Saturday, November 14, 2020

SELAMAT DATANG 2017

Selamat datang 2017
Tirai 2016 akan dilabuh
Tanda berakhir setahun tempoh
Tidak boleh lagi tangguh-tangguh.

Selamat datang 2017
Tanda usia makin bertambah
Jangan gundah  jangan resah
Rentetan kehidupan harus pasrah
Pada Allah kita berserah.

Selamat datang 2017
Jangan hanya peluh tubuh
Umpama menunggu buah tak jatuh
Perbuatan sia-sia tak perlu patuh
Tanpa mahu keluarkan peluh
Wang tiada, pandai pula mengeluh.

Selamat datang 2017
Hidup perlu sentiasa berusaha
Cari rezeki nafkah keluarga
Biarlah pendapatan tak seberapa
Jauhkan suka meminta-minta
Perbuatan keji Allah tidak suka.

Selamat datang 2017
Cari pahala bekalan ke Syurga
Lima waktu jangan lupa
Sama juga bulan puasa
Menahan diri lapar dahaga
Jangan ingat raya sahaja.

Banyak kenangan sepanjang 2016
Dalam hati kemas tertanam
Peristiwa pahit manis, sedih dan geram
Ada waktu sihat, ada waktu demam
Tidak kurang juga bencana alam
Masalah politik suka berdendam
Skim cepat kaya ala sistem labu peram
Ekonomi tidak ubah macam main dam
 
Entah bila kesudahannya?
 
Hamiosma
Temerloh
30/12/2016
 

No comments:

Post a Comment