Petikan wawancara saperti yang
disiarkan oleh lamanweb www.merdeka-online.com
Nama bapak Jusuf Kalla (JK),
mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan
persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut
bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti
perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang
turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.
Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online,
sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh
meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“. Baru-baru
ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta,
Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh
ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak
Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai
Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak
Jusuf kalla.
MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada
Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.
JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima
kasih.
MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan
bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di
Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih
tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?
JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar
bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga
dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen
Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.
Saya lihat, pada ketika itu, Anwar
terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana
dia pergi sambutannya cukup luar biasa.Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.
MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak
Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?
JK: Anwar memang ada membuat beberapa permintaan
supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar
supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah
menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat
berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam
pentadbiran kerajaan yang baru.
Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur
dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar
dengan baik.Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.
MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia
heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?
JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar
yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya
bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.
Anwar sangat konfiden akan menang.
Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata
kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu.
Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.
Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).
Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.
Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.
Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.
ISU PENIPUAN PILIHANRAYA
MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya,
mungkir janji dan tidak komited?
JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).
Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.
Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.
JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya
di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi
Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira
melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk
kerajaan dan melantik Perdana Menteri.
Malangnya Anwar ini ego,
imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya
bilang kepada Anwar, “Kamu sudah gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi
Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak
Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi
Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak
Najib menang 133.Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.
Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.
MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di
seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru
ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?
JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui
Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina,
dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki.
Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan
sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.
Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan
bisnes yang kita ketahui siapa mereka.
Isunya untuk apa membuat himpunan
tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang
Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol
(mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan
dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal
ahli-ahli parlimen dari parti lain.Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.
JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya
bertanyakan mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden
Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu
Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena
dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar
hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin,
bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik
negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.
ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU
JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu
bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan
Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi
sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.
Tujuan mereka satu sahaja iaitu
untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu
menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal
menangani isu tersebut.
MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak
menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya
sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak
yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.
JK: Terima kasih.
Jakarta,Indonesia,
1 Jun 2013
1 Jun 2013