Sunday, May 15, 2016

Malulah abang2 sado..




Kalau lelaki berusia 76 tahun pun boleh kembali power, malulah abang2 sado yang baru berusia 40han, banyak alasan bila isteri ajak tidur awal...

Masalah di kamar tidur seharusnya tidak malu bertanya. Jangan sekali-kali dipendamkan kerana apabila sampai waktunya pasti akan meletup juga. Oleh itu, cari penyelesaiannya secara berjumpa pakar sakit tuan, dapatkan produk-produk tertentu yang boleh mengembalikan kelelakian anda.

Di Medicrapid, pada kebiasaannya kami akan syorkan produk Herbal Rimba. Produk ini sudah terbukti berkesan dan ramai yang mengambilnya pasti angkat ibu jari. Walaupun begitu, ia bergantung tahap kencing manis atau darah tinggi anda.

Itu sebabnya cara pengambilan produk ini berbeza antara seseorang yang bebas kencing manis atau darah tinggi hanya memerlukan sebiji atau satu kapsul selang tiga hari, yakni setiap tiga hari sekali. Berbanding penghidap sama ada kencing manis, darah tinggi atau kedua-duanya, perlu mengambil satu kapsul sehari.

Seandainya anda penghidap sudah melebihi tujuh tahun, perlu ambil dua kapsul yakni satu pagi dan satu malam. Jika dua kapsul sehari, bermakna untuk satu kotak hanya 12 kapsul, sudah tentu untuk lima hari sahaja. Tetapi perlu ingat, jika lebih tujuh anda menderita, adalah mustahil dengan sekotak, yakni 12 kapsul sahaja boleh sembuh.

Yang menjadi masalahnya, orang kita agak berkira untuk membeli ubat. Seperkara lagi hendak cepat sembuh walaupun sakit sudah bertahun-tahun. Sepatutnya perlu banyak bersabar dan mengambil sekurang-kurangnya tiga (kotak atau botol) setiap produk, barulah dapat tahu keberkesanannya.

Allah telah menjanjikan, setiap penyakit ada penawarnya. Sebagai hamba-Nya apa yang perlu kita lakukan adalah mencari sehingga bertemu penawar penyakit yang kita hidapi. Jangan mudah mengalah dan jangan juga terus menjatuh hukum bahawa ubat yang kita ambil tidak bagus, sekiranya tidak pulih.

Kita harus merenung diri sendiri kenapa tidak pulih? Antara jawapannya, mungkin Allah hendak menduga kesabaran kita. Oleh itu, jangan bimbang, tugas kita sebagai manusia mencari penawar penyakit hingga berjumpa.

Apapun Herbal Rimba bukan khusus bagi mereka yang sudah berumahtangga sahaja. Sebaliknya, golongan belum berumahtangga juga tidak terkecuali sekiranya ingin menjaga kesihatan. Oleh itu sama ada anda lelaki atau wanita boleh amalkan produk ini. Apatah lagi golongan yang bekerja keras seperti disektor perladangan, pembinaan atau industri.


www.medicrapid.com/herbalrimba.html


SMS/WhatsApp
0192704056

Sunday, January 24, 2016

Kedai Gunting Rambut



Bertandang di kedai gunting rambut
Ada cermin ada perabut
Ada gunting ada sikat
Ada pisau ada minyak likat
Pusing kepala tepuk belakang
Rasa selesa hilang sakit pinggang

Remaja datang trim rambut
Pakcik datang cukur janggut
Abang datang cukur misai
Pak Ngah datang baru nak terai

Ada minta cukur kepala
biar bulat macam bola
ada juga orang tidak suka
berkilat macam kaca
bila kena cahaya
tapi tidak mengapa
ada yang berkata
manco la…
bila botak kepala!

Ada datang cukur misai
alasan bibir gatal
simpan janggut lagi sesuai
biar panjang ada style
ada juga sumpah seranah
tidak mahu ikut sunnah.

Ada misai tebal gila
umpama ekor serigala
kononnya pemikat dara dan mak janda
sekali pandang terkunci suara
rasa tidak sabar hendak bermanja.

Remaja lain pula style mereka
rambut ada batas tengah kepala
ada juga corak entah apa-apa
hendak kata gila tidak gila
begitulah yang nampak ada
artis barat juga kiblat remaja.


A. N. HAMIOSMA
MedicRapid Temerloh, Pahang.
25/1/2016

Thursday, January 21, 2016

Buat almarhum Arbakyah Enas





Teringat pesan ibu
Hidup biarlah ceria selalu
walaupun wang tidak penuh saku
asalkan ingat Tuhan yang satu
agar hidup berkat tiap waktu
tercampak di manapun tidak celaru
umpama air mengalir dari hulu
menempuh selut, lumut dan batu
ke laut juga akhirnya dituju.”

Kini ibu tiada lagi
pergi tidak akan kembali
jauh di sana menghadap Illahi
alam akhirat kekal abadi,
tiada lagi galang ganti
tiada lagi dapat hubungi’
melalui WhatsApp, Twitter ataupun FB
walau guna telefon canggih kawasan khidmat 4G
masih gagal berhubung secara peribadi
kecuali doa petang malam dan pagi
atas sejadah lima kali sehari
mohon tempatkan paling istimewa di sisi Illahi.

