik ngan peper lame,” balas saya sambil mengajuk orang Cina masuk ke kawasan perumahan membeli kertas akhbar terpakai sekaligus membuka rahsia pengalaman sejak menjadi penghuni lorong hanyir belakang bangunan di ibu negara ini.
“Tahu tak apa nyah. Tak perlulah nak mengada-ngada. Kita pilih jalan macam ni, menyesal pun dah tak guna, kalau mati terus kena tendang masuk neraka” Mirza pula menghempas masalah yang pernah dilaluinya.
“His! Baik-baik sikit cakap tu. Ingat orang macam kita semua masuk neraka ke?” Saya menyoal walaupun pada pengamatan saya yang tidak berapa pandai agama, buat kerja mungkar tentu balasannya neraka.
“Boleh, tapi kena le bertaubat nasuha. Bukan taubat hari ni, esok buat balik,” balas Mirza. Kami sama-sama diam. Saya merenung dalam diri yang sudah banyak bergelumang dengan dosa.
“Aku ingat tak payahlah kita berborak pasal syurga neraka ni. Takut le nyah, ada baiknya awak panggil Mea dalam bilik, dah siap ke belum, kalau dah boleh kita keluar bersama,” saya beri arahan pada Mirza.
Kami bertiga menaiki teksi yang kebetulan hendak ke bandar setelah menghantar penumpang. Sewaktu tiba di kawasan Chow Kit cuaca agak baik. Bulan juga sudah menampakan wajah berseri-seri di langit. Seperti biasa saya naik ke loteng yakni atas sebuah restoran Cina yang merupakan tempat kami golongan maknyah mendapat maklumat semasa daripada seorang lelaki Tionghua berusia lebih 50 tahun.
Mea sudah hilang di sebalik cahaya suram belakang bangunan. Saya bersama Mirza berlegar di lorong tempat orang jual ubat kuat. Tujuannya tidak lain untuk mengiklan diri sendiri. Dengan berpakaian seksi dan mekap tebal sudah tentu kami akan menjadi tumpuan lelaki jalang kehausan di situ.
Kemudian saya mengajak Mirza ke satu lorong dan kami menunggu pelanggan di sudut yang agak suram. Dua tiga orang lelaki mundar mandir tetapi tidak seorang pun yang membuka mulut. Pengalaman saya mereka sekadar ingin meninjau sahaja, kalau berkenan barulah bertanya berapa harga untuk sekali game.
Tidak lama datang dua lelaki bertubuh sederhana lalu menghampiri kami. Mirza beredar jauh sedikit dari saya. Dia tidak mahu kacau daun pelanggan saya. Lagipun, sejak dari rumah lagi dia beritahu sekadar hendak melihat tempat bukan hendak menjual tubuh.
“Lawa malam ni,” tegur salah seorang lelaki itu walaupun kedua-dua wajah mereka tidak nampak jelas.
“Terima kasih bang,” balas saya sambil merapatkan tubuh ke tubuh lelaki itu.
“Berapa?” Tanya rakan lelaki itu pula.
“Berapa bang berani?” Saya sengaja menyoal balik untuk mengetahui berapa dia sanggup bayar.
“Dua puluh boleh,” lelaki itu meluruskan dua jari menandakan dia sanggup bayar RM20 sahaja untuk sekali servis.
Tiba-tiba salah seorang maknyah tidak jauh dari saya menjerit sambil meronta-ronta hendak melepaskan diri. Seorang lelaki sedang memeluk tubuhnya dan seorang lagi memegang tangannya. Spontan saya menolak dengan kuat lelaki di hadapan saya dan dia terdorong ke belakang lalu jatuh atas jalan. Sewaktu rakannya cuba membantu, saya berlari ke arah Mirza lalu menarik tangannya untuk sama-sama meninggalkan tempat itu. Kami berlari sekuat tenaga ke satu lorong tidak jauh dari hotel mewah di kawasan itu.
“Tu lah nyah, aku dah kata jangan ikut, kan dah masalah,” saya mengurut-urut kaki yang terseliuh setelah yakin pegawai JAWI tidak dapat mengesan tempat kami berada. Mirza tidak menjawab sebaliknya minta saya memaut pinggangnya setelah melihat saya berjalan terhencot-hencot walaupun kaki dia melecet.
Mingguan Perdana Bil 1109
Ahad 27 Februari 2011
Episod 29
DIDATANGI LELAKI BERSERBAN
SUDAH dua hari saya tinggal saja di rumah ekoran kaki terseliuh masih belum pulih sepenuhnya. Jalan masih terhencot-hencot, walaupun bengkak pada buku lali sudah surut sedikit. Sakit bila berjalan juga sudah berkurangan setelah digosok dengan minyak urut. Saya yakin esok malam sudah boleh ke ‘port’ seperti biasa jika JAWI tidak buat operasi perbersihan di kawasan Chow Kit.
Mea masih dibuai mimpi kalau sekitar jam 10:00 pagi. Jangan cuba-cuba ketuk pintu biliknya, memang tidak akan bangun. Saya pun kalau sekitar pukul 10:00 tidak akan bangun. Maklumlah jam 5:00 atau 6:00 baru pijak rumah.
“Apa aku nak buat nie?” Soalan ini sudah acapkali menerjah minda saya. Masuk ke bilik hendak sambung tidur tidak mahu terlelap. Tengok TV tidak satu rancangan seronok. Astro tak langgan kerana tidak ada masa hendak menonton siaran stesen berbayar itu kerana banyak masa kami di sebelah malam di lorong-lorong hanyir belakang bangunan.
Sudahnya saya tarik majalah lama bawah meja kecil di ruang tamu. Saya membelek-belek setiap halaman majalah berkaitan wanita itu tanpa membacanya. Tidak sampai lima minit habis setiap halaman diselak. Kemudian saya buka halaman tengah lalu meletak pada muka setelah berbaring di sofa.
Sama juga tidur dalam bilik, mata tidak mahu terlelap. Fikiran terbang entah ke mana-mana. Satu demi satu timbul depan mata termasuk sewaktu bergasak dengan pelbagai jantan jalang sama ada di hotel, dalam kereta, tepi longkang mahupun bawah tangga bangunan.
“Assalamualaikuuuuummmm.” Saya menelinga sahaja pada suara memberi salam itu. Saya menjangka rumah sebelah.
“Assalamualaikuuuuuummm.” Sekali lagi kedengaran orang memberi salam. Saya bingkas duduk sambil menyandar. Masih mengagak ada tetamu datang ke rumah sebelah.
“Tok! Tok! Tok!” Bunyi ketukan pada pintu kemudian kedengaran orang sama memberi salam. Barulah saya bingkas ke pintu menjenguk siapa gerangan di luar sambil menjawab salam. Melalui cermin tingkap yang direnggangkan sedikit saya melihat dua lelaki berjubah kelabu dan berserban sedang memegang beberapa buah kitab.
Tanpa berfikir panjang saya terus menarik daun pintu. Sebaik saja pintu ternganga, lelaki yang berada di hadapan tersentak sebaik saja melihat wajah saya. Saya memerhati pada diri sendiri apa salah saya sehingga dia seperti melihat sesuatu yang pelik pada tubuh saya.
“Awak ni bukan abang Rahim?” Dia ingin tahu.
“Ya!” Saya mengaku tetapi kepala menggeleng.
“Ya ke tidak ni abang Rahim?” Pemuda itu mengulangi soalan tadi. Mungkin dia ingin kepastian nama saya kerana menggeleng tadi.
“Betullah tu nama saya Rahim, kenapa?”
“Abang tak kenal saya?” Dia bertanya lagi.
Saya berusaha mengingat pemuda itu ternyata tidak berhasil. Akhirnya saya terpaksa menjawab tidak perasan. Sememangnya saya langsung tidak ingat siapa sebenarnya dia, lebih-lebih lagi fizikalnya telah jauh berubah.
“Betul-betul tak ingat atau saja buat-buat lupa?” Pemuda itu seolah-olah memaksa saya mengingati dia.
“Minta maaf, saya langsung tak ingat. Macam mana saya hendak cakap saya kenal dengan saudara,” Rasa meluat pada pemuda itu mula bersarang dalam minda saya. Kalau ikutkan hati hendak masuk saja ke rumah kemudian kunci pintu rapat-rapat.
“Jangan macam tu Abang Rahim, saya Ramlan anak Pak Man, rumah tepi sekolah,” terang pemuda itu lagi sambil menjeling ke arah rakannya.
“Jadi awak anak Pak Man Mu…”
“Ya anak Pak Man Mudim,” pantas saja potong pemuda itu.
Sepantas kilat nostalgia bersama abang pemuda itu terpancar di ruang wajah. Kalau bukan kerana dia, saya tidak akan jadi penghuni lorong hanyir belakang bangunan. Dialah juga lelaki pertama yang telah menggomol saya sehingga begitu seronok setiapkali bertemu dengannya. Lebih setahun kami melakukan hubungan luar tabii sehingga saya hilang pertimbangan untuk terus menjadi lelaki.
“Di mana dia berada?” Hendak juga bertanya pada pemuda di hadapan saya, tetapi tidak terkeluar dari mulut.
“Tak sangka pula kita jumpa di Kuala Lumpur ni,” tiba-tiba pemuda itu bersuara menyebabkan lamunan saya terhenti serta merta.
“Ya.. Ya! Tak sangka,” rengkas saja jawapan saya.
“Tak apa abang, kedatangan saya dengan kawan ni sebenarnya nak jual buku-buku agama termasuk tafsir dan terjemaahan al-Quran ni. Tanda pertemuan kita saya sedekah senaskhah al-Quran ni pada abang Rahim,” katanya sambil menghulur naskhah al-Quran yang dimaksudkan.
Berat rasanya hendak menyambut al-Quran itu. Lagipun manalah ada masa saya hendak membacanya. Yang ada senaskhah pun sudah lama tidak dibuka, untuk apa kalau dijadikan sebagai hiasan saja di rumah.
Mingguan Perdana Bil 1110
Ahad 13 Mac 2011
Episod 30
KENA BELASAH
SEWAKTU dalam perjalanan pulang ke rumah dengan teksi sekitar jam 5:00 pagi, tidak semena-mena teksi berhenti di satu kawasan yang agak suram di sebatang jalan. Saya tidak dapat mengagak kawasan mana kerana sebaik saja masuk ke perut kenderaan di tempat duduk belakang saya terus terlelap. Saya tersedar apabila terasa ada tangan merayap di bahagian dada saya.
Rupa-rupanya tempat duduk pemandu telah direbahkan sehingga memudahkan dia berada rapat dengan tubuh saya. Entah berapa lama jari jemarinya menjalar dalam pakaian saya tidak pasti. Cuma sewaktu saya sedar butang baju bahagian atas sudah ditanggalkan.
