Saturday, January 11, 2020

SUBUH

Di rumah agung ini
Hanya warga menanti hari
Boleh dikira dengan jari
Tunggu giliran jemputan pergi
Ke benua kekal abadi!

A. N. HAMIOSMA
Masjid Al Wosto Temerloh
25/11/2017

HUJAN

Hujan pagi
Di pekan sehari ini
Pasti Allah murahkan rezeki
Selepas hujan berhenti
Janji pasti sejak azali.

Anak-anak ku
Titisan hujan adakalanya umpama air mataku
Berderai tidak kira waktu
Tika fikiran buntu!
Lihat bil datang bertalu
Paling bimbang warna merah jambu
Hanya diberi tempoh seminggu
Tidak jelaskan keselesaan terganggu.

Anak-anak ku
Pagi ini sebelum mentari lahir
Setelah solat dan berzikir
Mengadu pada Ilahi
Ayahanda mu ini
Sudah hadir di pekan sehari ini
Sedangkan kau masih dibuai mimpi
Entah bila noktahnya nanti.

Pekan Sehari Temerloh
Gerai MedicRapid
03/09/2017