DOA WANITA LEBIH MAKBUL

1. Doa Wanita Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripda lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripda bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia.sia."

2. Wanita Hamil Apabila seseorang wanita hamil janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Sakit Waktu Bersalin  Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak melahirkan anak, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

4. Melahirkan Anak Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaa ibunya melahirkannya.

5. Menyusu Anak Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

7. Tidak Tidur Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakait, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

8. Menggembirakan Anak Peerempuan  Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

9. Dahulukan Anak Perempuan  Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti sedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

10. Wanita Bantu Suami Tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

11. Pelihara Kehormatan   \Wanita apabila solat lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu Syurga yang dikehendakinya.

12. Wanita Solehah Wanita yang solehah 9baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki soleh.

13. Siapa Leih Besar Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakan yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab baginda "Ibunya."

14. Ketika Menjawab Apabila memanggil akan engkau dua ibunapa, maka jawablah penggilan ibumu dahulu.

15. Taat Suami Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia tatt kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

16. Khidmat Suami Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendakinya tanpa hisap.

17. Letak Syurga Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

18. Bersama Anak Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (bersama Rasulullah SAW) di dalam Syurga.

19. Punya Tiga Anak  Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya Syurga. 

20. Wanita Diuji Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

No comments:

Post a Comment