Nasib baik saya jenis tidak cepat gelabah dan tidak menjerit. Sebaliknya hanya tersentak sekejap kerana terkejut tetapi terus saja membiarkan jejari lelaki itu meneroka lebih jauh ke dalam pakaian saya. Rasa seronok pula diperlakukan begitu walaupun sebelum itu sudah beberapa jantan jalang bertindak sama.
Bagaimanapun pemandu teksi itu akur setelah saya menepis tangannya beberapakali ekoran berusaha hendak meneroka ke dalam seluar saya. Dia macam tidak setuju dengan tindakan saya itu dan mula hendak bertindak agresif. Namun, saya tetap bersedia jika tindakannya melampaui batas.
“Saya boleh beri apa saja abang nak, kalau sanggup bayar!” Saya berkata setelah membetulkan duduk. Dari mula masuk kereta tadi saya menyandar dan memejam mata rapat-rapat kerana terlalu mengantuk dan kepenatan.
“Berapa perlu saya bayar?” Soal pemandu itu dalam posisi masih berbaring sambil memandang ke arah saya.
“Dua ratus boleh.”
“Apa? Saya tak berapa dengar!” Dia buat-buat terperanjat sambil sebelah tangannya meletak ke telinga.
“Dua ratus ringgit bang sekali servis,” saya mengulangi sambil meluruskan dua jari kanan. Saya tak pasti dia nampak atau tidak dalam teksi yang hanya disimbah cahaya lampu jalan samar-samar itu.
“Dua ratus. Gila ke apa awak ni? Belakang mati baru RM20,” kata pemandu teksi itu sambil melaraskan seat teksi sebagaimana biasa.
“Kalau nak murah abang pergi cari kat situ, dengan saya paling kurang dua ratus,” saya membalas dan yakin lelaki itu sengaja mengacah saya, padahal tidak pernah ke tempat-tempat pelacuran seperti itu. Jika dia jantan jalang sebagaimana yang lain pasti pernah berjumpa dengan saya.
“Awak ni macam ada emas pula di badan, apa salahnya bagi ‘special offer’, nanti saya boleh rekomen pada kawan-kawan saya pula,” balasnya seolah-olah mengharap saya memberi servis dengan harga lebih istimewa.
“Bang, hantar saya cepat ke rumah, lain kali sajalah kita berbual pasal benda ni,” saya sudah mula meluat melayan lelaki miang itu.
“Jangan macam tu, apa salahnya ka…” dia tidak dapat menghabiskan ayat itu kerana sebuah kereta peronda polis bergerak perlahan di sisi teksi. Segera pemandu teksi itu menggerakkan teksinya meluncur ke hadapan sehingga menurunkan saya tidak jauh dari. Bagaimanapun, mula saat itu antara saya dengan pemandu teksi itu menjadi sahabat setelah kami bertukar-tukar nombor handset.
Lebih kurang sebulan dia sering mengambil dan menghantar saya ke lorong-lorong hanyir kawasan Chow Kit mahupun Bukit Bintang. Kadang-kadang dia tidak mahu wang tambang walaupun hantar saya pulang pada pagi-pagi buta. Untuk membalas budinya, saya terpaksa pertaruhkan ‘body’ sebagai bayaran tambang.
Sebenarnya sepanjang hidup saya, pemandu teksi itu merupakan lelaki pertama dalam diam saya jatuh cinta. Sebelum ini sudah berpuluh atau beratus lelaki bergasak dengan saya, tetapi tidak seorang pun perasaan sayang timbul Berbaza dengan pemandu teksi itu, saya seperti terlalu mengharap dia melafazkan cinta terhadap saya.
Persahabatan kami berlanjutan hampir tiga bulan sehingga suatu hari berlaku perkara yang tidak disangka-sangka. Sebaik saja saya turun dari teksi dan melangkah masuk ke pintu belakang bangunan, seorang wanita lingkungan 40 han menerpa ke arah saya lalu menarik rambut dengan kasar.
Oleh kerana tidak bersedia, menyebabkan dengan mudah dia menjatuhkan saya. Muka ditekannya ke lantai simen, manakala tangan sebelah lagi dikilas kebelakang menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa. Bila saya hendak menjerit minta tolong, dia lebih dulu menekan muka saya dengan kuat sehingga saya terpaksa mohon simpati agar dia tidak bertindak lebih kasar.
“Oh! Tahu pun sakit… macam tu lah awak dah bagi hati saya sakit!” Katanya lalu menekan dan mengangkat kepala saya beberapakali.
“Apa salah saya, saya tak tahu apa-apa pun!” Agak kuat juga saya bersuara, dengan harapan ada orang dengar dan masuk membantu. Entah apa sial malam itu, tidak seorang pun dengar sehingga boleh menolong saya.
“Jangan buat-buat tak tahu. Kalau awak goda lagi laki aku, aku benam awak dalam longkang!” Berdasarkan amaran wanita itu sahlah dia isteri kepada pemandu teksi yang menghantar dan mengambil saya setiap malam.
“Sa… saya kan bayar dia untuk ambil dan hantar pulang,” saya berusaha mempertahankan diri setelah dia melepaskan dan menolak tubuh saya ke dinding.
“Jangan nak berpura-pura. Mulai malam ini saya tidak mahu lagi dia usung awak, lebih-lebih lagi bawa ke tempat kotor macam ni!” Dengan muka bengis dia menolak sekali lagi tubuh saya sehingga sekali lagi dahi saya terhantuk ke dinding sebelum berlalu dari situ.
Sambil membetulkan rambut serta pakaian saya memerhati wanita itu hingga hilang dari pandangan. Rasa marah kerana dia bertindak kasar dan rasa bersalah kerana menggoda suaminya. “Padan muka aku,” saya bercakap sendiri lalu berjalan perlahan-lahan ke arah lorong suram.
Mingguan Perdana Bil 1111
Ahad 20 Mac 2011
Episod 31
RM200 SEKALI SERVIS
SEKALI lagi saya terpaksa memikirkan sama ada hendak menukar kad sim baru atau tidak, memandangkan pemandu teksi yang juga bekas kekasih songsang sering menelefon. Walaupun saya telah ambil keputusan drastik tidak akan berkawan dengannya lagi, tetapi telefon yang berdering hampir setiap minit membuatkan kehidupan saya terganggu. Sudahnya saya terpaksa ‘off’ telefon sepanjang hari.
Keadaan sama berulang seperti sebelum ini bila saya mematikan telefon bimbit, banyak panggilan masuk terutama daripada pelanggan setia saya. Mereka marah-marah kerana ketika amat memerlukan khidmat saya, tidak dapat dihubungi.
Akibatnya banyak SMS yang saya terima berbaur kata-kata yang tidak sedap didengar sehingga alat sulit ibu saya juga disebut-sebut. Padahal tidak ada kaitan langsung dengan keluarga saya. Kesilapan yang saya lakukan, keluarga saya pula menjadi mangsa jantan-jantan jalang berfikiran cetek.
Ada juga yang melepas geram ketika dapat bercakap sebaik saja beberapa minit telefon di’on’kan, “You pergi mana Emy? Haus jari I call you, tak jawab-jawab!” Tutur seorang pelanggan di hujung talian.
Walaupun saya tidak ingat namanya, tetapi sebaik saja mendengar suaranya, saya dapat bayangkan wajah jantan berasal dari selatan tanah air itu. Dia bukan saja tampan, tetapi cukup gagah setiap kali mengusung saya beraksi di ranjang hotel.
Oleh kerana saya langsung tidak membalas cakapnya, membuatkan pertuturannya pada mulanya bernada marah pelahan-lahan bertukar seperti begitu mengharap. “You ada kat mana ni? Apa kata kalau I datang ambil you, boleh?”
Serba salah saya dibuatnya. Kalau saya kata tidak kepada jantan jalang itu bererti tolak rezeki.
Kalau saya bersedia menunggu kehadirannya menjemput saya, bermakna ada wang masuk. Paling kurang saya akan tekan dalam RM200. Kalau dia tidak mahu bayar sebanyak itu, boleh jalan. Ramai lagi jantan lain menunggu khidmat saya.
“Berapa sanggup bayar?” Spontan soalan itu terlompat keluar dari mulut.
“Berapa awak nak?” Dia menyoal balik.
Soalan itu bererti dia mahu saya menjawab seberapa segera. Jika saya katakan pada jantan jalang itu RM500, adakah dia sanggup bayar? Soalan itu pula mula berlegar dalam benak saya. Kalau dia setuju, dengan rela saya sedia mengikut ke mana saja. Setiapkali saya beraksi di ranjang dengannya, dia hanya sanggup bayar sekitar RM200 sahaja.
“Berapa awak nak Emy, saya sanggup bayar!” Soal lelaki itu lagi seolah-olah begitu mengharap jawapan jitu.
“RM200!”
“Okey, awak bersiap-siap Emy, dalam setengah jam lagi saya datang ambil awak,” balas jantan itu lagi sebelum memutuskan talian.
Alamak! Baru saya ingat telah tersalah cakap. Nak minta lima ratus tercakap dua ratus. Aduh! Saya menepuk-nepuk dahi. “Apa harus aku buat ni?” Soalan itu pula mula bermain-main di minda saya.
Tiba-tiba handphone saya berdering sekali lagi. Serba salah saya hendak menjawab panggilan itu. Bagaimanapun, bila nampak nombor Julie terpancar di skrin handset saya terus melekapkan ke telinga.
“Apsal?”
“Emy, boleh tak awak datang rumah aku sekarang,” lemah saja suara Julie.
“Kenapa dengan awak ni, cuba beritahu apa yang telah berlaku?” Jantung saya mula berdebar-debar walaupun belum tahu apa sebenarnya berlaku pada rakan saya itu.
“Awak datang cepat tolong aku!” Rayu Julie seperti dalam ketakutan.
“Tolong beritahu apa yang terjadi dengan awak ni? Kalau awak tidak mahu berterus terang, aku tidak akan datang ke tempat awak,” saya pula mengugut kerana yakin ada perkara yang tidak kena telah berlaku.
“Ada orang ceroboh masuk rumah, mereka ro… rogol a.. aku!” Jelas Julie lalu kedengaran dia menangis terisak-isak.
Tanpa berlengah saya terus keluar untuk dapatkan kenderaan awam. Nasib saya sungguh baik kerana tidak sampai lima minit sebuah teksi berhenti sewaktu saya menapak ke perhentian bas di jalan besar.
Sebaik saja teksi berhenti di hadapan rumah Julie, saya terus meluru masuk ke rumah. Dia masih lagi dalam keadaan separuh bogel di ruang tamu. Julie beritahu tujuh lelaki telah merogolnya bergilir-gilir, sebaik saja dia masuk ke rumah membeli nasi lemak di sebuah gerai tidak jauh dari taman perumahannya itu.
“Siapa punya kerja ni, Julie?”