Tanggal 23 Januari
hari Jumaat sekitar jam 7:20 pagi
setelah lebih seminggu tidak jamah rezeki
ibu makin lemah hingga tidak daya angkat kaki
mahu tidak mahu rela ketentuan Illahi
kerana DIA lebih mengetahui
walau anak cucu masih menyayangi
tidak sanggup berpisah walau sehari
bimbang rumah pusaka hilang seri
yang pasti sepi setelah tiada penghuni.

Tahun 2015 sudah berlalu
rasa bagaikan baru seminggu
masih terbayang setiap detik dan waktu
gurau senda ibu bersama anak cucu serta menantu
hilai ketawa bila dengar cerita lucu,
kekadang marah juga orang tua itu
bila nasihatnya umpama bercakap depan kayu
terutama cucu tidak tahu menahu
berapa banyak garam dimakannya lebih dahulu.

Teringat ibu terlantar di hospital
tidur baring tiada lagi jadual
baru terlelap jururawat ketuk bantal,
beri isyarat hendak ambil sample darah
bimbang penyakit makin parah
jika tidak diuji anak cucu kian resah
sering bertanya bila boleh balik rumah.

Mengikut doktor pakar
“barah usus memang bahaya
jika tidak dirawat segera
boleh mengancam nyawa
pembedahan perlu dibuat segera
perlu dipotong sejengkal dua
walaupun sakit pasti terasa
hanya itu ikhtiar yang ada.”

Dari hospital Sultan Abdul Halim Shah
Sungai Petani di negeri Kedah
melalui lebuhraya terpaksa redah
empat negeri pandu tanpa singgah
agar segera sampai ibu tidak resah
dapatlah berehat hilangkan lelah
tidak macam kenderaan banyak masalah
sepanjang perjalanan mulut zikirullah
sehingga sampai di bumi Tok Gajah.

Taman Pulai Idaman daerah Temerloh
kini tempat ibu berteduh
bukan selamanya tetapi bertempoh
akan pulang sekiranya sembuh
lama atau sekejap yang penting patuh
setiap malam ingat rumah yang jauh.

Tiap hari ibu perlu rawatan susulan
bawa ke klinik cuci kesan bedahan
agar cepat hilang kesan torehan
untuk elak jangkitan kuman
tidak boleh lakukan sendiri tanpa pengalaman
pesan doktor jadi pedoman.

Dalam berjaga minum dan makan
ibu beritahu rasa sakit dalaman
tidak dapat tidur hingga semalaman
sudahnya bawa ibu ke HOsHAS rawatan
kena tahan wad hampir sebulan.

Setelah ibu keluar hospital
hanya ingat rumah yang lama ditinggal
menghitung hari bertanya tanggal
bagai tidak lagi ada perasaan sabar
padahal tubuh masih terketar-ketar
bukan 100% pulih sebenar
guna tongkat pun masih bergegar
kadang-kadang berjalan pun dinding dilanggar
hanya satu perkataan ibu hendak dengar
mahu jawapan bila hendak hantar?

Akhirnya terpaksa akur
hari hantar pulang segera diatur
tidak mahu kepercayaan ibu makin kendur
janji dulu sementara, bukan hingga hujung umur
ibu bagai tidak lagi selesa tidur
hanya ingat rumah petang, subuh dan zohor
perkataan sama dari mulut terhambur.

Seminggu sebelum puasa, dihantar pulang
ibu gembira bukan kepalang
kata ibu “biarlah puasa hanya seorang
daripada berada di tempat orang”,
rumah diingat malam dan siang
jiran tetangga kakak, adik dan abang
mereka juga tertanya-tanya bila ‘mak yah’ pulang
pun ada yang dah lama terbayang-bayang
jalan bersama ke kedai beli barang
sebagaimana biasa pagi atau petang.

Berbulan juga setelah ibu balik kampung
sering ber WhatsApp sebagai penghubung
perkembangan ibu sakit yang ditanggung
maklumlah kami di Temerloh ibu di Taman Sri Tanjung
bukan jarak hanya sepelaung
macam bendang setengah relong.

Berita duka sampai juga
ibu yang sakit sering bertanya
mengharap pulang walau seketika,
telefon berdering tiap ketika
soalan ditanya perkara sama
“bila nak balik mak nak jumpa!”

Sebagai insan tiada kudrat kuasa
perancanaan Allah tanpa diduga
hujung tahun banjir besar melanda
tidak dapat pulang segera
tiada jalan untuk pandu kereta
jalan tenggelam ada yang apus kepala
selagi air tidak surut tidak boleh buat apa
kecuali sanggup sewa helikopter
bolehlah terbang pulang segera.

Jangkaan keluarga tepat sekali
sanak saudara juga tidak terkecuali
lihat fizikal ibu makin lemah setiap hari
hanya doa kini mampu mengiringi
buat pemergian ibu tidak akan kembali
hari jumaat sehening pagi…

al-fatihah


A. N. HAMIOSMA
Temerloh
Pagi 22/1/2016