Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita Hamil
Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Sakit Sewaktu Bersalin
3. Sakit Sewaktu Bersalin
Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
4. Melahirkan Anak
4. Melahirkan Anak
Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Menyusu Anak
5. Menyusu Anak
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Tidak Tidur
6. Tidak Tidur
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
7. Menggembirakan Anak Perempuan
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Dahulukan Anak Perempuan
8. Dahulukan Anak Perempuan
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Wanita Bantu Suami
9. Wanita Bantu Suami
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Pelihara Kehormatan
10. Pelihara Kehormatan
Perempuan apabila solat lima waktu, puasa bulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita Solehah
11. Wanita Solehah
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Siapa Lebih Besar
12. Siapa Lebih Besar
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah saw, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab baginda, "Ibunya."
13. Ketika Menjawab
13. Ketika Menjawab
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Taat Suami
14. Taat Suami
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
15. Khidmat Suami
15. Khidmat Suami
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Letak Syurga
16. Letak Syurga
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Bersama Anak
17. Bersama Anak
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Punya tiga Anak
18. Punya tiga Anak
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Wanita Diuji
19. Wanita Diuji
Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
No comments:
Post a Comment