Julie hanya menggeleng beberapakali. Dia seperti hilang kata-kata kerana terlalu lemah dan truma. Walaupun saya bukan wanita tulen, tetapi tetap dapat menyelami perasaan Julie yang kehilangan ‘dara’ dalam sekelip mata. Mungkin dia menyesal kerana tidak mahu dengar nasihat saya agar mencari rakan serumah setelah rakan lama bertukar tempat kerja di Ipoh.
Mingguan Perdana Bil 1112
Ahad 27 Mac 2011
Episod 32
DIROGOL 7 LELAKI
SEMALAMAN saya tidak dapat tidur memikirkan masalah Julie. Oleh kerana saya abang angkatnya, sudah tentu ‘cubit paha kiri, paha kanan ikut terasa’. Kalau ikutkan hati yang marah terhadap tujuh lelaki merogol Julie, saya sendiri hendak menghukum mereka. Hukuman yang bermain-main di minda, potong alat sulit mereka dan buang ke Sungai Kelang.
Potong alat sulit dan buang ke Sungai Kelang bukan sekadar gurauan atau semata-mata ingin sedapkan hati. Sebenarnya ingin saya gambarkan betapa geramnya saya terhadap samseng yang tidak berhati perut itu. Pada hakikatnya memang tidak logik, maknyah yang lembut atau ada yang menggelar ‘sotong’ macam saya hendak menangkap kumpulan perogol berkenaan.
Julie entah mangsa ke berapa telah menjadi korban nafsu serakah mereka? Itu sebabnya hukuman setimpal potong saja ‘anu’ mereka barulah tidak lagi mengganas. Seperkara lagi kalau boleh jangan beri mereka terlepas. Kalau terlepas, berkemungkinan mereka akan lakukan perkara sama pada orang lain.
Bagaimanapun sebagai orang awam, sudah tentu saya tidak boleh buat penghakiman sendiri. Bukan mudah hendak mengesan ketujuh-tujuh lelaki ‘bangsat’ itu. Mereka sudah tentu kumpulan licik dan pada perkiraan saya sukar dicekup.
Apapun segala-galanya telah diserahkan pada polis dan saya yakin penjenayah tidak dapat meloloskan diri. Ini terbukti kerana polis di negara kita amat cekap menghidu persembunyian penjenayah. Dalam kata lain, kalau bersembunyi dalam lubang cacing sekalipun tidak terlepas.
Cuma saya tidak puas hati dengan sikap Julie sendiri seperti tidak mahu kes rogol itu dibawa ke muka pengadilan. Kalaulah saya tidak berkeras membawa dia ke balai polis untuk buat laporan selepas kena rogol tempoh hari, sudah pasti dia buat-buat tidak ada apa-apa berlaku. Padahal, jenayah rogol bukan boleh buat main dan pihak yang bertanggungjawab perlu diseret ke muka pengadilan seberapa segera.
Mesti ada sebab kenapa dia tidak mahu naik mahkamah? Persoalan itu bermain-main di minda saya. Itu antara punca saya tidak dapat lelapkan mata. Asyik memikir masalah dirinya, sedangkan diri saya sendiri terabai.
Aduh! Pening memikirkan masalah Julie. Kalaulah saya tidak mengaku dia sebagai ‘adik’ dunia akhirat, tak kuasa bersusah payah hendak menolong. Biarkan dia selesaikan masalah diri sendiri. Disebabkan saya telah berjanji untuk menjaga dirinya sama ada ketika susah mahupun senang, sudah tentu ketika dia bermasalah saya tidak boleh biarkan dia selesaikan sendiri.
Pelik! Biasanya kalau orang kena rogol, dia sanggup lakukan apa saja agar penjenayah dapat menerima hukuman setimpal. Berbanding dengan Julie, pada hari kejadian saja nampak dia macam trauma dan menganggap perogol berhati binatang. Bila kesihatan makin pulih, seolah-olah ingin bersekongkol dengan penjenayah pula.
Kalau hendak tutup kes senang, tetapi bagaimana dengan dirinya yang sudah tidak berdara lagi itu? Ataupun sememangnya dia sudah tidak berdara lagi? Pada hari kejadian dia yang memanggil ke tujuh-tujuh lelaki itu, tetapi beri alasan kena rogol.
Lantaklah! Payah-payah sangat, pandai-pandailah dia selesaikan masalah sendiri. Masalah saya sendiri pun tidak pernah selesai dan sering datang tunda menunda, hendak selesaikan masalah orang lain. Nanti, malu dapat, sakit pun dapat.
Angan-angan saya sepantas kilat mati apabila telefon berdering. Walaupun perasaan takut masih menghantui untuk menekan punat sambungan, tetapi secara tidak sengaja jari telah tertekan pada punat berkenaan. Sebaik saja diletakan pada telinga kedengaran seorang wanita hendak berjumpa dengan saya. Puas saya bertanya apa tujuan, tetapi dia beri alasan akan beritahu panjang lebar nanti.
Akhirnya kami bertemu di sebuah pub di Jalan Raja Laut. Wanita Melayu berusia lingkungan awal 50’an itu pada mulanya terlalu sukar hendak menerangkan hajat sebenar. Padahal sewaktu dalam telefon dia telah berjanji akan menerangkan tujuan sebenar ingin berjumpa saya.
“Entahlah akak pun tak tahu bila berjumpa dengan adik, lidah akak jadi kelu,” sejujurnya dia menerangkan keadaan dirinya ketika itu.
“Apsal pula kak, saya bukannya pelihara hantu raya menyebabkan akak takut tengok saya.”
Dia ketawa terkekeh-kekeh. Saya juga ikut ketawa tetapi tidaklah seperti dia sehingga beberapa pengunjung memandang ke arah kami.
“A.. akak sebenarnya nak tanya awak je,” dia bersuara setelah ketawa mula reda. Saya berkerut dahi kerana tidak faham dengan maksud wanita berkenaan.
“Cuba akak tenangkan fikiran.., pastu terangkan maksud sebenar. Saya tidak akan marah jika perkara yang akak cakap nanti melibatkan maruah saya,” saya menyakinkan dirinya.
“Itu yang susah tu…”
“Apa yang susahnya kak,” saya masih tidak faham kenapa susah sangat dia hendak meluahkan apa yang tersirat di hati.
“Kalau akak beritahu jangan marahkan akak ye,” dia seolah-olah meminta izin.
“Kan saya dah beritahu tadi, saya tidak akan marah walaupun melibatkan maruah saya. Selagi akak tidak terangkan perkara sebenar, susahlah saya hendak buat keputusan,” entah kenapa begitu lancar saya berhujah pada malam itu.
“Sebenarnya gini,” dia menggaru-garu kepala sekejap. “Akak nak ajak kerja di rumah urut akak di Kelang, nak tak?”
Giliran saya pula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. “Boleh saya beri jawapan dalam sehari dua lagi?” Ayat itu saja yang dapat saya berikan pengharapan padanya sebelum kami berpisah pada malam itu.
Mingguan Perdana Bil 1113
Ahad 3 April 2011
Episod 33
NAK BELASAH JIMMY LOW
BIASANYA saya akan bangun dari tidur sekitar jam 12 tengah hari, jika pulang awal pagi. Bagaimanapun, pada hari berkenaan sekitar jam 9:00 pagi saya sudah tersedar. Puncanya kerana perut saya memulas dan sakit sehingga memaksa saya ke tandas. Setelah selesai melepas hajat perut masih memulas dan pedih. Saya ke dapur mencari makanan untuk mengalas perut, tetapi tiada apa-apa makanan yang dapat dimakan.
Hendak sambung tidur mata begitu segar. Kalau berbaring sekalipun, belum tentu boleh terus tidur. Sudah jadi kebiasaan, kalau tersedar ambil masa sekurang-kurang dua tiga jam baru dapat tidur semula. Hanya angan-angan sahaja berlegar di ruang fikir yang datang silih berganti.
Setelah termenung beberapa ketika saya ambil keputusan masuk ke bilik mandi. Saya berkira-kira selepas mandi keluar ke gerai berhampiran untuk beli sarapan. Nasib saya kurang baik pada hari berkenaan, gerai mak cik di tepi simpang di kawasan perumahan tempat saya tinggal tidak berniaga. Sudahnya saya terpaksa balik tangan kosong dengan perut berkeroncong.
Oleh kerana terlalu lapar, mahu tidak mahu saya terpaksa keluar ke bandar. Dengan mengenakan seluar jeans, kemeja T dan mekap ala kadar saya terus ke tempat perhentian bas tidak jauh dari rumah. Setelah menunggu beberapa minit, sebuah teksi berhenti, saya minta hantarkan ke Alpha Angel, Wangsa Maju.
Lama juga saya tidak menjejak kaki ke pusat beli-belah berkenaan. Maklumlah tidak ada masa kerana pada sebelah siang biasanya tidur, malam ke tempat menyundal. Kalau kawasan belakang bangunan di Chow Kit, saya dapat hafal setiap buah kedai dan nama lorong. Kalau sekitar Wangsa Maju, agak susah sikit. Dalam pada itu, saya meninjau-ninjau juga kalau-kalau ada peluang untuk menukar portdari Chow Kit ke Wangsa Maju.
Melalui pintu utama saja jalan perlahan-lahan ke kawasan gerai makan dalam bangunan. Tiba-tiba bahu saya dicuit seseorang. Setelah menoleh, rupa-rupanya Suzanne anak tauke nombor ekor yang senasib dengan saya. Dia juga maknyah tetapi tidak pernah jual diri di lorong-lorong belakang bangunan seperti saya.
“Hai nyah, awak buat apa kat sini?” Dia menyoal sebaik saja menarik tangan saya ke tepi dinding sebuah premis.
“Yang awak pagi-pagi lagi tercegat di sini, apahal?” Saya menyoal balik.
“Rumah sewa aku di depan bangunan ni je,” dia beritahu sambil menunjuk ke arah rumahnya. Padahal tidak nampak pun kerana terlindung dinding bangunan. “Soalan aku tadi awak belum jawab” dia seolah-olah begitu mengharap saya terangkan apa tujuan ke pusat beli-belah berkenaan.
“Lapar.”
“Lapar, kalau macam tu jom kita makan. Jangan takut nyah, aku belanja,” katanya lalu mengajak saya ke restoran makanan segera.
Saya mengikut saja, maklumlah ada orang nak belanja. Padahal, tujuan sebenar hendak makan nasi lemak kerana sejak semalam saya tidak menyentuh walau seulas nasi. Saya hanya makan seketul burger ayam dan sebungkus teh ais. Mungkin itu antara punca perut saya memulas kerana terlalu kosong.
