Perkataan yang saya tidak suka dengar JALAN KAKI.
JALAN KAKI (merujuk bagi manusia berjalan sememangnya dengan kaki, tidak ada orang berjalan menggunakan kepala.)
Oleh itu kenapa perlu menambah perkataan kedua iaitu KAKI, sedangkan bila sebut JALAN (bagi manusia dan haiwan) pasti menggunakan kaki. Sehubungan itu, KAKI merupakan pembaziran perkataan yang perlu dihindarkan.
SIRI
2
Perkataan yang saya tidak suka dengar MASUK KE DALAM.MASUK dengan sendiri membawa maksud KE DALAM, bermakna sedang berada di luar.
Sama ada manusia/haiwan/benda berada di luar kemudian bergerak/dibawa ke satu ruang seperti rumah, lubang, kenderaan dan lain-lain.
KE DALAM merupakan pembaziran perkataan yang tidak perlu lagi disebut bila mengajak MASUK.
Contoh, kalau mengajak rakan dengan berkata 'jom masuk' atau 'marilah masuk' , adalah mustahil dia tidak faham hendak ke mana jika dia berada di luar rumah/kenderaan.
SIRI 3
BISIK bermaksud cakap perlahan kepada seseorang bertujuan agar orang lain tidak dapat dengar.
Untuk dengar lebih jelas apa yang dibisikkan seharusnya di telinga. Kalau bisik di kaki, lutut selain telinga sudah tentu tidak dapat dengar buah butir pertuturan yang dibisik.
Bermakna, perkataan DI atau KE TELINGA merupakan perkataan membazir kerana dengan sendiri bila sebut BISIK pasti dilakukan pada telinga.
SIRI 4
Perkataan yang saya tidak suka dengar TEPI PANTAI.
Pertemuan air (laut) dengan daratan pada pemahaman kebanyakkan orang, kawasan berkenaan diistilah sebagai PANTAI.
Bermakna kedudukan (kawasan) PANTAI pada kebiasaannya berada di TEPI (pertemuan air dan daratan), tidak akan berada di tengah, walaupun lokasi sesebuah pulau di tengah lautan (kecuali nama tempat seperti Pantai Dalam).
Pada saya, TEPI merupakan pembaziran perkataan.
SIRI
5
Perkataan yang saya tidak suka dengar NIAT DI HATI.NIAT sememangnya melalui HATI. Organ dalaman lain tidak boleh membisik kata-kata kecuali HATI. Melakukan perkara baik atau buruk, dibincang dalam hati sebelum dipindahkan ke otak (fikiran). Kemudian barulah tindakan dilakukan oleh anggota tubuh seperti tangan, kaki dan sebagainya.
Oleh itu untuk berniat datangnya dari HATI tidak pada anggota tubuh lain.
Berenti, bila orang suruh niat dengan sendiri kita akan melafaz niat melalui hati. Oleh itu (di) HATI merupakan perkataan membazir kerana NIAT sudah membawa maksud di hati.
Apapun, bukan bertujuan hendak membincangkan mengenai makna/takrif NIAT. Lebih detail dilayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=niat
SIRI 6
Bila rakan pelawa/ajak MINUM dengan sendiri bermaksud AIR (sejenis cecair) sama ada kopi, teh, milo dan sebagainya. Mustahil dia ajak kita minum tepung atau minum gula.
Bagaimanapun, tepung boleh diminum setelah dibancuh bersama air, walaupun tidak pernah orang melakukannya. Berbanding gula setelah dicairkan (air gula) boleh dijadikan minuman, itu pun seelok-eloknya perlu dicampur dengan bahan lain.
Oleh itu, AIR merupakan pembaziran perkataan. Seandainya hendak pelawa rakan dengan berkata MINUM, mereka sudah faham apa yang anda maksudkan.
Siri 7
Perkataan yang saya tidak suka dengar ROMBONGAN BERAMAI-RAMAI.
ROMBONGAN biasanya kumpulan. Bila sebut kumpulan bererti ramai yakni mempunyai anggota sekurang-kurangnya tiga atau lebih.
Rombongan juga menggambarkan pergi ke satu-satu destinasi secara beramai-ramai sama ada menaiki kenderaan (dua tiga buah) atau sekurang-kurangnya sebuah bas.
Dengan sendiri rombongan bermaksud pergi secara beramai-ramai. Oleh itu, menambah perkataan BERAMAI-RAMAI pada selepas ROMBONGAN merupakan pembaziran perkataan kerana bila sebut rombongan dengan sendiri membawa maksud ‘pergi beramai-ramai’.
