Sunday, November 3, 2013

KHAS buat pengundi Sg Limau

Apa khabar penduduk kampung ku
DUN Sg Limau sudah tentu
Hari ini hari penentu
Menang atau kalah keputusan ditunggu
Memilih pemimpin demi masa depan anak cucu.

Undi PAS kononnya masuk Syurga
Siang malam dicanang tak pernah lupa
Fikir sendirilah fakta atau auta
Kerana penentu syurga neraka...
Hanya Allah yg tahu pilih siapa?

Pilih UMNO/BN pun boleh masuk Syurga
Syaratnya negara perlu aman sentosa
Tiada timbul huruhara
Mudahlah kita hendak berusaha
Termasuk amal ibadat setiap masa
Maka logiklah boleh masuk Syurga
Yang ini betul-betul fakta bukannya auta.

Fikir-fikirkanlah abang, kakak, adik semua
Demi masa depan kita juga
Jangan terpengaruh sogokan Syurga
Semua itu auta belaka
Yang bercakap pun belum tentu masuk Syurga
Entah-entah masuk neraka macam puak DAP juga.


Utuhwijaya
Temerloh 3/11/13