Kami memilih meja di sudut dinding cermin tidak jauh dari kaunter. Dari situ dapat melihat dengan jelas pelanggan yang keluar masuk. Walaupun begitu bukan tujuan kami hendak menghitung orang yang keluar masuk ke restoran berkenaan, sebaliknya memang sesuai untuk berbual. Maklumlah, antara saya dengan Suzanne lebih setahun tidak bertemu.
Saya mengenali Suzanne dan menjadi rakan secara kebetulan berjumpa di sebuah hotel lima bintang. Suzanne atau nama sebenarnya Ah Fook hanya menyundal di hotel-hotel mewah sahaja. Maklumlah, rupa parasnya cantik dan berkulit putih. Ramai lelaki menyangka dia wanita tulen.
Sewaktu kami asyik berbual-bual tiba-tiba saya nampak Jimmy Low masuk bersama seorang wanita. Bagaimanapun wanita itu bukan Kuzie yang merupakan bekas rakan sekampung saya dahulu. Memang sudah lama saya mencari lelaki yang pernah menipu saya dengan memberi cek tendang bernilai RM10,000 itu.
Lelaki berbangsa Cina itu duduk selang tiga meja dari meja kami. Dia menghadap saya tetapi dilindungi kepala wanita yang juga keturunan Cina. Untuk mencuri-curi lihat wajah Jimmy Low saya perlu mencari ruang yang terlindung dengan kepala Suzzane.
Mungkin Suzanne perasan sikap saya ketika itu yang tidak lepas-lepas memandang ke arah orang di belakangnya sehingga dia juga sekali-sekala menoleh ke belakang. Cuma belum lagi bertanya apa tujuan saya lakukan begitu, lebih-lebih lagi melihat saya mengetam-ngetam bibir kerana terlalu marah dan geram pada Jimmy Low.
“Apahal dengan awak ni, macam ada yang tak kena je aku nampak?” Akhirnya terlompat juga soalan itu dari mulut Suzzane.
“Tak ada apalah,” saya menjawab seraya melempar senyuman.
“Aku tak percaya,” kata Suzzanesambil menoleh sekali lagi ke belakang.
“Tak payahlah awak pandang-pandang belakang, relaks tak ada apa-apa. Aku ingat kawan aku tadi, rupa-rupanya salah orang,” saya berusaha menyembunyi daripada Suzzane.
“Okeylah kalau macam tu, tapi awak nak apa ni, aku nak pergi ode.”
“Awak ode jelah, apa yang awak ode, aku makan,” saya membalas.
Sebaik saja Suzzane bangun menempah makanan, pandangan saya kini hanya terlindung kepala wanita di hadapan Jimmy. Saya berkira-kira sama ada hendak menyerang Jimmy Low atau sebaliknya. Jika saya menyerangnya, sudah tentu kecoh satu restoran pada pagi itu.
“Sabar ajelah…” bisik hati saya sekaligus meredakan api kemarahan terhadap lelaki penipu itu.
Mingguan Perdana Bil 1114
Ahad 10 April 2011
Episod 34
DIBELIT ULAR BESAR
SUDAH puas saya meredah belukar tetapi masih tidak bertemu jalan keluar. Yang peliknya sudah beberapakali saya memanjat bukit kemudian turun ke sebuah padang luas, masih tidak berjumpa petunjuk arah keluar dari hutan tebal itu. Sudahnya saya menyusur anak sungai dan mengikut aliran air.
Saya tidak dapat mengagak sudah berapa jauh berjalan, yang pasti saya terlalu penat. Perut pula terlalu lapar walaupun banyak buah-buahan di pokok rendang lagi rendah. Bagaimanapun, setiap kali saya hendak memetik untuk mengalas perut, serta merta rasa tidak berselera hendak makan.
Akibat terlalu lapar dan penat, saya berehat di atas batu besar tidak jauh dari kawasan air terjun. Di sekeliling saya hutan tebal. Minda ligat memikir bagaimana mencari jalan keluar. Saya berusaha berdiri di atas batu tetapi tidak kelihatan langsung denai atau pun lorong untuk keluar dari situ.
Deru air terjun menenggelam suara unggas dipersekitaran. Cuaca pula semakin redup dan saya yakin hari sudah lewat petang. Hawa semakin dingin sehingga sekali-sekala saya menggigil kesejukan.
Akibat terlalu sejuk saya mengangkat kedua-dua belah lutut rapat ke dada. Saya rasa semakin sejuk dan sejuk sehingga menikam tulang sum-sum. Dalam keadaan kesejukan saya mendengar seperti suara mendengus di belakang. Saya berpaling, rupa-rupanya seekor ular besar dengan mulut ternganga seolah-olah hendak menelan saya.
Disebabkan terlalu takut saya menjerit sekuat-kuat suara. Tangan memukul-mukul pada badan ular yang sedang berlegar mencari arah sesuai untuk menelan saya. Tiba-tiba saya nampak sebatang kayu. Tanpa berlengah saya mencapai kayu kira-kira dua depa itu lalu memukul dengan kuat pada kepala ular berkenaan.
“Aduh!” Saya mengurut-urut tangan sekaligus mula tersedar dari tidur. Rupa-rupanya saya telah memukul dinding bilik tidur.
Saya termenung sambil menyandar di tepi dinding. Menggosok-gosok mata sambil melihat jam di permukaan telefon bimbit. Angka digital menunjukan baru pukul 4:00 pagi, bermakna baru lebih kurang satu jam saya tidur.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya sering bermimpi menakutkan. Bukan sekali dua tetapi hampir setiap malam. Saya pernah bermimpi kereta yang saya pandu berlanggar dengan sebuah lori sehingga menyebabkan saya mati. Saya dikafan dan dikebumikan, bagaimanapun tersedar apabila terasa tanah yang di cangkul untuk menimbus liang lahat terkena muka.
Saya pernah bermimpi dibelit ular hingga patah tulang rusuk. Bunyi tulang rusuk berselisih kemudian patah satu demi satu masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Akibat terlalu takut, saya demam seminggu.
Seorang rakan mencadangkan saya bertanya ustaz mengenai mimpi-mimpi ngeri yang sering mengganggu tidur. Saya akur lalu bersama rakan berkenaan minta nasihat daripada seorang iman masjid di pinggir ibu negara.
“Saya rasa awak akan dapat musibah, yakni ada perkara tidak elok akan berlaku pada diri awak,” jelas lelaki berjubah putih berusia awal 40’an itu.
“Maksud imam saya akan mendapat kemalangan jalanraya?” Saya memberanikan diri menyoal.
“Saya tidak kata kemalangan, tetapi akan berlaku sesuatu pada awak yang mungkin boleh merbahayakan diri. Apa yang boleh saya nasihatkan awak supaya berhati-hati setiap ketika,” pesannya lagi.
Seminggu lepas itu saya menjalankan kegiatan harian seperti biasa walaupun sentiasa berhati-hati melintas jalan, naik teksi atau bas. Saya bimbang berlaku kemalangan walaupun imam masjid yang saya jumpa tidak mengatakan saya bakal dapat musibah dalam kemalangan jalanraya.
Oleh kerana tidak ada apa-apa berlaku secara tidak sedar saya lupa pesanan imam. Saya menjalankan aktiviti penyundalan di lorong-lorong belakang sebagaimana biasa. Akhirnya pada suatu malam ketika saya sedang menunggu pelanggan didatangi dua lelaki bertubuh sasa.
Sebelum itu hati saya sudah berdebar-debar macam ada yang tidak kena, tetapi saya menyangka perkara biasa. Setelah mereka berdiri di hadapan saya barulah teringat pesan imam dan mengenai perasaan berdebar-debar sebelum itu.
“Kamu kenal dengan orang ni?” Tanya salah seorang lelaki di hadapan saya, kemudian dia menoleh ke belakang. Dari lorong suram keluar seorang wanita berbaju gelap.
“Kenal.” Saya menjawab setelah dia berdiri di sisi lelaki menyoal tadi.
“Dia pernah berjumpa dengan kamu sebelum ini?”
Saya mengangguk sekali. Hanya Tuhan saja tahu perasaan saya ketika itu. Kalau saya lari mungkin teruk kena belasah. Lagipun dengan memakai kasut yang tinggi tumitnya sudah pasti tidak dapat berlari dengan selesa.
“Semasa jumpa akak, janji nak beri jawapan dalam masa tiga hari. Ni dah masuk dua minggu, masih belum bagi jawapan?” Soal wanita itu pula.
Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Serba salah hendak beri jawapan sambil menjeling kedua-dua lelaki di hadapan saya sambil berpeluk tubuh.
“Akak bagi masa seminggu lagi, kalau seminggu lagi masih tak ada jawapan…” wanita itu memandang ke arah lelaki seorang lagi.
“Kalau kami datang, kami akan buat begini!” Sepantas kilat lelaki itu memaut leher saya. Lelaki seorang meletak tapak kasutnya ke perut saya sambil memusing ke kiri kanan.
“Ingat kami mahu jawapan minggu depan,” wanita sebagai tauke rumah urut itu pula beri amaran sebelum mereka tinggalkan saya dalam cahaya suram di lorong belakang bangunan di situ.
Mingguan Perdana Bil 1115
Ahad 17 April 2011
Episod 35
MELUAT SIKAP KUZIE
LEBIH kurang dua minggu saya langsung tidak baca akhbar mahupun tonton TV. Rutin saya bangun sekitar 5:00 petang, rehat sekejap sebelum mandi. Kemudian dalam pukul 6:00 ke gerai di kawasan kediaman dengan Mea beli nasi lemak bungkus daun pisang edisi petang dan sebungkus teh ais. Kadang-kadang makan saja di gerai itu dan pulang berlenggang.
Tauke gerai yang lebih dikenali sebagai Brother Bob itu sudah lama mengenali saya mahupun Mea. Tapi dia tidak tahu hidup kami berdua setiap hari menyundal. Mungkin dia menyangka kami juga pekerja industri sebagaimana penyewa-penyewa di kawasan itu.
Saya yakin kalaulah dia tahu wang yang saya ataupun Mea perolehi daripada wang hasil kerja ‘lendir’, mungkin dia tidak akan jual kepada kami berdua. Disebabkan tidak tahu dan tidak pernah bertanya, dia menyangka pekerjaan kami sama seperti orang lain.
Walaupun tidak rapat dengan Brother Bob, tetapi dia boleh dianggap orang tidak tinggal solat. Pakaiannya memang rugged dan berambut panjang paras bahu, tetapi bukan jenis lelaki merewang. Dia tidak suka enjoy atas melepak di pusat-pusat hiburan seperti karaoke yang bersepah di ibu kota terutama bila matahari terbenam.
Dunianya bermula jam 5:30 petang membuka gerai sehingga 2:00 pagi. Kalau saya pulang awal, kadang-kadang singgah dulu minum di gerai Brother Bob. Kalau ramai mat rempit lepak di situ, saya tidak akan singgah. Saya lebih rela tidak makan daripada singgah di gerai itu.