Siri 8
Perkataan yang saya tidak suka dengar NAIK KE ATAS
dan TURUN KE BAWAH.
NAIK dengan sendiri bermaksud KE ATAS. TURUN pula sudah tentu terarah KE BAWAH. Biasanya setiap yang naik pasti akan turun. Jarang berlaku bila sudah naik, tidak turun. Berbeza dengan turun, jika tidak lagi naik selepas turun adalah lumrah.
Panjat pokok kelapa misalnya, selepas turun mungkin tidak mahu lagi panjat kali kedua kerana terlalu gayat atau takut jatuh.
Oleh itu, menambah perkataan KE ATAS bagi perkataan NAIK adalah tidak perlu.
Bila ajak
rakan sudah cukup dengan berkata, “Marilah naik.” (menyeru atau menyuruh orang)
atau “Jom naik” (mengajak/mempelawa).NAIK dengan sendiri bermaksud KE ATAS. TURUN pula sudah tentu terarah KE BAWAH. Biasanya setiap yang naik pasti akan turun. Jarang berlaku bila sudah naik, tidak turun. Berbeza dengan turun, jika tidak lagi naik selepas turun adalah lumrah.
Panjat pokok kelapa misalnya, selepas turun mungkin tidak mahu lagi panjat kali kedua kerana terlalu gayat atau takut jatuh.
Oleh itu, menambah perkataan KE ATAS bagi perkataan NAIK adalah tidak perlu.
Boleh juga berkata, “Jom naik ke rumah.” atau “Jom ke tingkat satu.” Bermakna tidak perlu menambah perkataan KE ATAS pun sudah faham maksud.
Sama juga TURUN tidak perlu lagi bazir perkataan dengan menambah KE BAWAH setiapkali bertutur atau mengajak seseorang.
Namun tidak salah jika berkata, “Jom turun ke… (dewan atau tingkat satu, dalam kolam dan sebagainya).
Satu lagi perkataan yang perlu dielak menambah perkataan ke bawah adalah JATUH, kerana setiap yang jatuh pasti ke bawah.
Namun tidak salah berkata, “Bola jatuh (ke) atas bumbung!” atau boleh juga buang perkataan ke… dan terus berkata “bola jatuh atas bumbung!”
Siri 9
Kalau sudah UNDUR tentu bergerak ke belakang. Oleh itu, untuk apa lagi ditambah dengan perkataan KE BELAKANG yang merupakan pembaziran perkataan.
“Undur setapak”, bermakna melangkah setapak ke belakang. Begitu juga dengan kenderaan, bila sebut undur (berjalan gostan) yakni bergerak secara berundur (bergerak membelakang).
Kesimpulannya, bila berkata ‘UNDUR’ dengan sendiri orang akan faham bermaksud bergerak ke belakang.
Siri 10
Perkataan yang saya tak suka dengar MARA KE HADAPAN.
MARA bermaksud gerak ke hadapan. Ramai di kalangan kita bila mengarah sesuatu dengan berkata MARA pasti akan menyambung perkataan KE HADAPAN. Padahal KE HADAPAN merupakan pembaziran perkataan kerana dengan berkata MARA pun orang sudah faham.
MAJU dalam bahasa Indonesia juga bermaksud gerak KE HADAPAN.
Bagaimanapun dalam bahasa kita MAJU bermaksud kejayaan seperti dalam pelajaran atau perniagaan. Jarang kita guna perkataan MAJU untuk maksud gerak ke hadapan.
Lawan MAJU adalah MUNDUR. Dalam bahasa kita MARA lawannya UNDUR. Jika MUNDUR bermaksud ketinggalan dalam pembangunan, seperti keadaan kampung yang belum disediakan dengan segala pasarana.
Siri 11
Perkataan yang saya tidak suka dengar KHALAYAK RAMAI.
Jarang sekali kita dengar orang bercakap KHALAYAK sahaja, sebaliknya pasti akan menambah perkataan RAMAI, yakni menyebut dua perkataan seretak iaitu KHALAYAK RAMAI.
KHALAYAK bermaksud depan ramai atau orang ramai. Misalnya beri ucapan depan orang ramai yakni depan khalayak, tidak perlu lagi ditambah perkataan RAMAI yang merupakan bazir perkataan.
Tidak hairanlah bila bercakap rasa janggal jika menyebut KHALAYAK sahaja, seolah-olah bimbang orang tidak faham maksud.
