Tuesday, August 26, 2014

Syampu Antara Punca Gemuk

Berita Harian
13/07/20117/13

LONDON: Apabila berbicara mengenai mengurangkan berat badan, kebanyakan kita sedar tiga faktor perlu diambil kira: genetik, jumlah kalori yang diambil dan masa yang sedia diluangkan untuk bersenam.

Kita tidak boleh memilih ibu bapa, namun menurut mantera diet, jika kita makan secara sihat dan kerap bersenam akan membantu menurunkan berat badan.

Namun, bukti baru membayangkan menjauhi ‘kalori bahan kimia’ yang wujud dalam produk kecantikan harian seperti syampu, losyen badan dan sabun mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan.

Doktor di Pusat Perubatan Mount Sinai di New York mendakwa ‘phthalates’ kandungan bahan kimia dalam 70 peratus kosmetik serta kebanyakan produk pembersih isi rumah, didapati berupaya menjejaskan sistem kawalan berat badan semula jadi yang menjaga keseimbangan hormon apabila kimia itu menyerap emnerusi kulit.

Penyelidik berkenaan berkata pendedahan kepada phthlatates menerusi penggunaan harian mungkin dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak dan masalah berat di kalangan dewasa. – Agensi

No comments:

Post a Comment