Sebenarnya bukan gerai Brother Bob yang hendak saya ceritakan, tetapi berhubung masalah Kuzie yang datang ke rumah ketika saya sedang bersiap-siap hendak keluar menyundal. Dia pula macam tidak faham antara saya dengan dia sudah tidak berkawan lagi walaupun sewaktu di kampung kami ‘macam isi dengan kuku’.
Kalaulah tahu dia akan datang ke rumah, awal-awal lagi saya kunci pintu. Pekiklah sampai keluar anak tekak, saya tidak akan buka pintu selagi dia bernama Kuzie. Untuk apa berkawan dengan orang bersubahat menipu seperti Jimmy Low yang telah memberi cek tendang bernilai RM10,000 itu.
“Aku nak balik kampung, hang tak mau ikut ke?” Soal Kuzie setelah beri salam. Kemudian duduk di kusyen depan saya.
Saya buat-buat tak dengar. Dalam hati saya cukup menyampah dengan kedatangan Kuzie yang tidak diundang itu. Menyesal jawab salam Kuzie tadi kerana tidak dapat cam suaranya. Entah apa muslihat dia hendak membeli jiwa saya dengan mengajak balik kampung bersama. Daripada balik dengan Kuzie, saya lebih rela balik dengan Mat Bangla yang menyewa rumah selang lima pintu dari rumah saya.
“Emy! Hang ni dah sombong, aku tanya pun tak mau jawab. Aku ajak hang teman aku balik kampung malam nie, mau ke tidak?” Kuzie mengulangi soalannnya.
“Hei Nyah! Angin apa ni yang nak ajak aku balik kampung. Selama ni hang balik sorang-sorang boleh, awat kali ni cari aku pulak?” Geram betul saya. Dari tadi saya kunci mulut pun dia masih tidak faham tanda saya tidak suka kedatangannya.
“Sombong sungguh hang lanie sejak dok Kelumpo. Berlagak alim, macamlah aku tak tau hang dok jual p**gg*** tiap malam! Hang tau tak apa hukum orang yang suka buat kerja macam tu?” Balas Kuzie sambil berdiri. Dia memandang tepat ke muka saya.
“Hang jangan cari pasal dengan aku Kuzie, jangan main tuduh-tuduh. Cakap jangan sebarang cakap, mana hang tau aku buat kerja tak senonoh macam tu?” Saya menegak benang basah.
“Awat hang ingat Kelumpo nie besaq sangat ka, tiap malam hang dok lorong mana pun aku tau. Tak payahlah hang nak berdolak dalik lagi Emy. Nanti aku balik kampung bagi tau mak hang, apa yang hang buat di sini!” Gertak Kuzie pula.
“Aku tak heran kalau hang nak bagitau satu kampung pun. Hang tu pun bukannya baik sangat, tiap malam tauke Cina tu usung bawa ke hotel, main sampai pagi ada aku ambil kisah hal hang!” Giliran saya pula lepas geram.
“Woi! Makan hang boleh makan apa hang suka, tuduh orang tengok dulu. Kalau hang tak nampak dengan mata sendiri, jangan main serekap jarang. Aku mengaku selalu keluar dengan Cina tu, tapi sekali pun tak pernah kami tidur di hotel,” Kuzie mengetam-ngetam bibir macam terlalu marah dengan tuduhan saya tadi.
“Aku nie sebenar-benarnya dah terlebih meluat dengan hang. Cuma tak sampai hati nak halau hang macam anjing. Aku tak panggil hang mai sini, jadi hang kena faham apa perlu hang kena buat. Kalau rasa nak berambus, berambus cepat!” Saya beri amaran walaupun rasa bersalah juga menuduh Kuzie tanpa usul periksa, sedangkan tuduhan terhadap saya benar belaka.
Kuzie yang saya kenal sejak di kampung tidak akan melakukan perkara dilarang agama. Tuduhan saya tadi hanya berdasarkan pernah lihat dia bersama Jimmy Low dalam keadaan mesra. Memang saya tidak pernah terserempak mereka berdua di bilik hotel. Akibat terlalu marah, secara tidak sengaja terkeluar dari mulut tuduhan melulu.
“Aku boleh keluar dari rumah neraka nie bila-bila masa saja. Cuma aku nak pesan sekali lagi jangan tuduh-tuduh. Jangan ingat perangai aku sama dengan perangai hang. Walaupun kita sama-sama lembut, tapi aku tak pernah jual diri macam hang. Pergi mampuslah! Manusia tak kenang budi macam hang nie!” Balas Kuzie lalu melangkah keluar rumah.
Thum! Dengan geram saya menendang daun pintu.
“Berambus cepat, aku pun tak suka tengok muka hang lama-lama dalam rumah aku nie!” Saya melepas geram sambil mengunci pintu dari dalam.
Di luar kedengaran enjin kereta dihidupkan. Saya mengintai dari celah cermin tingkap. Sebuah kereta MYVY putih meluncur perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumah. Nampak Kuzie sendiri yang memandu kereta itu. Mungkin dia hendak pulang ke kampung? Hati saya berbisik sendiri lalu duduk semula di kusyen. Rasa bersalah bermain-main di minda saya kerana memulakan api kemarahan pada petang itu.
Mingguan Perdana Bil 1116
Ahad 24 April 2011
Episod 36
TAK SUNDAL TAK MASYUK
HIDUP dengan hasil haram sememangnya tidak berkat. Saya akui pendapatan saya kadang-kadang lebih RM5,000 seminggu. Namun saya tidak tahu ke mana wang sebanyak itu mengalir lebih-lebih lagi saya tidak pernah buat kira-kira secara terperinci.
Memang saya enjoy sejak tinggal di ibu kota. Setiap kali ke shopping complex, saya akan beli kasut, alat mekap ataupun sehelai pakaian. Jarang sangat pulang tangan kosong. Dalam almari mengalahkan selebriti penuh dengan pakaian mahupun alat mekap pelbagai jenama. Setelah pakai sekali dua ada saja rasa tidak sesuai dan terus tidak sentuh lagi.
Rambang mata antara punca berlaku pembaziran dalam hidup saya. Pantang nampak sesuatu yang baru terus berkenan. Paling banyak alat mekap kerana tidak sesuai dengan kulit. Nak bagi pada kakak di kampung, nanti banyak pula soal. Buang lagi baik daripada nak menjawab pelbagai soalan cempumas!
Pernah duit saya ngam-ngam RM10 buat untuk tambang teksi keluar menyundal. Semua gara-gara terlalu ghairah shopping sehingga lupa diri. Wang pula satu sen pun tak ada dalam bank. Mana nak ada, saya langsung tak pernah buka akaun. Masa time sekolah je ada akaun Bank Simpanan Nasional. Buka akaun pun telah hilang entah ke mana.
Cuma orang macam saya tidak berdepan dengan masalah cari wang. Setakat dua tiga ratus senang-senang boleh dapat. Janji pandai meng’ayat’ jantan jalang. Kalau harapkan tunggu mereka datang, memang susah cari makan. Maklumlah golongan macam saya kiri kanan diburu pihak berkuasa.
Sebut mengenai buru menyebabkan diri saya menggeletar. Maklumlah wanita yang datang bersama dua kaki pukul beberapa hari lalu minta saya beri jawapan segera. Bukan saya tidak mahu bekerja dengannya, tetapi saya tidak suka dengan orang tengah atau ibu ayam. Saya lebih suka bebas macam saya menyundal sekarang.
Saya hendak datang atau tidak di lorong hanyir belakang bangunan tidak siapa boleh paksa. Malah kalau sebulan saya tidak menjejak kaki di kawasan berkenaan pun tidak siapa gaduh. Cuma kalau terlalu lama tidak menyundal, sudah tentu tidak ‘masyuk’ kata orang sekarang. Nak masyuk, kenalah menyundal walaupun tempat buat ‘projek’ hanyir, hapak dan pelbagai bau menyusuk rongga hidung. Jantan jalang tidak fikir semua itu, minda mereka hanya mem fokus kepuasan dan keseronokan.
Sewaktu saya berjalan di lorong suram sekitar jam 11 malam, berselisih dengan dua lelaki Melayu. Mereka berjalan di kiri kanan jalan membuatkan saya terpaksa berhati-hati berjalan di tengah-tengah. Setelah terlajak beberapa tapak ke hadapan, kedengaran suara menegur
Saya menoleh ke belakang dan berhenti seketika. Salah seorang datang ke arah saya manakala seorang lagi hanya memerhati sahaja. Dalam pada itu, minda saya seolah-olah meminta saya berhati-hati. Pengalaman ditangkap, diugut, diberi amaran mahupun diancam membuatkan saya terlalu fobia.
“Bos saya nak pakai awak malam ni, macam mana boleh?” Soal lelaki itu sebaik saja jarak antara kami kira-kira semester.
“Boleh, tak ada hal… tapi siapa bos awak tu dan dia ada di mana?” Begitu lancar saya bertanya. Lelaki yang memerhati tadi berjalan perlahan-lahan mendekati kami.
“Tak payahlah awak tahu dia siapa, kalau jumpa tentu awak kenal. Sebagai tokoh korporat sekali sekala muka dia keluar paper, malulah kalau orang tahu dia gemar pintu belakang,” terang lelaki itu lagi.
Saya diam seketika. Bimbang juga kalau-kalau perangkap. Manalah tahu, pegawai polis atau pegawai agama menyamar. Masuk ke bilik hotel, samalah seperti masuk ke dalam perangkap yang sudah dipasang.
“Boleh saya jumpa dia, tapi di lobi hotel,” spontan ayat itu terkeluar dari mulut saya.
“Potong lapan pun dia tidak akan jumpa awak di lobi hotel. Awak jangan takut ini bukan perangkap atau sengaja hendak menyekat rezeki awak. Macam saya beritahu tadi, dia tokoh korporat terkenal, malulah kalau orang nampak dia bermesra dengan awak di lobi hotel,” tegas lelaki itu.
“Saya ingat macam ni, awak cakap sendiri dengan dia nak jumpa di mana. Kalau awak setuju tempatnya, kami akan hantar awak,” celah lelaki seorang lagi yang membisu sejak tadi.
“Okey, saya setuju cara tu.”
Lelaki berkenaan terus menelifon tokoh korporat dimaksudkan. Saya menelinga percakapan mereka tetapi tidak berapa jelas buah butir pertuturannya. Kemudian dia menyerahkan handset di tangannya pada saya dengan memberitahu tokoh korporat berkenaan masih di talian. Setelah bercakap lebih kurang seminit, saya setuju menemuinya di bilik hotel.