Begitu juga dalam penulisan seperti akhbar mahupun buku kita akan jumpa perkataan KHALAYAK RAMAI. Jarang penulis menulis KHALAYAK sahaja kerana mereka juga bimbang pembaca tidak faham.
Pengertian lain KHALAYAK: Segala yang dicipta oleh Tuhan
Siri 12
Perkataan yang saya tidak suka dengar SEPAK DENGAN KAKI.
SEPAK tentulah menggunakan kaki, macam main bolasepak semua pemain menyepak bola menggunakan kaki. Loghat Utara menggunakan tangan juga SEPAK (mengikut ejaan) namun bunyinya berbeza bermaksud TAMPAR atau TEMPELENG. Itu sebabnya ejaan dahulu pada huruf E ditandakan (E tanda) supaya sebutannya tidak sama.
Tidak hairanlah nama tempat di Kedah iaitu BEDONG agak sukar orang luar hendak bezakan sebutannya. Kekeliruan timbul bilamana ada yang bunyikan dengan mengeja BE (bear) DONG, tidak kurang juga mengeja BE (E tanda) DONG. Padahal sebutan bagi orang tempatan adalah BIDUNG.
Apapun bukan ejaan hendak diperkatakan tetapi mengenai perkataan membazir menambah DENGAN KAKI bila sebut SEPAK. Maknanya bila menyepak atau menendang (memukul/menghayun kaki ke arah objek dengan kuat) mestilah dengan kaki.
Oleh itu apabila meminta seseorang melakukan tendangan cukup dengan menyuruh SEPAK, tanpa perlu sebut SEPAK DENGAN KAKI pun orang sudah faham.
Siri 13
Perkataan
yang saya tidak suka dengar MENGEKORI
DARI BELAKANG.
Mengekori dengan sendiri bermaksud
‘mengikut’ sesuatu yang bergerak sama ada manusia, haiwan atau kenderaan. Jika
bukan bergerak ‘mengikut’ boleh diistilah sebagai mengambil tahu aktiviti rakan
seperti dalam laman sosial dan sebagainya.
Mengintip juga boleh
dimaksudkan sebagai MENGEKORI kerana ingin tahu gerak-geri satu-satu kumpulan
misalnya.
Bagaimanapun, MENGEKORI DARI
BELAKANG yang sering kita jumpa dalam penulisan berita atau rencana lebih bermaksud kepada
sesuatu yang bergerak. Tidak hairan kalau baca atau dengar berita dibaca ayat lebih
kurang begini.
“… polis terserempak dengan
kereta perompak lalu MENGEKORI DARI BELAKANG sehingga ke tempat berlakunya
berbalas tembak.”
Oleh itu perkataan DARI
BELAKANG tidak perlu lagi ditambah bila menulis MENGEKORI kerana sudah
bermaksud berada di belakang, sekaligus membazir perkataan.
Perkataan seerti mengekori/mengikuti
adalah menguntiti.
Ada juga dikalangan penulis lebih gemar mengguna perkataan membuntuti atau membuntut. Namun perkataan membuntut boleh menimbulkan salah faham kerana menganggap perkataan lucah.
Ada juga dikalangan penulis lebih gemar mengguna perkataan membuntuti atau membuntut. Namun perkataan membuntut boleh menimbulkan salah faham kerana menganggap perkataan lucah.
Siri 14: Bazir Perkataan
Perkataan
yang saya tidak suka dengar PENING
KEPALA.
Pada kebiasaannya jika
pening melibatkan kepala, anggota badan paling atas sekali, yakni tidak pada
kepala lutut, kepala bahu atau kepala-kepala lain.
Pening bermaksud kepala
rasa sakit dan seakan-akan berpusing-pusing. Itu sebabnya tidak akan berlaku
pada anggota tubuh lain sama ada tangan, kaki dan sebagainya. Oleh itu, pening
hanya akan berlaku di kepala.
Jadi tidak perlu lagi
menambah perkataan KEPALA bila sebut PENING. Cukup dengan berkata ‘PENING’
orang sudah faham maksud, iaitu kepala rasa
berpusing-pusing.
Oleh itu, menambah
perkataan KEPALA merupakan pembaziran perkataan dalam pertuturan mahupun penulisan.
PENING-PENING LALAT juga
pening, tetapi tidak melampau, yakni sekadar rasa berpusing-pusing sekejap
seperti kepala terhantuk ke dinding misalnya.
Bersambung
No comments:
Post a Comment