Kedua-dua lelaki itu meminta saya mengikut mereka. Kami berjalan ikut jalan potong belakang bangunan. Lebih kurang lima minit sampai ke lobi hotel. Kami berbual-bual sekejap di ruang menunggu. Setelah salah seorang lelaki menelefon tokoh korporat berkenaan, dia menyerahkan satu sampul. “Dalam sampul ni ada nombor bilik,” katanya sebaik saja sampul bertukar tangan.
Tanpa berlengah saya menuju ke arah lif sambil menarik kertas dalam sampul berkenaan. Tertera nombor bilik yang ditulis dengan dakwat hitam. Sekeping cek bernilai RM5,000 turut disertakan. Saya beralih memandang ke arah lelaki tadi. Ternyata mereka masih tidak berganjak memerhati gelagat saya sehingga pintu lif ternganga.
Kedua-dua lelaki itu mengangkat ibu jari, sebelum pandangan saya hilang di sebalik pintu lif tertutup rapat dan bergerak ke tingkat lima hotel berkenaan.
Mingguan Perdana Bil 1117
Ahad 1 Mei 2011
Episod 37
EMY BAGI TIP KAYA
ADA di kalangan rakan sejawat @ rakan sama-sama menyundal di lorong-lorong belakang bangunan di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, menghubungi saya mengenai pendapatan mereka merosot. Mereka minta nasihat bagaimana hendak mengekalkan pendapatan atau beroleh berlipat ganda daripada biasa.
Macamlah saya pandai sangat beri nasihat. Sebenarnya tidak layak beri khidmat nasihat kepada mereka macam tokoh-tokoh motivasi yang selalu muka keluar dalam TV. Saya macam mereka juga terpaksa berjaga malam untuk dapatkan pelanggan. Kalau duduk saja di rumah dan menunggu jantan-jantan jalang datang, jawabnya setiap hari makan mi segera.
Apa yang boleh saya katakan, apabila menceburi bidang jual diri ia sama seperti seseorang menceburi bidang bisnes lain. Bezanya bisnes biasa perlu premis dan letak papan tanda besar-besar untuk memudahkan pelanggan lihat. Bidang yang saya ceburi tidak perlu papan tanda mahupun premis.
Yang penting mulut bukan saja kena manis malah perlu peramah. Bila peramah barulah dapat pikat pelanggan. Mungkin pertama kali kenal, mereka tidak terus ajak ke ranjang, tetapi untuk pertemuan kedua atau ketiga, sudah pasti memerlukan khidmat untuk meleraikan tuntutan gelora nafsu.
Seandainya pertemuan pertama sudah menyangkut, ia merupakan bonus. Sekaligus memperlihatkan seseorang mak nyah itu bijak bermain dengan kata-kata atau ‘mengayat’ sehingga dapat mempengaruhi jantan yang sememangnya berada dalam tahap ketandusan itu.
Kejayaan itu merupakan kejayaan fasa pertama.
Fasa kedua servis kena bagus. Sebelum ini pun saya sudah berkali-kali menerangkan di ruangan ini mengenai perkhidmatan terbaik perlu diberikan kepada setiap pelanggan. Tidak kira golongan veteran atau bawah 40 han, kaum Cina, India, Melayu atau atnik lain hendaklah dilayan sama saja.
Dalam kata lain, mereka yang kemaruk seks mak nyah perlu diberi khidmat terbaik agar mereka dapat hilangkan stress yang dihadapi. Kalau boleh biarlah servis yang diberikan lebih baik daripada wanita atau isteri mereka di rumah.
Cara itu sahaja barulah jantan-jantan jalang ini tidak beralih arah atau mencari orang lain untuk memuaskan nafsu serakah. Mereka akan teringat-ingat servis kita walau di mana berada. Tidak hairanlah ada yang sudah berbulan-bulan menghilang, alih-alih muncul mencari bila berada di Kuala Lumpur.
Formula di atas merupakan teknik yang saya praktikan sejak menjadi penghuni lorong-lorong belakang bangunan di ibu kota. Saya tidak menoleh ke belakang lagi setelah menceburi bidang yang dianggap songsang ini walaupun ada dikalangan rakan-rakan minta saya bertaubat.
“Mati bukan tunggu bila kita tua je, berapa ramai budak kecil mahupun golongan muda mati atas jalan raya,” pesan seorang rakan melalui corong telefon bimbit.
Saya malas nak ulas nasihat dia lebih-lebih lagi berhubung kematian. Tak payah dia nak berkhutbah panjang-panjang, saya pun baca paper dan tonton TV. Kalau dah sampai masa tidak ada seorang manusia pun dapat menentang ajal. Kematian tetap menemui setiap makhluk hidup dan boleh berlaku di mana-mana.
Kalau ikutkan hati hendak putuskan talian pada waktu itu juga. Demi kawan tidak sampai hati hendak bertindak secara drastik. Walaupun dalam dada saya membara macam api sedang marak, tetapi masih melekapkan handphone di telinga. Lantaklah dia nak bersyarah sampai habis kredit sekali pun, saya tetap dengan haluan saya.
Untuk apa saya sanggup lari dari kampung ke ibu kota dan mengecapi keseronokan di sini tidak semena-mena terpaksa patah balik ke pangkal jalan. Buat waktu terdekat ini langsung tidak ada dalam fikiran saya untuk kembali kehidupan normal. Biarlah songsang asalkan saya bahagia dan seronok melayan pelanggan.
“Apa yang kamu fikirkan tu Emy, aku nampak kamu tersengeh satu macam je?” Lamunan saya terhenti serta merta.
“Ngapa ngan kamu ni nyah dok memerhati gelagat aku je hari nie? Tak ada pelanggan nak ajak menunjal ke?” Saya menyoal balik Diana yang berdiri di belakang pintu cermin.
“Yang datang ninjau ramai, hak nak nunjal tak ada,” balas pula Diana yang bermekap tebal sambil melempar senyuman.
“Langit tak selalu cerah nyah, sekali-sekala mendung. Macam hari ni panas gila, dah dekat pukul 10 malam pun rasa membahang lagi. Jom minum, dahaga sangat-sangat ni..” saya mengajak ke sebuah gerai tidak jauh dari situ.
“Tak apalah nyah, kamu je lah tolong belikan apa pun asalkan air,” balas Diana sambil menghulur sekeping wang lima ringgit.
Tanpa berlengah saya pun berjalan ke lorong suram sebagai jalan pintas untuk ke gerai berkenaan. Bagaimanapun baru beberapa tapak saja, saya dipeluk dari arah belakang seorang lelaki yang tidak dikenali. Kemudin mulut saya ditekap dengan kain sehingga saya tidak dapat bersuara.
Saya berusaha hendak melepas diri tetapi tidak berupaya melawan kederat lelaki itu. Hendak menjerit suara tidak dapat keluar. Mahu tidak mahu mengikut saja kehendaknya yang mengheret saya ke belakang bangunan kedai.
“Malam ni you kena tolong I dan juga kawan I ni?” Kata seorang lelaki sedang menyandar di dinding bangunan. Wajahnya tidak berapa jelas kerana keadaan di kawasan itu hanya samar-samar.
“Tolong apa? Saya mana ada wang nak bagi pada awak?” Agak kuat juga saya menyoal setelah mulut tidak lagi ditekap dengan kain.
“Jangan salah faham bukan wang yang I mahu, tapi tubuh you yang gebu dan solid molid tu! Dia ni pulak dah terlampau dahaga sejak bini dia lari tiga lalu,” tambah lelaki itu lagi lalu ketawa.
Saya berusaha hendak lari bagaimanapun dihalang lelaki yang mengheret saya tadi. Kemudian sepantas kilat saya direbahkan atas kepingan kotak kertas lalu kedua-dua mereka melepas geram pada seluruh tubuh saya. Saya dirogol bergilir-gilir.
Mingguan Perdana Bil 1118
Ahad 8 Mei 2011
Episod 38
EMY BIMBANG DIROGOL
SEJAK beberapa minggu kebelakangan ini rentetan kehidupan harian saya terganggu ekoran terima ugutan, paksaan dan paling menyayat hati dirogol bergilir-gilir. Walaupun rutin hidup saya menyundal dan sudah menjadi kebiasaan menyerah tubuh pada jantan-jantan jalang tetapi jauh berbeza bila kena rogol.
Menyundal dengan kerelaan. Istilah lain tidak ubah seperti pasangan suami isteri, saling memberi dan menerima. Bezanya jantan-jantan jalang yang inginkan servis saya perlu bayar dulu. Lepas bayar usunglah ke mana pun saya akan akur kehendak pelanggan.
Rogol dalam keadaan terpaksa dan tidak merelakan. Tidak hairan kalau ada di kalangan mangsa rogol trauma hingga akhir hayat. Mereka takut bertemu lelaki apatah lagi kalau berperwatakan ganas.
Pada saya golongan perogol tidak berhati perut. Langsung tidak memikirkan derita yang dihadapi mangsa.Mereka hanya memikirkan untuk melepas tempias nafsu yang bersarang dalam minda sahaja.
Kalau selepas rogol ditinggalkan mangsa boleh dikira perogol bertimbang rasa. Sebaliknya ada juga dikalangan perogol yang hilang pertimbangan dengan membunuh mangsa. Sewaktu melakukan tidak ingat undang-undang, setelah selesai baru terfikir hukuman yang bakal diterima.
Sehubungan itu saya menyarankan agar pihak berwajib mengenakan hukuman setimpal. Hukuman lebih berat daripada hukuman sedia ada perlu difikirkan agar jenayah rogol tidak berleluasa.
Sebagai mangsa saya amat bersimpati dengan mereka yang pernah kena rogol. Bukan senang hendak berdepan dengan masyarakat sekeliling. Lebih membimbangkan jika berlaku kehamilan. Di mana hendak sorok muka jika perogol tidak dapat diberkas.
Masyarakat sekeliling pula biasanya lebih mudah menuduh daripada mempercaya. Mereka tidak dapat terima alasan kena rogol jika sudah ‘buncit’. Sebaliknya lebih yakin terlibat dengan gejala sosial melampau seperti gejala mat rempit ataupun bohsia.
Nasib baik saya bukan wanita tulen. Hamil tidak akan berlaku walaupun dirogol bergilir-gilir dengan ramai lelaki. Begitu keadaannya walaupun saya menyundal setiap malam. Jika tidak habislah saya setiap tahun hamil anak luar nikah.
Bukan bermakna saya bangga dengan pekerjaan yang dilarang agama dan dikutuk masyarakat ini, tetapi lebih kepada takdir kehidupan. Saya juga tidak minta dilahirkan menjadi lelaki lembut. Bukan juga tidak berusaha hendak menjadi lelaki tulen, tetapi tidak boleh. Yang menyakitkan hati saya, bukan sahaja rakan-rakan sebaya tetapi golongan dewasa termasuk golongan pakcik dan makcik ikut mengejek sewaktu di kampung dahulu.
Bila mengenang nasib diri membuatkan tidak terasa air mata gugur berderai membasahi pipi. Apa boleh buat sudah suratan kehidupan saya bernaluri wanita. Sejak kecil lagi saya amat meminati dan mula bernafsu memandang kaum sejenis setelah meningkat dewasa.
“Orang macam kita ni tak perlu nak ingat-ingat kisah silam, kalau ingat sekalipun yang dah dipotong tak akan balik seperti asal. Bukan pucuk ubi kayu, bila sudah dipotong boleh tumbuh semula,” kata Mea yang dapat menyelami masalah saya pada suatu hari.
“Aku tahu, kadang-kadang aku fikirkan kenapa aku sanggup lakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sepanjang keturunan aku sebelum ini,” saya membalas.
Mea merenung tepat ke wajah saya. Dia seperti tidak suka dengan sikap saya yang mudah mengalah. Kalau boleh Mea tidak mahu saya menoleh ke belakang lagi setelah membuat keputusan menukar jantina sekaligus menjadi salah seorang penghuni lorong belakang bangunan.
Atas sikap Mea terlalu ambil berat masalah saya, membuatkan antara kami sukar dipisahkan. Walaupun antara kami kadang-kadang jarang bertemu, tetapi bukan bermakna kami tidak sehaluan lagi. Sebaliknya masing-masing sibuk dengan pelanggan setia yang kadangkala ada yang sanggup melanggani kami seminggu dua kali.
Bagaimanapun sudah masuk dua minggu Mea tidak pulang ke rumah. Saya sendiri tidak tahu ke mana dia menghilang. Saya perasan dia tiada di rumah kerana sepasang kasutnya yang diletak dalam kabinet kasut tidak berusik sejak beberapa hari lalu.Padahal kasut itu merupakan antara koleksi yang paling dia gemar memakainya.
Rumah agak berselerak, tetapi saya tidak mensyaki kejadian buruk berlaku kerana kucing jiran sering masuk melalui siling. Kadang-kadang kucing jantan itu menghambat tikus sehingga bekas minuman di ruang tamu bertaburan atas lantai.
Barulah saya terfikir sejak beberapa hari ini juga saya rasa tidak sedap hati saja. Kadang-kadang apa yang saya buat rasa ada saja yang tidak kena. Rupa-rupanya rakan serumah berdepan masalah saya tidak tahu. Ke mana hendak cari Mea?
Sudah letih jari menekan punat handset, tetapi Mea tidak menjawab. Asyik-asyik dengar suara ‘berada di luar liputan’. Apakah Mea dilarikan orang Bunian jauh dalam hutan sehingga tidak sampai liputan alat komunikasi?
Saya yakin Mea mungkin dilarikan pihak tertentu. Apa puncanya? Soalan ini menerjah minda saya bertalu-talu. Soalnya di mana saya hendak mencari Mea? Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Mingguan Perdana Bil 1119
Ahad 15 Mei 2011
Episod 39
HILANG SELUAR DALAM
AKHIRNYA Mea kembali juga ke rumah. Walaupun saya belum berjumpa dengannya, tetapi tetap yakin rakan serumah saya itu telah pulang. Cuma saya tidak pasti pada hari dan jam berapa dia telah berada di rumah. Yang pasti dia sudah menjalankan aktiviti seperti biasa, yakni menjual diri di lorong-lorong belakang bangunan seperti saya juga.
Antara kami berdua, kadang-kadang sahaja dapat bersama yakni berbual sambil menonton TV di rumah. Pendek kata dalam sebulan hanya dua tiga hari sahaja berkeadaan begitu. Selebihnya membawa hal masing-masing. Dia sibuk mencari pelanggan di kawasan Bukit Bintang, saya pula lebih suka kawasan Haji Taib di
Chow Kit.
Saya menyedari dia sudah pulang pun berdasarkan melihat kasut kegemarannya sudah tiada di rak dalam kabinet kasut. Kasut itu saya melihatnya hampir setiap hari sewaktu hendak mengambil kasut saya yang juga diletakan dalam kabinet sama. Sudah lebih seminggu kasut itu tidak bergerak dan bila sudah tiada di tempatnya, saya yakin Mea yang memakainya.
Lagipun hanya kami berdua saja mendiami rumah berkenaan. Kalau saya tidak menyentuh kasut itu, siapa lagi kalau bukan Mea? Begitu juga dengan kunci rumah hanya saya dengan Mea sahaja yang ada. Pemilik premis juga tidak ada kerana kami telah mengganti dengan kunci yang kami beli sendiri.
Atas sebab-sebab itulah saya yakin Mea telah balik dari bercuti. Mungkin merehatkan badan kerana sudah lama menyundal. Cuma saya tidak tahu ke mana dia bercuti sama ada pulang ke kampungnya atau ke destinasi lain. Namun saya lebih yakin dia pulang ke kampung kerana sudah lebih setahun tidak pulang.
Berbeza dengan saya yang diharamkan pulang ke kampung. Kalau saya balik dan bertemu dengan ayah, sudah pasti saya akan dikerat lapan. Saya masih terbayang-bayang parang panjang yang diasah ayah untuk membunuh saya. Dia terlalu marah bila mendapat tahu saya telah menukar jantina di negara jiran.
Jika begitu keadaannya untuk apa saya pulang ke kampung? Ada baiknya saya meneruskan aktiviti tidak bermoral ini daripada menjadi berita utama media ‘bapa bunuh anak’. Pada saya biarlah saya seorang bergelumang dosa daripada ayah merengkok dalam penjara selain dosa bunuh anak sendiri.
Sebenarnya saya tidak mahu mengungkit sejarah silam. Walaupun saya amat merindui keluarga terutama ibu di kampung nun jauh di utara, tetapi untuk pulang ke pangkuan keluarga tidak sekali-kali.
Antara sebabnya saya tidak mahu memalukan keluarga dengan pekerjaan yang saya ceburi. Saya juga pasti mereka sudah mengetahui pekerjaan sebenar saya sejak tinggal di ibu negara. Kuzie tentunya salah seorang manusia yang mendedahkan aktiviti songsang saya kepada keluarga di kampung.
Lantaklah dia hendak cerita apapun, pada saya Kuzie bukan lagi boleh dibuat rakan. Dia manusia yang pandai bermuka-muka dan suka menjaga tepi kain orang. Sedikit pun saya tidak menyesal dan rasa rugi tidak bersahabat dengan dia walaupun buat selama-lamanya.
Yang menghantui saya sekarang mengenai kehilangan seluar dalam sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Yang peliknya saya jemur dalam rumah juga boleh hilang, apatah lagi di ampaian luar rumah.
“Mana ada kita angkat itu awak punya seluar dalam, lagipun kita punya saiz tarak sama,” marah seorang pemuda yang merupakan jiran sebelah kanan rumah sewa berketurunan Bangladesh sewaktu saya bertanyakan mengenai kehilangan seluar dalam saya.
“Tanya je, bukan tuduh,” balas saya setelah melihat wajahnya yang tidak senang dengan pertanyaan mengenai seluar dalam itu.
Betul juga jawapannya. Untuk apa dia mencuri kerana tubuhnya yang agak sasa berbanding saya, sudah tentu tidak muat jika dia memakainya. Walaupun begitu saya tetap mensyaki salah seorang daripada ‘mat bangla’ seramai enam orang yang menyewa rumah itu mengambilnya. Cuma saya tidak dapat mengagak siapa dan mungkin telah bertanya salah individu. Lagipun, tidak ada manusia di dunia yang sanggup mengaku ‘tabur najis atas jalan’.
Keyakinan saya salah seorang daripada mereka yang mengambilnya kerana selepas itu seluar dalam saya tidak hilang lagi. Saya test dengan menjemur seluar dalam yang tidak digunakan lagi di luar rumah, lebih seminggu tidak hilang.
Memikirkan kecurian tidak berlaku lagi, saya jemur lebih lima helai di ampaian luar rumah. Rupa-rupanya si pencuri kenal mana seluar dalam yang masih saya gunakan dengan yang tidak. Kepulangan saya ke rumah pada awal pagi selepas selesai menyundal, kesemua seluar dalam saya itu lesap.
Sewaktu menyumpah-nyumpah pada si pencuri, tiba-tiba terpijak sesuatu. “Kunci kereta, siapa punya yang tercicir ni?” saya bercakap sendiri. Mat Bangla sebelah rumah seorang pun tak ada kenderaan. Mungkin kunci rosak dibuang budak-budak nakal, fikir saya lagi lalu meletak atas meja kecil di ruang tamu.
Dua hari selepas itu saya terserempak dengan suami yang merupakan jiran sebelah kiri rumah saya. Isterinya sudah hampir dua minggu pulang ke kampung melahirkan anak sulung. Saya perhatikan dia lain macam saja memandang saya.
“Ada Nampak tak kunci kereta saya?” Dia bertanya selepas melempar senyuman.
“Tak ada, kenapa?”
“Saja je tanya,” balasnya lalu masuk ke rumah.
Minda saya kembali ligat memikirkan adakah dia si pencuri seluar dalam saya selama ini? Jika benar, adakah
dia juga jantan jalang hanya antara kami belum pernah bertemu di lorong-lorong hanyir belakang bangunan.
Mingguan Perdana Bil 1120
Ahad 22 Mei 2011
Episod 40
DILANYAK TAUKE BALAK
SEBAIK saja melangkah masuk ke rumah sekitar jam 5:30 pagi, handphone saya menjerit minta dijawab. Oleh kerana terlalu mengantuk saya biarkan saja ia menjerit setelah membalingnya atas tilam sebelum masuk ke bilik air. Bagaimanapun sekali lagi alat komunikasi itu menjerit ketika saya baru saja letak kepala ke bantal,
“Nak jawab ke tidak?” Saya berkira-kira sebelum mengambil telefon itu lalu lekapkan ke telinga kanan.
“Hello… hello Emy lu ada mana?” Kedengaran suara lelaki keturunan Tionghua di hujung talian.
“Baru mau titon la tauke, mata sudah tak boleh buka ma,” saya membalas sambil berbaring.
“Lu baru balik lumah ka? Sorry la wa ingat sudah lama sampai,” ujar tauke balak yang saya kenal kira-kira dua bulan lalu itu. Sepanjang perkenalan sudah lebih lima kali kami bergasak dalam keretanya.
“Yala tauke, kalau tak tonggeng mana wang mari,” saya terikut-ikut bertutur cara lelaki berusia lingkungan 40 han itu.
“Aya, busuk punya kaki la lu. Jangan cakap tonggeng la, cakap main lagi baik,” ujarnya tidak bersetuju dengan ayat yang saya gunakan.
“Sama la tauke, main ka.. tonggeng ka, satu tempat jugak,” saya membalas. Kalau boleh hendak segera memutuskan talian kerana mata sudah tidak boleh buka dan sudah berapa kali menguap.
“Emy… esok malam wa booking lu, jangan ikut lain olang. Ini kali lu cakap berapa mau, gua boleh kasi punya,” ujarnya seolah-olah begitu mengharap.
“Wa caya sama lu la tauke. Mana tempat wa mau tunggu lu, sana Belakang Mati ka?” Saya ingin kepastian.
“Lain tempat la, hari-hari lu main itu tempat apa bikin. Esok wa angkat lu dekat rumah pukul 12, boleh?” Tanyanya ingin kepastian.
“Aya! Manyak awal mau pigi manyak jauh ka? Pukul 12 wa belum bangun ma.”
“Manyak lama titon apa guna, wa mau bawa lu satu tempat manyak syok punya. Sana sapa pun tarak kacau,” dia menyakinkan saya.
“Bukan kira orang kacau la tauke, itu Belakang Mati pun tarak orang kacau. Lu betul-betul cakap mana mau pigi, kalau lu tak mau cakap wa mau titon, manyak ngantuk,” saya membalas sambil menguap lagi.
“Emy… lu selalu bikin wa sakit kapala, esok wa angkat lu dekat rumah, nanti lu tau la mana tempat wa mau bawak,” dia masih mahu merahsia destinasi hendak menggasak saya.
“Aiyaa lagi tak mau cakap..., wa mau titon sekarang, esok lu fon dulu mana tau wa mati ka, langsung lu punya kapala wa tak boleh urut,” saya terus tekan punat untuk mematikan perbualan.
Walaupun tindakan begitu boleh dianggap biadap terhadap pelanggan, tetapi saya tetap yakin tauke balak itu tidak akan lari tinggalkan saya. Sebagai jantan jalang yang pernah bergasak dengan saya, sudah tentu servis istimewa yang saya berikan akan menambatnya daripada mencari mak nyah lain.
Bukan hendak bangga diri tetapi begitulah caranya hendak pikat jantan jalang banyak duit. Servis perlu baik barulah mereka tidak lari. Sekali tidur dengan saya, sampai nyawa hendak tercabut dari badan pun masih teringat-ingat.
Esoknya sekitar jam 11:30 pagi lelaki Cina itu sudah berada di kawasan taman perumahan tempat saya tinggal. Seperti jantan jalang lain, saya tidak akan beri alamat penuh dan pandai-pandailah mereka tunggu di mana mereka suka. Saya rela menapak menemui jantan jalang daripada mereka tahu di mana kediaman saya.
Mati-mati saya ingat dia hendak usung saya ke Langkawi, Penang, JB ataupun pulau macam Pulau Tioman, rupa-rupanya Genting Highlands saja. Kawasan tanah tinggi pun tak apalah asalkan dia bayar servis saya.
Oleh kerana antara Genting - KL tidak jauh, lebih kurang pukul 1:00 petang kami sudah berada di puncak peranginan itu. Setelah check-in bilik yang menghadap taman tema, kami keluar makan di sebuah restoran. Kemudian menghirup udara segar sekejap di satu kawasan sambil memerhati panorama alam semulajadi.
Setengah jam kemudian tauke balak itu ajak naik ke bilik. Saya faham dia sudah tidak sabar hendak bergasak. Saya akur kehendaknya, maklumlah satu sen pun saya tidak keluar wang. Lantaklah dia hendak gasak berapa kali pun selagi dia ada tenaga. Saya juga yakin dia sudah telan ubat kuat untuk bertarung sepanjang malam nanti. Saya tak kisah, janji jangan tipu macam Jimmy Low sudahlah.
Jangkaan saya tepat. Semalaman tauke balak yang kemaruk ****** itu menggasak saya berulang kali. Tenaganya jauh berbeza sewaktu kami bergasak sebelum ini. Dia seolah-olah tidak jemu-jemu mengulit saya hingga ke pagi. Akhirnya jantan bernama Ah Fong itu tewas juga setelah kehabisan tenaga sehingga tidur tidak sedarkan diri.
Pagi esoknya tidak semena-mena saya rasa tidak sedap badan. Tubuh sekejap sejuk sekejap panas. Kepala pula berdenyut-denyut dan tekak rasa terlalu haus. Nak harapkan tauke balak yang sudah macam mayat itu, entah pukul berapa baru bangun. Mahu tidak mahu saya terpaksa minum baki air mineral dalam peti ais.
Kira-kira 10 minit kemudian, rasa lain macam saja tekak. Perut pula rasa menggelodak seperti hendak terkeluar segala isi. Saya bingkas ke bilik air dan termuntah beberapa kali depan pintu. Selepas itu pandangan saya berpinar-pinar dan semakin kabur. Bila tersedar sudah berada di katil hospital.
Bersambung ke halaman lain untuk episod 41
SEBAIK saja melangkah masuk ke rumah sekitar jam 5:30 pagi, handphone saya menjerit minta dijawab. Oleh kerana terlalu mengantuk saya biarkan saja ia menjerit setelah membalingnya atas tilam sebelum masuk ke bilik air. Bagaimanapun sekali lagi alat komunikasi itu menjerit ketika saya baru saja letak kepala ke bantal,
“Nak jawab ke tidak?” Saya berkira-kira sebelum mengambil telefon itu lalu lekapkan ke telinga kanan.
“Hello… hello Emy lu ada mana?” Kedengaran suara lelaki keturunan Tionghua di hujung talian.
“Baru mau titon la tauke, mata sudah tak boleh buka ma,” saya membalas sambil berbaring.
“Lu baru balik lumah ka? Sorry la wa ingat sudah lama sampai,” ujar tauke balak yang saya kenal kira-kira dua bulan lalu itu. Sepanjang perkenalan sudah lebih lima kali kami bergasak dalam keretanya.
“Yala tauke, kalau tak tonggeng mana wang mari,” saya terikut-ikut bertutur cara lelaki berusia lingkungan 40 han itu.
“Aya, busuk punya kaki la lu. Jangan cakap tonggeng la, cakap main lagi baik,” ujarnya tidak bersetuju dengan ayat yang saya gunakan.
“Sama la tauke, main ka.. tonggeng ka, satu tempat jugak,” saya membalas. Kalau boleh hendak segera memutuskan talian kerana mata sudah tidak boleh buka dan sudah berapa kali menguap.
“Emy… esok malam wa booking lu, jangan ikut lain olang. Ini kali lu cakap berapa mau, gua boleh kasi punya,” ujarnya seolah-olah begitu mengharap.
“Wa caya sama lu la tauke. Mana tempat wa mau tunggu lu, sana Belakang Mati ka?” Saya ingin kepastian.
“Lain tempat la, hari-hari lu main itu tempat apa bikin. Esok wa angkat lu dekat rumah pukul 12, boleh?” Tanyanya ingin kepastian.
“Aya! Manyak awal mau pigi manyak jauh ka? Pukul 12 wa belum bangun ma.”
“Manyak lama titon apa guna, wa mau bawa lu satu tempat manyak syok punya. Sana sapa pun tarak kacau,” dia menyakinkan saya.
“Bukan kira orang kacau la tauke, itu Belakang Mati pun tarak orang kacau. Lu betul-betul cakap mana mau pigi, kalau lu tak mau cakap wa mau titon, manyak ngantuk,” saya membalas sambil menguap lagi.
“Emy… lu selalu bikin wa sakit kapala, esok wa angkat lu dekat rumah, nanti lu tau la mana tempat wa mau bawak,” dia masih mahu merahsia destinasi hendak menggasak saya.
“Aiyaa lagi tak mau cakap..., wa mau titon sekarang, esok lu fon dulu mana tau wa mati ka, langsung lu punya kapala wa tak boleh urut,” saya terus tekan punat untuk mematikan perbualan.
Walaupun tindakan begitu boleh dianggap biadap terhadap pelanggan, tetapi saya tetap yakin tauke balak itu tidak akan lari tinggalkan saya. Sebagai jantan jalang yang pernah bergasak dengan saya, sudah tentu servis istimewa yang saya berikan akan menambatnya daripada mencari mak nyah lain.
Bukan hendak bangga diri tetapi begitulah caranya hendak pikat jantan jalang banyak duit. Servis perlu baik barulah mereka tidak lari. Sekali tidur dengan saya, sampai nyawa hendak tercabut dari badan pun masih teringat-ingat.
Esoknya sekitar jam 11:30 pagi lelaki Cina itu sudah berada di kawasan taman perumahan tempat saya tinggal. Seperti jantan jalang lain, saya tidak akan beri alamat penuh dan pandai-pandailah mereka tunggu di mana mereka suka. Saya rela menapak menemui jantan jalang daripada mereka tahu di mana kediaman saya.
Mati-mati saya ingat dia hendak usung saya ke Langkawi, Penang, JB ataupun pulau macam Pulau Tioman, rupa-rupanya Genting Highlands saja. Kawasan tanah tinggi pun tak apalah asalkan dia bayar servis saya.
Oleh kerana antara Genting - KL tidak jauh, lebih kurang pukul 1:00 petang kami sudah berada di puncak peranginan itu. Setelah check-in bilik yang menghadap taman tema, kami keluar makan di sebuah restoran. Kemudian menghirup udara segar sekejap di satu kawasan sambil memerhati panorama alam semulajadi.
Setengah jam kemudian tauke balak itu ajak naik ke bilik. Saya faham dia sudah tidak sabar hendak bergasak. Saya akur kehendaknya, maklumlah satu sen pun saya tidak keluar wang. Lantaklah dia hendak gasak berapa kali pun selagi dia ada tenaga. Saya juga yakin dia sudah telan ubat kuat untuk bertarung sepanjang malam nanti. Saya tak kisah, janji jangan tipu macam Jimmy Low sudahlah.
Jangkaan saya tepat. Semalaman tauke balak yang kemaruk ****** itu menggasak saya berulang kali. Tenaganya jauh berbeza sewaktu kami bergasak sebelum ini. Dia seolah-olah tidak jemu-jemu mengulit saya hingga ke pagi. Akhirnya jantan bernama Ah Fong itu tewas juga setelah kehabisan tenaga sehingga tidur tidak sedarkan diri.
Pagi esoknya tidak semena-mena saya rasa tidak sedap badan. Tubuh sekejap sejuk sekejap panas. Kepala pula berdenyut-denyut dan tekak rasa terlalu haus. Nak harapkan tauke balak yang sudah macam mayat itu, entah pukul berapa baru bangun. Mahu tidak mahu saya terpaksa minum baki air mineral dalam peti ais.
Kira-kira 10 minit kemudian, rasa lain macam saja tekak. Perut pula rasa menggelodak seperti hendak terkeluar segala isi. Saya bingkas ke bilik air dan termuntah beberapa kali depan pintu. Selepas itu pandangan saya berpinar-pinar dan semakin kabur. Bila tersedar sudah berada di katil hospital.
Bersambung ke halaman lain untuk episod 41